Haruskah pekerja dan kesatuan sekerja terlibat dalam hal perkara perniagaan majikan? YA - kerana pekerja bukan sekadar 'entiti digunapakai dan dieksploitasi demi keuntungan' tetapi seharusnya juga dianggap sebagai 'partner'(rakan kongsi) dalam segala urusan perniagaan majikan, di mana perhubungan pekerja-majikan yang diharapkan adalah lebih daripada 'majikan bayar gaji - pekerja kerja' tetapi sebuah perkongsian(partnership) - itulah sebab mengapa pekerja dan kesatuan sekerja mereka mengambil bahagian dalam perniagaan majikan - menyatakan pendapat bagaimana perniagaan majikan harus dijalankan berasaskan prinsip dan nilai murni, secara berkesan, dsb... Justeru majikan juga harus ubah sikap kepada pekerja dan pastikan bahawa mereka dilayan sedemikian sebagai 'rakan kongsi' sebagai keluarga - di mana ini memerlukan lebih keprihatinan dari majikan mengenai hak dan kebajikan pekerja sekeluarga... Harus juga lebih banyak perkongsian berlaku - di mana jika ada keuntungan, sebahagian harus dengan rela hati dikongsi dengan pekerja sebagai BONUS...mungkin juga dengan menganugerahkan syer syarikat kepada pekerja dan mungkin juga kesatuan sekerja sebagai bukti 'majikan dan pekerja bersama-sama usaha demi kepentingan perniagaan dan semua terlibat...'
Justeru kesatuan sekerja di TNB telah mengemukan pendirian bahawa perniagaan TNB harus dijalankan secara telus.... sistem kroni dapat projek ditolak?
Mungkin juga TNB harus melibatkan kesatuan sekerja lebih dari urusan perniagaan - mungkin juga dalam jawatankuasa memilih siapa dapat projek? Harus juga pastikan yang diberikan projek nanti juga memberi komitmen akan sentiasa menghormati hak pekerja dan kesatuan sekerja .. mungkin juga janji tidak akan menghalang kesatuan sekerja...??
Beri projek secara bidaan terbuka
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 27 Mei - Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang mewakili 34,900 pekerjanya mahu penganugerahan projek
penjanaan dibuat secara bidaan terbuka bagi membolehkan rakyat menikmati
kadar tarif elektrik yang rendah.
Yang Dipertua Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB),
Abdul Shukor Hassan berkata, bidaan secara terbuka itu membolehkan
penjana tenaga bebas (IPP) menawarkan harga pembelian yang lebih murah
berbanding rundingan secara terus.
Beliau berkata, rakyat seterusnya akan mendapat manfaat kerana tidak
terbeban dengan kos penjanaan yang tinggi sekiranya sesuatu projek itu
diserahkan secara terus kepada mana-mana IPP.
"Penganugerahan projek secara terbuka juga membolehkan IPP yang ada
bersaing secara sihat antara satu sama lain untuk membekalkan tenaga
elektrik.
"Secara tidak langsung membolehkan proses bidaan berlangsung secara
telus tanpa ada sebarang maklumat tersembunyi berbanding rundingan
secara terus," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan
dengan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid di
sini hari ini.
Pertemuan hampir dua jam itu dihadiri oleh 16 wakil daripada PETNB,
Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB (KPPPTNB) dan Kesatuan
Pegawai-pegawai Rendah TNB (KPPRTNB) .
Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, penganugerahan rundingan
secara terus perjanjian pembelian kuasa (PPA) antara TNB pada
keseluruhan IPP generasi pertama hanya akan meningkatkan kos operasi.
"Bayangkan jumlah bayaran sudah dibuat selama ini kepada keseluruhan IPP generasi pertama yang diberi secara rundingan terus.
"Kadang-kadang jelas kelihatan isu membabitkan sesetengah IPP sebelum ini adalah berat sebelah," katanya.
No comments:
Post a Comment