Kenyataan Media SUHAKAM ini sangat penting juga untuk pejuang hak pekerja, termasuk kepimpinan kesatuan sekerja yang baru-baru ini secara salah menjadi sasaran pihak majikan apabila mereka memperjuangkan hak pekerja.
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA Tel: 603-2612 5600
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620
JALAN SULTAN ISMAIL, Email:humanrights@suhakam.org.my
50250 KUALA LUMPUR Web:www.suhakam.org.my
PENGARANG, MEJA BERITA UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
TUGAS PEJUANG HAK ASASI MANUSIA MESTI DIHORMATI DAN DIIKTIRAF
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) telah mengikuti secara teliti isu berkaitan Suaram dan dalam hal ini mengalu-alukan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Dato 'Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya merasa amat bimbang dengan cara bagaimana penyiasatan dijalankan, publisiti dibuat dan dilaporkan mengenai urusan dan akaun Suaram. Suruhanjaya menggesa semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini supaya bertindak bukan sahaja menurut undang-undang dan peraturan tetapi selaras dengan semangat dan niat jaminan Perdana Menteri.
Suruhanjaya ingin menekankan bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Deklarasi 1998 PBB mengenai Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organ Persatuan untuk Mempromosi dan Melindungi Hak Asasi Manusia Diiktiraf Secara Universal dan Kebebasan Asas (dahulunya dikenali sebagai Deklarasi Sejagat mengenai Pejuang Hak Asasi
Manusia) antara lain, mengiktiraf pejuang hak asasi manusia, yang mana Suaram adalah salah satu daripadanya, dan aktiviti-aktiviti mereka yang sah untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia
termasuk penerimaan dana dari luar negara untuk mempertahankan hak asasi manusia. Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka.
Dalam hal ini, Suruhanjaya menyeru Kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui, antara lain, perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini. Ini adalah penting dan amat selaras dengan hasrat yang disuarakan Perdana Menteri untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya- yang memerlukan dasar-dasar dan amalan hak asasi manusia domestik yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma-norma yang diterima secara universal. Ini akan menggambarkan Malaysia dengan baik sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyumbang secara positif untuk meningkatkan imej antarabangsa sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia.
Suruhanjaya akan terlibat dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk jabatan dan agensi Kerajaan dan badan-badan penguatkuasaan lain untuk mendapatkan maklum balas penting mengenai isu itu.
-TAMAT-
“HAK ASASI UNTUK SEMUA”
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
1 Oktober 2012
No comments:
Post a Comment