NUFAM membuat protes terhadap MAS berkenaan tindakan 'union busting' di Skypark, MAS building Subang pada 1 Mei 2014 lebih kurang jam 12.01 pm
UNION BUSTING - Sejak beberapa bulan yang lalu, MAS telah memberhentikan perkhidmatan Presiden NUFAM - salahlaku yang didakwa ada 'pekerja mengeluarkan kenyataan media' bila sebenarnya ia adalah kenyataan media Presiden NUFAM bukan satu kenyataan peribadi seorang pekerja. Tambahan, setiap orang berhak untuk membuat kenyataan kepada media atau orang awam - ini tidak boleh dijadikan 'salahlaku kerja'
MAS telah juga membuang kerja sehingga kini lebih kurang 4 orang cabin crew, memulakan tindakan disiplin terhadap berpuluhan ahli atau bakal ahli NUFAM. Kini Setiausaha Agung menghadapi tindakan disiplin, di mana Siasatan Dalaman(Domestic Inquiry) sepatutnya di adakan minggu lepas...
Menteri telah mengiktiraf NUFAM sebagai union mewakili 'cabin crew' di MAS selepas undi sulit - di mana MAS yang sepatutnya terima dan teruskan dengan proses ke arah Collective Bargaining Agreement (Perjanjian Bersama) tidak berbuat demikian, tetapi cuba melenggahkan dengan memfailkan tindakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi mencabar pengiktirafan Menteri.
MAS, yang merupakan sebuah syarikat GLC, sepatutnya menghormati hak pekerja termasuk juga hak berkesatuan...
Protes NUFAM adalah mengenai semua isu ini, tetapi saperti biasa media massa tidak mahu membuat liputan - dan bila membuat liputan, isu-isu utama NUFAM biasa tidak diberikan tekanan dalam lapuran media... [Yang saya lihat, hanya Malaysiakini yang telah lapurkan tentang protes NUFAM ...itu pun hanya sebahagian daripada lapuran lain...]
NUFAM memang prihatin dengan mereka dalam penerbangan MH370, dan banyak hal berkaitan tapi-tapi kadang-kadang perlu kita 'FOCUS' kepada isu terpenting. Bila berdepan dengan pemberita, tuntutan mesti jelas dan ringkas... kalau tidak pemberita kemungkinan akan lapurkan mengenai perkara sampingan atau perkara lain....dan niat protes atau tindakan atau pertemuang dengan media tidak tercapai...
Union blasts MAS handling of MH370 crisis
4pm: The National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam) complains that Malaysia Airlines (MAS) had been slow in responding to the MH370 issue and to the families of crew member who were on board the missing plane.
“The families felt the MH370 incident was a total make over,” the union today says in a statement.
The union even staged a protest against MAS yesterday in conjunction with Labour Day in from of MAS’ building in Subang, and its participants included Nufam president Ismail Nasaruddin, senator Syed Shahrir Syed Mohamud, and families members of MH370’s cabin crew.
They also riled against the airline’s sacking of Ismail, its persecution of other Nufam office bearers, and the sacking of four crew members for sending the union’s memorandum to the government.... - Malaysiakini, 2/5/2014, Families 'distraught' at closure of MAS centres
No comments:
Post a Comment