Saudara Abdullah Sani mendapat peluang berucap di Parlimen pada 18/3/2014, di mana ini sepatutnya masa membawa kepada perhatian semua isu-isu pekerja, di mana beliau dalam masa diperuntukkan gagal membawa banyak isu penting...
Isu yang tidak dinyatakan
1 - Isu 'Hapuskan sistem 'contractor for labour"
2 - Isu pastikan hak mendapatkan kerja tetap untuk SEMUA (beliau hanya minta agar pekerja penjawat awam di bawah kontrak jangka pendek dijadikan pekerja tetap - kenapa tidak menuntut perkara sama untuk pekerja swasta?)
3 - Langsung isu G18 dan DRB HICOM tidak dikemukakan - Mengapa?
4 - Isu Borang B dinyatakan, di mana saya percaya ini adalah mengenai kes RENESAS - mengapa nama RENESAS tidak ditimbulkan di Parlimen?
5 - Isu menambahkan gaji minima tidak ditimbulkan tetapi ada timbulkan pangilan ambil tindakan terhadap majikan yang gagal membayar gaji minima, dan agar disamakan gaji Minima seluruh Malaysia - jangan diskriminasi.
Isu lain yang ditimbulkan
1 - Isu NUFAM - termasuk isu pembuangan kerja Presiden NUFAM dan 4 lagi
2 - Isu gaji basic pramugari dan kadar 'flight allowance'
3 - Isu NUBE dan kes 49 pekerja bank yang di-transfer kepada bank yang jauh dari tempat asal kerja mereka
4 - Isu pekerja yang kerja sebagai pelaut - tak jelas hanya minta lebihkan warganegara Malaysia diambil kerja sebagai pelaut...
5 - Isu uniform nurse, polis ...penjawat awam - minta ditambahkan kepada 5 pasang setahun daripada 3 pasang yang dibekalkan sekarang
6 - Elaun keraihan guru besar dan penolong kanan ditambahkan
7 - Isu PBS guru...
Sepatutnya, semua isu utama pekerja di timbulkan - walaukan ianya sebaris sahaja... tambahan pula mengambil kira kedudukkan beliau juga sebagai Timbalan Presiden MTUC... janga lupa, jika di Parlimen ada kebebasan bercakap - jadi nyatakan dengan jelas tentang nama-nama majikan saperti DRB HICOM, RENESAS dan sebagainya ....kenapa beliau tak berbuat demikian. Tanda tanya besar adalah mengapa isu DRB HICOM tidak ditimbulkan - mungkinkah dahulu ditimbulkan? Tapi, G18 masih sengsara tak ada kerja....
Isu NUFAM di timbulkan, dan harapan saya adalah bahawa MTUC akan menukar pendirian dan membenarkan NUFAM menjadi ahli MTUC. Dengar dengar permohonan NUFAM untuk menjadi ahli baru-baru ini ditolak oleh MTUC - ini tak betul.
Saudara Abdullah Sani berlaku baik menimbulkan beberapa isu pekerja di Parlimen tetapi persoalannya adalah 'Apa Guna?' - yang mendengar hanya ahli parlimen, dan media pun tidak akan memberikan tekanan isu pekerja yang ditimbulkan... Saya berpendirian bahawa mereka yang patut disedari dan dikempen mengenai isu pekerja adalah orang ramai, rakyat Malaysia yang bakal akan mengundi...Jika rakyat mahu, wakil rakyat tak dapat mengelak lagi dan perlu buat sapertimana rakyat mahu... Kita tidak boleh berharap sangat dengan Parlimen, kerajaan kini, media massa...tetapi perlu terus kepada rakyat...menyedarkan mereka mengenai isu pekerja dan apa yang patut dilakukan demi kebaikkan pekerja dan keluarga mereka di Malaysia...
Kita tak boleh juga berharap sangat hanya Abdullah Sani, Syed Shahir, Gopal, Khalid,....tetapi keta semua harus bergerak membuat kerja memperjuangkan hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia...
