18 pekerja anak syarikat DRB HICOM dari Pekan, bersama keluarga mereka berpiket di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Bukankah NUTEAIW yang ramai ahlinya? Mengapa semua ahli tidak bersama keluarga turun padang memberikan sokongan solidariti kepada G18?
Kekuatan sesuatu UNION adalah 'jika kamu melakukan tidak adil kepada seorang ahli/pekerja, KAMI SEMUA akan bertindak bersama memperjuangkan hak ahli/pekerja tertindas....sehingga hak itu dikembalikan dan keadilan dicapai...
Tapi kini nampaknya hanya G18, 18 pekerja yang sudah dibuang kerja, dan keluarga mereka yang turun padang di pejabat Perdana Menteri pada 11/9/2013. Ada nampak juga Syed Shahir dan saudara Gopal - tapi mana yang lain? [Mungkinkah ini hanya tindakan G18 dan keluarga dan mereka tak maklumkan kepada orang lain - tapi bukankah mereka ahli UNION - bukankah UNION yang sepatutnya juga merancang dan bertindak? Mungkin satu tindakan anjuran UNION akan berlaku tak lama lagi...kita tunggu sahaja?]
Kekuatan sebuah UNION Nasional adalah bahawa kami lagi BESAR - lagi ramai ahli di lagi banyak kilang/syarikat di seluruh negara/rantau - dan KAMI SEMUA akan bertindak bersama memperjuangkan hak ahli/pekerja tertindas.
Jika hanya pekerja mangsa (dan keluarga mereka) yang harus berjuang, persoalannya adalah mengapa perlu UNION...atau UNION Nasional ...atau solidariti pekerja?
Adakah tugas/obligasi UNION hanya untuk berjuang untuk CA (Perjanjian Bersama dengan Majikan) dan mewakili ahli pekerja semasa bicara di Mahkamah Perusahaan/Buruh?
Dalam ketidakadilan yang menimpa G18, ramai UNION dan kumpulan lain telah memberi sokongan dengan memprotes tindakan majikan - melalui Kenyataan Bersama (yang ditandatangani 52 kumpulan)
Union Malaysia yang menandatanganinya adalah:-
Kesatuan
Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Kesatuan
Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan
Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
MTUC(Malaysian
Trade Union Congress) Melaka
MTUC(Malaysian
Trade Union Congress) Pahang
MTUC(Malaysian Trade Union Congress) Penang
Division
NUBE
(National Union of Banking Employees), Malaysia
NUHBRW
(National Union of Hotel, Bar and
Restaurant Workers), Malaysia
Tenaga
Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU), Malaysia
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS
Aviation Berhad
SYABAS - semua UNION harus prihatin mengenai isu pekerja dan hak, dan harus sentiasa cepat memberikan solidariti, sokongan kepada perjuangan hak. Harapan adalah bahawa bilangan UNION berbuat demikian bertambah. Mungkin setengah belum sempat bincang lagi kalau mahu menyokong atau tidak. Mungkin setengah UNION tidak pernah melakukan tindakan sedemikian, di mana jika ini keadaannya, ini perlu dibincang diperingkat Union di mana soalannya adalah 'Adakah kita akan keluar menyokong isu hak pekerja dan hak asasi yang melibatkan pekerja/orang lain dan tidak secara khusus ahli kita? Adakah kita akan sertai Kenyataan Bersama? Adakah kita akan menyertai piket/protes? Atau adakah kita akan hanya menumpukan kepada isu ahli kita sahaja?
Bilangan pekerja yang menjadi ahli Union ramai, lebih kurang 800,000 - tapi kekuatan UNION dan pekerja bila hak dicabul/dinafikan sudah lama dilihat di Malaysia...
Background
On
3/5/2013, a group of 18 workers submitted the MTUC memorandum to one of
the
contesting candidates in the Pekan parliamentary constituency, which
also
happens to be the constituency that the Prime Minister of Malaysia was
contesting. The 13th General Elections was held on 5/5/2013, and these
workers were trying to get commitments for worker demands/rights from
the candidates before voting day.
HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd,
which assembles automobiles for Suzuki, Mercedes-Benz and Volkswagen, has
issued show cause letters on 22/5/2013 to
16 workers, and speedily proceeded with the 'Domestic Inquiry' which began on
11/6/2013. ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd, that assembles automobiles for
Isuzu, also issued show cause letters to 2 workers and conducted domestic inquiry.
* The Domestic Inquiry for 16 workers was done in One(1) day, and the National
Union of Transport Equipments & Allied Indutries Workers(NUTEAIW)
were not allowed to represent the workers in the DI - only the members
at the factories concerned or the 'work site committee of the Union'
were allowed to represent these workers. Sadly, NUTEAIW seem to have not
challenged this deprivation of the best representation at that time.The collective bargaining agreement is between NUTEAIW and the factory.
