Adalah amat sukar untuk orang lain melakukan apa-apa untuk membantu seseorang pekerja yang telah menjadi mangsa ketidakadilan atau pencabulan hak yang dilakukan majikan sekiranya tidak didedahkan maklumat perlu mengenai apa yang telah sebenarnya berlaku - apa hak yang dicabul, bagaimana, bila dan oleh siapa? Apakah keadilan yang dituntut?
Jika seorang pekerja menuntut keadilan daripada majikan, terutama sekali bila majikan itu adalah penindas, senang sekali majikan penindas tersebut mengabaikan (atau tidak peduli) tuntutan tersebut - keadilan tidak dicapai.
Tetapi, jika pekerja itu melalui Kesatuan Sekerja, menuntut keadilan dari majikan, ianya lebih berkesan. Tapi persoalannya adalah kekuatan Kesatuan berkenaan - iaitu bukan bilangan ahli tetapi berapa ramai ahli union yang sanggup keluar berjuang demi keadilan. Malangnya kini, ramai ahli Kesatuan sendiri takut keluar berjuang, takut bahawa mereka pula akan dimangsakan oleh majikan. Justeru, Kesatuan Sekerja sudah menjadi lemah dan majikan juga lebih berani dan tidak akan mengendahkan banyak tuntutan Kesatuan.
Majikan memikirkan apakah yang Kesatuan Sekerja boleh buat - adakah semua pekerja akan protes atau piket? Jika dilihat, piket baru-baru, yang merupakan satu kegiataan sah disisi undang-undang, berapa ramai ahli yang keluar mengambil bahahagian - kadang-kadang tak sampai pun 2-10% ahli Kesatuan Sekerja? Adakah ahli kesatuan akan 'strike'? Majikan sudah tidak lagi risau sangat dengan kesatuan sekerja ...dan kemungkinan besar, keadilan skar tercapai apabila persepsi majikan sedemikian mengenai kesatuan sekerja.

Bagaimana jika kita buat aduan kepada kerajaan - yakni di Jabatan Sumber Manusia(Pejabat Buruh) atau di Jabatan Perhubungan Manusia(IRD)? Ya, aduan dan tuntutan akan diterima tetapi masa proses tuntutan keadilan lama sangat...dan ramai majikan kini bertindak negatif apabila aduan sedemikian dibuat oleh pekerja/kesatuan dengan membuang kerja mereka yang menuntut keadilan. Proses keadilan akan mengambil bertahun-tahun lamanya...
Realiti baru juga adalah kerajaan Malaysia nampaknya pro-majikan - kerana antara lain kerajaan Malaysia bukan sahaja majikan penjawat awam, tetapi melalui syarikat milik kerajaan dan juga GLC adalah majikan ribuan pekerja. Minat kerajaan untuk promosi atau membela hak pekerja kini bukan lagi sepenting dahulu...Justeru, yang lebih dipentingkan adalah kepentingan perniagaan dan majikan.
Jika dilihat remedi yang diberikan pekerja yang menuntut keadilan melalui proses undang-undang buruh, ianya sangat tidak adil. Majikan yang tidak bayar gaji, jika pekerja menang akan diperintahkan bayar gaji tertunggak saja kepada pekerja - mana adil? Bukankah lebih adil, jika majikan diperintahkan membayar dua atau tiga kali jumlah yang mereka tidak bayar?...

Proses aduan kepada kerajaan bukan sahaja lambat dan melibatkan kos dan masa - tetapi adalah proses 'di bawah tempurung kelapa' - orang lain tidak tahu...maka tak ada tekanan pun untuk mempercepatkan proses dan/atau memastikan keadilan. Tanpa tekanan dan desakkan luar, proses itu akan bukan juga lambat tetapi juga tidak akan memberikan keadilan penuh. Kini, bila pun kes Mahkamah, bilangan ahli lain kesatuan yang hadhir pun sangat rendah...atau tak ada langsung. Apakah persepsi Mahkamah dalam keadaan ini - nampaknya ini tuntutan hanya seorang dua... bukan juga tuntutan yang disokong ramai...
Kenyataan atau kenyataan media juga kini jarang dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Sekerja - maka, ahli kesatuan sendiri pun tidak tahu secara khusus apa isu, apa maklumat penuh dan/atau perjalanan tuntutan tersebut. Hanya Exco Union yang tahu...Jika maklumat penuh diketahui, lebih ramai rakan sekerja akan tahu dan menyokong - tambah pula akan juga menambahkan lagi kesedaran pekerja, dan akan lebih mendorong pekerja lain menuntut keadilan dan jangan terima sahaja penindasan. Kemenangan perjuangan juga akan menambahkan harapan untuk mendapatkan keadilan.
Jika seorang menuntut keadilan, peluang dapat tipis - tetapi jika lebih ramai yang menyokong yang menuntut keadilan peluang mendapatkan keadilan akan lebih bagus.
Kenyataan Bersama adalah satu cara mendapatkan sokongan lebih ramai pertubuhan, kesatuan sekerja dan juga orang ramai untuk memastikan bahawa peluang mendapatkan keadilan menjadi lebih baik.
Tetapi, jika mahu mendapat sokongan sesorang atau pertubuhan/kesatuan, apa yang diperlukan adalah maklumat penuh yang benar dan berasas, hujahan mengapa ini merupakan ketidakadilan yang perlu dihapuskan, dan apa sebenar tuntutan yang perlu dilakukan bukan sahaja majikan tetapi juga kerajaan, dan semua pihak yang berkenaan.
Proses menghebohkan dan mendapat sokongan khusus demi perjuangan keadilan adalah satu TINDAKAN berkesan...kerana bila pertubuhan/kesatuan memilih menyokong, ianya bererti mereka sudah baca, faham dan telah membuat keputusan berjuang demi keadilan untuk mangsa-mangsa yang hak dicabul(atau bakal dicabul) atau untuk mempromosi satu hak yang baru. Jangan lupa bila satu-satu pertubuhan atau kesatuan menyokong dan lawan bersama - ianya melibatkan bukan sahaja semua ahli mereka tetapi juga penyokong mereka - yang mungkin ribuan.
Majikan atau pihak yang menindas juga akan risau bila ini berlaku. Mereka juga akan sedar bahawa akibat keenganan melakukan apa yang perlu untuk menegakkan keadilan atau hak, mungkin ada tindakan susulan daripada semua mereka yang menyokong ini.
Malaysia kini juga bukan negara yang diasingkan dari negara lain. Malaysia ada hubungan dengan negara-negara lain bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga politik dan lain-lain. Malaysia adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, ILO dan banyak gabungan negara-negara yang lain.
Majikan atau perniagaannya juga bergantung kepada perniagaan lain serta juga penguna - justeru pendirian atau perasaan perniagaan lain, negara lain serta juga penguna adalah sangat penting.
Setengah negara juga ada pendirian khusus mengenai hak asasi dan hak pekerja, yang mana ini juga mengikat pelabur dan perniagaan warga negara mereka.

Apabila sesuatu pencabulan hak atau ketidakadilan berlaku di Malaysia, kerajaan lain juga akan memberi tekanan supaya keadilan ditegakkan. Ada negara juga, saperti Amerika Syarikat, di mana ada halangan khusus menghalang negara itu mempunyai hubungan perniagaan dan ekonomi dengan negara-negara yang mempunyai rekod hak asasi dan keadilan yang teruk. Sebagai contoh, dalam TPPA, kini Amerika Syarikat memaksa Malaysia menandatangani perjanjian yang akan memaksa Malaysia meminda undang-undang pekerja dan kesatuan di Malaysia supaya undang-undang pemburuhan Malaysia dipinda supayai mencapai piawaian antarabangsa(international best practices and standards). Jika Malaysia tidak mahu, Amerika Syarikat tidak akan boleh tandatangani TPPA dengan Malaysia. Kini, Malaysia sudah dalam proses kearah membuat pindaan perlu.
Justeru, kuasa untuk mengerakkan majikan, serta juga kerajaan Malaysia, untuk melakukan perkara betul mengakhiri ketidakadilan, pencabulan hak dan memastikan Malaysia menghormati hak asasi, hak pekerja dan kesatuan ada juga ditangan negara lain, termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga International Labour Organisation(ILO).
Banyak perniagaan besar juga kini ada komitmen khusus kepada hak asasi serta hak pekerja dan kesatuan, dan mereka akan memilih tidak mengadakan perhubungan dengan mana-mana majikan/perniagaan yang beroperasi tidak mematuhi prinsip dan komitmen mereka. Justeru, penting juga pencabulan hak dan semua ketidakadilan dihebuhkan.
Jika orang tidak tahu isu sebenar secara terperinchi - sukar sangat mereka menyokong perjuangan hak asasi. Di Malaysia, isu pekerja boleh juga ditimbulkan dalam Parlimen, Senat dan Dewan Undangan Negeri.... tetapi malangnya sikap ramai mangsa dan juga Kesatuan Sekerja adalah tidak mahu menghebohkan dan minta sokongan - tetapi akan sendiri saja berjuang. Sehingga perangai atau pendirian saperti ini tidak berubah, nasib pekerja dan kesatuan sekerja mungkin akan terus merosot.
Media massa di Malaysia juga banyak tidak mahu lapurkan perspektif pekerja - satu sebabnya adalah kerana takut pula disaman majikan atau penindas. Satu sebab utama adalah kegagalan pekerja dan/atau kesatuan memberikan maklumat penuh dan berasas.
Memang benar bahawa kerajaan Malaysia nampaknya tidak sangat diakibatkan oleh tuntutan melalui tindakan mengunakan kenyataan, kenyataan bersama dan tindakan protes beramai-ramai - tetapi, saya percaya, ini tidak benar - kerana di negara demokrasi, rakyat adalah 'Boss', dan bila ramai sudah rakyat memegang sesuatu pendirian, wakil rakyat dan juga kerajaan terpaksa akur kepada kehendak rakyat - kalau tidak rakyat akan tukar sahaja wakil rakyat mereka pada pilihan raya akan datang.
Isu levi - akibat protes, kini kerajaan Malaysia sudah pun menukar pendirian, dan mahukan majikan dan bukan pekerja asing yang membayar levi. [Lihat:- 82
Groups - MINIMUM WAGES FOR ALL WORKERS, INCLUDING MIGRANT WORKERS - No
to Wage Deduction to recover Levy Payable By Employers -
Dari segi pilihan raya, reformasi hasil perjuangan lama, kini kita ada dakwat tak boleh tanggal untuk mengurangkan orang sama pergi mengundi berkali-kali.
ISA telah dimansuhkan akibat kempen bertahun-tahun. Hukuman mati mandatori pun kini kerajaan mengkaji untuk tujuan menghapuskannya.
Sidang parlimen dan Senat kini semua boleh tuntut secara siaran langsung - hasil desakan untuk lebih transparensi. SUHAKAM diwujudkan atas desakkan kempen rakyat. Kini, pengataan kepada pihak polis termasuk pengakuan salah, tidak lagi boleh dibentangkan di Mahkamah.

Justeru, walaupun kerajaan Malaysia pun, memberi gambaran bahawa Malaysia tidak akan digerakkan oleh desakkan rakyat, NGO, pertubuhan, kesatuan dan orang ramai, termasuk negara lain, nyata ini tidak benar.
Apa yang perlu adalah untuk kita berhenti mahu berjuang seorang diri - tetapi sedia meminta sokongan ramai untuk membantu say dalam perjuangan menuntut keadilan.
Perjuangan juga jangan kita hadkan kepada perjuangan dalam negara - tetapi mesti melibatkan semua manusia, pertubuhan dan kesatuan di luar negara.

Di Malaysia, akibat cara Kenyataan Bersama, nampak juga kini lebih banyak Kesatuan Sekerja sudah prihatin kepada isu-isu pekerja dan hak asasi walaupun bukan melibatkan pekerja mereka yang jadi ahli, atau mereka dalam skop kesatuan mereka. Dahulu, kita jarang sekali melihat ini berlaku - dan semua kesatuan memencilkan diri hanya berjuang untuk ahli mereka, dan tidak prihatin atau berjuang untuk menjuang untuk keadilan dan hak asasi orang lain atau pekerja lain. Kini nyata, banyak Kesatuan Sekerja sudah menukar pendekatan mereka berkenaan perjuangan menuntut keadilan, hak asasi manusia serta hak pekerja/kesatuan.
Trend baru ini adalah bagus and memberikan lebih banyak harapan kepada perjuangan demi keadilan dan hak asasi.
Solidariti juga bererti bahawa kita jangan sahaja mahu yang lain sokong dan berjuang bersama demi hak pekerja/kesatuan, tapi kita pula tidak peduli langsung mengenai perjuangan hak asasi pihak lain - alam sekitar, orang asli, mereka yang ditindak kerana bertindak berasaskan hak perhimpunan aman, protes, hak bersuara, yang disalah laku polis,dan lain-lain.
Saperti yang lain menyokong isu dan perjuangan kita, perlulah juga kita lebih senang keluar menyokong perjuangan keadilan dan hak asasi lain.

Sebagai, contoh beberapa Kenyataan Bersama berkaitan isu pekerja/kesatuan , Lihat:-
No comments:
Post a Comment