Berikut adalah petikan daripada Hansard 18/3/2014, khususnya mulai ucapan Abdullah Sani sehingga akhir...
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Terima
kasih Tuan Yang
diPertua. Meneruskan Titah Ucapan
Menjunjung Kasih Ke
bawah Duli Tuanku
Yang di-Pertuan Agong, saya
ingin merungkaikan beberapa
isu yang sekarang
ini diperkatakan dengan
begitu hebat terutama sekali
MAS yang melibatkan
hampir 227 orang
penumpang dan krew,
pekerja MAS yang saya anggap harus diberikan doa supaya mereka ini
selamat. Semua rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan pesawat ‘HM370’ ini
dapat dijumpai dalam keadaan yang selamat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: MH,
Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Ya,
MH. Ya, sebab
saya tersilap tulis tadi ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: HM
itu headmaster.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Isu
saya hendak bawa
ini ialah isu
tentang kerugian MAS
yang melibatkan hampir RM1.14 bilion. Itu laporan yang saya
terima. Ianya berterusan dan saya diberitahu bahawa yang akan menggalas
kerugian ini tidak lain dan tidak bukan ialah pekerja. Itu yang saya
diberitahu.
Saya amat susah
hati atau dukacita
dengan keadaan ini
berlaku kerana beban
atas sifat bila kerugian
itu pergi kepada
pekerja. Jadi pengurusan
tidak ditanggung atas
alasan pekerjanya terlalu ramai
dan ianya perlu
dikurangkan atau beban
tanggungan pekerja itu
perlu segera diselesaikan.
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua termasuk Yang
Berhormat Baling, MAS ini, pekerja
MAS, pramugari sebagai
contoh, 11 tahun
bekerja Yang Berhormat
Baling, 11 tahun bekerja, basic
baru RM1,100! Oh,
dahsyat! Pramugari! Malah
saya diberitahu flight
allowance,
Yang Berhormat Kinabatangan, flight allowance pramugari baru RM8 satu jam! Mana mungkin kalau
itulah tanggungannya, pekerja perlu disalahkan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta
penjelasan?
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: ...Dan
pramugari terpaksa dibebankan
dengan keadaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]:
Hendak beri Yang Berhormat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Saya ada 20 minit. Saya tidak boleh beri pada
orang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]:
Boleh pula tidak beri! Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Inilah kesan buruk yang harus ditanggung dan
ini tidak boleh
disalahkan pekerja. Pengurusan,
CEO, dan Khazanah,
wajib bertanggungjawab di atas kerugian yang berlaku ke atas MAS.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kawan tidak
bolehkah?
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: ...Dan
ianya tidak boleh dikompromikan. Saya
tidak mahu dengar
cerita MAS, pekerja
MAS akan dibuang
kerja sebab kerugian demi
kerugian. Orang yang patut disalahkan
ialah pengurusan yang tidak efisien dan bertanggungjawab!
[Tepuk]
Kita hendak doakan Tan Sri Aziz yang lahirnya dahulu akan
datang kembali untuk meraih keuntungan
dan menyelamatkan MAS
daripada bagi pada
Khazanah yang tidak
tentu arah pentadbirannya...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh..
Timbalan Yang di-Pertua
[Datuk Seri Ronald
Kiandee]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Ini
disambung keduanya ke atas pembuangan- sedikit sahaja.
Pembuangan kerja yang dibuat oleh CEO, MAS. ini Kritik pasal kerugian buang
kerja tanpa melalui lunas-lunas undang-undang di bawah seksyen 14 Akta Kerja. Dapat
tangkap, buang, tangkap, buang. Orang buat petisyen kenapa rugi, tidak boleh!
Kritik, tidak boleh! Presiden NUFAM,
Saudara Ismail dibuang
kerana mengkritik atas
kerugian MAS yang patut dikaji oleh kerajaan. Begitu juga
dengan empat orang pegawai Kesatuan NUFAM yang dibuang atas alasan mereka
ini membantah dan
tidak diakui undang-undang
oleh pengiktirafan yang
dibuat oleh sumber manusia terhadap pengurusan MAS. MAS
dengan begitu biadab tidak membenarkan hak pekerja itu ditegakkan. Apa punya
pentadbiran ini? Ha, Yang Berhormat Kinabatangan du a minit sahaja.
Datuk Bung Moktar
bin Radin [Kinabatangan]: [Ketawa]
Dua minit cukup
banyak.
Yang Berhormat, dari dulu saya punya pendirian memang
jelas bahawa MAS ini kerajaan perlu meneliti
ke arah mana
ia diletakkan sebab
menghadapi kerugian. Cuma
saya tidak sentuh kelmarin sebab
kita masih berada
dalam keadaan kehilangan
MH370. Akan tetapi
Yang Berhormat sudah sentuh, jadi memang betul bahawa perkara yang
dibuat oleh MAS ini memang tidak
tepat. Dia rugi
dalam bidang operasinya,
sebab operasinya dia
tidak boleh kawal sedangkan penumpang penuh tiap-tiap
hari.
Saya rasa MAS
ini, dia ada
satu tindakan yang
salah memberi ruang kepada
Air Asia pula untuk
ke destinasi yang
seharusnya MAS terbang.
Jadi apa komen
Yang Berhormat?
Apakah Yang Berhormat
ingin meminta kerajaan
supaya betul, jangan
kerajaan hendak ambil alih sebab dia tidak tahu berniaga.
Bagi orang lain.
Tuan Abdullah Sani bin
Abdul Hamid [Kuala Langat]:
Setuju sangat. CEO ini patut dipertanggungjawabkan
sepenuhnya atas kerugian MAS ini, bukan
digalas oleh pekerja-pekerja yang
saya lihat bahawa
mereka dilayan dan
ditarik hak mereka
keterlaluan. Maka YangBerhormat Menteri Pengangkutan dengan
izin tampil ke depan dan komited untuk menyelesaikan masalah pembuangan kerja
yang zalim ini dan jangan disalahkan pekerja sekiranya kerugian itu berlaku dan
sepatutnya digalas oleh CEO dan juga pengurusan management tertinggi yang tidak
melaksanakan tugas dengan efisien dan bertanggungjawab.
Kedua isu termasuk juga pembuangan kerja Presidennya,
Saudara Ismail perlu diambil tindakan
segera kerana mereka,
MAS tidak menggunakan
landasan undang-undang di
bawah seksyen 14 yang sepatutnya dan sewajibnya di akur dan dipatuhi.
Tuan Yang di-Pertua,
nombor dua- NUBE.
Saya sudah bagi
tahu terlebih awal,
iaitu NUBE dalam krisis pertukaran mereka sebanyak 49 orang non-executive
yang mana telah pun dibuat
perbincangan dan sebagainya,
Sumber Manusia di
bawah JPP bagi
tahu di bawah seksyen 18 mengatakan, baik kita akan
runding, runding, tetapi pihak Hong Leong terus-menerus membuang 49 orang ini
kerana transfernya tidak munasabah. Mana mungkin daripada Kelantan dia kena
tukar ke Puchong. Daripada Johor tukar ke Pulau Pinang dalam keadaan yang tidak
ada persiapan. Maka saya menyeru kepada Kementerian Sumber Manusia supaya
pastikan bahawa mereka ini akur di bawah seksyen 56, Akta Perusahaan 1967
bahawa jangan langgar perjanjian bersama yang jelas menyatakan dengan izin, “A
bank staff who is a Union members has the right to refuse
a transfer based
on the condition
of hardship”. Ini
adalah jelas mengapa
mereka khianati
undang-undang yang mereka
buat di bawah
peraturan seksyen 56,
Akta Perusahaan 1967.
