Sunday, April 5, 2015

MEMORANDUM NASIB DAN MASA DEPAN 6,000 PEKERJA MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM (MAS) - 23 Mac 2015

MEMORANDUM
NASIB DAN MASA DEPAN 6,000 PEKERJA MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM (MAS)
23 Mac 2015

MEMORANDUM
NASIB DAN MASA DEPAN 6,000 PEKERJA
MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM (MAS)
 

Kami Pemimpin-Pemimpin Kesatuan Sekerja Malaysia yang mengadakan Sidang Akhbar Bersama di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya pada 23 March 2015 iaitu :-

1. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
2. UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC)
3. International Transport Federation Malaysia (ITF)
4. ASEAN Services Employees Trade Union Council Malaysia (ASETUC)
5. Gabungan Kesatuan Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC & Penswastaan (GLC)
6. Public Services International Malaysia (PSI)
 
Ingin menyampaikan rasa bimbang dan memandang serius terhadap nasib dan masa depan 6,000 pekerja MAS yang bakal diberhentikan kerja kesan dari penstrukturan semula syarikat penerbangan kebanggaan Negara seperti yang dilaporkan oleh media perdana sejak akhir-akhir ini.

Kehilangan 6,000 pekerjaan kepada pekerja Syarikat MAS adalah sesuatu yang amat serius dan bakal menghilangkan punca pendapatan kepada ramai ahli keluarga mereka. Syarikat MAS juga merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Link Company – GLC) dan keputusan memberhentikan 6,000 pekerja bakal memberi impak yang negatif kepada dasar-dasar penswastaan negara yang dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kami juga mendapati pihak Khazanah Nasional dan Syarikat MAS telah gagal mengadakan proses rundingan secara telus dengan semua Kesatuan dan Persatuan yang sah mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Pertubuhan 1966.

Adalah sesuatu yang amat malang bagi pekerja-pekerja MAS apabila mereka bakal kehilangan pekerjaan secara beramai-ramai ketika kerajaan sedang berusaha mengujudkan Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kami dengan ini ingin memohon kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri mempertimbangkan dan melaksanakan cadangan-cadangan berikut :-

1. YAB PERDANA MENTERI dan Kerajaan hendaklah segera campurtangan bagi menyelamatkan syarikat MAS.

2. MEMBATALKAN semua proses pemberhentian pekerja MAS serta merta dan menyelamatkan pekerjaan 6,000 pekerja Syarikat MAS.

3. RUNDINGAN SEGERA hala tuju Syarikat MAS dan masa depan pekerja pekerjanya dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, Khazanah Nasional dan Syarikat MAS dengan SEMUA Kesatuan Sekerja dan Persatuan di Syarikat MAS yang sah mengikuti Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

4. PROSES RUNDINGAN penstrukturan Syarikat MAS dilakukan dengan telus dan mematuhi Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Pekerjaan

5. SYARIKAT MAS hendaklah mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Negara dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan segera berusaha mengujudkan Keharmonian Perhubungan Perusahaan dengan pihak Kesatuan yang sah mewakili pekerja-pekerja Syarikat MAS berdasarkan Akta Kesatuan Sekerja 1955.



,,,,ada lagi 2 perenggan disusuli dengan tandatangan yang saya tidak dapat copy-paste di Blog ini - mungkin saudara boleh melawat laman web MTUC untuk melihat memorandum lengkap.


2 comments:

  1. Di sini saya ingin menawarkan sesiapa yang berminat untu menjadi agen Takaful/ Perunding Kewangan Takaful menyertai kami di Al Isra' Associates. Jika anda seorang yang bercita-cita tinggi untuk memilik kerjaya dan perniagaan sendiri, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kami adalah salah sebuah agensi terbesar yang mewakili Prudential BSN. Pendapatan berterusan dan tanpa had serta KOMISYEN yg akan dibayar selama 6 tahun.

    Hubungi saya 018-2558789 (Amirah) atau email RESUME anda ke usrahsaeedah@gmail.com

    Hubungi saya sebagai langkah pertama untuk mengubah hidup anda!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete