Friday, September 13, 2013

Wang pekerja(KWSP) digunakan untuk melabur dalam DRB-HICOM apabila syarikat itu bertindak tidak adil terhadap pekerja - di tambah lagi pelaburan pada awal Ogos 2013

Walaupun DRB-HICOM berlaku tidak adil kepada kaum pekerja, wang simpanan hari tua pekerja (EPF/KWSP) digunakan baru-baru ini untuk membeli lagi banyak saham dalam DRB-Hicom.

EPF ups stakes in DRB-HICOM, Utd Plantations


KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund acquired an extra two million shares in DRB-HICOM Bhd, raising shareholding to 173.22 million shares.
EPF also bought 50,000 shares in United Plantations Bhd, increasing its shareholding to 26.48 million shares.- Business Times, 3/8/2013, EPF ups stakes in DRB-HICOM, Utd Plantations
Jangan lupa bahawa kuasa sebuah syarikat akhirnya adalah pada pemegang saham, dan KWSP nampaknya sebuah pemegang saham DRB-HICOM yang besar...

Wang KWSP wang pekerja - dan walaupun 2 anak syarikat DRB-HICOM telah bertindak tidak adil terhadap G18, tindakan KWSP pada 3/8/2013 nampaknya merestui tindakan DRB-HICOM. Apa kata pekerja? Apa kata UNION?
 
Secara prinsip, wang pekerja tidak seharusnya digunakan untuk melabur dalam sebuah syarikat yang menindas atau bertindak tidak adil terhadap pekerja...
Background
 
On 3/5/2013, a group of 18 workers submitted the MTUC memorandum to one of the contesting candidates in the Pekan parliamentary constituency, which also happens to be the constituency that the Prime Minister of Malaysia was contesting. The 13th General Elections was held on 5/5/2013, and these workers were trying to get commitments for worker demands/rights from the candidates before voting day.

HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, which assembles automobiles for Suzuki, Mercedes-Benz and Volkswagen, has issued show cause letters on  22/5/2013 to 16 workers, and speedily proceeded with the 'Domestic Inquiry' which began on 11/6/2013. ISUZU HICOM Malaysia. Sdn Bhd, that assembles automobiles for Isuzu, also issued show cause letters to 2 workers and conducted domestic inquiry.
 
3/8/2013 The Employees Provident Fund acquired an extra two million shares in DRB-HICOM Bhd, raising shareholding to 173.22 million shares.
19/8/2013 - all 18 workers were terminated
 

18 pekerja dari DRB-Hicom Pekan dipecat (CJMY)

Seramai 18 pekerja Kumpulan DRB Hicom di Pekan, Pahang yang dipecat oleh syarikat mereka telah berhimpun bersama ahli keluarga mereka di perkarangan pejabat Perdana Menteri pada pukul 10 pagi bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan.

Pekerja-pekerja ini telah meluahkan rasa tidak puas hati berikutan pemecatan mereka dan memohon agar Perdana Menteri campurtangan dan memyelesaikan masalah ini.

Mereka berharap agar syarikat tersebut akan mengambil mereka berkhidmat semula tanpa hilang faedah dan pendapatan yang dinikmati sebagai pekerja dan rakyat Malaysia.

“Kami dipecat hanya kerana menunaikan tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menyerahkan Manifesto Tuntutan MTUC bagi pilihanraya ke-13 pada 3hb Mei 2013 lalu di kawasan Parlimen Pekan kepada salah seorang wakil yang bakal bertanding,” Adnan Zainun,42, yang bekerja di syarikat ini selama 23 tahun.

“Malah kami melakukannya di luar waktu kerja. Apakah ini salah?”

Manakala Rusaini Ramli, 40, yang telah berkhidmat selama 18 tahun dan memegang jawatan Pengerusi MTUC Pahang pula menegaskan cara syarikat memecat mereka adalah amat kejam dan tidak adil.

Selepas siasatan dalaman dilakukan kami semua telah digantung kerja selama 85 hari (tiga bulan) dan selepas itu dibuang terus dari kerja pada 19hb Ogos 2013” katanya dengan kesal.