Maka yang demikian, saya sarankan Kementerian Sumber
Manusia supaya tampil sedikit kejantanannya
dan tegas dalam
memastikan keputusan dibuat,
jangan menganiayai rakyat sendiri. Saya pohon kementerian
sesungguhnya dengan rela hati memanggil kedua-dua pihak ini supaya selesaikan
di bawah seksyen 18 di meja perundingan. Ini tugas Yang Berhormat Menteri Sumber
Manusia.
Seterusnya
pelaut. Bila sebut
saya dapat jawapan
daripada pelaut, daripada Kementerian Pengangkutan yang mana
jawapannya ialah tidak setimpal dengan maklumat yang saya terima. Maknanya
tidak selari.
Tuan Yang di-Pertua,
mengikut laporan yang
dibuat oleh Dato'
Kapten Haji Ahmad bin Othman, Ketua
Pengarah Laut, Jabatan
Laut, Malaysia memerlukan
43,000 pelaut tempatan. Oh,
dahsyat! Akan tetapi
yang jelasnya, pekerja-pekerja yang
berada dalam penambahan
sekurang-kurangnya 43,000 itu untuk menampung keperluan sektor perkhidmatan perkapalan
negara ini dipenuhi oleh pekerja-pekerja pelaut asing yang memastikan dalam
untuk mencapai 43,000 pelaut
ini dalam kadar
pelaut yang mewakili
nisbah jika mengikut
nisbah seorang pelaut adalah mewakili 4,500 penduduk dunia.
Dengan ini saya
ingin menyarankan kepada
Kementerian Pengangkutan bahawa
isu pelaut ini, isu
pelabuhan ini perlu
dikendalikan secara berasingan
supaya penumpuan untuk memastikan Laut China Selatan, Selat
Melaka itu dikawal selia oleh pelaut tempatan dan sampai ke tahap untuk
memastikan kita ada Universiti Pelaut. Ini kerana pada masa akan datang, pelaut
ini akan
hanya mereka yang
mendapat sijil pelaut
sahaja yang boleh
berlegar dalam laut, termasuk nelayan.
Maka yang demikian,
saya ingin sarankan
kepada Kementerian Pengangkutan
supaya menyediakan persiapan dalam
memastikan pelaut kita
ini tidak dimonopoli
oleh pelaut asing. Saya khuatir
bila sebut pelaut-pelaut
asing ini, kita
sudah barang tentu
laut itu luas
dan keselamatan tidak terjamin. Maka
yang demikian, saya
memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya
serius dalam memastikan
kita melahirkan pelaut
tempatan dari kita kebergantungan kepada pelaut asing.
Keempat, kuasa Menteri di bawah seksyen 60, bila tubuh
pengiktirafan. Saya sudah bagi tahu sebelum itu
kementerian iaitu apabila syarikat itu mengkhianati dan melengah waktu
tidak menghormati undang-undang negara, syarikat itu perlu dihukum. Saya sudah
bagi tahu dalam Dewan yang mulia
ini tetapi kementerian
tarik balik di
atas sifat bila
Borang B itu
diberikan kembali oleh pihak syarikat, tetapi kementerian bersetuju untuk
kompromi.
Kita hendak tengok syarikat ini supaya akur tentang
undang-undang dan mereka ini perlu dihukum kalau mereka mengkhianati
undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita hendak tegaskan. Akan tetapi
yang jelas ialah bila diberikan Borang B, maka bila syarikat beri Borang B, kementerian pun
rasa lemah dan
terus memberi peluang
kepada syarikat yang
makin banyak mengkhianati, mengkhianati hak pekerja dalam
negara ini.
Saya mohon kementerian supaya tindakan di bawah seksyen
60 itu perlu tegas dan bagi tahu
dengan syarikat yang
pengkhianat ini, kamu
ambil hasil untung,
tetapi pekerja kamu khianati. Kementerian Sumber Manusia,
saya memohon diberi penjelasan mengapa ditarik balik sedangkan kita perlu memastikan
bahawa syarikat-syarikat ini yang tidak menghayati atau tidak apply
dalam segi gaji
minimum RM900. Ada
lebih 100 buah
syarikat yang tak
buat. Hukum syarikat-syarikat ini. Untung ambil, tetapi
pekerja dibiarkan sengsara hidup mereka.
