Thursday, March 20, 2014

Abdullah Sani menimbulkan isu pekerja di Parlimen tetapi gagal timbulkan banyak itu utama...



Saudara Abdullah Sani mendapat peluang berucap di Parlimen pada 18/3/2014, di mana ini sepatutnya masa membawa kepada perhatian semua isu-isu pekerja, di mana beliau dalam masa diperuntukkan gagal membawa banyak isu penting...

Isu yang tidak dinyatakan
1 - Isu 'Hapuskan sistem 'contractor for labour"
2 - Isu pastikan hak mendapatkan kerja tetap untuk SEMUA (beliau hanya minta agar pekerja penjawat awam di bawah kontrak jangka pendek dijadikan pekerja tetap - kenapa tidak menuntut perkara sama untuk pekerja swasta?)
3 - Langsung isu G18 dan DRB HICOM tidak dikemukakan - Mengapa?
4 - Isu Borang B dinyatakan, di mana saya percaya ini adalah mengenai kes RENESAS - mengapa nama RENESAS tidak ditimbulkan di Parlimen?
5 - Isu menambahkan gaji minima tidak ditimbulkan tetapi ada timbulkan pangilan ambil tindakan terhadap majikan yang gagal membayar gaji minima, dan agar disamakan gaji Minima seluruh Malaysia - jangan diskriminasi.

Isu lain yang ditimbulkan
1 - Isu NUFAM - termasuk isu pembuangan kerja Presiden NUFAM dan 4 lagi
2 - Isu gaji basic pramugari dan kadar 'flight allowance'
3 - Isu NUBE dan kes 49 pekerja bank yang di-transfer kepada bank yang jauh dari tempat asal kerja mereka
4 - Isu pekerja yang kerja sebagai pelaut - tak jelas hanya minta lebihkan warganegara Malaysia diambil kerja sebagai pelaut...
5 - Isu uniform nurse, polis ...penjawat awam - minta ditambahkan kepada 5 pasang setahun daripada 3 pasang yang dibekalkan sekarang
6 - Elaun keraihan guru besar dan penolong kanan ditambahkan
7 - Isu PBS guru...

Sepatutnya, semua isu utama pekerja di timbulkan - walaukan ianya sebaris sahaja... tambahan pula mengambil kira kedudukkan beliau juga sebagai Timbalan Presiden MTUC... janga lupa, jika di Parlimen ada kebebasan bercakap - jadi nyatakan dengan jelas tentang nama-nama majikan saperti DRB HICOM, RENESAS dan sebagainya ....kenapa beliau tak berbuat demikian. Tanda tanya besar adalah mengapa isu DRB HICOM tidak ditimbulkan - mungkinkah dahulu ditimbulkan? Tapi, G18 masih sengsara tak ada kerja....

Isu NUFAM di timbulkan, dan harapan saya adalah bahawa MTUC akan menukar pendirian dan membenarkan NUFAM menjadi ahli MTUC. Dengar dengar permohonan NUFAM untuk menjadi ahli baru-baru ini ditolak oleh MTUC - ini tak betul.

Saudara Abdullah Sani berlaku baik menimbulkan beberapa isu pekerja di Parlimen tetapi persoalannya adalah 'Apa Guna?' - yang mendengar hanya ahli parlimen, dan media pun tidak akan memberikan tekanan isu pekerja yang ditimbulkan... Saya berpendirian bahawa mereka yang patut disedari dan dikempen mengenai isu pekerja adalah orang ramai, rakyat Malaysia yang bakal akan mengundi...Jika rakyat mahu, wakil rakyat tak dapat mengelak lagi dan perlu buat sapertimana rakyat mahu... Kita tidak boleh berharap sangat dengan Parlimen, kerajaan kini, media massa...tetapi perlu terus kepada rakyat...menyedarkan mereka mengenai isu pekerja dan apa yang patut dilakukan demi kebaikkan pekerja dan keluarga mereka di Malaysia...

Kita tak boleh juga berharap sangat hanya Abdullah Sani, Syed Shahir, Gopal, Khalid,....tetapi keta semua harus bergerak membuat kerja memperjuangkan hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia...

Berikut adalah petikan daripada Hansard 18/3/2014, khususnya mulai ucapan Abdullah Sani sehingga akhir...

