TUNTUTAN PEKERJA MALAYSIA
PEKERJAAN TETAP SAMPAI BERSARA – Mansuhkan sistem kerja kontrak
jangka pendek.
PERHUBUNGAN KERJA DENGAN MAJIKAN TEMPAT KERJA – Hapuskan system
Kontraktor for Labour. Semua pekerja bekalan pihak ketiga harus dijadikan
pekerja(employee) majikan tempat kerja.
GAJI MINIMA UNTUK SEMUA – Gaji Pokok/Asas pekerja harus ditambahkan
supaya tak kurang daripada Gaji Minima Semasa. Elaun dan faedah pekerjaan yang
sudah dinikmati pekerja sebelum kenaikan gaji pokok harus terus dinikmati pekerja.
HAK MENDAPAT KERJA KEMBALI DIJAMIN JIKA DIDAPATI MAJIKAN BUANG KERJA
SECARA SALAH – Jika pekerja tidak mahu terus kerja dengan majikan, harus
dipampas sepenuhnya gaji dan faedah pekerja itu akan dapat dari tarikh
pembuangan kerja sehingga tarikh didapati/dihakimi bahawa pembuangan kerja
secara salah, serta faedah yang dikira pada kadar 8 peratus setahun kiraan
harian. Mansuhkan Jadual 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967(Industrial
Relations Act 1967).
SALAH LAKU (MISCONDUCT) KERJA DIHADKAN KEPADA PRESTASI DITEMPAT
PEKERJAAN dan tidak mengugat kebebasan bersuara dan berpendapat, kebebasan
protes secara aman dan kebebasan pekerja dan kesatuan berbincang, meluangkan
pendapat dan mendedahkan ketidakadilan dan pencabulan hak pekerja atau hak
asasi termasuk yang didakwa dilakukan majikan.
HAK TERUS RUJUK KES PEMBUANGAN KERJA KE MAHKAMAH PERUSAHAAN JIKA USAHA
PENYELESAIAN DI PEJABAT PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GAGAL – Keperluan
mendapatkan kebenaran atau keputusan Menteri sebelum kes pembuangan kerja
dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dimansuhkan.
WUJUDKAN MAHKAMAH PERUSAHAAN DI SEMUA NEGERI DAN BANDAR supaya
pekerja senang menuntut dan mendapatkan keadilan.
Ada
banyak lagi tuntutan pekerja tetapi ini adalah apa yang dianggap paling
penting. Bagaimana dengan umur persaraan? Kalau pekerja tidak ada
kerja tetap, apa gunanya umur persaraan? Cuti bersalin - jika pekerja di
ambil kerja melalui kontrak kerja jangka pendek, adakah mana-mana
perempuan yang mengandung akan diambil sebagai pekerja - buat apa
majikan berbuat demikian? Nasib dan masa depan pekerja semakin lama
semakin tergugat kerana kerajaan tidak memastikan hak pekerja dijaga -
khususnya hak kerja tetap sehingga bersara, di mana perhubungan
pekerjaan adalah dengan tempat kerja bukan pihak ketiga/contractor for
labour...Kerajaan ini yang membenarkan semua ini....Keluarga mana mahu
anak kahwin seorang kerja kontrak jangka pendek ...atau seorang pekerja
'outsourcing'... Bank mana nak beri pinjaman kepada orang yang kerja
kontrak jangka pendek ...habis kontrak masa depan tak tahu macam mana...
Senator Syed Shahir : Malaysia Must Keep Its Promise To Workers Made In July 2012 - Stop Discriminating Workers, Including Migrant Workers
"...semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji
minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan
insentif kerja yang lain. Majikan tidak
harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April
2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak
pekerjaan sedia ada dan yang akan datang.... mansuhkan segala bentuk diskriminasi terhadap
pekerja, termasuk diskriminasi berasaskan kewarganegaraan, jantina
dan tempuh perjanjian kerja mereka...." - 82
- GAJI MINIMA UNTUK SEMUA TERMASUK PEKERJA MIGRAN - Tidak harus
berlaku pemotongan gaji pekerja untuk majikan menebus bayaran levi –
"... Kami memanggil untuk pemansuhan ‘contractor for labour’ dan semua kegiatan mereka, dan untuk
semua pekerja yang kini telah dibekalan oleh pihak ketiga, iaitu
pembekal tenagakerja/pekerja (‘contractor for labour’) yang masih bukan
pekerja-employee prinsipal segera dijadikan pekerja-employee prinsipal
tersebut dan diberikan faedah dan layanan sama sapertimana diberikan
kepada pekerja-employee prinsipal yang lain tanpa diskriminasi,
termasuk juga hak menubuhkan/menyertai kesatuan sekerja, dan hak
mendapat semua hak dan faedah yang kini di dalam Perjanjian Koletif
terpakai.
Kami juga menuntut untuk pemansuhan pekerjaan tidak menentu (precarious employment), dan untuk dikelakan hubungan kerja dua pihak yang adil di antara prinsipal dan pekerja-employee, dan untuk menghormati hak pekerja dan hak kesatuan sekerja..." -93 - Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’ Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.
Kami juga menuntut untuk pemansuhan pekerjaan tidak menentu (precarious employment), dan untuk dikelakan hubungan kerja dua pihak yang adil di antara prinsipal dan pekerja-employee, dan untuk menghormati hak pekerja dan hak kesatuan sekerja..." -93 - Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’ Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.
No comments:
Post a Comment