Wednesday, March 22, 2017

MP Abdullah Sani - Soalan Ditanya Boleh Ditambahbaik, lebih relevan,....?

Adakah persembahan Abdullah Sani bertambah baik di Parlimen? Berikut di bawah ini adalah soalan yang dikemukakan di Parlimen pada 21/3/2017..

Beliau adalah seorang Unionist - Pemegang Jawatan Timbalan Presiden MTUC sebelum ini - dan itulah sebab kita menganalisa pernyataan beliau di Parlimen untuk memastikan bahawa selaku seorang MP 'wakil pekerja', beliau akan bertambah baik mengunakan peluang beliau bersuara untuk pekerja di Parlimen... 

MP juga boleh mengeluarkan kenyataan media mengenai beraneka isu - tetapi carian 'Google' tidak diketemui apa-apa kenyataan media yang dikeluarkan MP ini...

Pekerja dan Kesatuan perlu sangat mendampingi seberapa banyak MP, ADUN dan/atau Senator supaya mereka mengetahui isu pekerja dengan jelas - justeru lebih ramai akan tahu, dan mungkin akan berpihak pekerja dalam perjuangan pekerja dan kesatuan...
 
15 soalan sahaja setiap sesi untuk seorang Ahli Parlimen - justeru harus digunakan dengan baik untuk mendapatkan faedah maksima ...

MP Abdullah Sani, Pemangku Presiden MTUC - Analisa Soalan Parlimen - Ada kekurangan?Boleh bertambah baik?

MP Abdullah Sani - Ucapan Parlimen 25/10/2016 - Satu Penilaian? 

Komen soalan terbaru ini:-

- Nampaknya MP ini sendiri tak membuat kajian sendiri mengenai Perjanjian ini...adakah dia tahu kandungan perjanjian ini? Adakah beliau berbincang dengan RUM terlebih dahulu? Adakah RUM sendiri membuat penyelidikan mengenai perjanjian ini? Adakah RUM ada apa-apa kerisauan mengenai perjanjian ini - adakah terdapat apa-apa kenyataan umum? Adakah ini isu yang perlu ditimbulkan kini? 

- Dari soalan susulan, nampaknya MP sendiri tak tahu...'kerana kekhuatiran mereka itu nampak luar biasa takutnya' - adakah ini asas mengapa soalan ini ditanya? MP sendiri tak ambil pendirian...adakah dia juga takut...atau hanya pekerja KTMB? 

- Ada banyak isu kini - kita tak tahu pun statistik di Jabatan Buruh? Berapa pekerja yang mengadu - Apakah aduan mereka? - Berapa pekerja yang mendadu diwakili peguam atau 'Unionist'? Berapa yang menang? Adakah mereka menerima bayaran perlu? Bila kerajaan akan mengubah undang-undang supaya majikan yang gagal membayar 'wang'(OT/Gaji/Dll) juga akan perlu membayar pekerja yang terpaksa susah pi Jabatan Sumber Manusia untuk dapatkan keadilan sekurang-kurangnya 2 kali ganda hutang tertunggak kepada pekerja...Kini, majikan tak bayar satu bulan gaji...pekerja pi mengadu, akhirnya bila pekerja menang - majikan diperintahkan membayar sahaja apa yang beliau harus bayar dahulu tetapi gagal...Ini langsung tak adil...

- Isu Mahkamah Perusahaan - kes pembuangan kerja secara salah Wan Noorulazhar - kini lebih kurang 6 tahun - tak pun tamat di Mahkamah Perusahaan...adilkah ini?

- Bilakah kerajaan akan buang peruntukkan 'rujuk kepada menteri' - dan benarkan pekerja terus membawa kes mereka ke Mahkamah Perusahaan? Proses 'Konsiliasi' di IRD tak perlu lagi kerana di Mahkamah Perusahaan kini selalu ada proses serupa - panggil "mediation' - usaha cuba mendapatkan majikan dan pekerja 'settle' - tak boleh, baru akan dibicarakan? 

- Statistik - berapa bilangan kes yang Menteri tak rujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

- Bilakan kerajaan akan menghapuskan keperluan membayar KOS di Mahkamah Tinggi dan seterusnya bila ia merupakan kes pekerja dari Mahkamah Sumber Manusia atau Mahkamah Perusahaan?

- Kes Union Busting di Infineon - ini isu semasa - kenapa tak tanya? Kini Presiden Union tak dapat masuk pejabat union, atau melakukan tugas perlu dilakukan Presiden..

