Di bawah ini adalah apa yang dinyatakan Senator Syed Shahir di Parlimen pada 23/4/2014..
Berhujah di Parlimen patut dilakukan - tetapi masalahnya sama ada Senator lain mendengar dan prihatin mengenai isu pekerja dan kesatuan sekerja... sebagai contoh kita lihat satu Senator mencelah bertanya mengenai isu pencen Senator - saya anggap ini soalan hanya mementingkan diri sendiri dan saya harap Senator akan lebih prihatin kepada masalah pekerja, mereka yang miskin, dll - bukan hanya mengenai isu diri sendiri, majikan, yang kaya...
Adakah kerajaan akan membuat apa-apa?
Adakah media melapurkan mengenai isu pekerja yang dinyatakan di Parlimen?
Adakah kita mengambil tahu apa yang dibincangkan di Parlimen?
Kita mesti membuang sikap hanya mementingkan isu atau perkara yang ada kaitan langsung dengan masalah peribadi tempat kerja saya atau kesatuan sekerja saya atau kerja saya tetapi tidak mahu ambil tahu mengenai pencabulan hak atau ketidakadilan yang berlaku kepada kesatuan lain atau pekerja di sektor lain atau tempat kerja lain....justeru tak sokong tuntutan atau perjuangan mereka yang lain menuntut keadilan adalah sikap yang harus dibuang...atau ditukar.
Saya mendapat gaji baik buat apa saya mengambil tahu isu gaji minima?
Saya pekerja tetap sehingga umur persaraan mengapa saya perlu ambil tahu isu pekerja kontrak jangka pendek? Isu sistem 'contractor for labour'? Isu outsourcing?
Union saya sudah lama diiktiraf dan ada Perjanjian Bersama - kenapa saya perlu ambil tahu isu susah daftar, susah dapat iktiraf Union, pembuangan kerja ahli Union lain???
Kita perlu berubah...
Petikan dari Hansard -
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Rabu, 23 April 2014 …
…2.47 ptg.
Tuan Syed
Shahir bin Syed
Mohamud: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mulai dengan
menyebut begini,
Bunga selasih dari
diri,
Bahtera singgah di
Pulau Bangka,
Terima kasih
peluang diberi,
Turut berbahas
Titah Diraja.
DN 23.4.2014 52
Tuan Yang di-Pertua,
awal kalam. Saya
mulai dengan penyataan
takziah kepada keluarga Mendiang Yang
Berhormat Karpal Singh
dan menyatakan simpati kepada
seluruh anggota keluarga
yang terlibat dalam penerbangan MH370 yang sehinggakini
masih belum ditemui dan mendoakan agar
Allah SWT memberikan petunjuk. Namun, sebagai insane kita
reda dengan ketentuan-Nya.
Tuan Yang di-Pertua,
saya ingin mengkhususkan
kepada tiga paragraph atau para
penting
yang terdapat dalam
teks Titah Seri
Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong iaitu
para empat, para enam
dan para 22.
Selain daripada menyentuh
beberapa hal yang
kepentingan rakyat harus
dikemukakan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua,
dalam paragraph atau
perenggan empat itu,
antara lain baginda
menekankan bahawa Malaysia da lam kata kutip, dalammenuju
ke arah negara maju berpendapatan
tinggi, kesejahteraan hidup rakyat sentiasa
menjadikeutamaan kerajaan. Jadi ini merupakan satu hal
yang sangat penting.
Seperti mana yang
kita maklum, dalam tempoh
lima tahun atau
lebih sedikit, dikatakan Malaysia
akan menjadi sebuah negara maju.
