Saturday, July 27, 2013

Piket Aman MTUC mengenai Penafian Hak Menikmati Umur Persaraan Untuk Semua Pekerja - 23 Julai 2013



PIKET MTUC 23 July 2013 (Selasa), 8.30 am, Depan Kementerian Sumber Manusia , Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi membantah pengecualian pelaksanaan umur persaraan 60 tahun (Akta Umur Persaraan Minimum 2012).



Seramai kira-kira 50 pemimpin Kesatuan Gabungan MTUC telah mengadakan piket aman di depan bangunan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya bagi melahirkan perasaan kecewa dan protest terhadap kegagalan kerajaan melalui Menteri Sumber Manusia melaksanakan sepenuhnya Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Malahan tindakan Menteri Sumber Manusia menggunakan kuasanya melalui peruntukan section 18 akta tersebut bagi meluluskan permohonan penangguhan pelaksanaan dari 258 syarikat tanpa melalui proses konsultasi J.Kuasa tripartied yg dibentuk juga mendapat bantahan keras dari MTUC.



Antara pemimpin utama MTUC yang hadir dalam piket tersebut ialah Presiden - Sdr Mohd Khalid Atan, Timbalan Presiden - Sdr Jaafar Majid, Setiausaha Kewangan - Sdr Awang Ibrahim , Naib Presiden (Sektor Swasta) - Sdr Robert Vijandran , Sdr Balasubramaniam, Sdr Mohd Roszeli Majid, Pengerusi MTUC Selangor/Wilayah-Sdr Gopalkrishnam bersama Setiausahanya - Sdr Hamdan. Ahli Majlis Am termasuk Sdr Bruno Pereira, Sdr Azhar, Sdr SomoBala, Sdr Rudy serta beberapa orang lagi pemimpin Kesatuan termasuk Sdr Mamat Panchor dan Samsani dari MTUC Pahang turut hadir memberikan sokongan.



Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah menemui pemimpin MTUC di lobby pejabat Kementerian Sumber Manusia dan menerima memorandum bantahan MTUC berkaitan isu ini. Beliau telah memberikan komitmen untuk menyediakan maklumbalas segera kepada MTUC setelah menyemak isi kandungan memorandum tersebut. Menteri tersebut juga telah menemui kumpulan pemimpin Kesatuan yang berpiket di luar bangunan KSM serta bersalaman dengan mereka.



Sebelum itu 8 pemimpin MTUC telah mengadakan perbincangan tertutup dengan Timbalan KSU ,Pengarah & Timbalan Pengarah Perhubungan Perusahaan bagi membincangkan isi kandungan memorandum MTUC. Tim. KSU dalam kenyataannya telah menyangkal dakwaan pengecualian diberikan secara 'blanket approval' kepada 258 syarikat dibawah kuasa Menteri. Beliau mendakwa hanya jawatan tertentu dalam 258 syarikat tersebut yang diberi pengecualian untuk menangguhkan pelaksanaan usia persaraan 60 tahun. Pemimpin2 MTUC telah menggunakan ruang perbincangan itu untuk menegaskan pendirian MTUC yang tidak pernah bersetuju syarikat-syarikat tersebut diberikan pengecualian. MTUC juga memohon pihak Kementerian menyediakan dokumen dan senarai sokongan bagi membuktikan kenyataan yg dibuat oleh Tim. KSU pada hari ini.



Presiden MTUC - Sdr Khalid Atan dalam ucapan rengkasnya kepada kumpulan pemimpin Kesatuan yg hadir selepas menyerahkan memorandum itu menyatakan ' Piket tersebut berjaya kerana mencapai matlamatnya untuk menyerahkan memorandum bantahan MTUC kepada pihak Menteri untuk satu tindakan'.

No comments:

Post a Comment