see original english version at -55
Groups - Prosecute Employers and Contractors for breaching OSH laws
resulting in workers becoming Covid-19 victims CIDB’s SOP and
Guidelines – Mere Sham or imposes legal obligations?
Penterjemahan Bahasa Malaysia
Kenyataan Media Bersama 14/6/2020
Majikan
Dan Kontraktor Yang Mengingkar Perundangan OSH Yang Menjadi Pekerja Mangsa Covid-19
Harus Didakwa Di Mahkamah
SOP dan Garis
Panduan CIDB - Sekadar ‘hiasan’ atau undang-undang wajib dipatuhi?
Kami,
56 organisasi, kumpulan dan kesatuan sekerja, yang disenaraikan
di bawah, memandang berat kekurangan penguatkuasaan undang-undang dan
pendakwaan yang nyata terhadap majikan, kontraktor dan pemaju termasuk pengarah
dan CEO (ketua pegawai eksekutif) yang melanggar undang-undang yang telah wujud
untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja, termasuk juga semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pekerja perlu selamat daripada Covid-19.
Kini
tidak nampak mana-mana Pengarah, CEO, Pengurus dan pegawai bertanggungjawab dibicarakan,
disabitkan atau dipenjarakan walaupun terdapat banyak kes kemalangan pekerjaan
yang menyebabkan kematian, serta jangkitan Covid-19 dikalangan pekerja. Dari Januari hingga Mac 2020, Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH) melaporkan kemalangan pekerjaan yang telah mengakibatkan
1,770 pekerja hilang upaya sementara, 65 hilang upaya kekal dan 61 mati.
Menurut
undang-undang yang sedia ada, majikan SENTIASA mempunyai kewajipan untuk memastikan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Kewajipan
ini bukan hanya sekadar untuk memastikan pekerja bebas dari penyakit sebagai
syarat bagi perniagaan berkenaan menyambung
semula operasi, atau justifikasi untuk penutupan sementara tempat kerja apabila
kes Covid-19 dikesan(atau bila berlakunya kemalangan industry). Pihak ,termasuk
orang perseorangan, yang bertanggungjawab untuk ketidakpatuhan obligasi
undang-undang harus dipertanggungjawabkan secara peribadi, dan harus ada pendakwaan
dan sabitan untuk memastikan tanggungjawab undang-undang majikan ini akan
sentiasa dilaksanakan.
Kekurangan
pendakwaan, perbicaraan dan sabitan memberikan tanggapan bahawa kerajaan kurang
mementingkan atau prihatin keselamatan dan kesihatan pekerja.
SOP dan garis panduan CIDB wujud sejak
22 April 2020.
Pada
26 Mei 2020, akbar New Straits Times telah melaporkan 88 kes positif Covid-19
dikesan di tiga kluster tapak pembinaan, satu di Selangor dan dua di Kuala
Lumpur. Ini amat membimbangkan, memandangkan kes-kes ini dikesan lebih daripada
sebulan selepas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mengumumkan peraturan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ketat pada 22 April 2020, yang merangkumi
bukan sahaja tempat kerja tetapi juga tempat tinggal pekerja.
Walaupun
tapak pembinaan tidak beroperasi, majikan/kontraktor masih mempunyai kewajiban
undang-undang dan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja di tempat tinggal pekerja mereka.
Pada
22 April 2020, CIDB, di bawah Kementerian Kerja Raya, telah mengeluarkan (1)
Prosedur Standard Operasi, (2) Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Di Tapak
Bina dan (3) Garis Panduan Operasi Tempat Kerja Berpusat Dan Penginapan Pekerja
Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata, '… sebarang
pelanggaran SOP boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) ...' . (Edge Markets, 22/4/2020)
Mungkin
munasabah kalau dikatakan pekerja yang menunjukkan gejala Covid-19 dan / atau
dikesan positif dalam tempoh 14 hari sejak penguatkuasaan syarat tersebut mungkin
telah dijangkiti sebelum 22hb April. Tetapi apabila dikesan positif lebih dari
sebulan kemudian, ini bermaksud mereka, secara munasabah, telah dijangkiti
dalam masa 14 hari(atau kurang) lalu.
Apabila
mana-mana jangkitan dikesan lebih dari 14 hari selepas 22/4/2020, anggapan
adalah terdapat pelanggaran undang-undang oleh pihak majikan, kontraktor,
pemaju dan/atau ejen mereka. Oleh yang demikian, ketiadaan lapuran penyiasatan
dan/atau pendakwaan ke atas majikan, kontraktor dan/atau pemaju amat
membimbangkan. Penguatkuasaan dan pendakwaan yang ketat adalah amat penting demi menjamin keselamatan
pekerja di masa depan.
Kekurangan
pendakwaan menunjukkan kemungkinan kemungkiran janji Menteri Kerja Raya, yang
diberikan pada 22/04/2020 yang mengatakan bahawa tindakan akan diambil
sekiranya terdapat pengingkaran.
Peraturan, Garis Panduan, SOP Tidak
Diwartakan – ada kuasa undang undang?
Tanpa
diwartakan, timbul pertanyaan sama ada sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan
peraturan, SOP dan garis panduan dapat dikenakan tindakan undang-undang, apa
lagi pendakwaan dan penyabitan yang berkesan.
Untuk
sektor pembinaan, selain daripada SOP dan Garis Panduan baru-baru ini, CIDB
sejak 2018 juga mempunyaI Garis Panduan untuk Kemudahan dan Penginapan Pekerja
Sementara Pembinaan.
Malangnya,
nampaknya SOP dan Garis Panduan ini semua belum diwartakan di bawah Akta CIDB,
dan ini menimbulkan persoalan sama ada majikan terikat dibawah undang-undang
untuk mematuhinya, dan adakah ketidakpatuhan akan membawa kepada pendakwaan,
perbicaraan dan/atau sabitan.
Dilaporkan
bahawa pada 31/5/2020, CIDB memeriksa 110 tapak pembinaan di seluruh negara,
dan mendapati hanya 21 lokasi yang mematuhi SOP. Tiga tapak hanya diberi
amaran, manakala tindakan diambil terhadap 76 tapak. (Berita Harian, 1/6/2020).
Namun,
tidak ketemui apa-apa berita sama ada syarikat, pengarah dan individu yang
melanggar undang-undang ini telah didakwa di mahkamah, didenda dan/atau
dipenjarakan. Maklumat ini sangat penting bagi pekerja, dan persepsi umum.
Kegagalan mendakwa boleh menunjukkan kemunafikan kerajaan.
Hak untuk persekitaran kerja yang
selamat adalah hak asasi manusia
"Setiap individu mempunyai hak
untuk hidup, bekerja ... untuk keadaan kerja yang adil dan baik ... Setiap
orang berhak untuk taraf hidup yang memadai demi kesihatan dan kesejahteraan
dirinya dan keluarganya ..." (Dari Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, PBB, 1948).
Artikel 7 dari Kovenan Internasional
mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya(International Covenant on Economic,
Social and Cultural Rights) yang mula berkuatkuasa pada tahun 1976 menyatakan: “Negara
Pihak pada Kovenan ini mengakui hak setiap orang untuk menikmati kondisi kerja
yang adil dan menguntungkan, dan khususnya: .. (b) Kondisi kerja yang selamat
dan sihat;… ”
Perlembagaan Petubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO) menetapkan prinsip bahawa pekerja mesti dilindungi dari
penyakit dan kecederaan akibat pekerjaan mereka.
Sehingga
kini, seolah-olah hampir tiada majikan, kontraktor atau pemaju, dan pengarah
dan/atau pegawai mereka yang telah didakwa kerana melanggar undang-undang
keselamatan dan kesihatan pekerja, termasuk Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia 1994 (Akta CIDB) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (PACID) dalam tempoh PKP untuk menangani pandemik Covid-19
walaupun terdapat laporan media mengenai ramai pekerja yang dijangkiti Covid-19
di tempat kerja dan/atau penginapan pekerja.
Bila
peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(PACID) semuanya telah diwartakan, ianya jelas untuk semua mengenai apa yang boleh atau
tidak boleh lakukan, dimana pengingkaran akan menyebabkan pendakwaan,
perbicaraan serta sabitan, SOP dan garis panduan CIDB masih belum diwartakan.
Begitu juga, terdapat banyak SOP, garis panduan dan piawaian di bawah
undang-undang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja yang
masih belum diwartakan.
Tidak
ada gunanya jika SOP, garis panduan, piawaian dan/atau dokumen sedemikian jika hanya
merupakan cadangan atau nasihat kepada
majikan kerana ini bererti bahawa
ketidakpatuhan tidak akan menyebabkan apa-apa penyiasatan, pendakwaan ataupun sabitan
untuk majikan, kontraktor, pemaju, Pengarah dan/atau Pengurus mereka yang
mengingkarinya.
Majikan
tidak patut diberi pilihan mengenai apa yang harus mereka lakukan berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Tanggunjawab ini mesti diwajibkan
kerana ia berkenaan pengurangan risiko penyakit, kecederaan dan kematian di
kalangan pekerja.
Maka,
kami
-
Menyeru kerajaan untuk mendedahkan senarai majikan,
kontraktor, pemaju, pengarah, CEO dan pegawai lain yang bertanggungjawab yang
telah disiasat, didakwa dan disabitkan kerana melanggar undang-undang
keselamatan dan kesihatan pekerja selama tempoh PKP ini;
-
Menuntut supaya peraturan khusus untuk tempat kerja dan
kediaman pekerja diwujudkan untuk melindungi pekerja dari Covid-19 dan/atau
penyakit berjangkit yang lain;
-
Menuntut perwartaan semua peraturan, piawaian, SOP, garis
panduan dan instrumen sedemikian yang lain berkenaan keselamatan dan kesihatan
pekerja yang akan menjadikannya kewajiban undang-undang di mana ketidakpatuhan
akan menyebabkan pengingkar didakwa di Mahkamah. Apabila tidak diwartakan, ia
hanyalah mungkin berfungsi sebagai cadangan atau nasihat sahaja, di mana
majikan ada pilihan mematuhi atau tidak.
-
Menuntut Malaysia mengiktiraf Covid-19 sebagai penyakit
pekerjaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(OSHA 1994),
dan semua undang-undang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerja yang akan meletakan kewajipan undang-undang jelas kepada majikan untuk memastikan
pekerja selamat.
-
Menuntut Malaysia
mengkaji semula semua undang-undang berkenaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, yang mungkin juga meliputi peningkatan hukuman sedia ada kepada hukuman
yang lebih berat atau deteren terutamanya
apabila ketidakpatuhan menyebabkan kecederaan dan/atau kematian.
-
Menuntut Malaysia
meratifikasi Perjanjian Antarabangsa Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (International Covenant on Economic,
Social and Cultural Rights), Konvensyen ILO 167 -Keselamatan
Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan 1988 (ILO Convention 167 -Safety and Health in Construction
Convention 1988), Konvensyen ILO 155 - Konvensyen Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1981(LO
Convention 155 - Occupational Safety and Health Convention 1981), dan semua
Konvensyen lain berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pekerja.
Charles Hector
Apolinar Tolentino
Irene Xavier
N Gopal Kishnam
Bagi
pihak 56 kumpulan yang disenaraikan
ALIRAN
Building
and Wood Workers International (BWI) Asia Pacific Region
Labour
Law Reform Coalition (LLRC)
WH4C
(Workers Hub For Change)
AMMPO-Sentro
Association
Of Home And Maquila Workers (ATRAHDOM), Guatemala
Association
of Human Rights Defenders and Promoters-HRDP in Myanmar
Bangladesh
Group The Netherlands
Center
for Orang Asli Concerns (COAC)
China
Labour Bulletin
Clean
Clothes Campaign(CCC) South East Asian Coalition
Electronic
Industry Employees Union Western Region Peninsula Malaysia
EMPOWER
Malaysia (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor)
Foreign
Spouses Support Group (FSSG)
Garment
and Allied Workers Union, India
Global
Women’s Strike
IMA
Research Foundation, Bangladesh
International
Black Women For Wages For Housework, United Kingdom
Jawatankuasa
Solidariti Pekerja
Kesatuan
Pekerja Atlas Edible Ice Sdn Bhd
Electronic
Industry Employees Union Southern Region Peninsular Malaysia(EIEUSRPM)/Kesatuan
Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan, Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)
KRYSS
Network
Labour
Behind the Label, UK
Legal
Action for Women, United Kingdom
MADPET(Malaysians
Against Death Penalty and Torture)
Malaysian
Physicians for Social Responsibility
Malayan
Technical Services Union (MTSU)
Marvi
Rural Development Organization (MRDO), Pakistan
Migrant
CARE
Monitoring
the Sustainability of Globalisation (MSN)
National
Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW)
National
Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM)
Network
of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
North
South Initiative (NSI)
Odhikar,
Bangladesh
Onward
Consulting
Parti
Sosialis Malaysia(PSM)
Persatuan
Promosi Hak Asasi Manusia/Society For the Promotion of Human Rights(PROHAM)
Persatuan
Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
PKNS KPP
Sabah
Timber Industry Employees’ Union (STIEU)
Sarawak
Bank Employees Union (SBEU)
Sabah
Women's Action Resource Group (SAWO)
Sisters
in Islam (SIS)
Tenaganita
Timber
Employees Union of Peninsula Malaysia (TEUPM)
Timber
Industry Employees Union Sarawak (TIEUS)
Union for
Civil Liberty(UVL), Thailand
Union of
Domestic, Maquila, Nexas and Related Workers (SITRADOM), Guatemala
Union of
Forestry Employees Sarawak (UFES)
WH4C
(Workers Hub For Change)
Women Of
Color Global Women’s Strike
Workers
Assistance Center, Inc., Philippines
Workers
Empowerment
Yokohama
Action Research
Union of
Employees in Construction Industry(UECI)/Kesatuan Pekerja-pekerja dalam
Industri Binaan
No comments:
Post a Comment