MTUC adalah wakil semua pekerja/Kesatuan di Malaysia, bukan sahaja ahli MTUC, - di mana pengiktirafan ini diberikan bukan sahaja oleh kerajaan Malaysia tetapi juga ILO, di mana ini juga persepsi rakyat umum di Malaysia dan di luar negara.
Maka, tanggungjawab dan beban yang dipikul oleh MTUC serta juga MTUC di peringkat negeri adalah sangat besar... pekerja mengharapkan MTUC, dan MTUC tidak boleh mengabaikan harapan ini.
UNION lain khususnya hanya mempunyai tanggungjawab kepada ahlinya dan juga BAKAL ahlinya... Bagi in-house union, kenyataan ini adalah benar tetapi bagi NATIONAL Union, REGIONAL union, STATE Union - tanggungjawab khusus mereka adalah kepada semua pekerja di kawasan geografi yang dirangkumi Union mereka. Jika pekerja di sebuah kilang elektronik ada masalah, persoalan, dinafikan hak, ada isu dan sebagainya semestinya kesatuan nasional/state/regional berkenaan segera bertindak. Bertindak macam mana? Segera pergi jumpa pekerja terbabit, memberikan nasihat, membuat aduan perlu kepada pihak berkenaan, dan juga mungkin mengeluarkan kenyataan media/umum membawa kepada perhatian umum dan juga pihak berkenaan isu pekerja tersebut, serta mencadangkan penyelesaian walaupun tidak ada AHLI union tersebut di kilang/tempat kerja tersebut. MTUC juga ada obligasi bertindak sedemikian rupa. Malangnya dalam kes terbaru yang diliputi pihak media baru-baru ini, sehingga kini tak ada kenyataan dari UNION berkenaan atau pun MTUC. - http://charleshector.blogspot.com/2014/01/did-malaysian-government-investigate.html
MTUC pada masa yang sama harus lebih prihatin kepada pekerja lain - khususnya mereka yang kerja di dalam sektor/tempat tak ada Union lagi. Satu objektif utama MTUC, berasaskan kedudukan 'khas' mereka sebagai wakil semua pekerja adalah berjuang untuk semua pekerja.....di mana beban ini tidak sahaja harus dipimpin kepimpinan MTUC pusat atau mereka di HQ MTUC di Subang tetapi juga MTUC Bahagian/Peringkat Negeri.
Sekarang, saya akan memberikan tumpuan kepada MTUC peringkat negeri... di mana ini merupakan kawasan yang sangat luas...merangkumi ramai pekerja...mungkin jutaan (atau ratusan ribuan) - di mana untuk memberikan perkhidmatan kepada seramai mungkin, tidak boleh diharapkan hanya ahli Exco peringkat negeri sahaja ... justeru Biro/Jawatankuasa peringkat bandar/kawasan - mungkin juga beberapa biro/jawatankuasa... (Saperti cara parti politik berfungsi - banyak cawangan...).
Jadi, untuk MTUC Pahang - kita memerlukan Jawatankuasa kecil/Biro di semua bandar..
- Kuantan
- Pekan
- Temerloh
- Bentong
- Jerantut
- Kuala Lipis
- Raub
- Maran
- Triang
- Kemayan
.... juga Karak,....
di mana setiap J/K Kecil atau Biro ini mesti ada seorang Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan ahli masing-masing. Jangan mereka daripada Exco Negeri masuk dan duduk sebagai Pengerusi ... biar orang lain. Mereka dari Exco Pusat akan menjadi ahli Ex-Officio sahaja (Ahli Ex-Officio ini seolah 'diplomat' untuk memberikan perangsang, memastikan semua melakukan mengikut dasar MTUC Negeri, ...tetapi jangan pula mengambil tugas/tanggungjawab khusus peringkat bandar, Mereka ada 'link-person' di antara Exco dan J/K Kecil/Biro peringkat bandar - tanggungjawab untuk melapurkan kepada Exco Negeri tentang apa yang berlaku, isu, dsb..). Harus juga memastikan setiap J/K kecil ada ahli perempuan, ahli muda, dll...)
Apa yang Biro peringkat bandar lakukan?
* Respon kepada isu pekerja setempat dengan pantas (mungkin juga buka 'counter' di mana orang boleh datang minta nasihat isu pekerja... tak ada premis, tak mengapa - pilih kedai kopi dan duduk sahaja di sana mungkin setiap Ahad/Sabtu di antara jam 4.00 - 6.00 petang - jika orang tahu, mereka akan datang juga...gerai pasar malam/pasar harian...) - banyak cara kena kreatif sahaja..
* Mengadakan aktiviti kesedaran hak pekerja/kesatuan, serta juga berkongsi isu-isu pekerja semasa saperti isu Gaji Minima, Contractor For Labour, dll... tak semesti forum/ceramah sahaja - mungkin juga aktiviti edar risalah dekat pasar malam...dekat tempat kerja atau kawasan perumahan [Nyata pihak media massa kini tak memberikan ruang kepada isu pekerja...jadi cara lain mesti difikirkan dan dilakukan]
* Memberi nasihat kepada pekerja dan juga membantu mereka dalam kes peringkat Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Perhubungan Manusia, Polis, SUHAKAM dan lain-lain
Cadang supaya ada program ceramah/bengkel dengan pekerja mungkin sekali setiap 3 bulan... (Mungkin boleh gunakan Dewan Orang Ramai majlis bandaran - pasti boleh dapat kadar baik untuk sewa (atau tak ada sewa)..jika ada rundingan dengan pihak berkenaan, kalu tidak boleh gunakan ruang pihak ketiga contoh parti politik dan orang lain...Jika NUTP boleh bantu, boleh juga cuba guna dewan sekolah..
Anjurkan aktiviti pekerja setempat...semua tak perlu serius...mungkin boleh adakan jamuan raya, program lawatan tempat menarik/berkelah, majlis makanan tahunan, program kebudayaan, sukan, dll - semua penting untuk menjalin hubungan warga pekerja sekeluarga dan akan menambahkan solidariti dan kekuatan pergerakkan pekerja..
Anjuskan aktiviti amal - kempen kutip derma wang/baju mangsa banjir,kempen derma darah, melawat rumah orang tua, dsb..., menziarahi warga pekerja di hospital, ...
Banyak aktiviti dan kebebasan harus diberikan untuk setiap J/K Kecil buat apa aktiviti yang mereka MAHU buat - jangan pula pusat paksa kena buat ini atau itu... berikan kelonggaran sedikit..
Yang penting adalah warga pekerja setempat harus tahu bagaimana menghubungi wakil MTUC setempat - maka emel/no.talipon atau alamat mesti jelas dan senang dicari...mungkin guna Blog, FB, atau NOTIS board, dsb..
Nyata JK Kecil juga mungkin memerlukan committee/JK kecil-kecil lagi...
Kebanyakkan ahli MTUC adalah pekerja dan mereka kurang masa untuk aktiviti UNION atau MTUC ini - jadi caranya adalah tambahkan bilangan mereka yang terlibat ...mungkin juga sukarelawan yang bukan pun ahli mana-mana union. Jika ada aktiviti atau kerja yang perlu dilakukan, dan ada yang minta bantuan, dari pengalaman saya ramai yang akan turun membantu... Jangan asyik ada 'meeting' sahaja - ini 'boring' tetapi jika saya ada tanggungjawab atau kerja pasti, saya akan meluangkan masa membantu...
Kadang-kadang, apa yang kurang hanya 'ide' (apa yang boleh dilakukan ...dan mungkin juga sedikit 'ide' bagaimana lakukannya??) Ramai sedia membantu - dan pemimpin harus hanya minta bantuan...
Bila memilih Pengerusi dan ahli JK Kecil - pastikan orang yang bukan sahaja mahu 'pangkat' tetapi mereka yang betul-betul mahu buat kerja ...
MTUC Peringkat Negeri mesti memberi teladan dan inspirasi juga .... adakan ceramah/taklimat/pertemuan dengan warga pekerja sekali setiap bulan?
TAK ADA DUIT - macam mana nak buat semua ini? Inilah alasan yang saya terima tetapi jika ada keinginan, semua boleh menjadi.... Kini, sebagai contohnya FB Bicara Pekerja (dan yang lain) telah mengadakan beberapa pertemuan - di mana nyata ketiadaan DUIT tidak menjadi halangan - biasanya ada yang menderma/memberi wang untuk mengatasi apa-apa perbelanjaan - mereka yang hadhir pun akan memberi jika diminta...
Nyata MTUC atau Union bukan kerajaan atau organisasi yang mempunyai banyak wang (atau ada pun apa-apa wang), di mana jika hak pekerja dan isu pekerja penting, kita akan cari jalan dan isu 'tak ada peruntukkan' tidak akan digunakan untuk menjustifikasikan ketiadaan aktiviti atau program... Kita mesti tolak mereka yang berpendirian sedemikian..dari barisan kepimpinan...
Bagi isu ini, nyata majikan atau kerajaan berpihak majikan atau 'warga kaya' berpihak majikan tidak akan membantu - justeru pekerja sendiri mesti guna dana sendiri, tenaga sendiri, masa sendiri...demi memperjuangkan hak pekerja dan hak kesatuan...dan hak asasi...
Meminta wang dari kerajaan atau Menteri Besar atau ahli politik.... boleh menjejaskan 'independence' kita ...dan kita akan sentiasa bergantung kepada orang lain...dan ini mungkin akan menjejaskan juga cara kita lawan. Pasti MB atau kerajaan tidak akan suka jika kita kritik kerajaan - di mana dalam perjuangan hak, pasti akan kita kritik kerajaan, syarikat milik kerajaan, dll - kita mesti BEBAS melakukan apa sahaja yang perlu demi kepentingan pekerja dan kesatuan - justeru semua orang di Malaysia... Kita mesti berdikari...
Yang penting adalah MTUC,,,dan MTUC Negeri...J/K Kecil peringkat bandar menjadi relevan bagi kaum pekerja setempat...
Di Hong Kong, pihak Union Kebangsaan (saperti MTUC kita) ada juga menganjurkan beranika jenis kelas dari kelas computer, musik, YOGA, jahitan, akaun, Bahasa Malaysia,dll...kepada ahlinya pada kadar 'istimewa' dan rendan - jika pergi bangunan UNION itu selalu ramai keluar masuk.... Mungkin yang lain boleh juga berkongsi apakah strategi yang dapat digunakan untuk menjadikan Union lebih relevan kepada kaum pekerja ...dan solidariti di antara pekerja diperkembangkan..
bagaimana untuk menjadi ahli mutc
ReplyDelete