TNBJOU melakukan perkara baik dengan berkongsi dengan semua masalah yang mereka menghadapi dengan pihak majikan, di mana ini bukan sahaja boleh menambahkan kesedaran dan pengetahuan pekerja dan union lain, tetapi juga akan menarik solidariti dan sokongan pekerja dan union lain serta orang ramai yang prihatin, untuk perjuangan hak pekerja. Contoh ini harus diikuti pekerja/union lain di mana dengan ini kekuatan dan solidariti pekerja di Malaysia akan bertambah kuat.
Harap TNBJOU terus memberikan 'update' supaya kita semua tahu sentiasa perkembangan dan kesudahan perjuangan ini. Harap TNBJOU akan berjaya dalam perjuangan mereka ini.
Perbincangan
Outsourcing - persoalan adalah sama ada ini betul-betul 'outsourcing' di mana syarikat akan 'outsourcing' sesuatu aspek kerja kepada syarikat/entiti lain, di mana syarikat/entiti itu akan melakukan kerja tersebut di bawah kawalan sepenuh syarikat/entiti tersebut dengan pekerja mereka sendiri biasanya atau sewajarnya di premis syarikat/entiti tersebut. Arahan dan kawalan sepenuh pekerja adalah oleh syarikat/entiti tersebut bukan TNB. - ini adalah Outsourcing Kerja (Outsourcing of Work).
Sebaliknya, jika apa yang di lakukan oleh TNB adalah hanya mengunakan pekerja yang di bekalkan oleh syarikat/entiti lain, di mana pekerja itu kerja dibawah kawalan dan arahan TNB mengunakan premis dan/atau alatan TNB, tanpa menjadi employee TNB sendiri, ini adalah sebenarnya isu 'contractor for labour' tak kira sama ada syarikat/entiti itu memakai gelaran 'outsourcing agent', manpower/labour supplier, employment agency atau perkara lain. Inilah intipati protest MTUC, pekerja, union lain, dan mereka yang prihatin di mana inilah yang cuba dihalalkan oleh kerajaan Malaysia dengan pindaan kepada Akta Kerja 1955 baru-baru ini.
Tindakan ini salah kerana apa yang patut adalah TNB harus mengambil semua pekerja ini sebagai pekerja(employee) TNB sendiri. Tindakan tidak mengambil pekerja sebagai employee TNB sendiri akan secara otomatis menghakis kuasa union dan pekerja TNB. Kerisauan besar adalah kini semua majikan sebenar (principal atau pemilik tempat kerja) akan cuba melarikan diri daripada obligasi selaku majikan, dan pada masa yang sama akan melemahkan dan menghancurkan kuasa union sendiri dan pekerja TNB sendiri.
Kini kerana sudah ada pengambilan pekerja untuk jangka pendek melalui kontrak jangka tetap (satu lagi isu yang harus kita bantah kerana kita mahu kembalikan hak kerja tetap sehingga bersara), tak ada sebab mengapa TNB harus mengambil dan mengunakan pekerja pihak lain selain daripada sebab mahu mengelakkan employment relationship, serta obligasi majikan berkenaan hak pekerja dan union, dan untuk tujuan melemahkan menghancurkan union dan kuasa pekerja.
NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (Trade Disputes)
NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (Trades Disputes) DI BAWAH AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD JUNIOR OFFICERS UNION DAN TENAGA NASIONAL BERHAD.
Berikutan dengan keputusan mesyuarat Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU yang diadakan pada 8 Februari 2012, TNBJOU memutuskan memajukan 9 isu Pertikaian Perusahaan dengan TNB pada 29/2/2012. 9 Isu tersebut merangkumi 3 isu berkaitan ketidakpatuhan terhadap Perjanjian Kolektif dan 6 isu Operasi.
Berikut adalah antara isu-isu yang telah dimajukan iaitu :-
1. KETIDAKPATUHAN – INDUSTRIAL RELATION ACT 1967, SECTION 56 (Non-compliance with award or collective agreement).
i. ARTIKEL 5 - BIDANG KUASA PERJANJIAN
a) Penyumberluaran (Outsourcing) - Pengurusan telah melakukan kerja-kerja penyumberluaran (outsourcing) iaitu melalui perkhidmatan agensi pekerjaan luar bagi jawatan Pembantu Tadbir dan Telefonis untuk kerja-kerja Juruwang di Perkhidmatan Kaunter, Pusat Khidmat Pelanggan dan Operator Talipon di Pusat Panggilan Pelanggan (Call Management Center).
b) Kedua-dua jawatan tersebut telah termaktub dalam Artikel 5, Perjanjian Kolektif antara TNBJOU dan TNB seperti di Lampiran 5-1 iaitu jawatan-jawatan yang diwakili oleh Kesatuan dan diiktiraf oleh Syarikat. Keputusan melaksanakan penyumberluaran (outsorcing) terhadap jawatan dan kerja-kerja tersebut adalah bertentangan dengan persetujuan pengiktirafan yang telah dimuktamadkan dengan Kesatuan.
ii. ARTIKEL 18 - TEMPOH PERCUBAAN APABILA DIAMBIL BEKERJA
a) Pengurusan telah melaksanakan tempoh percubaan (Pengambilan Baru) untuk jawatan tetap Pembantu Tadbir dan Telefonis melebihi tempoh yang ditetapkan dalam persetujuan Perjanjian Kolektif.
b) Pekerja yang memohon jawatan Pembantu Tadbir dan Telefonis telah diambil bekerja secara kontrak tetap berpenggal oleh Syarikat dan dihantar mengikuti program pendidikan tetapi hanya akan ditimbangkan untuk diserapkan ke jawatan tetap setelah mereka menamatkan kontrak tersebut.
c) Tempoh kontrak tetap berpenggal tersebut tidak diambikira sebagai tempoh perkhidmatan bila diserapkan sebagaimana amalan lazim sebelum ini. Perjanjian Kolektif tidak memperuntukkan perlantikan pekerja atas dasar kontrak tetap berpenggal sebelum dilantik ke jawatan tetap.
d) Tempoh kontrak tetap berpenggal tidak pernah dirundingkan dengan Kesatuan dalam terma dan syarat perkhidmatan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif.
iii. ARTIKEL 19 - PERLETAKAN JAWATAN
a) Pengurusan telah melaksanakan syarat tambahan terhadap perletakan jawatan dengan mensyaratkan ‘kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan’ melalui edaran pekeliling Bil. 3 Tahun 2007 bertarikh 16 Januari 2007.
b) Perkara ini adalah bertentangan dengan persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Kolektif dalam Artikel 19 – Perletakan Jawatan yang menyebut ‘Seseorang Pekerja yang telah disahkan yang meletakkan jawatan daripada Syarikat dikehendaki memberi satu (1) bulan notis secara bertulis atau satu (1) bulan gaji sebagai ganti’.
2. ISU-ISU OPERASI DAN PELAKSANAAN
i. PEMBAYARAN BONUS TAHUNAN MUKTAMAD
a) Syarikat telah mengeluarkan pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil.2 Tahun 2012 bertarikh 20 Januari 2012 – Pembayaran Bonus Muktamad Prestasi Individu Tahunan Bagi Tahun Kewangan 2010/2011 untuk Pekerja-Pekerja TNB yang memaparkan dalam Jadual 1 kuantum bonus tersebut di tolak kuantum Bonus Syarikat.
b) Amalan dan pelaksanaan tersurat dan tersirat sejak pembayaran Bonus Tahunan Muktamad Prestasi Individu Tahunan diujudkan tidak pernah ditolak pembayaran Bonus Syarikat. Kesatuan turut berpegang kepada prinsip bayaran bonus muktamad dengan merujuk surat Kesatuan bertarikh 11/11/2011 dan 9/12/2011 kepada Pengerusi dan CEO yang tidak ditolak bonus syarikat.
c) Tafsiran Bonus Syarikat berdasarkan Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil.11/2011 bertarikh 28 Julai 2011 adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB dan sebagai insentif untuk menggalakkan pekerja-pekerja TNB terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Ianya tidak berdasarkan kepada prestasi Syarikat dan individu sebagaimana prinsip dan amalan pembayaran Bonus Muktamad Prestasi Individu Tahunan.
ii. PELAKSANAAN POSTED ‘E’ BILL
Pelaksanaan Posted ‘E’ Bill telah menjejaskan ahli-ahli Kesatuan kerana ianya menimbulkan persepsi yang negatif dikacamata pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.
Pelbagai masalah dan aduan pelanggan turut memberi kesan negatif terhadap kejatuhan imej dan moral pekerja di bahagian Bacaan Jangka dan barisan hadapan (Front Liners). Antara masalah utama yang dikesan Kesatuan adalah seperti berikut :-
a) Pelanggan tidak menerima bill
Ramai pelanggan yang tidak menerima bill yang dihantar oleh pihak Pos Malaysia hingga menyebabkan pemotongan bekalan kerana bill tidak dibayar.
b) Bil-bil dikembalikan di stesen
Banyak bil-bil dikembalikan ke stesen asal kerana tidak diserahkan oleh pihak Pos Malaysia walaupun alamatnya lengkap. Pembaca Jangka terpaksa menghantarnya semula pada bulan berikutnya kerana bill lewat dikembalikan semula oleh pihak Pos Malaysia.
c) Bil lambat diserahkan
Bill lewat diserahkan oleh pihak Pos Malaysia sehingga apabila Pembaca Jangka membuat bacaan, pelanggan baru sahaja menerima bill dari Pos Malaysia beberapa hari sebelum bacaan bacaan normal dibuat oleh Pembaca Jangka.
d) Pelanggan tidak dapat rebat dari kerajaan walaupun layak
Terdapat Pelanggan yang sepatutnya menikmati rebat dari kerajaan kerana penggunaan di bawah RM20.00 tetapi tidak dapat menikmatinya kerana bacaan posted ‘E’ bill dibuat tidak mengikut kitaran tempoh masa yang ditetapkan.
e) Bil anggaran tidak menentu
Sebagai contoh bill anggaran (O Bill) bagi bulan Januari 2012, bacaan sebenar menunjukkan peningkatan 3 kali ganda. Ini berlaku gara-gara anggaran yang rendah dan dicampor dengan penggunaan semasa musim Perayaan seperti Tahun Baru Cina.
f) Pelanggan mahu bil bacaan normal
Majoriti pelanggan mahukan bacaan normal dan pihak stesen terpaksa mengarahkan bacaan normal dibuat semula oleh Pembaca Jangka. Hal ini mengganggu kelancaran kitaran bacaan dan menambahkan beban kerja yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak produktif kerana kerja berulang terpaksa dilakukan.
