Bila majikan tiba-tiba menukar tempat kerja pekerja, ianya akan membawa kepada banyak masalah kepada pekerja sekeluarga. Suami/Isteri pekerja terbabit mungkin sudah ada kerja di situ dan bukan senang 'berhenti kerja" dan cari kerja lain di bandar baru. Sama juga dengan anak-anak yang sudah biasa bukan sahaja dalam sekolah tetapi juga komuniti.
Ruman bagaimana? Biasanya rumah sudah dibeli dan keluarga sudah 'settle' - kalau nak pi bandar lain bukan main susah. Tinggalkan rumah begitu sahaja - kini nak cari penyewa pun bukan main susah.
Maka secara munasabah, pekerja sepatutnya tidak diarahkan pindah tempat kerja dari Ipoh ke Puchong - kalau mahupun membenarkan pemindahan kerja macam ini, bukankah majikan sepatutnya memberikan rumah pekerja atau mungkin 'elaun kerja bandar lain' yang akan menampung semua belanja tambahan saperti kos pengangkutan pulang Ipoh akhir minggu, kos penyewaan tempat tinggal di Puchong, kos internet/talipon kerana keluarga perlu selalu berhubung, dsb...
NUBE bertindak untuk membela hak ahlinya, di mana bukan sahaja wakil Union yang bertindak tetapi ahli pekerja yang lain... Harap-harap perjuangan mereka berjaya..
Persoalan penting:- Adakah perjanjian kerja atau CA memberikan hak kepada majikan mengarahkan pekerja pergi kerja di bandar lain? di negeri lain? Dalam keadaan begitu, apakah faedah/pampasan untuk membantu pekerja sekeluarga?
Mungkin boleh pastikan (1) Majikan Tidak Ada Hak Untuk Memaksa Pekerja Kerja di pejabat/tempat kerja lain; ATAU (2) Hak ini dihadkan kepada kawasan/tempat dalam lingkungan 50 Km atau dalam Negeri yang sama; ...
Piket bermula: Biar kami Basah namun hati kami Tetap BERAPI!
Fair Park, 14hb November 2013 – Walaupun hujan mencurah – curah bagai “Rahmat ilahi” namun tangisan, kesusahan dan keresahan untuk 7 keluarga yang menghadapi saat paling sukar menjelang minggu hadapan di Ipoh mendapar simpati dan pembelaan daripada rakan – rakan serta sahabat dalam keluarga NUBE Ipoh pada petang ini setelah pihak NUBE (National Union of Bank Employees Peninsular Malaysia) menerusi NUBE Ipoh melancarkan piket sulung menentang pihak majikan bank yang tetap bertegas untuk memindahkan dan memusatkan 7 orang stafnya dari Ipoh ini ke Puchong Kuala Lumpur mulai minggu hadapan.
Sejak awal jam 6 petang , awan di sekeliling bank ini telah menutup setiap ruang menjadikan susana sekeliling bank mendung dan suram iaitu tanda “hari nak runtuh”. Namun, keadaan itu tidak mematahkan hati kami untuk berjuang tak kala selang lima minit kemudian hujan turun selebat – lebatnya.
Ketika itu, azam kami sedikit terhalang untuk beraksi dengan selesa kerana hujan lebat tetapi kami tetap meneruskanya dengan ada antara pemiket memakai “Baju hujan” dan Payung membawa sepanduk bersama “Palycard” keluar dari kaki lima bank ke tepi bahu jalan untuk menyatakan kepada orang ramai yang lalu lalang dengan berkenderaan termasuk orang ramai yang sedang menyaksikan dari sekeliling bangunan berhampiran bank ini perkara yang sebenar berlaku di bank berkenaan kepada staffnya yang kini kesusahan akibat ketegasan yang tidak ada perikemanusian.
Dalam piket ini, pihak NUBE Ipoh telah dikunjungi oleh pegawai – pegawai daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak yang hadir melihat piket ini secara dekat sambil piket kami ini juga diawasi oleh pihak PDRM (Polis Diaraja Malaysia). Piket “Dalam Hujan untuk Black Piket 1611″ ini juga telah disertai lebih kurang 60 orang peserta yang menjayakanya yang terdiri daripada ahli – ahli NUBE di Ipoh dan juga serata Perak.
Dalam ucapan penamat pada piket ini, Sdra S Kalaiselvam iaitu Pengerusi NUBE Ipoh berkata “Piket ini adalah langkah untuk mengembalikan tugasan 7 orang ahli NUBE yang ditukarkan ke Puchong kembali bertugas di Ipoh” katanya dipetik.
Laporan NUBE Ipoh untuk NUBE
No comments:
Post a Comment