Jika pekerja atau Union mangsa ketidakadilan tidak mahu berjuang untuk hak...
Biarkan sahaja atau mahu LAWAN....
Siapa akan membantu pekerja?
1 - Saudara kita iaitu saudara pekerja sendiri sama ada di
kilang/tempat kerja, di dalam union sama, di seluruh negara serta orang
perseorangan dan pertubuhan yang mementingkan hak asasi dan membantah
ketidakadilan.
2 - UNION (atau Kesatuan Sekerja) - ya, dalam
masa susah, mereka akan tampil ke hadapan membantah - Union tempat kerja
sendiri, Union Kebangsaam Union lain, MTUC ..
3 - Wakil rakyat dan parti politik yang benar-benar mengutamakan hak asasi dan bekerja untuk keadilan...
Ya - ramai akan datang membantu (kalau diminta) TETAPI mangsa kena
mendedahkan penindasan, ketidakadilan, pencabulan hak tersebut....dan
minta bantuan/sokongan... (Kalau berdiam diri sahaja orang tak
tahu...kalau tak minta orang tak bantu) dan yang paling penting sekali
adalah mangsa sendiri mesti berjuang untuk hak mereka... bukan berdiam
diri tunggu orang lain berjuang untuk kamu...
Mangsa yang mahu
berjuang...iaitu minta bantuan siapa, dsb... - tapi setengah mangsa
sendiri tak mahu berbuat apa-apa atau berjuang - hanya meninggalkan
kepada UNION atau wakil rakyat atau parti politik atau pihak ketiga...
seolah-olah hanya mahu simpati selaku mangsa tetapi enggan berjuang
sendiri untuk hak
Jadi, jika kamu seorang MANGSA - perlu
saudara mula-mula buat keputusan sama ada mahu berjuang untuk hak
kamu/keadilan atau tidak.
Jika mahu berjuang - berjuanglah dan saudara lain orang lain rakyat umum semua akan berjuang BERSAMA MU...
Kalau tak mahu berjuang, dan hanya mahu SIMPATI - secara jujur nyatakan, dan kita semua akan menyatakan 'Kesian"
Masalah ramai mangsa pencabulan hak dan ketidakadilan di Malaysia
adalah mereka TIDAK MAHU berjuang - mereka kata biarkanlah, apa boleh
buat, nasib sahaja dan 'meneruskan kehidupan' mereka .... pi cari kerja
baru, dsb...TETAPI sikap sedemikian hanya memperkuatkan pencabul hak
asasi (mereka yang melakukan ketidakadilan/penindasas) - tak ada kesan -
dan mereka akan mengulangkan pencabulan/penindasas/dsb ke atas orang
lain - Jadi, pilihan tak berbuat apa-apa atau pilihan tak mahu berjuang
bulan sahaja mengakibatkan kamu(mangsa kini) tetapi juga orang lain
(bakal mangsa pencabul hak/pelaku ketidakadilan/penindas...)
Maka fikirkan betul-betul tindakan selanjut apabila kamu menjadi mangsa
sesuatu ketidakadilan - kerana keputusan anda menjejaskan bukan sahaja
diri sendiri tetapi ramai lagi...
No comments:
Post a Comment