Sudah buat akta, takut apa lagi? Jalankan tugas!
Sudah masuk dua
tahun Tuan Yang
di-Pertua, gaji minimum
RM900 ini termasuklah negeri-negeri mana
pun. Termasuk sesiapa
sahaja, RM900 itu
wajib kita akur.
Begitu juga dengan persaraan
60 tahun. Bila
kita berdebat, dia
kata kementerian beri
kelonggaran. Tak payah beri
kelonggaran, sudah setuju, sudah buat akta dalam Dewan yang mulia ini,
teruskan. Jangan khianati akta yang kita telah dukung ini. Jangan jadi munafik.
Sekejap ya, sekejap ya, sekejap tidak! Apa ini?
Selepas itu dalam segi penjawat awam. Saya sudah
bagi tahu 49,000
penjawat awam yang
kontrak, tiga tahun
lebih. Saya mohon Jabatan
Perdana Menteri untuk memberikan mereka peluang yang bekerja tiga tahun ke atas itu
diberikan pekerja tetap.
Saya tidak nampak
kenapa alasan dibiarkan
mereka bekerja kontrak
sehinggakan 11 tahun, 12 tahun, sehinggakan menyebabkan mereka sengsara, hanya menunggu nasib pada tiap-tiap dua tahun
sekali.
Saya pohon Jabatan
Perdana Menteri untuk
memastikan bahawa 49,816
orang ini mereka layak
tiga tahun, tolonglah
confirm, termasuk guru
sandaran, termasuk Kementerian Pelancongan, Kementerian
Perusahaan. Ini yang saya hendak tegaskan bahawa janganlah kita letakkan tenaga
mereka sebagai perjudian dan mengambil
hasil perahan mereka,
tenaga mereka dan
untungnya dan ruginya mereka sendiri
atau pekerja. Ini
saya mohon supaya
kementerian, Jabatan Perdana
Menteri supaya segerakan untuk
memastikan 49,816 orang
ini selepas tiga
tahun kelayakan mereka, yang 11 tahun, 12 tahun itu, tolonglah
permanentkan mereka.
Begitu juga dengan uniform nurseuniform nurse. Saya
diberitahu nurse dapat tiga helai baju uniform.
Saya minta sebab
tidak pernah di
cerita oleh dek
orang, saya minta
dengan jasa baik Jabatan
Perdana Menteri supaya tiga helai itu dijadikan lima helai sebab bila masuk
suku tahun ataupun setengah tahun,
dia punya baju
itu nampak macam pakai,
tak pakai jarang
dia. Jadi saya
mohon supaya nurse
ataupun uniform ini dibekalkan dengan
lima helai baju,
bukan tiga helai sebab tiga helai
ini dia transparancenya cepat. Jadi akan
menyebabkan banyak orang sakit jantung. Maka yang demikian, saya minta
kementerian untuk tambahkan baik iaitu daripada tiga set uniform kepada lima
set uniform.
Begitu juga dengan elaun guru besar, keraian daripada
RM100 itu ditambahkan kerana apabila
dia meraikan tetamu
RM100 sebulan Tuan
Yang di-Pertua, hendak
buat apa. Guru Kanan RM60. Tolonglah, tolonglah
tambahkan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...Atas sifat untuk memastikan mereka tidak
terjebak iaitu hasil
daripada poket mereka
sendiri yang memberikan,
Yang Berhormat Kinabatangan sekejap. Saya ada lagi 10 minit.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Polis pun
tiga baju juga.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ha, polis pun. Semua uniform, semua uniform
Yang Berhormat Kinabatangan. Ini saya suka uniform fasal pekerja. Yang lain saya
tidak suka dia. Yang itu saya suka dia fasal dia menyertai saya dalam untuk
memastikan jangan disebabkan uniform itu penyakit lain datang seperti kurap dan
sebagainya.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Tuan
Yang di-Pertua, saya minta ia dipertimbangkan. Seterusnya...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh
[Kalabakan]: [Bangun]
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Yang
Berhormat Kalabakan saya kena
bagi Tuan Yang di-Pertua. Kakanda saya. Kambing, kambing. Kari kambing.