■1450
Untuk menjadi sebuah
negara maju tidak
dapat dinafikan bahawa
ianya mesti dicerminkan
dengan
pendapatan sama ada
pendapatan perseorangan atau
pendapatan isi rumah
bagi rakyat di Malaysia ini. Umum mengetahui bahawa
walaupun undang-undang mengenai gaji minimum telah pun diluluskan oleh Dewan ini, hingga kini masih
terdapat majikan-majikan yang tidak
mematuhi undangundang tersebut. Malah
telah diberi pengecualian
kepada majikan-majikan tertentu
dalam melaksanakan gaji minimum ini. Saya telah berulang kali
dan seingat saya dalam sidang-sidang yang lepas
membangkitkan isu yang
sama. Malah dalam
soalan pertanyaan lisan
yang lepas, saya
menanyakan
sama ada kadar
RM900 untuk Semenanjung
dan RM800 untuk
Sabah dan Sarawak
sekarang ini adalah
satu angka atau
jumlah yang munasabah.
Ada sahabat dalam
Dewan ini yang
menanyakan mengapa pula misalnya ada perbezaan di antara
kawasan yang dianggap sebagai maju
seperti di Kuala Lumpur atau di Lembah Klang ini dengan di
Kelantan sebagai contoh.
Jadi ini menunjukkan bahawa pendapatan atau gaji yang
diterima oleh para pekerja ini dengan
keadaan kos hidup sama ada kos makan, minuman, tambang,
perkhidmatan dan sebagainya termasuk
sewa adalah tidak memadai. Tuan Yang di-Pertua, oleh hal
yang demikian adalah wajar terutama sekali
Kementerian Sumber Manusia melihat hal ini secara serius.
Ertinya yang dapat gaji RM900 ke bawah
ini adalah terdiri daripada anak-anak kita, tidak kira
fahaman politik, agama, warna kulit, kumpulan etnik
atau sebagainya. Jadi ertinya ianya merentasi hal-hal
yang saya katakan tadi.
Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai hubungan
kerja atau disebut dengan izin,
dalam bahasa Inggeris,
employment relationship. Employment
relationship ini adalah satu
hal yang
sangat
penting. Malah dalam
Persidangan-persidangan Buruh Antarabangsa (ILO),
isu mengenai
employment relationshipdengan izin, adalah satu isu yang
diketengahkan sehingga membawa kepada
rekomendasi oleh Persidangan Buruh Antarabangsa sejak
beberapa tahun yang lepas. Yang saya ingin
kemukakan di Dewan yang mulia ini ialah mengenai apa yang
dipanggil dalam bahasa Inggeris dengan izin,
precarious employment. Precarious
employment ini dengan izin,
adalah suatu hal
di mana
DN 23.4.2014 53
hubungan
antara majikan dengan
pekerja itu semacam
hilang. Ini dijelmakan
di Malaysia dua
tahun yang lepas apabila Dewan ini telah meluluskan apa yang dipanggil
kontrak satu pindaan kepada Akta Kerja tahun 1995 iaitu kontraktor tenaga kerja
atau contractor labor.
Tuan Yang di-Pertua, hak-hak pekerja ini haruslah diberi
perlindungan yang sewajarnya. Ada
yang mungkin berhujah
apakah tidak ada
perlindungan atau hak-hak mereka
ini? Saya boleh
bagi
contoh bagaimana misalnya hak pekerja ini
dinafikanterutama sekali dalam hal yang berkaitan dengan
hak mereka untuk berkesatuan. Sebenarnya walaupun dalam
Perlembagaan Persekutuan dan juga apa
yang terdapat dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959, hakuntuk
pekerja menyertai, menubuhkan dan aktif
di dalam kesatuan kerja itu dijamin.
Namunbeberapa pengalaman tidak
lama dahulu memperlihatkan bahawa
hak mereka ini
semakin
tergugat. Misalnya dalam
kes yang melibatkan
kesatuan, dalam bahasa
Inggeris disebut National
Union of Flight
Attendants yang telah pun
diberikan sijil pendaftaran,
namun pihak majikan menafikan hak
untuk mengiktiraf kesatuan
tersebut. Lebih dari
itu, sebahagian daripada
pemimpinpemimpin kesatuan ini telah pun diambil tindakan disiplin dengan
alasan-alasan yang tidak kukuh. Akan tetapi
pada pandangan saya
ianya lebih merupakan
hukuman kerana mereka
giat dan aktif
dalam kesatuan tersebut.
Sama halnya juga
dengan apa yang
berlaku terhadap 18
orang pemimpin dan
juga anggota
kesatuan pekerja di Pekan, Pahang, di mana mereka ini
telah diambil tindakan termasuk dipecat oleh Syarikat DRB HICOM.
Sepatutnya syarikat-syarikat yang
bersifat seperti syarikat
besar ini lebih menghormati hak-hak pekerja. Begitu juga dengan beberapa
orang lain pemimpin-pemimpin kesatuan yang diambil tindakan,
anggota kesatuan National
Union of Bank
Employees, anggota kesatuan
National Union of Journalist, pemimpin kesatuan
Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular
Malaysia. Ini adalah contoh-contoh
bagaimana kumpulan ini yang mahu menjalankan hakmereka aktif telah pun diambil tindakan oleh pihak
majikan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam teks titah tersebut perkara
mengenai warga emas ada disentuh.
Saya ingin menarik
perhatian berhubung dengan
soal retirement age dengan
izin, ataupun tamat
tempoh
perkhidmatan. Saya menggunakan
istilah ini kerana
bagi kumpulan pekerja
dalam sektor
swasta tidak ada
siapa yang menyara
mereka kecuali diri
mereka sendiri. Barang
diingat sepanjang mengenai kajian
yang dibuat oleh
Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja berdasarkan kepada
jangka hayat di Malaysia ini sudah meningkat iaitu bagi laki-laki sampai
72.5 tahun dan perempuan sampai 76 tahun. Jadi ertinya kalau kita puratakan
daripada 55 tahun sampai 75 tahun, ia bererti ada 20 tahun.
Simpanan yang perlu
bagi mereka kalau
berdasarkan kepada pencen
minimum yang
ditentukan oleh pemerintah ialah RM820. Ertinya pada
tahun yang ke-20 pada usia 75 tahun orang ini mesti daripada tempoh tersebut mempunyai simpanan
sebanyak RM200,000. Kalau tidak ianya
tidak dapat RM820 di mana yang saya sebutkan tadi.
■1500
Oleh yang demikian di mana yang telah saya
sarankan sebelum ini kepada Menteri di Jabatan
Perdana Menteri ssupaya pencen minimum untuk staf dan
pegawai-pegawai awam hendaklah dinaikkan.
DN 23.4.2014 54
Ertinya paling tidak mestilah jumlahnya naik sehingga
RM900. Itu pun boleh dikira sebagai satu pencen yang sangat minimum. Apa asasnya? Asasnya ialah kerana
gaji minimum RM900 maka dinaikkan dari RM820 kepada RM900.
Saya ingin menegaskan
bahawa ini adalah
pencen minimum. Ertinya
jauh daripada mencukupi berdasarkan kepada keadaan yang ada sekarang ini. Dalam hal yang sama kita
juga ingin tahu
bagaimana perkara yang
melibatkan pemilikan rumah
oleh kumpulan rendah
dan
kumpulan yang berpendapatan sederhana, sama ada mereka
ini dalam sektor awam mahupun sektor
swasta. Saya ingin
bertanya kepada Yang
Berhormat Menteri yang
berkenaan berhubung dengan
jumlah
statistik pemilikan rumah
oleh kakitangan awam
sehingga tahun 2013.
Apakah mereka ini
mempunyai rumah sendiri dan bagaimana konduksi rumah
tersebut? Di samping itu, apakah lagi usaha
untuk memastikan bahawa
pekerja-pekerja dalam sektor
lain, sektor swasta
misalnya mendapat
pemilikan rumah di Malaysia ini?
