Ada protes pekerja di tengah Kuala Lumpur pada petang ini(3/10/2014, Jumaat) tapi jika dicari 'internet', gambaran yang diberikan seolah-olah tak ada apa-apa protes.
Saya jumpa hanya satu lapuran, iaitu dalam Sinar Harian - itu pun tak ada gambar protes, yang sangat warna-warni, dengan bendera, dan banner(kain rentang) - media biasa dalam keadaan ini akan mengambil gambar dan akan keluar lapuran dengan satu dua gambar....tetapi?
Adakah terdapat pihak yang 'mengawal' media massa di Malaysia sehinggakan isu-isu pekerja dan Union tak dilapurkan media massa, TV, radio, dsb...Atau journalist dan media sendiri tidak menganggap isu pekerja dan kesatuan isu yang cukup serius untuk dilapurkan? Bukankah pemberita itu juga ada Union - NUJ? Takkkan tidak mahu tunjuk solidariti dengan pekerja lain....
Tapi media alternatif pun nampaknya tidak memberikan liputan? ...kecuali Malaysiakini dalam Edisi Melayu sahaja...
Adakah MTUC penganjur aktiviti ini gagal memberikan publisiti sewajarnya - pergi laman web MTUC sebelum acara ini, tak nampak apa-apa notis pun....
Adakah MTUC atau mereka yang dipertanggungjawab memaklumkan kepada pihak media mengenai penghantaran memorandum MTUC?
Adakah MTUC menyediakan kenyataan media untuk diedarkan kepada pemberita yang hadhir....(dan memfakskan kepada media yang tak hadhir)... saya pergi ke laman web MTUC, tak ada apa pun mengenai apa yang berlaku petang Jumaat (3/10/2014)...
Satu lagi soalan penting - kenapa tak sambai beribu-ribu pekerja yang turun padang Jumaat ini... Adakah MTUC dan Union ahli MTUC tidak lagi mempunyai keupayaan membawa ahli mereka sendiri? Atau adakah pekerja di tahun 2014 hanya prihatin isu diri sendiri dan keluarga sahaja - tidak akan keluar menuntut keadilan untuk rakan pekerja yang lain? Tapi, bukankah untuk banyak isu yang lain ribuan turun padang walaupun ada bahaya water cannon, ditangkap polis, dituduh di Mahkamah, hilang kerja...
Kita perlu menganalisa keadaan untuk sampai kepada sebab akar-umbi yang menyebabkan selalu sangat MTUC yang ahlinya ada lebih kurang 800,000 kerap tak berjaya menarik lebih banyak pekerja untuk aktiviti protes, penghantaran memo, dsb...
4:21PM - 3 Oct 2014
MTUC desak KTMB ambil semula pekerja
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar mengembalikan semula pekerjaan
kakitangannya yang diberhentikan sebelum ini.
Memorandum itu dihantar ke pejabat KTM, petang ini.
Dianggarkan seramai 70 orang pemimpin kesatuan pekerja dan 100 orang pekerja KTM turut hadir bagi menghantar memorandum kepada Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Sebelum memorandum diserahkan, sebahagian daripada mereka yang hadir melaungkan "Hidup KTMB! Bangkit pekerja!"
Sebahagian yang lain memalu gendang berselang-seli dengan laungan tersebut.
Kenderaan yang lalu di jalan berhampiran stesen keretapi Kuala Lumpur itu turut membunyikan hon dipercayai tanda menyokong himpunan itu.
Polis turut kelihatan mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB sepanjang himpunan berlangsung.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan, sehingga hari ini seramai 40 orang pekerja KTMB dibuang kerja dan 16 orang lagi digantung kerja kerana meyertai piket pada 9 Mei lalu.
Timbalan Pengerusi MTUC, N Gopal Krishnan berkata mereka akan berpiket di hadapan Parlimen sekiranya tuntutan dalam memorandum itu gagal ditunaikan KTMB.
"Hari ini kita akan hantar memorandum, kalau kita tidak dapat respons yang baik kita akan ambil satu tindakan yang lain seperti kita akan pergi ke Parlimen"
"Jika tidak selesai juga kita akan pergi ke pejabat perdana menteri kerana KTM ialah satu syarikat GLC (berkaitan kerajaan) di bawah Kementerian Kewangan dan perdana menteri juga adalah menteri kewangan," katanya.
Tambah Gopal, mereka ada menghantar surat kepada perdana menteri dan menteri pengangkutan berkenaan hal ini namun belum menerima jawapan. - malaysiakini, 3/10/2014, MTUC desak KTMB ambil semula pekerja

KTMB dituntut ambil semula pekerja dipecat
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini
menyerahkan memorandum kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya
mengambil semula 40 pekerja KTMB yang dipecat baru-baru ini.
Setiausaha Agung MTUC, N.Gopal Krihsnam yang menyerahkan memorandum itu berkata, tindakan KTMB memecat pekerja mereka yang terlibat dalam piket pada Mei lepas adalah sesuatu yang tidak wajar.
Katanya, kesemua pekerja terlibat itu adalah anggota Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (RUM) dan tindakan itu dilihat sebagai mencabuli hak bersuara pekerja.
"Tindakan KTMB adalah satu kesalahan dan bertentangan dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) kerana telah mengambil

tindakan tatatertib terhadap pemimpin dan anggota kesatuan yang melakukan aktiviti kesatuan sekerja," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.
Memorandum itu diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad di ibu pejabat KTMB di sini.
Pada 9 Mei lepas, kira-kira 700 pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut perkhidmatan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan.
Lanjutan dari piket berkenaan, 110 pekerja yang juga ahli RUM diberikan surat tunjuk sebab manakala 40 daripadanya termasuk Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan dikenakan tindakan buang kerja dua minggu lepas.
"Kita percaya akan lebih ramai yang menerima surat tunjuk sebab akan menerima nasib yang sama," katanya.
Gopal Krishnam berkata jika pengurusan KTMB masih enggan melayan tuntutan mereka, MTUC akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen pada 7 Oktober ini. - Bernama
Lab
No comments:
Post a Comment