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Terima  kasih  Tuan  Yang  diPertua. Meneruskan  Titah  Ucapan  Menjunjung  Kasih  Ke  bawah  Duli  Tuanku  Yang  di-Pertuan Agong,  saya  ingin  merungkaikan  beberapa  isu  yang  sekarang  ini  diperkatakan  dengan  begitu hebat  terutama  sekali  MAS  yang  melibatkan  hampir  227  orang  penumpang  dan  krew,  pekerja MAS yang saya anggap harus diberikan doa supaya mereka ini selamat. Semua rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan pesawat ‘HM370’ ini dapat dijumpai dalam keadaan yang selamat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: MH, Yang Berhormat.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Ya,  MH.  Ya,  sebab  saya tersilap tulis tadi ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: HM itu headmaster.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Terima kasih Yang Berhormat Baling.  Isu  saya  hendak  bawa  ini  ialah  isu  tentang  kerugian  MAS  yang  melibatkan  hampir RM1.14 bilion. Itu laporan yang saya terima. Ianya berterusan dan saya diberitahu bahawa yang akan menggalas kerugian ini tidak lain dan tidak bukan ialah pekerja. Itu yang saya diberitahu.

Saya  amat  susah  hati  atau  dukacita  dengan  keadaan  ini  berlaku  kerana  beban  atas  sifat  bila kerugian  itu  pergi  kepada  pekerja.  Jadi  pengurusan  tidak  ditanggung  atas  alasan  pekerjanya terlalu  ramai  dan  ianya  perlu  dikurangkan  atau  beban  tanggungan  pekerja  itu  perlu  segera diselesaikan.

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua termasuk Yang Berhormat Baling, MAS ini, pekerja  MAS,  pramugari  sebagai  contoh,  11  tahun  bekerja  Yang  Berhormat  Baling,  11  tahun bekerja,  basic  baru  RM1,100!  Oh,  dahsyat!  Pramugari!  Malah  saya  diberitahu  flight  allowance,

Yang Berhormat Kinabatangan,  flight allowance  pramugari baru RM8 satu jam! Mana mungkin kalau itulah tanggungannya, pekerja perlu disalahkan...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan?

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  ...Dan  pramugari  terpaksa dibebankan dengan keadaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak beri Yang Berhormat?

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Saya ada 20 minit. Saya tidak boleh beri pada orang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Boleh pula tidak beri! Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Inilah kesan buruk yang harus ditanggung  dan  ini  tidak  boleh  disalahkan  pekerja.  Pengurusan,  CEO,  dan  Khazanah,  wajib bertanggungjawab di atas kerugian yang berlaku ke atas MAS.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kawan tidak bolehkah?

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  ...Dan  ianya  tidak  boleh dikompromikan.  Saya  tidak  mahu  dengar  cerita  MAS,  pekerja  MAS  akan  dibuang  kerja  sebab kerugian demi kerugian. Orang  yang patut disalahkan ialah  pengurusan  yang tidak efisien dan bertanggungjawab! [Tepuk]

Kita hendak doakan Tan Sri Aziz yang lahirnya dahulu akan datang kembali untuk meraih keuntungan  dan  menyelamatkan  MAS  daripada  bagi  pada  Khazanah  yang  tidak  tentu  arah pentadbirannya...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh..

Timbalan  Yang  di-Pertua  [Datuk  Seri  Ronald  Kiandee]:  Yang  Berhormat Kinabatangan.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Ini  disambung  keduanya  ke atas pembuangan- sedikit sahaja. Pembuangan kerja yang dibuat oleh CEO, MAS. ini Kritik pasal kerugian buang kerja tanpa melalui lunas-lunas undang-undang di bawah seksyen 14 Akta Kerja. Dapat tangkap, buang, tangkap, buang. Orang buat petisyen kenapa rugi, tidak boleh! Kritik, tidak boleh!  Presiden  NUFAM,  Saudara  Ismail  dibuang  kerana  mengkritik  atas  kerugian  MAS  yang patut dikaji oleh kerajaan. Begitu juga dengan empat orang pegawai Kesatuan NUFAM yang dibuang atas alasan mereka
ini  membantah  dan  tidak  diakui  undang-undang  oleh  pengiktirafan  yang  dibuat  oleh  sumber manusia terhadap pengurusan MAS. MAS dengan begitu biadab tidak membenarkan hak pekerja itu ditegakkan. Apa punya pentadbiran ini? Ha, Yang Berhormat Kinabatangan du a minit sahaja.