25/6/2013 - a joint statement "DRB
HICOM MUST RESPECT THE CITIZENS’ RIGHT TO PARTICIPATE IN THE DEMOCRATIC
PROCESS IN MALAYSIA – Stop disciplinary action against workers for
exercising their political rights (which is now endorsed by 52 groups)
* A letter was also sent to Prime Minister Najib Tun Razak, enclosing the said joint statement - BUT to date there has been NO response from the PM
19/8/2013 - all 18 workers were terminated
20/8/2013 - National Union of Transport Equipments & Allied
Indutries Workers(NUTEAIW), being the Union the said workers belonged
to, issued a Media Statement, "Termination action against workers exercising their political rights is abhorred"
Kenyataan Bersama – 25/6/2013 (sekarang 52)
DRB
HICOM HARUS MENGHORMATI HAK RAKYAT UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROSES
DEMOKRASI DI MALAYSIA
–
Hentikan tindakan disiplin terhadap pekerja kerana melaksanakan hak politik
mereka
Kami, 52 pertubuhan masyarakat sivil(CSOs), kesatuan sekerja dan kumpulan
yang dinyatakan dibawah ini terharu
dengan tindakan dua syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan, khususnya HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd kerana mengambil tindakan
disiplin terhadap 18 pekerja kerana melaksanakan hak mereka (di luar waktu
kerja), sebagai rakyat mengambil bahagian dalam proses demokratik. Berasaskan
keputusan Malaysian Trade Union Congress
(MTUC), yang turut disokong National Union of Transport Equipment and Allied
Industries Workers (NUTEAIW), pekerja diminta mengambil tindakan untuk
mendapatkan komitmen isu hak pekerja daripada calun dan parti politik
bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) di seluruh Malaysia, termasuk di
Pekan, di mana tarikh mengundi adalah pada 5/5/2013. Ramai pekerja cuba dan/atau telah jumpa calun pilihanraya
untuk mendapatkan komitmen mereka.
Justeru, pada 3/5/2013, sekumpulan
18 pekerja telah menyerahkan memorandum MTUC kepada seorang daripada calun
bertanding di kawasan parlimen Pekan, yang juga merupakan kawasan parlimen di
mana Perdana Menteri Malaysia sedang bertanding.
Berasaskan tindakan ini,
tindakan disiplin telah dimulakan oleh 2 syarikat kumpulan DRB Hicom di Pekan
terhadap 18 pekerja ini.
Pertama, Hicom HICOM
Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, yang memasang automobile jenama Suzuki, Mercedes-Benz dan Volkswagen, telah
mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 22/5/2013 kepada 16 pekerja, dan dengan cepat mendgadakan 'Domestic
Inquiry' yang bermula pada 11/6/2013. Pada masa ini Domestic Inquiry masih
belum tamat dan tidak ada apa-apa keputusan lagi.
Kedua, ISUZU
HICOM Malaysia Sdn Bhd yang memasang automobile jenama Isuzu, juga mengeluarkan surat tunjuk sebab
kepada 2 pekerja. Mereka juga sedang menunggu keputusan Domestic Inquiry.
Harus diambil kira bahawa
pekerja TIDAK dibenarkan di wakili peguam atau wakil daripada Kesatuan Sekerja
Nasional mereka, iaitu NUTEAIW, hanya dibenarkan diwakili oleh wakil
jawatankuasa work site dari kilang
berkenaan.
Kami berpendirian bahawa
tindakan kedua-dua syarikat DRB Hicom tersebut bukan sahaja pencabulan serius
hak pekerja. Ia juga pencabulan hak rakyat mengambil bahagian dalam proses
demokratik di Malaysia, khususnya semasa pilihanraya umum. Majikan seharusnya
tidak ada hak untuk memutuskan secara khusus atau secara tidak khusus pilihan,
kegiatan dan/atau tindakan politik pekerja mereka, tambahan bila ini dilakukan di luar masa kerja.
Pekerja, selaku rakyat Malaysia, harus
mempunyai kebebasan untuk menyertai parti politik dan mengambil bahagian dalam
mana-mana parti politik pilihan mereka, menawarkan diri mereka sebagai calun
pilihanraya jika mereka memilih berbuat demikian, dan melibatkan diri dalam
aktiviti kempen semasa pilihanraya.
Maka, tindakan DRB Hicom
mengambil tindakan disiplin terhadap 18 pekerja kerana melakukan apa yang
merupakan hak mereka semasa PRU13, adalah sama sekali tidak wajar atau patut.
Ia merupakan pencaulan besar hak 18 pekerja ini. Di dalam situasi ini, kami
menuntut agar DRB Hicom segera memberhentikan tindakan disiplin terhadap 18
pekerja ini.
Jika mana-mana daripada 18 pekerja ini telah diberhentikan kerja,
mereka harus segera diambil balik sebagai pekerja (reinstated).
Kami difahami bahawa tuduhan
terhadap pekerja ini adalah (1) menjatuhkan imej atau nama baik syarikat
melalui apa-apa cara sama ada secara lisan, tulisan atau perbuatan, dan (2)
Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
mengemukakan dan menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama
ada tuntutan itu adalah tuntutan secara individu atau tuntutan lain-lain
kakitangan.
Kami juga difahami bahawa
majikan DRB Hicom cuba menjustifikasi tindakan terhadap 18 pekerja – yang cuba
mendapatkan komitmen berkenaan hak pekerja dari calun kawasan Pekan – dengan
mendakwa bahawa pekerja telah mungkin memberikan gambaran palsu bahawa syarikat
terlibat dalam politik bercanggah dengan pendirian syarikat.
