Sunday, November 25, 2012

NUBE Piket: "Alliance Bank promosi jawatan palsu"

KUALA LUMPUR : Ahli NUBE bersama MTUC telah mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat Bank Alliance Berhad Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur pada pukul 5.00petang.

Piket yang berlangsung selama dua jam ini mendapat sokongan dari ahli-ahli Kongress Kesatuan Sekerja serta kesatuan gabungannya.

Pelbagai sepanduk serta lagu kesatuan telah dinyanyikan oleh ahli bagi memeriahkan suasana persekitaran piket bersama-sama bunyi kompang.

Mengikut J Soloman, dua isu utama yang menjadi pertikaian untuk mengadakan piket ini iaitu, keengganan pihak Alliance Bank Berhad membekalkan bilik solat kepada pekerja-pekerja Islam dan mempromosikan pekerja-pekerja kerani kepada jawatan eksekutif yang sekaligus menafikan hak mereka menyertai kesatuan(NUBE).

Mengikut J.Soloman, Setiausaha NUBE " ini adalah promosi palsu, di mana pekerja kerani sengaja di beri pangkat eksekutif tetapi bidang tugasan adalah sama iaitu kerani." Tambah beliau, walaupun gaji mereka dinaikkan sedikit namun itu hanyalah untuk membolehkan pekerja-pekerja ini menerima jawatan tersebut.

Turut hadir dalam piket ini ialah Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC dan Abdul Halim Mansor, Setiausaha Agung MTUC.


<iframe width="210" height="155" src="http://www.youtube.com/embed/CupRnAxxtD0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

NUBE Piket: "Alliance Bank promosi jawatan palsu"

Source: NUBE Malaysia




No comments:

Post a Comment