Datuk  Bung  Moktar  bin  Radin  [Kinabatangan]:  [Ketawa]  Dua  minit  cukup  banyak.

Yang Berhormat, dari dulu saya punya pendirian memang jelas bahawa MAS ini kerajaan perlu meneliti  ke  arah  mana  ia  diletakkan  sebab  menghadapi  kerugian.   Cuma  saya  tidak  sentuh kelmarin  sebab  kita  masih  berada  dalam  keadaan  kehilangan  MH370.  Akan  tetapi  Yang Berhormat sudah sentuh, jadi memang betul bahawa perkara yang dibuat oleh MAS ini memang tidak  tepat.  Dia  rugi  dalam  bidang  operasinya,  sebab  operasinya  dia  tidak  boleh  kawal sedangkan penumpang penuh tiap-tiap hari.

Saya  rasa  MAS  ini,  dia  ada  satu  tindakan  yang  salah memberi  ruang  kepada  Air  Asia pula  untuk  ke  destinasi  yang  seharusnya  MAS  terbang.  Jadi  apa  komen  Yang  Berhormat?

Apakah  Yang  Berhormat  ingin  meminta  kerajaan  supaya  betul,  jangan  kerajaan  hendak  ambil alih sebab dia tidak tahu berniaga. Bagi orang lain.

Tuan  Abdullah  Sani bin  Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Setuju sangat. CEO  ini patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kerugian MAS ini,  bukan digalas oleh pekerja-pekerja yang  saya  lihat  bahawa  mereka  dilayan  dan  ditarik  hak  mereka  keterlaluan.  Maka  YangBerhormat Menteri Pengangkutan dengan izin tampil ke depan dan komited untuk menyelesaikan masalah pembuangan kerja yang zalim ini dan jangan disalahkan pekerja sekiranya kerugian itu berlaku dan sepatutnya digalas oleh CEO dan juga pengurusan management tertinggi yang tidak melaksanakan tugas dengan efisien dan bertanggungjawab.

Kedua isu termasuk juga pembuangan kerja Presidennya, Saudara Ismail perlu diambil tindakan  segera  kerana  mereka,  MAS  tidak  menggunakan  landasan  undang-undang  di  bawah seksyen 14 yang sepatutnya dan sewajibnya di akur dan dipatuhi.

Tuan  Yang  di-Pertua,  nombor  dua-  NUBE.  Saya  sudah  bagi  tahu  terlebih  awal,  iaitu NUBE dalam krisis pertukaran mereka sebanyak 49 orang  non-executive  yang mana telah pun dibuat  perbincangan  dan  sebagainya,  Sumber  Manusia  di  bawah  JPP  bagi  tahu  di  bawah seksyen 18 mengatakan, baik kita akan runding, runding, tetapi pihak Hong Leong terus-menerus membuang 49 orang ini kerana transfernya tidak munasabah. Mana mungkin daripada Kelantan dia kena tukar ke Puchong. Daripada Johor tukar ke Pulau Pinang dalam keadaan yang tidak ada persiapan. Maka saya menyeru kepada Kementerian Sumber Manusia supaya pastikan bahawa mereka ini akur di bawah seksyen 56, Akta Perusahaan 1967 bahawa jangan langgar perjanjian bersama yang jelas menyatakan dengan izin, “A bank staff who is a Union members has the right to  refuse  a  transfer  based  on  the  condition  of  hardship”.  Ini  adalah  jelas  mengapa  mereka khianati  undang-undang  yang  mereka  buat  di  bawah  peraturan  seksyen  56,  Akta  Perusahaan 1967.

Maka yang demikian, saya sarankan Kementerian Sumber Manusia supaya tampil sedikit kejantanannya  dan  tegas  dalam  memastikan  keputusan  dibuat,  jangan  menganiayai  rakyat sendiri. Saya pohon kementerian sesungguhnya dengan rela hati memanggil kedua-dua pihak ini supaya selesaikan di bawah seksyen 18 di meja perundingan. Ini tugas Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Seterusnya  pelaut.  Bila  sebut  saya  dapat  jawapan  daripada  pelaut,  daripada Kementerian Pengangkutan yang mana jawapannya ialah tidak setimpal dengan maklumat yang saya terima. Maknanya tidak selari.

Tuan  Yang  di-Pertua,  mengikut  laporan  yang  dibuat  oleh  Dato'  Kapten Haji Ahmad bin Othman, Ketua  Pengarah  Laut,  Jabatan  Laut,  Malaysia  memerlukan  43,000 pelaut  tempatan.  Oh,  dahsyat!  Akan  tetapi  yang  jelasnya,  pekerja-pekerja  yang  berada  dalam penambahan sekurang-kurangnya 43,000 itu untuk menampung keperluan sektor perkhidmatan perkapalan negara ini dipenuhi oleh pekerja-pekerja pelaut asing yang memastikan dalam untuk mencapai  43,000  pelaut  ini  dalam  kadar  pelaut  yang  mewakili  nisbah  jika  mengikut  nisbah seorang pelaut adalah mewakili 4,500 penduduk dunia.

Dengan  ini  saya  ingin  menyarankan  kepada  Kementerian  Pengangkutan  bahawa  isu pelaut  ini,  isu  pelabuhan  ini  perlu  dikendalikan  secara  berasingan  supaya  penumpuan  untuk memastikan Laut China Selatan, Selat Melaka itu dikawal selia oleh pelaut tempatan dan sampai ke tahap untuk memastikan kita ada Universiti Pelaut. Ini kerana pada masa akan datang, pelaut ini  akan  hanya  mereka  yang  mendapat  sijil  pelaut  sahaja  yang  boleh  berlegar  dalam  laut, termasuk nelayan.

Maka  yang  demikian,  saya  ingin  sarankan  kepada  Kementerian  Pengangkutan  supaya menyediakan  persiapan  dalam  memastikan  pelaut  kita  ini  tidak  dimonopoli  oleh  pelaut  asing.  Saya  khuatir  bila  sebut  pelaut-pelaut  asing  ini,  kita  sudah  barang  tentu  laut  itu  luas  dan keselamatan  tidak terjamin.  Maka  yang  demikian,  saya  memohon  kepada  Kementerian Pengangkutan  supaya  serius  dalam  memastikan  kita  melahirkan  pelaut  tempatan  dari  kita kebergantungan kepada pelaut asing.
Keempat, kuasa Menteri di bawah seksyen 60, bila tubuh pengiktirafan. Saya sudah bagi tahu sebelum itu  kementerian iaitu apabila syarikat itu mengkhianati dan melengah waktu tidak menghormati undang-undang negara, syarikat itu perlu dihukum. Saya sudah bagi tahu dalam Dewan  yang  mulia  ini  tetapi  kementerian  tarik  balik  di  atas  sifat  bila  Borang  B  itu  diberikan kembali oleh pihak syarikat, tetapi kementerian bersetuju untuk kompromi.

Kita hendak tengok syarikat ini supaya akur tentang undang-undang dan mereka ini perlu dihukum kalau mereka mengkhianati undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita hendak tegaskan. Akan tetapi yang jelas ialah bila diberikan Borang B, maka bila syarikat beri Borang B, kementerian  pun  rasa  lemah  dan  terus  memberi  peluang  kepada  syarikat  yang  makin  banyak  mengkhianati, mengkhianati hak pekerja dalam negara ini.

Saya mohon kementerian supaya tindakan di bawah seksyen 60 itu perlu tegas dan bagi tahu  dengan  syarikat  yang  pengkhianat  ini,  kamu  ambil  hasil  untung,  tetapi  pekerja  kamu khianati. Kementerian Sumber Manusia, saya memohon diberi penjelasan mengapa ditarik balik sedangkan kita perlu memastikan bahawa syarikat-syarikat ini yang tidak menghayati atau tidak  apply  dalam  segi  gaji  minimum  RM900.   Ada  lebih  100  buah  syarikat  yang  tak  buat.  Hukum  syarikat-syarikat ini. Untung ambil, tetapi pekerja dibiarkan sengsara hidup  mereka. Sudah buat akta, takut apa lagi? Jalankan tugas! 