Tuan Yang di-Pertua,
dalam sidang yang
lepas saya ada
membangkitkan mengenai hal
hubungan tiga pihak
atau ‘tripartisme’ dalam konteks
perhubungan perusahaan di
Malaysia ini. Malaysia
merupakan salah sebuah
negara di dunia
yang memberi pengesahan
atau dalam bahasa
Inggeris rectified
Convention 144, Konvensyen Pertubuhan
Buruh Antarabangsa. Saya ingin bertanya
kepada kementerian berkenaan, sejauh ini walaupun
Malaysia telah pun memberi pengesahan ataupun
ratifikasi
kepada Konvensyen 144
ini. Dalam tempoh
12 tahun apakah
usaha-usaha positif yang dilakukan
oleh kementerian dalam
memberikan makna sebenar
semangat isi dan
substanceKonvensyen 144 ini. Oleh yang demikian, adalah wajar
Kementerian Sumber Manusia melihat hal yang berkaitan
dengan Code of
Conduct for Industrial
Harmony ataupun Kod Tatacara
Perhubungan Perusahaan yang ditandatangani lebih kurang 40 tahun yang
lepas.
Tiga pihak, pemerintah,
wakil majikan, wakil pekerja telah tanda
tangan dokumen ini. Adalah
lebih wajar kementerian
yang berkenaan melihat
semula ataupun kita
kata revisit dokumen
ini.
Diharapkan dengan adanya usaha tersebut ianya
bolehdikaitkan sedikit demi sedikit dengan semangat
Konvensyen 144 ini. Kalau misalnya ada keterbukaan oleh
pemerintah, majikan dan oleh pekerja, maka
saya percaya sudah tentu kita dapat memberikan keutamaan
yang boleh kita banggakan dalam masa
yang mendatang. Tuan Yang di-Pertua, jangan lupa bahawa
di Malaysia ini sepanjang mengenai kajian
yang dibuat oleh MPC, bahawa kadar produktiviti adalah
baik jika dibandingkan dengan Korea Selatan,
dengan Taiwan dan dengan Jepun, malah Singapura.
Namun secara perbandingan
Tuan Yang di-Pertua,
kita lihat bagaimana keselesaan
hidup
kumpulan pekerja di negara-negara yang saya sebutkan tadi
dengan negara kita. Bagaimana misalnya
pekerja di Jepun,
pekerja di Korea,
pekerja di Taiwan,
di Singapura misalnya
dari segi keselesaan
berbanding dengan kita yang memang bergelut setiap hari
untuk meneruskan kehidupan.
Tuan Yang di-Pertua,
soal umur tamat
tempoh perkhidmatan atau
retirement age yang saya
sentuh tadi juga
adalah satu hal
yang mana kita
ingin dapatkan maklumat
daripada Kementerian
Sumber
Manusia, sejauh ini
berapakah jumlah majikan-majikan berdaftar
yang tidak melaksanakan
undang-undang
ini? Seperti mana
yang kita maklum
bahawa memang kedua-dua
Dewan ini
meluluskan
undang-undang tetapi apa
maknanya kalau ianya
tidak dilaksanakan oleh
mereka yang
DN 23.4.2014 55
dipertanggungjawabkan.
Setiap kali yang
kita dengar ada sahaja
appeal atau rayuan minta
pengecualian
dan sebagainya. Sedangkan
kita bercakap lama
dalam hal retirement
age ini. Malah
dalam sidang awal dahulu saya pernah menyatakan bahawa di
Kampuchea sebagai contoh retirement
agenya tinggi tetapi
life expectancynya rendah.
Jadi oleh sebab
itu kita ingin
mendapat penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia sepanjang
mengenai pelaksanaan undang-undang ini supaya keyakinan di kalangan golongan
pekerja ini dapat kita benar-benar sempurnakan.
Tuan Yang di-Pertua,
sebelum saya lupa,
saya juga ingin
menyentuh berhubung dengan
simpanan wang oleh pekerja-pekerja dalam sektor
perhotelan. Dalam sektor perhotelan gaji minimum atau gaji pokok mereka adalah rendah. Akan tetapi
biasanya pihak majikan akan menggunakan hujah bahawa kumpulan ini akan mendapat service point. Namun untuk makluman
rakan-rakan sekalian di Dewan yang mulia
ini bahawa service
point ini tidak diambil
kira apabila pengiraan
caruman K WSP.
Walaupun
kadang-kadang seorang pekerja
itu dapat sampai
RM1,500 sebulan tetapi
gaji pokoknya atau gaji
minimumnya di hotel itu RM600. Maka perkiraannya adalah berdasarkan kepada gaji
pokok tersebut. Itu sebab
kita dapati apabila
kumpulan ini pada
usia 55 tahun
jumlah simpanan mereka
di bawah RM50,000, apa
yang mereka boleh
buat pada usia
itu? Apakah mereka
boleh beli rumah?
Jangan kata rumah mampu milik, rumah murah pun tidak
dapat mereka beli sedangkan usianya sudah
meningkat. Kita dapati sebahagian daripada mereka ini
terpaksa melakukan pekerjaan lain selepas itu
walaupun mereka telah bergelut hidup selama 25 tahun
hingga 30 tahun sebelum itu.
Jadi, saya mohon pertimbangan daripada Kementerian Kewangan untuk melihat semula Akta
Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja tahun 1952
supaya elemen ini
dimasukkan semula, supaya
pekerja-pekerja
dalam sektor ini
dibela hidup mereka.
Kalau tidak ertinya
tidak sesuai seperti
mana hajat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah
tersebut.
Tuan Yang di-Pertua,
saya ada menanyakan
dalam pertanyaan lisan
berhubung dengan
sepanjang mengenai hal yang melibatkan pelaburan
perusahaan untuk automobil nasional. Akan tetapi
jawapan yang diberikan oleh kementerian kepada
sayaterlalu umum.
■1510
Pertanyaan
saya, sepanjang lebih
tiga dekad Perusahaan
Otomobil Nasional ini,
berapakah
jumlah wang yang
telah dilaburkan dan
apakah nilai tambah
kepada rakyat Malaysia
ini? Ertinya,
daripada
tahun 1983, 1984
dimulai sehingga tahun
2013, apakah jumlah
sebenar yang dilaburkan
sebab kita tahu bahawa memang perusahaan ini mendapat
perlindungan khusus daripada pemerintah.
Ertinya, sehinggakan motokar yang dibawa masuk dariluar
ke dalam pun mesti mendapat kelulusan,
mesti dapat AP
untuk melindungi perusahaan
automobil di Malaysia
ini. Ini tidak
menjadi soal tetapi yang saya soalkan ialah sejauh itu,
berapa pelaburan.
Keduanya ialah dari segi nilai tambah. Nilai tambahyang
saya maksudkan di sini ialah dalam
tempoh tiga puluh tahun, apakah pekerja kita di Malaysia
ini boleh buat enjin, misalnya sebagai contoh,
sebab ini basic,
asas. Ertinya, kita melabur banyak, kita telah latih pekerja-pekerja termasuk
pekerjapekerja separuh mahir
dan mahir. Kalau
misalnya kita leraikan
enjin tersebut dan
kita minta mereka buat enjin baru, boleh atau tidak? Itu
ujiannya. Kalau boleh, itu menunjukkan bahawa ada nilai tambah.
DN 23.4.2014 56
Kalau tidak boleh, sesuatu kena dilakukan. Ini penting
sebab apa makna kalau kita hendak bercakap
untuk 2020 sekiranya hendak buat enjin pun tidak boleh.
Saya tidak menafikan
bahawa kita boleh
pasang, kebolehan orang
Malaysia ini ialah
mengubahsuai.
Ini cukup hebat.
Orang Malaysia boleh buat
pintas, wayar pintas
dan sebagainya,
cukup cekap. Kadang-kadang kalau motokar air conditionnya rosak, dia boleh pintas. Dia
kata jangan
takut, ini tidak akan rosak. Itu kepandaian orang kita
tetapi kalau minta dia buat, saya tidak tahu sama
ada dia boleh
buat atau tidak
yang asalnya, yang
original. Jadi, saya
ingin menyoal kepada
kementerian yang berkenaan...
Dato’ Boon Som a/l Inong:Boleh saya mencelah?
Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud:...Sejauh tempoh ini,
apakah kita boleh...
Tuan Yang di-Pertua:Yang Berhormat Boon Som bangun Yang
Berhormat.
Tuan Syed Shahir
bin Syed Mohamud: ...Dapat kumpulan
pekerja yang telah
pun bekerja
mungkin dua puluh tahun, menghasilkan apa yang
sayakatakan tadi.
Dato’ Boon Som a/l Inong:Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya ingin mencelah. Berbalik
kepada gaji dan pencen minimum, apakah pendapat Yang
Berhormat dengan kedudukan Senator kita.Apabila kita pencen
kemudian hanya- value pencen
kita hanyalah RM2,000.
Apa pandangan Yang Berhormat dari segi itu, yang paling minimum.
Tuan Syed Shahir
bin Syed Mohamud: Terima kasih
Dato’ Boon. Saya
nampak kadangkadang Dato’ Boon
agar akrab dengan Dato' Seri Shahidan, kalau minum di kantin selalu bersamakan?
Saya ingat eloklah diluahkan perasaan itu kepada orang yang ingin mendengar. Saya
tumpang jugalah.
Tuan Yang di-Pertua,
berbalik kepada soal
ini. Jadi ertinya, secara
serius kita mahu menuju
negara maju. Kita seangkatan dengan Korea, kita
seangkatan dengan Taiwan, kita seangkatan dengan
beberapa
negara lain. Namun
lihat bagaimana mereka.
Kalau Korea misalnya
tiga puluh tahun
dulu, kita lihat apa motokar yang dia keluarkan, sekarangbagaimana, kita
sama dengan mereka. Jadi oleh hal yang demikian, secara serius, selepas dari
soalbersetuju atau tidak dari segi fikiran tetapi ini adalah perkara yang
melibatkan anak-anak kita untuk lima puluh, lima belas tahun yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga...
Tuan Yang di-Pertua:Yang Berhormat, ada empat minit lagi
Yang Berhormat.
Tuan Syed Shahir
bin Syed Mohamud: Ada
dua tiga point yang
sebelum saya lupa
iaitu
mengenai pertindihan. Apakah ada pertindihan kuasa dan penguatkuasaan. Misalnya sebagai contoh,
APMM. Setahu saya
APMM ini di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Akan
tetapi kita juga
ada polis marin, kita
juga ada Kastam,
kita juga ada
tentera laut. Dalam
beberapa hal saya
dapati bahawa semacam ada
pertindihan kuasa ini dan ada kes di mana kita dapat maklum aset-aset bot dan
kapal yang digunakan oleh APMM ini tidak setimpal dengan mereka yang menyeludup
atau yang lari.
Jadi, saran saya ialah supaya ianya dikaji semula hal ini
supaya jangan ada pertindihan. Jadi,
kadang-kadang
kita tidak tahu
siapa hendak pergi
dulu, marin hendak
pergi dulukah, APMM
yang
hendak pergi dulukah,
Kastam hendak pergi
dulukah atau navy hendak
pergi dulu? Mana
satu yang
DN 23.4.2014 57
hendak pergi? Saya
minta supaya menteri
yang berkenaan menjawab
hal ini supaya
jangan berlaku pertindihan kerana
kesan akhirnya adalah kepada negara.
Sama juga dengan SPAD, Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat dengan JPJ, dengan polis
misalnya.