Kami mendapati penjelasan
ini mengelikan! Ianya adalah hipokritikal berasaskan fakta bahawa semasa tempuh
kempen pilihanraya, iaitu pada 25/4/2013, syarikat telah mengalakkan pekerja
pergi dan menemui calun pilihanraya Barisan Nasional kawasan Pekan, Mohd Najib
Abdul Razak, yang merupakan juga mantan Perdana Menteri. Pekerja dibenarkan
pergi untuk pertemuan ini semasa waktu kerja. Kegiatan ini juga telah dipaparkan dalam laman
web calun pilihanraya Najib (‘ Najib’s 13th General Election Pekan
Constituency candidate website) (http://www.parlimenpekan.com/?p=840),
di mana posting ini diberi tajuk ‘Dato’ Sri Najib Beramah Mesra Dengan Warga
DRB-Hicom Pekan’. Kemudian
pada tarikh yang sama pekerja perempuan juga dibenarkan pergi berjumpa dengan isteri Najib.
Syarikat dan perniagaan
seharusnya tidak memberhentikan pekerja untuk alasan selain daripada mengenai
halperkara yang berkait dengan perlakuan kerja dan/atau kelakuan semasa kerja
kecuali dalam situasi luarbiasa, sebagai contoh bila pekerja disabitkan
melakukan jenayah.
18 pekerja ini ada keluarga
dan kanak-kanak, dan pemberhentian kerja akan mengakibatkan kesusahan besar
menjejaskan kesenangan dan kehidupan mereka. Di anatara 18 pekerja terbabit terdapat
pemimpin kesatuan sekerja, termasuk
pengerusi MTUC Divisyen Pahang. Kami berharap pemberhentian pemimpin pekerja
tidak berlaku dan kedua-dua syarikat DRB Hicom tidak melakukan ‘union busting’(usaha memecahkan kesatuan
sekerja).
Kami memanggil DRB Hicom, HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd untuk segera memberhentikan
tindakan disiplin terhadap 18 pekerja ini, dan jika ada mana-mana pekerja
terbabit sudah diberhentikan kerja untuk segera mengembalikan kerja (reinstate)
mereka tanpa kehilangan faedah.
Kami juga menyeru kepada
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, yang juga ahli Parlimen kawan Pekan,
untuk mencelah dan memastikan bahawa hak mereka di kawasan pilihanrayanya,
sebagai pekerja dan rakyat, tidak dicabul oleh majikan.
Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong
Untuk dan bagi pihak 52
organisasi yang dinyatakan di bawah
ALIRAN
Asia
Pacific Forum on Women, Law and Development ( APWLD)
Asian
Migrant Centre (AMC)
Association
of Maybank Executives
Building
and Wood Workers International Asia Pacific
Burma
Campaign Malaysia
Clean
Clothes Campaign
Community
Action Network (CAN), Malaysia
Dignity
International
Group
of Concerned Citizens
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Human
Rights Ambassador for Salem News , UK
Jawatankuasa
Sahabat Rakyat (人民之友)
Kesatuan
Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Kesatuan
Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan
Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
Legal Aid Commission, Sri Lanka
MADPET
(Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysians
for Beng Hock
Malaysian
Physicians for Social Responsibility
Migrante
International
Migrants
Rights Council,India
MTUC(Malaysian
Trade Union Congress) Melaka
MTUC(Malaysian
Trade Union Congress) Pahang
MTUC(Malaysian
Trade Union Congress) Penang Division
Network
of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
NUBE
(National Union of Banking Employees), Malaysia
NUHBRW
(National Union of Hotel, Bar and
Restaurant Workers), Malaysia
Parti
Rakyat Malaysia(PRM)
Persatuan
Kesedaran Komuniti, Selangor (EMPOWER)
Persatuan
Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Pusat
KOMAS (KOMAS)
Sarawak
Dayak Iban Association
SUARAM
(Suara Rakyat Malaysia)
Tenaganita,
Malaysia
Think
Centre, Singapore
Tenaga
Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU), Malaysia
WARBE
Development Foundation-Bangladesh
Women's
Aid Organisation (WAO), Malaysia
Workers
Assistance Center, Inc, Philippines
Workers
Hub For Change (WH4C)
Additional
Endorsements:
NLD
LA Malaysia
Yayasan LINTAS NUSA - Batam Indonesia
Yayasan LINTAS NUSA - Batam Indonesia
IMA
Research Foundation, Bangladesh
WARBE
Development Foundation-Bangladesh
Committee for a Workers' International (CWI) Malaysia
Women's Rehabilitation Centre (WOREC),
Nepal
National Alliance Of Women Human
Rights Defenders Alliances, Nepal
Legal Support for Children and Women
(LSCW), Cambodia
HMISC (Hsinchu Cathoic Diocese
Migrants and Immigrants Service Center, Taiwan
National Domestic Workers’ Movement
(NDWM), India
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS
Aviation Berhad
No comments:
Post a Comment