Berucap dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu(NUTEAIW) Gopal Krishnam, berkata syarikat ini tidak membenarkan kami mewakili pekerja-pekerja dalam siasatan dalaman malah menyatakan bahawa tindakan pekerja-pekerja ini memberi imej busuk kepada nama syarikat adalah tidak munasabah langsung.

Tambah beliau, semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara dan menyertai mana-mana parti politik. Pemecatan seorang pekerja hanya boleh dilakukan atas alasan kerja bukan penglibatan dalam politik.

Beliau juga menyeru agar Perdana Menteri mengkaji perkara ini dan mengarahkan syarikat tersebut mengambil kembali pekerja-pekerja ini bekerja semula kerana ia akan memberi kesan buruk kepada mata pencarian 18 pekerja ini.

Sejurus selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri,  kesemua ahli kesatuan dan pekerja ini telah berhimpun di perkarangan Wisma DRB-Hicom Gleanmarie yang merupakan ibu pejabat kumpulan DRB-Hicom.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor dan Mantan Presiden MTUC, Senator Syed Shahir.

Akhbar The Star melaporkan bahawa DRB-Hicom Berhad menyatakan pemecatan 18 pekerja ini adalah berlandaskan undang-undang pekerjaan dan industri yang disedia ada.

Menurut kenyataan DRB-Hicom, pemecatan mereka bukan kerana penglibatan mereka dalam politik seperti yang diajukan oleh pekerja-pekerja tersebut atau pihak yang mewakili mereka. - CJMY - Citizen Journalist Malaysia, 12/9/2013, 18 pekerja dari DRB-Hicom Pekan dipecat

18 pekerja dari DRB-Hicom Pekan dipecat
* Maaf tak dapat salin dan tampal foto yang terkandung dalam lapuran ini, sila ikut link untuk lihat lapuran asal di CJMY

Pekerja bersama ahli keluarga diperkarangan Pejabat PM
Seramai 18 pekerja Kumpulan DRB Hicom di Pekan, Pahang yang dipecat oleh syarikat mereka telah berhimpun bersama ahli keluarga mereka di perkarangan pejabat Perdana Menteri pada pukul 10 pagi bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan.
18 Pekerja telah dipecat
Pekerja-pekerja ini telah meluahkan rasa tidak puas hati berikutan pemecatan mereka dan memohon agar Perdana Menteri campurtangan dan memyelesaikan masalah ini.
Mereka berharap agar syarikat tersebut akan mengambil mereka berkhidmat semula tanpa hilang faedah dan pendapatan yang dinikmati sebagai pekerja dan rakyat Malaysia.
Adnan Zainun 42, telah berkhidmat selama 23 tahun mempunyai 5 orang anak
“Kami dipecat hanya kerana menunaikan tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menyerahkan Manifesto Tuntutan MTUC bagi pilihanraya ke-13 pada 3hb Mei 2013 lalu di kawasan Parlimen Pekan kepada salah seorang wakil yang bakal bertanding,” Adnan Zainun,42, yang bekerja di syarikat ini selama 23 tahun.
“Malah kami melakukannya di luar waktu kerja. Apakah ini salah?”
Manakala Rusaini Ramli, 40, yang telah berkhidmat selama 18 tahun dan memegang jawatan Pengerusi MTUC Pahang pula menegaskan cara syarikat memecat mereka adalah amat kejam dan tidak adil.
Selepas siasatan dalaman dilakukan kami semua telah digantung kerja selama 85 hari (tiga bulan) dan selepas itu dibuang terus dari kerja pada 19hb Ogos 2013” katanya dengan kesal.
N Gopal Krishnam, Setiausaha Kesatuan NUTEAIW
Berucap dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu(NUTEAIW) Gopal Krishnam, berkata syarikat ini tidak membenarkan kami mewakili pekerja-pekerja dalam siasatan dalaman malah menyatakan bahawa tindakan pekerja-pekerja ini memberi imej busuk kepada nama syarikat adalah tidak munasabah langsung.
Tambah beliau, semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara dan menyertai mana-mana parti politik. Pemecatan seorang pekerja hanya boleh dilakukan atas alasan kerja bukan penglibatan dalam politik.
Beliau juga menyeru agar Perdana Menteri mengkaji perkara ini dan mengarahkan syarikat tersebut mengambil kembali pekerja-pekerja ini bekerja semula kerana ia akan memberi kesan buruk kepada mata pencarian 18 pekerja ini.
Pekerja-pekerja berhimpun diperkarangan Wisma DRB Hicom
Sejurus selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri,  kesemua ahli kesatuan dan pekerja ini telah berhimpun di perkarangan Wisma DRB-Hicom Gleanmarie yang merupakan ibu pejabat kumpulan DRB-Hicom.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor dan Mantan Presiden MTUC, Senator Syed Shahir.
Akhbar The Star melaporkan bahawa DRB-Hicom Berhad menyatakan pemecatan 18 pekerja ini adalah berlandaskan undang-undang pekerjaan dan industri yang disedia ada.
Menurut kenyataan DRB-Hicom, pemecatan mereka bukan kerana penglibatan mereka dalam politik seperti yang diajukan oleh pekerja-pekerja tersebut atau pihak yang mewakili mereka.
- See more at: http://cj.my/post/90005/18-pekerja-drb-hicom-dipecat/#sthash.xEZskvVR.dpuf

