Syabas kepada ABN News memberi liputan kepada isu pekerja tetapi nyata lapuran ini gagal menimbulkan semua isu pekerja dan hanya pergi kepada isu gaji...dan isu 'hak sama kepada semua pekerja'
MTUC, kesatuan dan kebanyakkan pekerja berpendirian bahawa semua pekerja berhak mendapat gaji dan faedah sama - tiada diskriminasi berasaskan jantina atau kewarganegaraan... tetapi malangnya pihak media ini masih tidak mengetahui ini ...bukan sahaja beliau tetapi sebilangan pekerja...saperti beberapa yang ditemuduga..
Layanan sama harus diberikan kepada semua pekerja termasuk pekerja asing(pekerja migran). Kerja sama lama....gaji juga sama, dsb. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendorong majikan mengambil pekerja tempatan... di mana satu cara bagaimana ini dilakukan ialah dengan kerajaan memerlukan majikan membayar LEVI untuk setiap pekerja asing diambil - tapi kini kerajaan mahu pekerja asing bayar pula - ini tidak sama sekali membantu malah akan mengalakkan majikan ambil lebih ramai pekerja asing...
KUOTA - kenapa tak ada kuata menentukan peratusan pekerja asing yang boleh majikan ambil?
Kalau pekerja tempatan mahu membenarkan majikan membayar kepada pekerja asing gaji kadar kurang daripada apa yang dibayar kepada pekerja tempatan, bukankah ini akan mengalakkan majikan ambil sahaja lebih banyak pekerja asing(pekerja migran) - kerana perlu bayar kurang...
Majikan ambil pekerja migran(asing) kerana senang ditindas, ditipu, mencabul hak... dan pekerja asing kemungkinan besar tidak akan mungkin menuntut keadilan kerana pekerja asing terus dibatalkan 'visa/pas' dan tak boleh tinggal di Malaysia. Jika pekerja asing juga boleh menuntut keadilan dengan berkesan, majikan akan bukan lagi minat pilih pekerja asing... kerana tempatan atau asing, dua-dua pun sama susah atau tidak dapat mencabul hak mereka...
GAJI - itu memang isu kebanyakkan pekerja khususnya 'gaji minima' - yang langsung tidak munasabah pada masa ini untuk hidup, membiayai perbelanjaan keluarga... RM900 mana cukup? [Ramai mungkin sudah bergaji lebih daripada ini, tetapi syabas kerana bersama dalam solidariti berjuang untuk penambahan gaji minima]. MTUC tuntut gaji minima RM1,200 tetapi saya fikir lebih wajar tuntut RM1,500 kerana BR1M memberi kepada keluarga berpendapatan RM3,000 atau kurang, dan jika kata suami dan isteri bekerja - maka ini bererti gaji minima patut sekurang-kurangnya RM1,500-00 bukan RM1,200.
COLA - Ini isu popular kerana melibatkan semua pekerja tak kira gaji. Apa yang diperjuangkan adalah untuk ini dijadikan hak pekerja - masuk dalam undang-undang pastikan semua majikan diwajibkan membayar COLA kepada pekerja mereka. Tapi, sehingga kini kerajaan tak berminat...mereka suruh MTUC pi bincang dengan majikan, mana boleh? [Jika ada Kesatuan Sekerja, hak ini boleh dimasukkan dalam CBA atau perjanjian bersama di antara Union dan Majikan...adakah hak untuk mendapat COLA dalam CBA anda? Kalau tidak, minta Union masukkan ini ...sekarang...tak payah tunggu sampai masa masuk CBA baru...?]
Satu lagi isu utama kini adalah penafian hak kerja tetap sampai umur persaraan... pengwujudan sistem 'contractor for labour' di mana kilang/tempat kerja cuba elakkan hubungan kerja terus dengan pekerja - Mereka mahu guina pekerja tapi tidak mahu jadi majikan kerana mahu elakkan obligasi/tanggungjawab yang ada di undang-undang untuk menjaga hak dan kebajikkan pekerja...
Apa yang diperlukan adalah SOLIDARITI PEKERJA - dan jika anda berpendirian satu golongan pekerja, iaitu pekerja asing, harus dibayar gaji rendah daripada pekerja tempatan untuk melakukan kerja sama ....maka, kita sudah menjadi 'ejen' Majikan. Majikan sentiasa mahu memecahbelahkan pekerja ...tak mahu mereka bersatu...tak mahu mereka mempunyai kesatuan...tak mahu solidariti di antara semua pekerja. Apa yang perlu adalah untuk kita bersatu dengan semua pekerja termasuk lebih kurang 2 juta pekerja migran(asing) di Malaysia menuntut lebih hak demi kebajikan semua pekerja... Janganlah kita terpengaruh dengan taktik majikan, yang kini juga 'taktik pekerja' untuk memecahkan solidariti pekerja. Contohnya, dengan membenarkan sistem 'contractor for labour', kini di tempat kerja, ada dua klas pekerja - satu yang menjadi pekerja pemunya/operator tempat kerja, dan satu lagi klas pekerja yang dibekalkan oleh 'contractor for labour'. Berapa jenis kelas pekerja dikilang/tempat kerja saudara? Berapa yang boleh join Union, dan berapa yang tidak boleh? Niat kerajaan dan majikan adalah untuk memecahkan Solidariti Pekerja, jangan kita sendiri secara tidak sengaja menyokong agenda kerajaan dan majikan...
Golongan pekerja pertikai gaji minimum pekerja tempatan sama dengan pekerja asing
01 May 2014 03:39pm
Oleh Ros Nazirah Mohd Daud (rosnazirah@abnxcess.com)
PETALING JAYA – Golongan pekerja yang menyertai Perhimpunan 100,000
May Day di Petaling Jaya, melahirkan rasa tidak puas hati mengenai soal
gaji yang mereka terima ketika ini.
Majoriti antara mereka mempertikaikan kenapa warga asing menerima gaji setaraf dengan pekerja tempatan.
Perkara ini telah dibangkitkan ekoran kenaikan kos sara hidup yang
semakin tinggi, terutama bagi mereka yang menetap di kawasan bandar.
Bagi salah seorang peserta pehimpunan, Mohd Noor Abdullah, 56, berharap agar kerajaan memandang serius perkara ini.
Mohd Noor Abdullah
“Gaji minima yang diterima pekerja asing RM900, sama dengan orang
kita orang Malaysia, sepatutnya orang Malaysia ni gaji minimum kena
lebih lah daripada gaji orang pekerja asing macam orang Bangladesh,
India, Gurka dan sebagainya,” katanya.
Melahirkan pendapat yang sama, Hasliza Zakaria, 45, berharap agar hak warga tempatan diberikan keutamaan.
Hasliza Zakaria
“Harapan semoga kami pekerja Malaysia ni mendapat gaji yang sebaik
mungkin, kita telah jalankan tanggungjawab kita untuk menuntut hak
kita,”katanya.
Mereka juga bimbang kerana terpaksa menanggung beban yang tinggi akibat kenaikan barang yang berlaku secara mengejut.
Bagi Abd Rahman Mohamad, 58, merasakan pihak bertanggungjawab perlu memperbaiki keadaan yang dilihat semakin membebankan.
Abd Rahman Mohamad
“Dengan berlakunya kenaikan harga barang yang begitu mendadak, jadi
kami merasakan ini adalah sesuatu yang perlu diperbaiki lagi dimana
bebanan-bebanan tanggungan hidup yang dialami oleh kaum perkerja amat
membebankan berbanding dengan gaji minima yang diberikan sebanyak
RM900,”katanya.
Sementara itu Victor Asir Jatham Juvakin, 40, pula menganggap satu
penyelarasan berkenaan tangga gaji perlu dibuat agar ia selari dengan
kos sara hidup masa kini.
Victor Asir Jatham Juvakin
“Saya rasa pihak yang terlibat perlu melakukan satu penyelarasan
tangga gaji kerana kami merasakan ia sesuatu yang tidak adil apabila
pekerja yang telah lama berkhidmat menerima gaji minima sama seperti
pekerja baharu iaitu sebanyak RM900,”katanya.
Turut menuntut hak yang sama adalah Sharon Lim Pei Xuan, 24.
“Barang yang mengikut harga pasaran sekarang pun dah meningkat, jadi
saya rasa gaji yang kita dapat sekarang tidak selari dengan taraf
hidup,”katanya.
Justeru peserta himpunan ini mahu golongan majikan supaya memahami
keadaan pekerja mereka dengan mengambil kira kos semasa, ketika
menetapkan gaji selain isu kebajikan pekerja juga dititikberatkan. - ABN News, 1/5/2014