INTIPATI BANTAHAN MENGENAI 'CONTRACTOR FOR LABOUR', 'OUTSOURCED WORKER'
INTIPATI BANTAHAN MENGENAI 'CONTRACTOR FOR LABOUR', 'OUTSOURCED WORKER'
1 - Kami membantah kewujudan 'outsourced worker' di tempat kerja, di mana 'outsourced worker' ini bukan employee principal/tuan punya tempat kerja, yang dibekalkan oleh pihak luar kini di panggil 'Contractor For Labour' - 'syarikat/ejen outsourcing'
2. Kami MENUNTUT agar semua pekerja di tempat kerja mestilah 'employee' principal/tuan punya tempat kerja, di mana principal/tuan punya tempat kerja tersebut adalah majikan semua pekerja di tempat kerja tersebut. 1 Tempat Kerja 1 Majikan. Semua pekerja, employee principal/tuan punya tempat kerja boleh tubuh dan/atau jadi ahli UNION dan menuntut hak daripada majikan secara bersama. Semua 'outsourcing worker' mesti kini memasuki perjanjian kerja(contract of service) dengan majikan iaitu principal/tuan punya tempat kerja.
3- Mansuhkan 'Contractor For Labour'. Mereka boleh didaftarkan sebagai 'Private Employment Agency' di bawah Private Employment Agencies Act 1971 - dan tugas mereka hanya cari pekerja dan bekalkan kepada principal atau tuan punya tempat kerja, di mana setelah pekerja diterima kerja mereka secara otomatis menjadi employee principal atau tuan punya tempat kerja. Pihak membekalkan pekerja dibayar fi atau bayaran sekali sahaja sapertimana ditetapkan undang-undang.
4-Mansuhkan semua pindaan berkaitan 'contractor for labour', khususnya pindaan terbaru di seksyen 2 Akta Kerja 1955 yang memberikan pengiktirafan undang-undang kepada 'contractor for labour' dan apa yang mereka kini lakukan, di mana inilah apa yang kami dibantah.
5.Segera menanguhkan penguatkuasaan semua pindaan kepada seksyen dalam Akta Kerja 1955 yang berkaitan dengan 'contractor for labour', terutamanya seksyen 2 dan 33A. [Pindaan kepada Akta Kerja 1955 baru mulai berkuatkuasa pada 1 April 2012], Pengecualian melalui Perintah Kerja(Pengecualian) semua sektor kecuali sektor pertanian - hanya mengenai seksyen 30, 33A, 69 dan 73 - tetapi bukan seksyen 2 iaitu seksyen yang memperkenalkan dan menghalalkan 'contractor for labour' dan apa yang mereka lakukan kini, iaitu intipati protes pekerja, MTUC dan lain.] Cuba lihat bahasa perintah ini di http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20120330_Perintah%20Kerja%20%28Pengecualian%29.pdf
*** Dengan tidak memberikan pengecualian mengenai pindaan seksyen 2, secara otomatis sektor lain boleh terus mengunakan 'contractor for labour' dan terus membekalkan 'outsourced worker' kepada kilang dan tempat kerja di mana 'outsourced pekerja' itu terus tidak menjadi 'employee' principal/tuan punya tempat kerja. Menteri dan kerajaan cuba menipu kami...dengan memberikan gambaran salah atau kurang tepat sapertimana dalam media, tanpa mendedahkan hakikat sebenar.
KITA BUKAN MEMBANTAH MENGENAI:-
Pekerja Kontrak - semua pekerja adalah pekerja kontrak, samada pekerja kontrak kerja tetap, pekerja kontrak jangka pendek, pekerja kontrak kerja sementara,...
Kontraktor - ini adalah taksiran yang diberikan kepada meraka yang dapat kerja kontrak - kontrak bina rumah, kontrak cat kedai, kontrak potong rumput - pekerja mereka biasa dipanggil pekerja kontraktor. Kontraktor ini boleh jadi majikan dan pekerja yang kerja dibawah kawalan dan penyelian mereka adalah 'employee' Kontraktor tersebut dan Akta Kerja sudahpun terpakai bagi mereka ini. (Sama juga dengan 'sub-contractor' atau 'sub-sub contractor'
Entiti luar yang mencari dan membekalkan pekerja kepada principal atau tuan punya tempat kerja asalkan mereka ini 'Private Employment Agencies' yang sah di bawah Private Employment Agencies Act 1971, DAN setelah pekerja tersebut dibekalkan secara otomatis dia menjadi 'employee' principal atau majikan tempat kerja.
AWAS
Perkataan Bahasa Malaysia untuk 'worker' dan 'employee' adalah perkataan sama, iaitu 'PEKERJA' - dan oleh itu senang sekali kita terkeliru atau ditipu.
www.federalgazette.agc.gov.my
No comments:
Post a Comment