Datuk Seri Panglima
Haji Abdul Ghapur
bin Salleh [Kalabakan]:
Yang Berhormat, Yang Berhormat
ada sebut fasal gaji minimum. Gaji minimum ia tidak boleh diimplementasikan di Sabah
kerana kita tahu keadaan negeri Sabah ini berlainan sebab di sana
pekerja-pekerja yang datang itu mereka ini datang RM600, RM500 gaji. Jadi,
kalau gaji minimum ini dikuatkuasakan, mungkin bermasalah bagi majikan-majikan.
Jadi, apa cadangan Yang Berhormat?
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Terima
kasih Tuan Yang
diPertua. Yang Berhormat
Kalabakan, memang saya
setuju di Sabah
RM800, di Semenanjung RM900. Kenapa hendak dibezakan
dua-dua ini sedangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawakitu lebih tinggi 20%
daripada Semenanjung. Maka yang demikian, saya cadangkan kementerian kepada
Majlis Konsultasi Gaji Minimum yang ditubuhkan pada 2012 itu kaji semula.
Jangan ada diskriminasi. Kalau RM900,
RM900 semua. Malah
saya cadangkan supaya
ditambahbaikkan Sabah dan Sarawak kerana mereka dalam kos penghidupan
yang lebih tinggi Yang Berhormat Kalabakan. Saya juga tidak boleh katakan
bahawa kita tidak boleh katakan kehidupan sana berbeza. Tidak, Tuan Yang
di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi Sabah, saya tengok barang dekat Sabah
itu, tidak tahulah tempat Tuan Yang di-Pertua tidak tahulah tapi di Sabah, Kota
Kinabalu harganya saya tengok lebih mahal 20%. Dahsyat tapi kenapa kita
mendiskriminasikan pekerja di sana. Saya sarankan...
Datuk Seri Panglima
Haji Abdul Ghapur
bin Salleh [Kalabakan]:
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: ...Kementerian
Sumber Manusia di bawah
Majlis Konsultasi Gaji
Minimum supaya pastikan
tidak ada diskriminasi. Diskriminasi Yang Berhormat
Timbalan Menteri, dengar itu jangan ada diskriminasi...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh
[Kalabakan]: Gaji.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: ...Sabah,
Sarawak dan Semenanjung. Yang
Berhormat Kalabakan, saya ada lagi dua minit.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh
[Kalabakan]: Tidak, tidak. Bukan, mahu tanya
last sebab kita ini Ahli-ahli Parlimen kalau dia pencen, dia
paras kemiskinan. Gaji Yang
Berhormat sendiri sedia maklum, gaji Ahli Parlimen di Malaysia ini terendah di
dunia. Jadi, kenapa tidak cadang? Sarawak...
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Okey
Yang Berhormat Kalabakan. Ini
sudah selesai sebab...
Datuk Seri Panglima
Haji Abdul Ghapur
bin Salleh [Kalabakan]:
Yang Berhormat, Sarawak lagi
tinggi daripada kita.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Itu
kita sudah selesai sebab kita sudah ambil kata sepakat...
Datuk Seri Panglima
Haji Abdul Ghapur
bin Salleh [Kalabakan]:
Belum, belum ini belum selesai.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Saya...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh
[Kalabakan]: Yang Berhormat, ini belum
selesai.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang
Berhormat Kuala Langat...
