Friday, October 26, 2012

31.5% atau 10,016 kes Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan

Soalan: Pernahkah rundingan damai sampai kepada penyelesaian majikan terima kembali pekerja di tempat kerja?

Mengapa tak rujuk ke Mahkamah - biar Mahkamah memutuskan - bukan tempat Menteri berbuat demikian...

Bila  "...31.5 peratus atau 10,016 kes di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan berikutan pelbagai faktor...", nyata kerajaan berpihak majikan bukan pekerja.... bagaimana keputusan boleh dibuat oleh "Menteri" tanpa mendengar keterangan saksi 

Tak ada rujukan kerana ..."...pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku..." - HELLO, itu kata majikan dan pekerja menuntut keadilan mendakwa pembuangan kerja secara salah...

Kalau dilihat alasan mengapa kes tidak dirujuk - nyata bahawa ini satu ketidakadilan..

"Antara sebabnya adalah pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku, majikan telah menutup perniagaan dan pekerja diberi peluang untuk bekerja semula tetapi enggan berbuat demikian.

"Selain itu, perkara tersebut turut disebabkan pekerja diberhentikan kerana tamat tempoh kontrak, berhenti secara sukarela tetapi berubah fikiran menuntut bekerja semula dan telah menerima bayaran pampasan melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS),"

Apakah yang Menteri lihat untuk membuat keputusan? Lapuran pegawai yang cuba selesaikan kes tetapi gagal... [Memang benar, mungkin juga hujahan pihak syarikat dan pekerja dikepilkan bersama lapuran kepada Menteri - TETAPI kebiasaannya, pekerja pada peringkat ini tidak lagi diwakili oleh peguam atau tidak mendapatkan bantuan peguam menyediakan 'hujahan' untuk dilampirkan bersama lapuran yang akan dihantar kepada Menteri untuk beliau membuat keputusan... tetapi pada masa yang sama, pihak majikan lebih pakar dan biasa ada bantuan peguam....]

Jika tak rujuk kepada Mahkamah Perusahaan, pekerja ada opsyen membuat permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi - tetapi ini memerlukan wang dan ada risiko jika pekerja gagal di Mahkamah Tinggi akan kena bayar kos ....yang mungkin juga tinggi beribu-ribu ringgit, di mana ini sesuatu yang kebanyakkan pekerja bukan sahaja tak mampu berbuat demikian tetapi juga tidak ada kapasiti...

Yang patut berlaku adalah selepas percubaan penyelesaian gagal, kes terpaksa dirujuk terus ke Mahkamah - di mana hakim akan mendengar keterangan saksi, melihat keterangan dokumen dan mengambilkira hujahan kedua-dua pihak (mungkin juga akan tanya soalan kepada saksi) dan akhirnya membuat keputusan.... [Ini juga keadaannya di Jabatan Buruh.... mengapa perlu Menteri masuk campur membuat keputusan samada kes pekerja ini dirujuk ke Mahkamah atau tidak...

Nyata daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia, alasan tidak rujuk adalah sememangnya  salah.... dan Menteri lebih percaya kepada majikan... bukan pekerja.

Jangan pula ada yang menyatakan bahawa kerajaan bersikap adil kerana lebih 60% kes dirujuk ke Mahkamah... Kes seksyen 20 adalah kes pekerja yang mengadu bahawa majikan telah secara salah menamatkan kerja pekerja, dan pekerja mahu keadilan - mahu kerja balik... Maka, kesemua 100% kes harus dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan....

  

 

31,714 kes tuntutan pekerja gagal diselesaikan secara rundingan

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Sebanyak 31,714 kes tuntutan pekerja yang diterima Jabatan Perhubungan Perusahaan dari 2001 hingga 2011 gagal diselesaikan melalui proses rundingan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 31.5 peratus atau 10,016 kes di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan berikutan pelbagai faktor.

"Antara sebabnya adalah pekerja diberhentikan kerja atas masalah salah laku, majikan telah menutup perniagaan dan pekerja diberi peluang untuk bekerja semula tetapi enggan berbuat demikian.

"Selain itu, perkara tersebut turut disebabkan pekerja diberhentikan kerana tamat tempoh kontrak, berhenti secara sukarela tetapi berubah fikiran menuntut bekerja semula dan telah menerima bayaran pampasan melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS)," katanya menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Subramaniam, pekerja yang diberhentikan atas sebab-sebab seperti mengurangkan bilangan pekerja dan penstrukturan semula perniagaan wajib dibayar pampasan di bawah Akta Kerja 1955. 

Katanya, bagi tuntutan untuk kembali ke pekerjaan asal, Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh mengadakan rundingan damai di antara majikan dengan pekerja untuk menghasilkan penyelesaian.

