Saturday, February 15, 2014

Bila UNION sendiri 'derhaka' kepada pekerja kontrak jangka tetap/pendek, ... dalam CA??

Saya terjumpa satu klausa dalam Perjanjian Bersama (Collective Bargaining Agreement) yang nyata telah mengabaikan ramai pekerja. Kebiasaan managerial, executive, security personnel dan confidential staff sahaja yang tidak diwakili Trade Union ...atau dirangkumi oleh CA...tetapi di sini ramai lagi termasuk pekerja kontrak jangka tetap/pendek, pekerja 'probation', pekerja part-time, pekerja 'sales'...mengapa? Sepatutnya kesemua pekerja harus mendapat faedah dari CA - jika ada kategori khas, nyatakan dalam CA dan nyatakan yang klausa mana terpakai..yang mana tak...atau apa-apa perkara tambahan.

Apabila Union menandatangani CA, yang menyeneraikan pekerja kontrak jangka pendek dan lain-lain diketepikan - bukankah Union sendiri membantu proses 'union busting' - mengapa pula pekerja 'kontrak jangka pendek' mahu masuk UNION, jika CA sendiri menyatakan dipersetujui bahawa Union sendiri setuju dengan majikan bahawa Union sendiri bukan 'sole negotiating body in respect of all employees who are eligible for membership as employed by the Company'???

Those employed Under Fixed-Term Contract not exceeding five(5) years
Tetapi, dalam kes ini saya melihat bahawa semua pekerja kontrak jangka tetap/pendek ...di mana tempoh kerja kontrak mereka tidak melebihi 5 tahun juga dilupakan dalam CA - di mana ini tidak patut memandangkan kini ramai pekerja diambil kerja sebagai pekerja kontrak jangka pendek... dan mereka perlu diwakili Union, serta mendapat hak/faedah terkandung dalam CA.



The Company recognizes the Union as the sole negotiating body in respect of all employees who are eligible for membership as employed by the Company excluding the following:-
a.      Managerial
b.      Executives
c.       Security Personnel
d.      Confidential Staff (Human Resource/Finance)
e.       Probationary Staff
f.        Sales Personnel
g.      Part-Time Employees as defined under the Employment Part-Time Employees’ Regulation of 2010
h.      Those employed Under Fixed-Term Contract not exceeding five(5) years



Satu peruntukkan dalam CA untuk pekerja kontrak jangka pendek - adalah mungkin hak untuk kontrak kerja mereka dilanjutkan jika kerja yang mereka lakukan masih wujud. 

UNION harus juga cuba memastikan bahawa hak kerja tetap (regular) sehingga tarikh persaraan adalah untuk semua pekerja - mesti menghalang majikan mengunakan kontrak jangka pendek yang adalah 'precarious' dan juga tidak adil untuk pekerja. Mungkin boleh dimasukkan bahawa bagi semua kerja 'core business', pekerja adalah pekerja tetap/regular sehinggan tarikh bersara... dan juga menghadkan mengunakan pekerja selain daripada pekerja tetap-regular kepada 5% dan untuk kerja-kerja tertentu sahaja yang dipersetujui...

Kini nampaknya, pekerja kontrak jangka tetap, sales personnel, dan lain-lain perlu pula menubuhkan satu lagi UNION? Atau adakah UNION kini membuat satu CA khusus untuk kategori pekerja ini yang telah diabaikan?



1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM , saya ada pertanyaan fixed term contract maksimum berapa lama ?

    ReplyDelete