- Banyak soalan perlu tetapi MP Abdullah Sani tak tanya pun --- malas atau kurang keprihatinan?  

- Sekali lagi, soalan tak mengemukakan apa-apa cadangan - hanya tanya 'apakah jaminan' - tak ada cadangan sendiri - hanya tanya kerajaan? Yang ditanya adalah 'apakah jaminan pekerjaan' - bukah lebih baik tanya sama ada akan berlaku pembuangan pekerjaan atau 'retrenchment'...kerajaan boleh jawab, jika dibuang pun ada 'jaminan pekerjaan' lain di Malaysia...

- Soalan susulan MP biasanya patut lebih mendalam dan kritikal - tetapi di sini nampaknya soalan yang sama ...sebenarnya lebih sempit merujuk kepada RUM...apa jaminan yang perlu pun tak jelas? Soalan asal - 'menjejaskan pekerjaan' - adakah bercakap pasal kesan cara positif atau cara negatif..Bila ditanya kepada kerajaan mesti Jelas - kalau tidak mereka pandai 'tak jawab' atau akan bermain dengan jawapan...

- Kesimpulan - Soalan boleh diperbaiki lagi...Ada banyak lagi isu relevan semasa - mungkin sudahpun ditanya - kita lihat soalan lain di sesi ini..

Alangkah bagus jika MP ini juga meminta AWAL cadangan soalah daripada Union, para pekerja dan yang berminat isu hak pekerja... 


3. Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berhubung Perjanjian "Railway Network Access Agreement" (RNAA) yang akan menjejaskan perkhidmatan pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Apakah jaminan pekerjaan kepada pekerja-pekerja KTMB sekiranya RNAA ditandatangani dan dilaksanakan.
 
Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RNAA adalah satu perjanjian di antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Perbadanan Aset Keretapi (Railway Asset Corporation). Perjanjian RNAA ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Berhubung dengan isu sama ada RNAA ini memberi kesan atau sebaliknya kepada pekerja KTMB, setakat ini pihak kementerian tidak menerima apa-apa aduan melibatkan penamatan pekerja di KTMB kesan daripada RNAA.
 
Sekiranya ia memberi kesan kepada pekerja, peruntukan undang-undang yang berkaitan mestilah dipatuhi. Mana-mana pekerja yang mendakwa majikan telah gagal mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada, mereka boleh membuat aduan mengenainya kepada pihak kementerian iaitu melalui jabatan-jabatan yang ada di bawah kementerian, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja. Sekian, terima kasih.

■1020
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, pada 16 Mac 2013, Timbalan Menteri Pengangkutan bila menyentuh tentang pekerja-pekerja KTMB, dia ada berkata akan dipertimbangkan. Persoalannya ialah apakah implikasinya dan jaminan terhadap Persatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad iaitu RUM setelah RNAA ini ditandatangani? Jaminan yang hendak— kerana kekhuatiran mereka itu nampak luar biasa takutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
 
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab kepada soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, harus diingatkan bahawa dua taklimat telah pun diadakan iaitu taklimat-taklimat khas, satu yang telah diadakan khas untuk Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB dan keduanya yang telah diadakan pada 10 Januari, taklimat khas Railway Network kepada Kesatuan Pekerja KTMB.
 
Jadi menjawab kepada soalan yang telah diajukan, ia perlu dilihat dari pelbagai perspektif. Antaranya, sama ada selepas RNAA ditandatangani, syarikat sedia ada masih kekal, diambil alih sepenuhnya atau sebahagian oleh syarikat baru yang sama atau berbeza entiti dengan syarikat yang sedia ada. Oleh yang demikian, Railway Union Malaya (RUM) perlu merujuk semula soalan ini kepada kementerian setelah RNAA telah ditandatangani dan persoalan mengenai status syarikat yang akan menjalankan operasi telah diketahui.
 
Dalam pada ini, kita sedang melihat sama ada kesannya negatif terhadap para pekerja. Saya telah menyebut dalam jawapan saya sebentar tadi bahawa ini adalah di bidang kuasa Ministry of Transport.
 
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Oleh sebab tidak ada soalan tambahan kedua kepada Menteri, maka sesi MQT pada hari ini berakhir. - Hansard 21/3/2017, Portal Rasmi Parlimen Malaysia


55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

 

No comments:

Post a Comment