Sudah  masuk  dua  tahun  Tuan  Yang  di-Pertua,  gaji  minimum  RM900  ini  termasuklah negeri-negeri  mana  pun.  Termasuk  sesiapa  sahaja,  RM900  itu  wajib  kita  akur.  Begitu  juga dengan  persaraan  60  tahun.  Bila  kita  berdebat,  dia  kata  kementerian  beri  kelonggaran.  Tak payah beri kelonggaran, sudah setuju, sudah buat akta dalam Dewan yang mulia ini, teruskan. Jangan khianati akta yang kita telah dukung ini. Jangan jadi munafik. Sekejap ya, sekejap ya, sekejap tidak! Apa ini?

Selepas itu dalam segi penjawat awam. Saya  sudah  bagi  tahu  49,000  penjawat  awam  yang  kontrak,  tiga  tahun  lebih.   Saya mohon Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan mereka peluang yang bekerja tiga tahun ke atas  itu  diberikan  pekerja  tetap.  Saya  tidak  nampak  kenapa  alasan  dibiarkan  mereka  bekerja kontrak sehinggakan 11 tahun, 12 tahun, sehinggakan menyebabkan mereka sengsara,  hanya menunggu nasib pada tiap-tiap dua tahun sekali.

Saya  pohon  Jabatan  Perdana  Menteri  untuk  memastikan  bahawa  49,816  orang  ini mereka  layak  tiga  tahun,  tolonglah  confirm,  termasuk  guru  sandaran,  termasuk  Kementerian Pelancongan, Kementerian Perusahaan. Ini yang saya hendak tegaskan bahawa janganlah kita letakkan tenaga mereka sebagai perjudian  dan  mengambil  hasil  perahan  mereka,  tenaga  mereka  dan  untungnya  dan  ruginya mereka  sendiri  atau  pekerja.   Ini  saya  mohon  supaya  kementerian,  Jabatan  Perdana  Menteri supaya  segerakan  untuk  memastikan  49,816  orang  ini  selepas  tiga  tahun  kelayakan  mereka,  yang 11 tahun, 12 tahun itu, tolonglah permanentkan mereka.

Begitu juga dengan uniform nurseuniform nurse. Saya diberitahu nurse dapat tiga helai baju uniform.
Saya  minta  sebab  tidak  pernah  di  cerita  oleh  dek  orang,  saya  minta  dengan  jasa  baik  Jabatan Perdana Menteri supaya tiga helai itu dijadikan lima helai sebab bila masuk suku tahun ataupun  setengah  tahun,  dia  punya  baju  itu  nampak macam  pakai,  tak  pakai  jarang  dia.   Jadi  saya  mohon  supaya  nurse  ataupun  uniform  ini  dibekalkan  dengan  lima  helai  baju,  bukan  tiga helai sebab tiga helai ini dia  transparancenya cepat. Jadi akan menyebabkan banyak orang sakit jantung. Maka yang demikian, saya minta kementerian untuk tambahkan baik iaitu daripada tiga set uniform kepada lima set uniform.

Begitu juga dengan elaun guru besar, keraian daripada RM100 itu ditambahkan kerana apabila  dia  meraikan  tetamu  RM100  sebulan  Tuan  Yang  di-Pertua,  hendak  buat  apa.   Guru Kanan RM60. Tolonglah, tolonglah tambahkan...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]:  Yang Berhormat.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  ...Atas sifat untuk memastikan mereka  tidak  terjebak  iaitu  hasil  daripada  poket  mereka  sendiri  yang  memberikan,  Yang Berhormat Kinabatangan sekejap. Saya ada lagi 10 minit.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Polis pun tiga baju juga.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Ha, polis pun. Semua uniform, semua uniform Yang Berhormat Kinabatangan. Ini saya suka uniform fasal pekerja. Yang lain saya tidak suka dia. Yang itu saya suka dia fasal dia menyertai saya dalam untuk memastikan jangan disebabkan uniform itu penyakit lain datang seperti kurap dan sebagainya.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Tuan  Yang  di-Pertua,  saya minta ia dipertimbangkan. Seterusnya...

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: [Bangun]

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Yang  Berhormat  Kalabakan saya kena bagi Tuan Yang di-Pertua. Kakanda saya. Kambing, kambing. Kari kambing.

Datuk  Seri  Panglima  Haji  Abdul  Ghapur  bin  Salleh  [Kalabakan]:  Yang  Berhormat, Yang Berhormat ada sebut fasal gaji minimum. Gaji minimum ia tidak boleh diimplementasikan di Sabah kerana kita tahu keadaan negeri Sabah ini berlainan sebab di sana pekerja-pekerja yang datang itu mereka ini datang RM600, RM500 gaji. Jadi, kalau gaji minimum ini dikuatkuasakan, mungkin bermasalah bagi majikan-majikan. Jadi, apa cadangan Yang Berhormat?

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Terima  kasih  Tuan  Yang  diPertua.  Yang  Berhormat  Kalabakan,  memang  saya  setuju  di  Sabah  RM800,  di  Semenanjung RM900. Kenapa hendak dibezakan dua-dua ini sedangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawakitu lebih tinggi 20% daripada Semenanjung. Maka yang demikian, saya cadangkan kementerian kepada Majlis Konsultasi Gaji Minimum yang ditubuhkan pada 2012 itu kaji semula. Jangan ada diskriminasi.  Kalau  RM900,  RM900  semua.  Malah  saya  cadangkan  supaya  ditambahbaikkan Sabah dan Sarawak kerana mereka dalam kos penghidupan yang lebih tinggi Yang Berhormat Kalabakan. Saya juga tidak boleh katakan bahawa kita tidak boleh katakan kehidupan sana berbeza. Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi Sabah, saya tengok barang dekat Sabah itu, tidak tahulah tempat Tuan Yang di-Pertua tidak tahulah tapi di Sabah, Kota Kinabalu harganya saya tengok lebih mahal 20%. Dahsyat tapi kenapa kita mendiskriminasikan pekerja di sana. Saya sarankan...

Datuk  Seri  Panglima  Haji  Abdul  Ghapur  bin  Salleh  [Kalabakan]:  Yang  Berhormat Kuala Langat.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  ...Kementerian  Sumber Manusia  di  bawah  Majlis  Konsultasi  Gaji  Minimum  supaya  pastikan  tidak  ada  diskriminasi. Diskriminasi Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengar itu jangan ada diskriminasi...

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Gaji.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  ...Sabah,  Sarawak  dan Semenanjung. Yang Berhormat Kalabakan, saya ada lagi dua minit.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Tidak, tidak. Bukan, mahu tanya  last  sebab kita ini  Ahli-ahli Parlimen kalau dia  pencen, dia  paras  kemiskinan. Gaji Yang Berhormat sendiri sedia maklum, gaji Ahli Parlimen di Malaysia ini terendah di dunia. Jadi,  kenapa tidak cadang? Sarawak...

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Okey  Yang  Berhormat Kalabakan. Ini sudah selesai sebab...

Datuk  Seri  Panglima  Haji  Abdul  Ghapur  bin  Salleh  [Kalabakan]:  Yang  Berhormat, Sarawak lagi tinggi daripada kita.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Itu kita sudah selesai sebab kita sudah ambil kata sepakat...

Datuk  Seri  Panglima  Haji  Abdul  Ghapur  bin  Salleh  [Kalabakan]:  Belum,  belum  ini belum selesai.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Saya...

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]:  Yang Berhormat, ini belum selesai.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang Berhormat Kuala Langat...

Datuk  Seri  Panglima  Haji  Abdul  Ghapur  bin  Salleh  [Kalabakan]:  Ini  belum  selesai. Kenapa Yang Berhormat tidak suarakan dalam Dewan? Patut suarakan dalam Dewan.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua...

Dato'  Shamsul  Anuar  bin  Haji  Nasarah  [Lenggong]:  Dia  takut  Yang  Berhormat Permatang Pauh, takut Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]:  Yang Berhormat Kalabakan, ini dimasukkan sebahagian dalam ucapan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mengatakan bahawa PBS...

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]:  Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Setiu bangun Yang Berhormat.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Sudah, sudah cukup.

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sedikit, sedikit. Tanya sedikit sahaja.

Dato'  Shamsul  Anuar  bin  Haji  Nasarah  [Lenggong]:  Yang  Berhormat  Permatang Pauh sudah senyum itu, boleh.

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat]:  Baru-baru  ini  Yang  Amat Berhormat  Timbalan  Perdana  Menteri  mengatakan  bahawa  PBS  ini  akan  ditambahbaikkan.

Saya  hendak beritahu dengan Tuan  Yang di-Pertua,  PBS  ini membebankan guru-guru.  Guru guru  disuruh  mengajar  bukan  mengambil  pangkalan  data  pelajar.  Saya  minta  Kementerian Pendidikan supaya jangan beban pada guru-guru yang fokusnya untuk melahirkan insan madani, melahirkan insan yang profesional dan bermaruah. Yang itu yang kita hendak ketengahkan.

Saya  bagi  pihak  guru-guru  selaku  Timbalan  Presiden  MTUC,  menyuruh  saya  untuk melontarkan perkara ini kepada Parlimen untuk memastikan PBS ini tidak boleh dikompromikan walaupun tiga perkara untuk penambahbaikan, ini semua tidak baik. Semua menyusahkan guruguru yang tertekan dalam suasana mereka hendak mengajar dan mendidik anak bangsa. Maka yang  demikian,  Yang  Berhormat  Menteri  Pendidikan,  saya  mohon  supaya  tidak  payah  hendak tambah tiga kebaikan. Yang penting fokus itu. Guru, tugas mereka melahirkan, menjana generasi yang mulia. Saya minta jangan ada lagi untuk apa-apa yang membolehkan katanya memastikan profesionalisme  guru-guru  itu  terjamin.  Tidak  terjamin  PBS  ini  sampai  tiga  empat  pagi.  Besok hendak mengajar lagi.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Masa cukup.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tidakkah pening dan kusut otak mereka? Maka, saya tegaskan bahawa PBS tidak manfaat dalam segi menggalas. Kalau hendak buat  boleh,  suruh  pekerja  lain  buat.  Ambil  pekerja  lain  untuk  fokus  kepada  pangkalan  data. Barulah selesai dan saya rasa tidak ada  perbalahan dalam isu PBS ini kerana kita semua setuju bahawa ia membebankan guru-guru.

Seterusnya  terakhir  Tuan  Yang  di-Pertua,  kawasan  saya  pula,  kawasan  saya  ini. Kawasan  saya  ini  baru-baru  ini  Yang  Amat  Berhormat  Perdana  Menteri  telah  pergi  ke  Pulau Carey  dan  berjanji  bahawa  RM2.6  juta  akan  disalurkan komputer-komputer  di  seluruh  sekolah Pulau Carey. Akan tetapi pada hari ini, sampai hari ini sebelum pilihan raya, sampai ke sekarang tidak ada bayangnya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk  menjinakkan kata murninya itu supaya dapat dikotakan, supaya rakyat Pulau Carey dapat menikmati komputer disekolah-sekolah yang mereka perlukan. Betapa daifnya sekolah itu yang telah disaksikan. Tidak akanlah  sebelum  pilihan  raya,  bila  sudah  kalah  tidak  mahu  mari  dan  tidak  mahu  berikan komitmen. Saya rasa selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, wajib mengotakan katakatanya,  RM2.6  juta  komputer  di  setiap sekolah  di  Pulau  Carey  telah  dijanjikan.  Mohon  Yang Berhormat  Menteri  Kewangan  menepati  janjinya.    Sekian,  terima  kasih  Tuan  Yang  di-Pertua. Panas ini Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

2 comments:

  1. Alhamdulilah sekurang kurangnya kita sudah mempunyai seoarang wakil pekerja yg mampu menyuarakan perihal isu dan permasalan pekerja pekerja di malaysia..dan saya berharap YB Abdullah Sani terus perjuangan murni ini...kerana keadaan semasa ini saya lihat kerajaan seolah olah tunduk di atas desakan Kapitalis , yang menyebabkan penindasan berlaku terhadap kaum pekerja terutamanya pekerja pekerja dari golongan berpendapatan rendah...saya yakin setiap luahan dan ungkapan yb adalah ikhlas demi kaum pekerja yg tertindas.

    ReplyDelete
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www ,

    SmsQQ , com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker -

    Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete