Thursday, November 12, 2015

Budaya dan cara kempimpinan Kesatuan Sekerja(KS) terus lemahkan Union?

Jika kepimpinan Union mahu bertindak sendiri - dan bukan secara bersama dengan semua ahli Union, Union atau pergerakkan buruh akan terus menjadi lemah.

Ada MP dan ADUN di Malaysia, bila masa dekat pilihanraya turun padang menjumpa rakyat tetapi selepas itu untuk lebih kurang 5 tahun langsung tak berapa berminat berjumpa dengan rakyat...atau berbincang sama...atau mendapatkan pendapat rakyat. Wakil Rakyat - kalau tak ada perbincangan dan proses membuat keputusan, bagaimana benar-benar boleh berfungsi sebagai 'wakil rakyat'. 

Selepas dipilih, wakil rakyat bukan kata langsung tak turun padang, ada juga padang - dia akan lambai tangan, senyumm salam tangan, mengucapkan tahniah bila orang kahwin, mengucapkan takziah bila orang meninggal...dan akan datang beri ceramah - tapi enggan selalu berbincang panjang atau menerima soalan - atau sampai kepada pendirian bersama.

Jika ada masalah, YB akan kata 'Jangan Risau, Saya Akan Selesaikan', dan jarang sekali menyatakan 'Ayuh, mari bincang bersama dan kita cuba menyelesaikan bersama'.  

'Jangan Risau, Saya Sendiri Akan Selesaikan' - Cara ini tidak akan melibatkan rakyat dalam perjuangan, dan tidak juga akan memperkasakan rakyat supaya bakal berani berupaya berjuang sendiri.

Cara kedua lebih baik iaitu - 'Ayuh, mari bincang bersama dan kita cuba menyelesaikan'

Dengan cara ini, rakyat diajar berdikari dan terlibat dalam perjuangan - tidak lagi bergantung kpd hanya seorang saja selesaikan masalah. Rakyat akan lebih 'confident' dan perjuangan menjadi perjuangan rakyat. 

Alternatif pertama - masalah rakyat diselesaikan seorang wakil rakyat - menjana sifat 'dependency'  rakyat - sifat tidak yakin diri ada kuasa dan keupayaan menyelesaikan masalah. Kini ada pekerja yang ada tuntutan hak pekerja, mereka digalakkan pi jumpa YB untuk dapat surat sokongan. Ini langsung tak diperlukan Jabatan berkenaan > tetapi adalah cara memberi gambaran 'kalau tak disokong YB, rakyat sendiri tak akan menang'...

Kepimipinan Union pun malangnya kini mengunakan cara pertama yang digunakan wakil rakyat - sedih sekali. Apa-apa masalah yang berkemampuan menyelesaikan hanya pemimpin dan bukan pekerja bersatu dalam solidariti.

Cara kepimpinan ini melemahkan union - bukankah pekerja bersatu untuk berjuang bersama? Kini peluang 'berjuang' dirampas oleh seorang pemimpin atau jawatankuasa union. Cara ini tidak memperkasakan kaum buruh di Malaysia - tetapi menjana pemikiran pekerja sendiri secara solidariti tidak berdaya atau mampu berjuang - perlu sangat pemimpin sendiri yang berjuang. 

Lama kelamaan kesan cara kepimipinan sedemikian hanya akan melemahkan union - fungsi ahli hanya nampaknya membayar yuran KS - dan bukan lagi berjuang bersama untuk menuntut hak atau melawan eksploitasi. Pekerja tak diperkasakan...dan akhirnya union sendiri lemah - kerana pengalaman berjuang bersama tidak ada. Bahkan pengalaman berjuang pun tidak ada....akhirnya perasaan solidariti pun akan lemah. Ini sudah dapat dilihat di Malaysia bila masa pun penglibatan ramai diperlukan saperti bila KS buat piket - peratusan ahli yang keluar berpiket sangat rendah...mengapa ini? 

Nilai solidariti dan sentimen 'perjuangan bersama' harus dipupuk...dan diperkuatkan. Kini banyak Kini, KS tak ada pun aktiviti atau perjumpaan bulanan sesama sendiri atau dengan kepimpinan. Sebenarnya interaksi pemimpin dan ahli pun berkurangan. Yuran KS pun tak dibayar terus kepada KS - tetapi dipotong dari gaji dan disalurkan terus kepada KS. Banyak KS tidak pun ada risalah bulanan(mingguan) supaya mereka tahu apa-apa isu yang berlaku yang menjejas mereka. 

Yang berinteraksi mungkin 'worksite committee' dan exco KS yang bermesyuarat sebulan sekali - tetapi apa yang lama-kelamaan hilang adalah semangat 'kebersamaan' dan solidariti di antara semua ahli union.

Perjumpaan Ahli KS - di sini biasa semua ahli dapat bersuara menyatakan isu dan pendapat, masa mereka menyoal pemimpin dan dapat jawapan. Di Indonesia, kehadiran diwajinkan untuk semua ahli KS - dan jika ahli ponteng mesyuarat bulanan (atau dua minggu sekali) ini, ahli itu akan diminta tunjuk sebab mengapa keahlian mereka tidak dilucutkan. 

Mengapa begitu serius sampai keahlian boleh dilucutkan?
Sebab bagi KS kekuatannya adalah bahawa ahli 'BERSATU' dan sanggup 'BERJUANG BERSAMA' tanpa kira risiko kepada diri sendiri. Justeru disiplin perlu - dan jika ahli ponteng ini bermakna bahawa ahli tersebut tidak boleh diharap, mungkin sudah hilang semangat solidariti dan kemungkinan juga bakal akan 'derhaka' kepada KS bila diperlukan. 

Pekerja ponteng tak prihatin tentang warga pekerja lain. Lebih baik dibuang dari KS sekarang - mereka tidak mahu ahli yang hanya bayar fi KS untuk tujuan menikmati faedah CA(Perjanjian Bersama) - mereka mahu ahli yang kuat, yang mempunyai nilai solidariti, yang bila kemudian diperlukan ambil tindakan akan datang tanpa memikirkan risiko pada diri sendiri.

Seorang pemimpin Union Indonesia menyatakan bahawa sekiranya tidak boleh dapat 80-90% ahli KS untuk menyertai piket atau protes, mereka tidak akan mengambil tindakan sedemikian} Bukankah malu bila KS buat piket, sebilangan kecil sahaja yang keluar mengambil bahagian. Keadaan ini akan semestinya menjejaskan pengaruh KS bila berurusan atau berunding dengan majikan....akan Majikan ketawa sahaja kata KS sebenarnya tidak pun ada sokongan ahli....ada 2000 ahli atas rekod, tapi yang keluar protes hanya 100.

KS perlu selalu menunjukkan bahawa kekuatannya bukan 'atas paper' saja - tetapi mereka mempunyai sokongan semua ahli mereka. Jika piket/protes kesemua akan keluar protes. Justeru, jika pun mereka nanti panggil strike SEMUA ahli akan tak masuk kerja. 

Kini KS di Malaysia sudah kehilangan sokongan dan komitmen ahli mereka, dan Majikan sedar - kerajaan pun sedar. Justeru, kini bila KS atau kepimpinan KS menuntut apa-apa, majikan (dan juga kerajaan) tak mengambilnya serius kerana anggappan mereka KS mungkin hanya ada sokongan 5-15% keahlian sahaja - yang lain tidak akan dengar cakap KS atau pemimpin mereka...

Cara kepimpinan telah menyebabkan perkara ini berlaku... 

Cara menunjukkan 'kebersamaan dan solkidariti' ada banyak cara - tak perlu sangat protes atau piket. Aktiviti KS yang mendapatkan kehadiran majoriti pun boleh tunjukkan kekuatan dan sokongan ahli - saperti melalui mesyuarat bulanan, program sosial melibatkan semua dan lain-lain. 

Nak hantar surat bantahan atau tuntutan jika ditandatangani semua ahli pun akan membuktikan bahawa ini tuntutan bersama ahli - mungkin ini perlu kita buat sekarang - kerana kuasa dan solidariti union perlu sangat dibuktikan dari masa ke masa. 

Baru dengar cerita dari satu kilang di mana tidak ada KS, mereka ada tuntutan mengenai isu gaji, di mana surat tuntutan dibuat dan semua pekerja telah menandatangani. Respon majikan cepat di mana majikan segera mengadakan perjumpaan dan terus membayar apa yang dituntut. Syabas - kerana walaupun mereka tak ada KS berdaftar, pekerja bersatu berjuang mampu menang.

Kalau tanya pemimpin, mereka kata masalah kini adalah 'ahli'. Kalau tanya ahli, mereka kata 'pemimpin'. Bagi saya, kedua-dua mempunyai tanggungjawab mengapa KS kini dianggap lemah oleh majikan (dan juga kerajaan) --- tetapi yang lebih bertanggungjawab adalah kepimpinan kerana mereka GAGAL memperkasakan semangat solidariti dan ahli mereka sendiri. 

Cara kepimpinan adalah satu yang harus di-TRANSFORMASIkan. 

Jika pemimpin hanya leka tak mahu berubah, masa sudah tiba untuk ahli memilih kepimpinan yang baru. Pemimpin perlu berani...perlu kuat...perlu arif..dan mempunyai sifat 'Ayuh kita berbincang, membuat perancangan dan bertindak bersama'...dan bukan jenis 'wakil rakyat' yang katakan 'usah risau saya buat apa yang perlu'....




No comments:

Post a Comment