Wednesday, September 11, 2013

18 former DRB-Hicom employees cry foul over dismissal (Star) - 11 September 2013


Piket di hadapan Wisma DRB Hicom
Piket di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya

18 former DRB-Hicom employees cry foul over dismissal








PUTRAJAYA: Eighteen former employees of a government-linked company have alleged that they were dismissed from their jobs after submitting a memorandum to a politician in the run-up to GE13.
According to National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW) president, Mohd Yusof Hamidi, the employment of 18 of its members were terminated on Aug 19, after being suspended from work for 85 days following a domestic inquiry. 
Mohd Yusof said the 18 workers, formerly employed at DRB-Hicom’s automotive subsidiaries at Pekan, Pahang, were involved in submitting a Malaysian Trades Union Congress demand for union rights and benefits to PKR candidate Fariz Musa on May 3 in Pekan. 
Fariz stood against Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the Pekan parliamentary seat. 
"The charges levied against our members were (that they had undermined) the good name of the company and (attempted to) bring about any form of influence or outside pressure to support any claim that is related to service, be it an individual claim or claims of the employees.
"The employers allegedly were of the position that the participation and action of the 18 members was contrary to the interest of the company, and giving a false impression that the company was involved in politics," said Mohd Yusof in a memorandum which was submitted to Najib’s office here Wednesday.
The workers had gathered outside the Prime Minister’s Office Complex, bearing banners seeking Najib’s help to be reinstated to their former positions.
Meanwhile, DRB-Hicom Berhad maintains that the dismissal were in accordance with the relevant employment and industrial law of Malaysia.
"The disciplinary action taken against these workers was conducted in accordance with all applicable laws and company policies in relation to breaches of the company’s terms and conditions of service arising from the unauthorised representation of the company which were recorded, and subsequently uploaded online for public viewing. 
"It was not for exercising their political rights as alleged by the said workers or parties that claim to be representing them," the company said in a statement to The Star. - Star, 11/9/2013, 18 former DRB-Hicom employees cry foul over dismissal

Tuesday, September 10, 2013

Piket G18 bersama keluarga di Putrajaya - Soalan untuk renungan isu UNION, ahli dan 'polisi'

18 pekerja anak syarikat DRB HICOM dari Pekan, bersama keluarga mereka berpiket di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Bukankah NUTEAIW yang ramai ahlinya? Mengapa semua ahli tidak bersama keluarga turun padang memberikan sokongan solidariti kepada G18?

Kekuatan sesuatu UNION adalah 'jika kamu melakukan tidak adil kepada seorang ahli/pekerja, KAMI SEMUA akan bertindak bersama memperjuangkan hak ahli/pekerja tertindas....sehingga hak itu dikembalikan dan keadilan dicapai...

Tapi kini nampaknya hanya G18, 18 pekerja yang sudah dibuang kerja, dan keluarga mereka yang turun padang di pejabat Perdana Menteri pada 11/9/2013. Ada nampak juga Syed Shahir dan saudara Gopal - tapi mana yang lain? [Mungkinkah ini hanya tindakan G18 dan keluarga dan mereka tak maklumkan kepada orang lain - tapi bukankah mereka ahli UNION - bukankah UNION yang sepatutnya juga merancang dan bertindak? Mungkin satu tindakan anjuran UNION akan berlaku tak lama lagi...kita tunggu sahaja?] 

Kekuatan sebuah UNION Nasional adalah bahawa kami lagi BESAR - lagi ramai ahli di lagi banyak kilang/syarikat di seluruh negara/rantau - dan KAMI SEMUA akan bertindak bersama memperjuangkan hak ahli/pekerja tertindas.

Jika hanya pekerja mangsa (dan keluarga mereka) yang harus berjuang, persoalannya adalah mengapa perlu UNION...atau UNION Nasional ...atau solidariti pekerja? 

Adakah tugas/obligasi UNION hanya untuk berjuang untuk CA (Perjanjian Bersama dengan Majikan) dan mewakili ahli pekerja semasa bicara di Mahkamah Perusahaan/Buruh? 

Dalam ketidakadilan yang menimpa G18, ramai UNION dan kumpulan lain telah memberi sokongan dengan memprotes tindakan majikan - melalui Kenyataan Bersama (yang ditandatangani 52 kumpulan)

Union Malaysia yang menandatanganinya adalah:- 

Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia

MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Melaka
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Pahang
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Penang Division

NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
NUHBRW (National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers), Malaysia

Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU), Malaysia

Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad 

SYABAS - semua UNION harus prihatin mengenai isu pekerja dan hak, dan harus sentiasa cepat memberikan solidariti, sokongan kepada perjuangan hak. Harapan adalah bahawa bilangan UNION berbuat demikian bertambah. Mungkin setengah belum sempat bincang lagi kalau mahu menyokong atau tidak. Mungkin setengah UNION tidak pernah melakukan tindakan sedemikian, di mana jika ini keadaannya, ini perlu dibincang diperingkat Union di mana soalannya adalah 'Adakah kita akan keluar menyokong isu hak pekerja dan hak asasi yang melibatkan pekerja/orang lain dan tidak secara khusus ahli kita? Adakah kita akan sertai Kenyataan Bersama? Adakah kita akan menyertai piket/protes? Atau adakah kita akan hanya menumpukan kepada isu ahli kita sahaja?

Bilangan pekerja yang menjadi ahli Union ramai, lebih kurang 800,000 - tapi kekuatan UNION dan pekerja bila hak dicabul/dinafikan sudah lama dilihat di Malaysia...

Background
 
On 3/5/2013, a group of 18 workers submitted the MTUC memorandum to one of the contesting candidates in the Pekan parliamentary constituency, which also happens to be the constituency that the Prime Minister of Malaysia was contesting. The 13th General Elections was held on 5/5/2013, and these workers were trying to get commitments for worker demands/rights from the candidates before voting day.

HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, which assembles automobiles for Suzuki, Mercedes-Benz and Volkswagen, has issued show cause letters on  22/5/2013 to 16 workers, and speedily proceeded with the 'Domestic Inquiry' which began on 11/6/2013. ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd, that assembles automobiles for Isuzu, also issued show cause letters to 2 workers and conducted domestic inquiry.
* The Domestic Inquiry for 16 workers was done in One(1) day, and the  National Union of Transport Equipments & Allied Indutries Workers(NUTEAIW) were not allowed to represent the workers in the DI - only the members at the factories concerned or the 'work site committee of the Union' were allowed to represent these workers. Sadly, NUTEAIW seem to have not challenged this deprivation of the best representation at that time.The collective bargaining agreement is between NUTEAIW and the factory.
19/8/2013 - all 18 workers were terminated
20/8/2013 - National Union of Transport Equipments & Allied Indutries Workers(NUTEAIW), being the Union the said workers belonged to, issued a Media Statement, "Termination action against workers exercising their political rights is abhorred"
 
 
Kenyataan Bersama – 25/6/2013 (sekarang 52)

DRB HICOM HARUS MENGHORMATI HAK RAKYAT UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROSES DEMOKRASI DI MALAYSIA
– Hentikan tindakan disiplin terhadap pekerja kerana melaksanakan hak politik mereka

Kami, 52 pertubuhan masyarakat sivil(CSOs), kesatuan sekerja dan kumpulan yang dinyatakan dibawah ini  terharu dengan tindakan dua syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan, khususnya HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd kerana mengambil tindakan disiplin terhadap 18 pekerja kerana melaksanakan hak mereka (di luar waktu kerja), sebagai rakyat mengambil bahagian dalam proses demokratik. Berasaskan keputusan  Malaysian Trade Union Congress (MTUC), yang turut disokong National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW), pekerja diminta mengambil tindakan untuk mendapatkan komitmen isu hak pekerja daripada calun dan parti politik bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) di seluruh Malaysia, termasuk di Pekan, di mana tarikh mengundi adalah pada 5/5/2013. Ramai pekerja  cuba dan/atau telah jumpa calun pilihanraya untuk mendapatkan komitmen mereka.

Justeru, pada 3/5/2013, sekumpulan 18 pekerja telah menyerahkan memorandum MTUC kepada seorang daripada calun bertanding di kawasan parlimen Pekan, yang juga merupakan kawasan parlimen di mana Perdana Menteri Malaysia sedang bertanding.

Berasaskan tindakan ini, tindakan disiplin telah dimulakan oleh 2 syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan terhadap 18 pekerja ini. 

Pertama, Hicom HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, yang memasang automobile jenama  Suzuki, Mercedes-Benz dan Volkswagen, telah mengeluarkan surat tunjuk sebab pada   22/5/2013 kepada 16 pekerja,  dan dengan cepat mendgadakan 'Domestic Inquiry' yang bermula pada 11/6/2013. Pada masa ini Domestic Inquiry masih belum tamat dan tidak ada apa-apa keputusan lagi.

Kedua, ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd yang memasang automobile jenama  Isuzu, juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada 2 pekerja. Mereka juga sedang menunggu keputusan Domestic Inquiry. 

Harus diambil kira bahawa pekerja TIDAK dibenarkan di wakili peguam atau wakil daripada Kesatuan Sekerja Nasional mereka, iaitu NUTEAIW, hanya dibenarkan diwakili oleh wakil jawatankuasa  work site dari kilang berkenaan. 

Kami berpendirian bahawa tindakan kedua-dua syarikat DRB Hicom tersebut bukan sahaja pencabulan serius hak pekerja. Ia juga pencabulan hak rakyat mengambil bahagian dalam proses demokratik di Malaysia, khususnya semasa pilihanraya umum. Majikan seharusnya tidak ada hak untuk memutuskan secara khusus atau secara tidak khusus pilihan, kegiatan dan/atau tindakan politik pekerja mereka, tambahan bila ini dilakukan  di luar masa kerja.  

Pekerja, selaku rakyat Malaysia, harus mempunyai kebebasan untuk menyertai parti politik dan mengambil bahagian dalam mana-mana parti politik pilihan mereka, menawarkan diri mereka sebagai calun pilihanraya jika mereka memilih berbuat demikian, dan melibatkan diri dalam aktiviti kempen semasa pilihanraya.

Maka, tindakan DRB Hicom mengambil tindakan disiplin terhadap 18 pekerja kerana melakukan apa yang merupakan hak mereka semasa PRU13, adalah sama sekali tidak wajar atau patut. Ia merupakan pencaulan besar hak 18 pekerja ini. Di dalam situasi ini, kami menuntut agar DRB Hicom segera memberhentikan tindakan disiplin terhadap 18 pekerja ini. 

Jika mana-mana daripada 18 pekerja ini telah diberhentikan kerja, mereka harus segera diambil balik sebagai pekerja (reinstated).

Kami difahami bahawa tuduhan terhadap pekerja ini adalah (1) menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada secara lisan, tulisan atau perbuatan, dan (2) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk mengemukakan dan menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan itu adalah tuntutan secara individu atau tuntutan lain-lain kakitangan. 

Kami juga difahami bahawa majikan DRB Hicom cuba menjustifikasi tindakan terhadap 18 pekerja – yang cuba mendapatkan komitmen berkenaan hak pekerja dari calun kawasan Pekan – dengan mendakwa bahawa pekerja telah mungkin memberikan gambaran palsu bahawa syarikat terlibat dalam politik bercanggah dengan pendirian syarikat.  

Kami mendapati penjelasan ini mengelikan! Ianya adalah hipokritikal berasaskan fakta bahawa semasa tempuh kempen pilihanraya, iaitu pada 25/4/2013, syarikat telah mengalakkan pekerja pergi dan menemui calun pilihanraya Barisan Nasional kawasan Pekan, Mohd Najib Abdul Razak, yang merupakan juga mantan Perdana Menteri. Pekerja dibenarkan pergi untuk pertemuan ini semasa waktu kerja.  Kegiatan ini juga telah dipaparkan dalam laman web calun pilihanraya Najib (‘ Najib’s 13th General Election Pekan Constituency candidate website) (http://www.parlimenpekan.com/?p=840), di mana posting ini diberi tajuk ‘Dato’ Sri Najib Beramah Mesra Dengan Warga DRB-Hicom Pekan’. Kemudian pada tarikh yang sama pekerja perempuan juga dibenarkan  pergi berjumpa dengan isteri Najib.  

Syarikat dan perniagaan seharusnya tidak memberhentikan pekerja untuk alasan selain daripada mengenai halperkara yang berkait dengan perlakuan kerja dan/atau kelakuan semasa kerja kecuali dalam situasi luarbiasa, sebagai contoh bila pekerja disabitkan melakukan jenayah. 

18 pekerja ini ada keluarga dan kanak-kanak, dan pemberhentian kerja akan mengakibatkan kesusahan besar menjejaskan kesenangan dan kehidupan mereka. Di anatara 18 pekerja terbabit terdapat  pemimpin kesatuan sekerja, termasuk pengerusi MTUC Divisyen Pahang. Kami berharap pemberhentian pemimpin pekerja tidak berlaku dan kedua-dua syarikat DRB Hicom tidak melakukan  ‘union busting’(usaha memecahkan kesatuan sekerja).

Kami memanggil DRB Hicom, HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd untuk segera memberhentikan tindakan disiplin terhadap 18 pekerja ini, dan jika ada mana-mana pekerja terbabit sudah diberhentikan kerja untuk segera mengembalikan kerja (reinstate) mereka tanpa kehilangan faedah.

Kami juga menyeru kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, yang juga ahli Parlimen kawan Pekan, untuk mencelah dan memastikan bahawa hak mereka di kawasan pilihanrayanya, sebagai pekerja dan rakyat, tidak dicabul oleh majikan. 

Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong

Untuk dan bagi pihak 52 organisasi yang dinyatakan di bawah

ALIRAN
Asia  Pacific Forum on Women, Law and Development ( APWLD)
Asian Migrant Centre (AMC)
Association of Maybank Executives
Building and Wood Workers International Asia Pacific
Burma Campaign Malaysia
Clean Clothes Campaign
Community Action Network (CAN), Malaysia
Dignity International
Group of Concerned Citizens
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Human Rights Ambassador for Salem News , UK 
Jawatankuasa Sahabat Rakyat (人民之友)
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
Legal Aid Commission, Sri Lanka
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysians for Beng Hock
Malaysian Physicians for Social Responsibility
Migrante International
Migrants Rights Council,India
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Melaka
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Pahang
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Penang Division
Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
NUHBRW (National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers), Malaysia
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Persatuan Kesedaran Komuniti, Selangor (EMPOWER)
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Pusat KOMAS (KOMAS)
Sarawak Dayak Iban Association
SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
Tenaganita, Malaysia
Think Centre, Singapore
Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU), Malaysia
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Women's Aid Organisation (WAO), Malaysia
Workers Assistance Center, Inc, Philippines
Workers Hub For Change (WH4C)

Additional Endorsements:
NLD LA Malaysia
Yayasan LINTAS NUSA - Batam Indonesia
IMA Research Foundation, Bangladesh
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Committee for a Workers' International (CWI) Malaysia
Women's Rehabilitation Centre (WOREC), Nepal
National Alliance Of Women Human Rights Defenders Alliances, Nepal
Legal Support for Children and Women (LSCW), Cambodia
HMISC (Hsinchu Cathoic Diocese Migrants and Immigrants Service Center, Taiwan
National Domestic Workers’ Movement (NDWM), India
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad