Nube anjur piket kebangsaan di KL
Oleh:
NIZAM ZAIN
Tarikh: April 6, 2013
KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) hari ini
melancarkan piket - "Piket Daulat 6413" - secara besar-besaran dalam
menunjukkan bantahan berhubung siri pertikaian melibatkan kepentingan
pekerja-pekerja industri perbankan.
Piket bermula kira-kira jam 2 petang dengan ahli-ahli Nube membanjiri Dataran Mayban di Jalan Tun Perak sebelum mereka berarak ke ibu pejabat bangunan CIMB.
Para peserta piket memegang sepanduk dan kain rentang yang mengecam ketidakadilan ke atas kebajikan pekerja bank-bank.
Piket Daulat 6413 mengemukakan 10 tuntutan terhadap tiga bank tempatan iaitu Maybank, CIMB Bank dan Bank Muamalat.
10 tuntutan tersebut ialah:
- Hentikan pencabulan Rukun Negara
- Hentikan jualan produk secara salah
- Hentikan penyahkawalseliaan khidmat perbankan
- Hentikan caj yang melampau terhadap pelanggan
- Hentikan diskriminasi pelanggan mengikut kaum
- Hentikan penamatan perkhidmatan pekerja senior
- Hentikan eksploitasi terhadap pekerja
- Hentikan penganiyaan terhadap pekerja hamil
- Hentikan mewujudkan pengangguran
- Hentikan galakan ketaksamaan pendapatan
Pada piket itu, turut diedarkan risalah kepada orang ramai di sekitar Jalan Tun Perak yang memaparkan pendapatan tiga ketua pegawai eksekutif (CEO) tiga bank terbabit.
Ia mendakwa CEO Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid menerima pendapatan tahunan RM3.3 juta dan CEO Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula memperoleh pendapatan tahunan berjumlah RM6.26 juta. CEO CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak pula memperoleh sebanyak RM10 juta setahun.
Naib Presiden Nube, Abdul Jamil Jalaludden dalam ucapannya melahirkan kekesalan terhadap Kementerian Sumber Manusia kerana gagal mengambil tindakan terhadap masalah mereka sejak setahun lalu.
"Kita minta bantuan daripada Kemeterian Sumber Manusia mereka tidak mampu (bantu). Banyak aduan dibuat namun tidak diendahkan. Kami rakyat Malaysia.
"... kami minta bantuan (Datuk Seri Najib Razak) tapi sampai sekarang tak selesai. Kta mahu duduk bincang tapi sehingga kini mereka tidak mahu berbincang," katanya.
Himpunan yang berlangsung secara aman selain mendapat kerjasama daripada pihak polis.
Sementara itu, Setiausaha Agung Nube, J Solomon pula menegaskan, tuntutan mereka terhadap kenaikan gaji sehingga 51 peratus itu hanya bagi setiap tiga tahun.
Malah katanya, kadar kenaikan gaji itu jauh lebih munasabah berbanding kenaikan gaji tahunan yang dinikmati CEO bank terbabit pada masa ini.
"Gaji CEO Maybank setiap tahun dapat kenaikan sebanyak 53 peratus, tapi kami minta 51 peratus setiap tiga tahun sekali saja," katanya kepada pemberita selepas piket selesai pada jam 4.30 petang tadi.- Sinar Harian, 6/4/2013,Nube anjur piket kebangsaan di KL

No comments:
Post a Comment