Panel hakim berkata, pekerja terbabit juga dianggap melanggar peraturan syarikat, dan majikan mempunyai hak untuk memeriksa aktiviti mereka.

“Bagaimanapun, polisi berkenaan juga perlu melindungi pekerja daripada pengintipan tidak bermoral,” kata hakim.

Laman web BBC melaporkan, keputusan itu yang dibuat kelmarin, mengikat semua negara di bawah Konvensyen Eropah Berhubung Hak Asasi Manusia termasuk Britain.

Keputusan itu membabitkan seorang pekerja di Romania, Bogdan Barbulescu yang memfailkan saman di ECHR berhubung kes majikannya melanggar haknya melakukan perbualan peribadi, dengan membaca perbualannya tersebut, sebelum memecatnya pada 2007.

Majikannya mendapati jurutera tersebut menggunakan Yahoo Mesenger untuk tujuan peribadi dan profesional.

“Ekoran mereka (majikan) percaya dia (pekerja terbabit) mengakses akaun kerja, firma berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan (membaca perbualannya dan memecatnya),” kata hakim.

Barbulescu sebelum ini turut gagal dalam kes tersebut di mahkamah Romania, lalu mengemukakan rayuan di ECHR