Siapa yang ada
kuasa apa? Oleh
sebab kalau terlalu
banyak hal semacam
ini, akhirnya
timbul
kekeliruan dan orang
di luar melihat
apa yang kita
lakukan. Saya mohon
kementerian
menjelaskan hal ini tentang bidang kuasa dan kalau boleh,
ertinya adanya satu penyatuan, maka ianya
boleh dilakukan secara efisien. Terutama dalam
soalmisalnya pembelian aset, dalam soal penggunaan
aset-aset ini.
Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai lebuh raya ini
saya dah cakap banyak kali terutama
sekali di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar ini. Saya
sudah sebut bahawa lebuh raya mestilah
dicerahkan tetapi nampaknya tidak jadi apa, seperti
mencurah air di daun keladi. Kita baliklah, boleh
diuji
daripada tol Gombak
sampai ke tol
Bentong. Ini adalah
satu contoh daripada
banyak contoh.
Sudah dinyatakan
di selekoh-selekoh yang berbahaya itu diterangkan, lampunya diterangkan supaya
jangan menakutkan pengguna jalan raya termasuk
pemandu-pemandu kereta, penunggang motosikal
dan sebagainya tetapi tidak berlaku, masih macam itu
juga. Saya tidak tahulah apa sebab ada pantang
larang untuk memasang lampu di tempat itu. Tujuannya
adalah untuk mengelak daripada kebimbangan
para pengguna jalan
raya. Tidak ada
maknanya kalau kita
misalnya membesarkan lebuh
raya tetapi perkara-perkara
basicseperti ini, perkara asas seperti ini tidak diambil perhatian.
Akhir sekali Tuan
Yang di-Pertua ialah
ada complaint, ada aduan
daripada para pengguna
lebuh raya. Apabila
berlaku kecelakaan atau
kemalangan jalan raya,
maka mereka terpaksa
keluar
daripada lebuh raya untuk membuat laporan kepada polis.
Saranannya ialah supaya di tiap-tiap
point
tertentu
terutama di R&R,
rawat dan rehat
itu diadakan tempat
ataupun- mustahillah kalau
hendak adakan balai polis.
Akan tetapi setidak-tidaknya pondok-pondok
polis untuk memudahkan
para pengguna ini, jika berlaku kemalangan dia tidak payah keluar.
Misalnya, katalah berlaku di Tapah, dia terpaksa keluar
sama ada ke
Bidor, Kampar ataupun
Slim River dan
sebagainya. Ini menyusahkan, sedangkan pemegang konsesi ini,
tidak payah sebutlah berapa puluh ribu juta yang telah pun di himpun sejak
mulanya lebuh raya ini diperkenalkan.
Jadi, saya berhenti di sini. Terima kasih banyak oleh
kerana Dato’ Firdaus tidak jadi Tuan Yang
di-Pertua pada petang ini, jadi pantun Minang saya itu
saya tangguhkan dulu dan saya akan berjumpa
dengannya kemudian. Sekian, Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua:
Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang
Berhormat.
Sebelum saya teruskan,
saya ingin menarik
perhatian semua, khususnya
wakil-wakil,
pegawai-pegawai
daripada
kementerian-kementerian yang semua
berada di persekitaran
Dewan ini.
Saya minta semua
pegawai catatkan perkara-perkara pokok
yang dibangkitkan dalam
Dewan ini
supaya dapat kementerian
menjawab apabila sampai
giliran kementerian menjawab.
Ini kerana
perkara-perkara yang dibangkitkan di Dewan Negara ini
saya fikir memang banyak dan berguna. Elok
saya ambil perhatian supaya semua kementerian-kementerian
dan wakil-wakil mereka yang berada di
persekitaran Parlimen ini sila ambil perhatian. Saya
mengikuti perkembangan ini, kalau sekiranya ada
DN 23.4.2014 58
perkara-perkara
yang dibangkitkan tetapi
tidak dijawab nanti,
saya minta Yang
Berhormat semua
bangun untuk menarik
perhatian saya. We
are serious dalam
perkara ini untuk
dapat jawapan yang sebaik mungkin.
Sumber: Laman Parlimen