Jelas beliau, sekiranya kes gagal diselesaikan secara rundingan, masalah tersebut dibawa kepada panel pakar sebelum diputuskan oleh pihak menteri sama ada wajar untuk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Sunday, October 21, 2012

AEPF says no to 'outsourcing' and short-term contracts





 

What was interesting was the outcome of the workshop entitled "Combating Erosion of Worker and Trade Union Rights'', which was attended by about 80-100 participants, who did at the end of the 3 1/2 hour program on the 18th afternoon come up with recommendations, all of which were discussed and adopted unanimously. (See below)

The call was for the abolition of outsourcing [i.e. the contractor for labour system], and short-term employment contract..
 
Regular employment with security of tenure until retirement
 
2-party employment relationships between principals or owners of workplaces as employers, and workers that work in the said workplaces as employees of the said principals and owners. 
 
  

9th Asia-Europe People’s Forum

aepf9
“People’s Solidarity against Poverty and for Sustainable Development: Challenging Unjust and Unequal Development, Building States of Citizens for Citizens”
Vientiane, Laos, 16-19 October, 2012
Conclusions/Recommendations from the participants of the Combating Erosion of Worker and Trade Union Rights Workshop, that took place at 2pm, 18/10/2012

A. Employment and Employment Relationship


1. Ensure that workers have the right to regular employment with security of tenure until retirement.


2. Abolish short-term or fixed duration employment contracts, and if still needed in exceptional situation should be limited in its use.


3. Ensure 2-party employment relationships between principals or owners of workplaces as employers, and workers that work in the said workplaces as employees of the said principals and owners.


4. Labour suppliers, contractors for labour or labour outsourcing companies should never be employers of workers.


5. Abolish manpower/labour outsourcing and all forms of triangular employment relationships/ arrangements.



B. Worker Rights & Access To Justice


1. Ensure that all worker rights are respected, including rights of access to avenues of justice, social security, healthcare, compliance with occupational health and safety standards and decent work. 

2. Migrant workers shall be allowed to work and stay legally until their complaints and claims are finally adjudicated and settled.


3. All workers, irrespective of their nationality or legal status, shall have the right to labour rights, including a right to form and/or join trade unions and collective bargaining, consistent with the international core labour standards.

C. Recommendation about UN/Regional Standards and Instruments
1. In cases of rights abuse, human rights defenders, including CSR/TNC compliance monitoring bodies, should issue alerts, lobby companies and governments, raise awareness among the general population and support workers who want to fight for their rights.


2. Trade unions and CSR/TNC monitoring bodies should inform the workers of codes of conduct of companies and their supply chain, as well as relevant government policies.


3. Trade unions and CSR/TNC monitoring bodies should lobby the governments to ensure that trade agreements include guarantees for labour conditions and rights of workersą¹ƒ


4. CSOs in countries where the production is based and where the investment is coming from to strengthen their collaboration.


5. Trade unions and CSR/ TNC monitoring bodies should connect workers and their representatives with the global movement, including AEPF. 


D. Recommendation about Trade Unions


1. When governments and/or ASEM have discussions/engagements with Investors, Trade Union must always be part of the process.


2. Trade unions must be included in law and decision making processes at the national regional and international levels.


3. Stronger collaboration between trade unions across sectors and regions is needed, and a strong transnational network of trade unions should be developed.


4. Trade unions of countries of origin and destination countries of migrant workers shall collaborate to ensure protection of the rights of migrant workers. Portable trade union membership shall be promoted.


5. Trade unions shall strengthen their role in monitoring labour law enforcement and CSR compliance.



This workshop was organized by Workers Hub For Change(WH4C), Network of Action for Migrants in Malaysia (NAMM), MAP Foundation, Mekong Migration Network (MMN), Clean Clothes Campaign(CCC), GoodElectronics Network and Asia Pacific Forum  On Women Law and Development(APWLD)
The recommendations/position of this workshop was included in the Final Statement of AEPF, that have been handed over to the relevant Minister of Laos, who has given his assurance that this statement will be handed over and hopefully considered by the leaders of the European and Asian nations that will be meeting in a few days time.

Friday, October 12, 2012

RUM strongly opposes MMC's attempt to take over KTMB

Hundreds picket against tycoon's KTMB takeover bid
  • Koh Jun Lin
  • 7:36PM Oct 12, 2012
 
Over 500 railway workers picketed at the Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) headquarters in Kuala Lumpur today to protest MMC Corp Bhd's bid to take over the company.
NONE 
MMC Corp is controlled by business tycoon Syed Mokhtar al-Bukhary, who also owns Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, which took over Penang Port.

Besides this, Syed Mokhtar also controls the Port of Tanjung Pelepas and Johor Port as well as took over Pos Malaysia via DRB Hicom.

The group, led by Railwaymen's Union of Malaya (RUM) leaders, chanted slogans, sang songs, and held up banners for over an hour beginning 5.30pm, almost always under the blare of their air horns.

NONE"RUM strongly opposes MMC's attempt to take over KTMB," the group chanted, while also urging new KTMB president Elias Kadir to be given the chance to turn around the loss-making company.

About 30 police officers - some of whom were uncharacteristically armed with combat weapons - kept close watch and helped to direct traffic until the protest ended peacefully.

In his speech, RUM president Abdul Razak Md Hassan said MMC’s takeover would threaten the workers’ welfare benefits in its cost-cutting measures, such as affordable housing, bonuses, and medical care.

NONEHe pointed out that KTMB already loses between RM150 million to RM200 million annually, and is bound to lose more money under the 2013 Budget, which calls for a discount for passengers earning below RM3,000 a month.

“That means we are losing money. What is MMC’s true motive for taking over a loss-making company?” he asked.

At a press conference later, Abdul Razak also questioned MM’'s ability to maintain KTMB’s role as a public service provider, especially in view that its fares are below market price, MMC is a profit-seeking company and the government’s pledge to give discounts.

He estimated the crowd at about 800 people, hailing from ten RUM branches throughout the peninsula.

Also present to show solidarity and give speeches today were Malaysian Trades Union Congress president Khalid Atan, Uni Global Union Malaysian Liaison Committee president Shafie Mammal, Kuala Langat assemblyperson Abdullah Sani Abdul Hamid, and Penang senator Syed Shahir Syed Mohamud. 

Monday, October 1, 2012

SUHAKAM: TUGAS PEJUANG HAK ASASI MANUSIA MESTI DIHORMATI DAN DIIKTIRAF

Kenyataan Media SUHAKAM ini sangat penting juga untuk pejuang hak pekerja, termasuk kepimpinan kesatuan sekerja yang baru-baru ini secara salah menjadi sasaran pihak majikan apabila mereka memperjuangkan hak pekerja.

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA                                  Tel: 603-2612 5600
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA,                                       Fax: 603-2612 5620
JALAN SULTAN ISMAIL,                                                 Email:humanrights@suhakam.org.my
50250 KUALA LUMPUR                                                  Web:www.suhakam.org.my

PENGARANG, MEJA BERITA                                                                 UNTUK SIARAN SEGERA

                                             KENYATAAN MEDIA

             TUGAS PEJUANG HAK ASASI MANUSIA MESTI DIHORMATI DAN DIIKTIRAF

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) telah mengikuti secara teliti isu berkaitan Suaram dan dalam hal  ini mengalu-alukan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Dato 'Seri Najib Tun Abdul    Razak,   untuk   meningkatkan     pembaharuan      yang   lebih  demokratik    sebagai respons   kepada pertumbuhan   tuntutan   kebebasan   sivil  yang   semakin   bertambah.   Walau   bagaimanapun,   Suruhanjaya merasa   amat   bimbang  dengan  cara  bagaimana   penyiasatan  dijalankan,  publisiti   dibuat   dan   dilaporkan mengenai     urusan    dan  akaun    Suaram.    Suruhanjaya menggesa     semua    pihak  yang   terlibat  dalam penyiasatan  ini   supaya  bertindak   bukan   sahaja  menurut  undang-undang   dan  peraturan  tetapi   selaras dengan semangat dan niat jaminan Perdana Menteri.

Suruhanjaya ingin menekankan bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah  pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Deklarasi 1998 PBB mengenai Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organ Persatuan untuk Mempromosi dan Melindungi Hak Asasi Manusia Diiktiraf Secara Universal dan Kebebasan Asas (dahulunya dikenali sebagai Deklarasi Sejagat mengenai Pejuang Hak Asasi
Manusia)     antara  lain,  mengiktiraf pejuang  hak   asasi  manusia,   yang mana  Suaram      adalah  salah satu daripadanya, dan aktiviti-aktiviti mereka yang sah untuk melindungi dan  mempromosi hak asasi manusia
termasuk penerimaan dana dari luar negara untuk mempertahankan hak asasi manusia. Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang  berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka.

Dalam hal ini, Suruhanjaya menyeru Kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui, antara lain, perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini.  Ini  adalah  penting   dan   amat   selaras  dengan   hasrat   yang  disuarakan    Perdana   Menteri    untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya-  yang   memerlukan  dasar-dasar  dan   amalan   hak   asasi   manusia  domestik  yang  mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip   dan  norma-norma     yang  diterima  secara  universal.  Ini  akan menggambarkan Malaysia dengan    baik   sebagai  anggota   Majlis  Hak   Asasi  Manusia   Pertubuhan     Bangsa-Bangsa    Bersatu  dan menyumbang   secara   positif   untuk   meningkatkan   imej   antarabangsa   sebagai   negara yang  menghormati hak asasi manusia.

Suruhanjaya akan terlibat dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk jabatan dan agensi Kerajaan dan badan-badan penguatkuasaan lain untuk mendapatkan maklum balas penting mengenai isu itu.

                                                    -TAMAT-

“HAK ASASI UNTUK SEMUA”
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
1 Oktober 2012