Kesatuan dengan ini menolak sepenuhnya pelaksanaan posted ‘E’ bill setelah mengkaji kesan buruk pelaksanaannya terhadap pekerja, pelanggan dan syarikat dan mahukan supaya ianya dihentikan segera. Ianya juga menjadikan beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh pekerja meningkat atas faktor yang tidak produktif.
iii. PROSEDUR TATATERTIB TNB
a) Kesatuan telah memberikan maklumbalas berhubung draft cadangan pindaan Prosedur Tatatertib TNB Edisi ke 6 (2010) melalui surat bertarikh 24/1/2011 dengan rujukan JOU/2/13.
b) Tujuan maklumbalas tersebut adalah untuk penambahbaikan terhadap Prosedur Tatatertib TNB dalam usaha meningkatkan prinsip Keadilan Asasi tetapi sehingga kini masih belum mendapat maklumbalas positif.
c) Kesan pelaksanaan Prosedur Tatatertib TNB Edisi Ke Lima 2006 yang sedang digunapakai telah menjejaskan pekerja TNB secara berterusan.
d) Prosedur Tatatertib kini lebih bersifat menghukum berbanding dengan matlamat asalnya untuk langkah pembetulan tanpa mempedulikan faktor-faktor pemaafan (condonation). Proses Salahlaku Ringan seperti dinyatakan dalam Prosedur Tatatertib tidak pernah dilaksanakan tetapi syarikat lebih cenderung memilih menggunakan proses salahlaku berat meskipun melibatkan kesalahan-kesalahan kecil yang bersifat proses dan amalan kerja.
iv. USIA PERSARAAN 58 TAHUN
Syarat-syarat pelanjutan kontrak selepas usia persaran wajib 56 tahun seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.BE 4 Tahun 2011 bertarikh 1/8/2011 telah dilakukan tanpa perbincangan rasmi dengan Kesatuan dan gagal mengikuti asas-asas persetujuan yang dicapai dalam rundingan Perjanjian Kolektif KeTujuh.
v. PAKAIAN SERAGAM PEKERJA GILIRAN
Pekerja-pekerja yang bertugas secara giliran dalam skop jawatan TNBJOU tidak disediakan pakaian seragam dan ini memberikan implikasi keselamatan dan imej yang tidak baik terhadap ahli-ahli Kesatuan yang terlibat.
vi. MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN BERSAMA (Joint Consultative Council)
a) Pengurusan telah mengabaikan makanisma Perhubungan Perusahaan kerana gagal mengadakan mesyuarat Majlis Perundingan Bersama (Joint Consultative Council) Peringkat Korporat dan Bahagian-Bahagian tertentu mengikut masa yang ditetapkan.
b) Sebagai rekod mesyuarat Majlis Perundingan Bersama (Joint Consultative Council) terakhir antara Kesatuan dengan pihak Bahagian Sumber Manusia Kumpulan adalah pada tahun 6/8/2009.
Sehubungan dengan itu, Kesatuan berharap supaya semua perkara dalam Pertikaian Perusahaan ini diambil tindakan sewajarnya untuk satu penyelesaian segera sesuai dengan prinsip Keharmonian Perhubungan Perusahaan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 14 hari dari tarikh serahan notis yang dikeluarkan ini.
TNBJOU turut mengeluarkan notis dan telah menetapkan tarikh 12/3/2012 untuk Mesyuarat EXCO di Dynasty Hotel bagi membincang, membahas serta menetapkan keputusan dan tindakan selanjutnya terhadap isu-isu Pertikaian Perusahaan seperti yang dinyatakan. Turut akan dibincangkan adalah isu 'panas' perlantikan CEO baru TNB dari kalangan 'orang dalam' TNB seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang turut disiarkan di media perdana.
KENAPA TNBJOU HANTAR NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (TRADE DISPUTES)?
*Notis Trade disputes adalah satu notis tawaran untuk tempoh 14 hari kepada majikan bagi menyelesaikan semua isu-isu yang dibangkitkan Kesatuan. Sekiranya majikan gagal menyelesaikan isu-isu tersebut-Kesatuan berhak mengheret majikan ke Mahkamah Perusahaan untuk satu penghakiman dan mengambil apa juga tindakan perusahaan sesuai dengan peruntukan undang-undang pekerjaan. BERSATU TEGUH!

No comments:
Post a Comment