Datuk Seri Panglima
Haji Abdul Ghapur
bin Salleh [Kalabakan]:
Ini belum selesai. Kenapa Yang Berhormat tidak suarakan
dalam Dewan? Patut suarakan dalam Dewan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ya,
ya. Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Shamsul Anuar
bin Haji Nasarah
[Lenggong]: Dia takut
Yang Berhormat Permatang Pauh,
takut Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang
Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Yang Berhormat Kalabakan, ini dimasukkan
sebahagian dalam ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mengatakan bahawa
PBS...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang
Berhormat Setiu bangun Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Sudah,
sudah cukup.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sedikit,
sedikit. Tanya sedikit sahaja.
Dato' Shamsul Anuar
bin Haji Nasarah
[Lenggong]: Yang Berhormat
Permatang Pauh sudah senyum itu, boleh.
Tuan Abdullah Sani
bin Abdul Hamid
[Kuala Langat]: Baru-baru
ini Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri mengatakan
bahawa PBS ini
akan ditambahbaikkan.
Saya hendak
beritahu dengan Tuan Yang
di-Pertua, PBS ini membebankan guru-guru. Guru guru
disuruh mengajar bukan
mengambil pangkalan data
pelajar. Saya minta
Kementerian Pendidikan supaya jangan beban pada guru-guru yang fokusnya
untuk melahirkan insan madani, melahirkan insan yang profesional dan bermaruah.
Yang itu yang kita hendak ketengahkan.
Saya bagi pihak
guru-guru selaku Timbalan
Presiden MTUC, menyuruh
saya untuk melontarkan perkara
ini kepada Parlimen untuk memastikan PBS ini tidak boleh dikompromikan walaupun
tiga perkara untuk penambahbaikan, ini semua tidak baik. Semua menyusahkan
guruguru yang tertekan dalam suasana mereka hendak mengajar dan mendidik anak
bangsa. Maka yang demikian, Yang
Berhormat Menteri Pendidikan,
saya mohon supaya
tidak payah hendak tambah tiga kebaikan. Yang penting
fokus itu. Guru, tugas mereka melahirkan, menjana generasi yang mulia. Saya
minta jangan ada lagi untuk apa-apa yang membolehkan katanya memastikan profesionalisme guru-guru
itu terjamin. Tidak
terjamin PBS ini
sampai tiga empat
pagi. Besok hendak mengajar lagi.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Masa cukup.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:
Tidakkah pening dan kusut otak mereka? Maka, saya tegaskan bahawa PBS tidak
manfaat dalam segi menggalas. Kalau hendak buat
boleh, suruh pekerja
lain buat. Ambil
pekerja lain untuk
fokus kepada pangkalan
data. Barulah selesai dan saya rasa tidak ada perbalahan dalam isu PBS ini kerana kita
semua setuju bahawa ia membebankan guru-guru.
Seterusnya
terakhir Tuan Yang
di-Pertua, kawasan saya
pula, kawasan saya
ini. Kawasan saya ini
baru-baru ini Yang
Amat Berhormat Perdana
Menteri telah pergi
ke Pulau Carey dan
berjanji bahawa RM2.6
juta akan disalurkan komputer-komputer di
seluruh sekolah Pulau Carey. Akan
tetapi pada hari ini, sampai hari ini sebelum pilihan raya, sampai ke sekarang tidak
ada bayangnya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjinakkan kata murninya itu supaya dapat
dikotakan, supaya rakyat Pulau Carey dapat menikmati komputer disekolah-sekolah
yang mereka perlukan. Betapa daifnya sekolah itu yang telah disaksikan. Tidak akanlah sebelum
pilihan raya, bila
sudah kalah tidak
mahu mari dan
tidak mahu berikan komitmen. Saya rasa selaku Menteri
Kewangan dan Perdana Menteri, wajib mengotakan katakatanya, RM2.6
juta komputer di
setiap sekolah di Pulau
Carey telah dijanjikan.
Mohon Yang Berhormat Menteri
Kewangan menepati janjinya.
Sekian, terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Panas ini Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih.