Thursday, June 30, 2016

Syarikat tak tahu nama menindas pekerja - tak bayar gaji, dll? Yang ditindas tak piket pun?

Dakwaan gaji tidak dibayar majikan - tetapi siapa syarikat majikan ini? Malaysiakini telah tidak memaklumkan dalam lapuran medianya, siapakah syarikat 'charter airline' ini. Mengapa? Adakah pihak media mahu menjaga syarikat yang didakwa menindas pekerja. Adakah pihak media kini sudah takut pihak syarikat majikan akan menyamannya kerana menerbitkan alegasi pekerja/kesatuan mengenai kegagalan syarikat majikan ini? Adakah pihak media takut kena saman malu - kerana kini, ramai majikan senang-senang mahu saman pihak media apabila mereka melapurkan runggutan pekerja atau orang ramai mengenai sesuatu syarikat tertentu? 

Hakikat ini tidak membantu pihak pekerja/Union/orang ramai - dan sepatutnya ada undang-undang jelas menyatakan bahawa pihak syarikat tidak boleh menyaman sebuah pihak media yang melapurkan dakwaan dan/atau runggutan pekerja... Kebebasan bersuara dan kebebasan media harus dilindungi..

Saya telah melayari internet, dan menjumpai satu lapuran berita bertarikh 23/6/2016 yang nampaknya ada kaitan, di mana di dalam lapuran itu ada menyatakan nama syarikat penerbangan terbabit...Adakah lapuran Malaysiakini mengenai syarikat penerbangan yang sama? Saya tidak tahu, dan pembaca tidak harus membuat apa-apa kaitan di antara lapuran FMT dan lapuran Malaysiakini...

Malaysiakini sendiri mesti bertindak lebih berani dan harus dinyatakan nama syarikat majikan yang terbabit...baru semua tahu. Dan jika syarikat majikan ada apa-apa jawapan balas, terbitkannya juga..

Mengenai dakwaan pekerja ini - malangnya tak nampak apa-apa lapuran piket atau tunjuk perasaan atau kempen daripada pekerja terbabit...hanya kenyataan daripada MTUC dan mungkin juga NUFAM. 

Hanya bergantung kepada kenyataan media saja...atau hanya membuat aduan saja... bukan caranya bagaimana mereka yang tertindas akan mencapai keadilan cepat...Kalau tak berani berjuang, tidak akan dapat keadilan cepat...Kalau mahu majikan respon cepat dan keadilan dicapai cepat, perlulah pekerja juga bertindak...berkempen...berjuang bersama...

Tapi, nampaknya realiti pekerja syarikat penerbangan adalah mereka 'takut' atau malas keluar berjuang - yang diharapkan hanya proses aduan kepada jabatan kerajaan atau harapan union mereka(atau pihak lain) keluar membuat kempen untuk mereka. Pemikiran saperti ini mesti berubah - Pihak ketiga sukar mahu menyokong perjuangan apabila pekerja tertindas sendiri nampak macam tak mahu berjuang atau berkempen untuk hak mereka...

Majikan suka proses aduan kepada jabatan kerajaan - ia akan mengambil masa lama ...mungkin juga bertahun-tahun lamanya jika melibatkan proses Mahkamah setelah Menteri buat keputusan...Nama syarikat penindas tidak diketahui orang ramai...perniagaan mereka tidak terjejas...dan akhirnya yang 'kalah' adalah pekerja...Majikan terus berani mencabul hak pekerja lain...tahu bahawa akhirnya yang menang adalah mereka... walaupun akhirnya terpaksa bayar sedikit pampasan atau kos kepada pekerja..

Berbanding dengan cara perjuangan pekerja di Indonesia, Filipina, Cambodia, Thailand dan lain-lain negara, perjuangan pekerja di Malaysia adalah lemah dan majikan tidak langsung takut kepada pekerja atau kesatuan...dan ini akan menyebabkan lebih penindasan dan penindasan...

Kini media alternatif pun sudah takut melapurkan berita dakwaaan penafian hak pekerja ...apabila yang didakwa menindas adalah syarikat.

Ada kesatuan juga takut berjuang - kerana takut kemungkinan kesatuan akan dibatalkan pendaftaran dan sebagainya... Ada kesatuan yang kini akan kata kepada ahli pekerja untuk jangan piket, jangan protes, jangan kempen...hanya membuat aduan senyap-senyap di jabatan kerajaan berkenaan. Saya sedih bila ini berlaku...bila mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin juga takut berjuang... Ada yang kata, union kini hanya mahu 'bayaran keahlian' saja daripada ahli dan setiap 3 tahun, mereka terlibat dalam proses Perjanjian Bersama - semangat perjuangan tidak ada ..dan kesatuan sedemikian lama-lama tak relevan...Sambutan 1 Mei 2016, anjuran MTUC, tak sampai 500 pun yang hadir dalam negara yang ada lebih kurang 13 juta pekerja? 

Majikan percaya kesatuan tak ada kuasa dan sokongan ahli - dan kesatuan tidak ada keupayaan mengerakkan pekerja melakukan tindakan bersama...

 

MTUC demands airline settle employees' wages before Raya

Geraldine Tong     Published     Updated


Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has demanded that a charter airline settle the three months back pay, among other things, with their employees before Hari Raya.

About 300 employees claimed that they have not received their salaries for the last three months nor their allowance for the last six months.

They also claimed that even though their salaries were deducted for their Employees’ Provident Fund (EPF) and Social Security Organisation (Socso), their EPF and Socso accounts have been outstanding since last year.

“This is a betrayal (by the company) and really irresponsible.

“Hari Raya Aidilfitri celebrations are nearing and this is putting extra burden on the workers who celebrate it,” MTUC president Abdullah Sani Abdul Hamid said in at a press conference today.

The employees, with the assistance of National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam), have lodged reports with relevant authorities such as the Human Resources Ministry and the Transport Ministry. Nufam president Ismail Nasaruddin said the Transport Ministry had referred their report to the Malaysian Aviation Commission (Mavcom), who said they will be looking into the matter.

“They have to do it fast, before Raya,” Abdullah Sani added.

He urged the government to take immediate and harsh action against the airline.

“If the airline fails to resolve these issues with their workers immediately, MTUC urges Human Resources Minister Richard Riot to take immediate action to ensure all the workers receive their back pay without delay,” he said.

The company had earlier informed the employees that they had paid them two months’ salary, Ismail said, but when the employees checked, only some of them have received it.

Malaysiakini has tried to contact the airline and is awaiting its response.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/347202#ixzz4D4R3tTgj

Nufam demands Eaglexpressair pay its staff

 | June 23, 2016 
 
Union says it is not the first time it has received complaints about Eaglexpressair not meeting its obligations to staff.

eagleexpress_Nufam_600

PETALING JAYA: Eaglexpress Air Charter (Eaglexpressair) must stop giving excuses and pay its staff the salaries owed to them says the National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam).

In a statement, Nufam claimed it had evidence to show that Eaglexpressair had not been meeting its salary obligations.

It said this was the second time Eaglexpressair had failed to pay its staff; the first case was in 2013.

Nufam said many Eaglexpressair employees had complained to the union that they were not paid or received delayed payments frequently, and that their employer had failed to meet its EPF and Socso obligations since last year.

“The excuses given by the management that they have financial difficulties or that they have made partial payments are confusing and unreasonable.

“How can the airline operate if it does not have money?”

Nufam said it was unreasonable if the higher management received salaries and lower level staff did not.

Nufam said the management had not replied to emails from employees on the matter and that employees had not received salary slips since March this year.

“Nufam demands Eaglexpressair meet their salary, EPF and Socso obligations or halt operations until this matter is resolved and all cabin crew receive their salaries and arrears.

How can the families and children of Eaglexpressair employees celebrate Hari Raya without their salaries? What will they eat?”

Earlier this week, Eaglexpressair dismissed allegations that it had not paid its employees for the past three months. - FMT News, 23/6/2016

Tuesday, June 28, 2016

Kerajaan Selangor tak bantu pekerja di Selangor yang hilang pekerjaan? Tak prihatin?

Kerajaan sepatut menjaga kebajikan rakyat, dan agak mengecewakan melihat kerajaan Pembangkang Selangor berdiam diri saja mengenai isu pekerja di Selangor kehilangan kerja (dan pendapatan). 
 
Memang benar, bahawa kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian lain,yang harus bertanggungjawab mengenai isu tenaga kerja dan kehilangan kerja - tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab.. 
 
Sehingga kini, kerajaan BN gagal mengadakan skima(scheme) sapertimana terdapat di Thailand, di mana mereka yang kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja, akan di bayar Faedah/Bantuan Kehilangan Kerja, yang jika tak salah adalah pembayaran 50% gaji bulanan untuk jangkamasa maksima enam(6) bulan atau sehingga pekerja berkenaan mendapat kerja baru - di mana kerajaan juga akan membantu pekerja mencari kerja baru...
 
Jika BN gagal dalam tanggungjawab mereka - bagaimana pula Kerajaan Pembangkang di Selangor, dengan Menteri Besar PKR Azmin Ali? Apakah yang mereka melakukan untuk membantu pekerja di Selangor mengatasi masalah yang kini dihadapi?
 
Baru-baru ini dilapurkan bahawa lebih kurang 32 pekerja di kilang besi akan kehilangan kerja apabila kilang mereka berhenti beroperasi pada 15 Julai. Ada banyak lagi kes mengenai pekerja di Selangor yang kehilangan kerja - justeru kehilangan sumber pendapatan.
 
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan Selangor mengenai perkara ini? Adakah mereka memberikan bantuan interim/sementara kepada pekerja sedemikian sehingga mereka berjaya mencari kerja baru? Adakah kerajaan Selangor membantu pekerja berkenaan mencari pekerjaan baru?
 
Dalam kes kilang besi ini, ada pekerja terbait yang sudah berusia lebih 50 tahun - dan mereka akan susah mencari pekerjaan baru, atau pekerjaan lain yang akan memberikan mereka pendapatan yang sama sapertimana mereka mendapat kini. Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk membantu pekerja yang sangat memerlukan bantuan ini? Adakah kerajaan Selangor akan cuba berunding dengan bank/institusi kewangan yang memerlukan pekerja terbabit teruskan bayaran bulanan menjelaskan hutang supaya ada kelonggaran - mungkin 'tak perlu bayar sehingga dapat kerja baru'? 
 
Harus diingat bahawa President(Acting) MTUC kini juga seorang Ahli Parlimen PKR dari Selangor..
 
Semestinya MTUC pasti boleh bercadang dan Selangor akan mendengar dan melaksanakan demi kebaikkan pekerja..


Lagi pekerja hilang pekerjaan menjelang Raya

 | June 28, 2016 
 
Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.
kilangbesi

BANGI: Kira-kira 32 orang pekerja sebuah kilang besi di sini putih mata selepas operasi kilang tersebut dikhabarkan akan ditutup pada 15 Julai akan datang.
Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.
Zainuddin Salam, 57, berkata tindakan majikannya itu menyebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kurang meriah.
“Saya belum membuat apa-apa persiapan pun untuk sambutan hari raya yang tidak lama sahaja lagi. Saya tak sampai hati sambut dalam situasi begini.
“Majikan boleh memberi pelbagai janji manis, tetapi jika soal pampasan tidak dipertimbangkan, masalah besar bagi saya dan pekerja lain seperti saya,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Pejabat Tenaga Kerja, Bangi, hari ini.
Pekerja juga mengeluh bahawa pemberhentian kerja secara serta-merta mungkin akan menyebabkan mereka menanggung beban hutang bersendirian.
Balakrishnan Sinalagan, 51 berkata selain risau akan hilang punca pendapatan, beliau bimbang masih belum menerima sebarang notis pampasan sedangkan notis penutupan operasi telah diberikan.
 
“Saya sudah tua, siapa lagi yang mahu mengambil saya bekerja? Saya masih terikat untuk bayar balik hutang yang banyak setiap bulan. Mulai bulan depan, kewangan saya akan menjadi rumit dan saya tidak pasti bagaimana untuk uruskannya,” katanya yang sudah bekerja lebih 20 tahun di syarikat berkenaan.
Ketiadaan kata putus mengenai pampasan menjadi kebimbangan utama pekerja yang rata-rata bekerja untuk tempoh yang agak lama.
Sementara itu, AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan Tabung Pemberhentian Kerja bagi membela nasib pekerja yang semakin ramai terperangkap dalam kekangan ekonomi ini.
“Krisi ekonomi melanda negara setiap 10 tahun sekali dan impaknya kepada majikan daripada meneruskan operasi dan pekerjanya yang terpaksa dihentikan kerja.
“Syarikat muflis dan pekerja hilang punca pendapatan secara tiba-tiba. Lebih buruk, pekerja tidak dibayar gaji dan pampasan. Walaupun menang di mahkamah buruh, peluang untuk pekerja mendapat ganti rugi amat tipis,” katanya. - FMT News, 28/6/2016

Wednesday, June 15, 2016

"Overtime should be voluntary but we don’t have a choice. It's difficult to ask for break or take leave for family emergencies."

Formosa textiles firm faces industrial dispute

600 workers at Taiwan's Formosa Textile Company in Ba Ria-Vung Tau Province have gone on strike to protest against what they describe as unreasonable regulations.

On June 11, about 600 out of 1,000 workers at Formosa Textile Company went on strike. According to the workers, they work from 7.30am until 12pm and have one hour lunch break. They then resume work from 1pm to 4.30pm. They say the company has forced them to work until 6pm without breaks or additional meals. The workers have also complained about the quality of their lunches, citing they cost only 45 US cents and claiming this has led to health issues.

A worker said, "Overtime should be voluntary but we don’t have a choice. It's difficult to ask for break or take leave for family emergencies."

In addition, the company promised to give a USD14 bonus to outstandingly skilful workers and USD9 for good workers and additional pay for overtime but that promise has not been carried out.

Nguyen Duc Y, chairman of the union of industrial zones in Ba Ria-Vung Tau Province said that they had held meetings with local authorities and Formosa to ask them to follow up on their promise to the workers. As the company does not provide an extra meal, the workers have asked for additional pay to cover the overtime.

Chau Van Thang, chairman of Ba Ria-Vung Tau Labour Federation, said the local unions had just been established recently and lacked experience so they hadn't report the case in time. They have sent people to work with Formosa to resolve the case.

Formosa agreed to consider the pay overtime and bonuses for extra output but said they already added the bonus as well as hazardous duty pay to the VND3.1m (USD141) basic wage. The monthly wage workers receive is VND3,480,000 (USD158). - Vietnam Net, 15/6/2016

Friday, June 3, 2016

Pekerja Atlas Ice - Majikan Gagal Membuat Caruman KWSP Untuk Komisyen/'Profit Sharing"?


JUTAAN RINGGIT SENGAJA DILESAPKAN DARIPADA AKAUN KWSP PEKERJA AKIBAT MAJIKAN TIDAK MENCARUM KWSP KE ATAS KOMISEN LEBIH 20 TAHUN

PROTES DAN ADUAN TERHADAP KWSP OLEH PEKERJA ATLAS AIS TERHADAP ISU PENYELEWENGAN MAJIKAN ATLAS EDIBLE ICE SDN BHD DALAM PENCARUMAN KWSP UNTUK KOMISEN DAN KOMPLOT PEGAWAI KWSP DENGAN MAJIKAN DALAM ISU INI

Solidariti pekerja mengutuk penyelewangan ini dan memberikan sokongan ke atas tuntutan pekerja. Hampir 100 pekerja daripada Atlas Edible Ice Sdn Bhd daripada cawangan Kepong dan Batu Caves hadir untuk memprotes terhadap komplot majikan dan pegawai KWSP dan menuntut siasatan adil dan telus daripada pihak KWSP.


Bayaran Yang Wajib Bagi Caruman KWSP (dari Laman KWSP)
Secara dasarnya, semua bayaran yang merupakan upah akan diambil kira dalam pengiraan jumlah caruman bulanan anda. Ini termasuk:
  • Gaji
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.
Berasaskan maklumat daripada Laman Web Rasmi KWSP, Majikan perlu membuat caruman untuk komisyen yan g dibayar kepada pekerja. Jika guna perkataan 'Profit Sharing' pun, terpaksa membuat caruman KWSP. 

Ingat jika majikan gagal berbuat demikian 

Kandungan surat yang dihantar oleh pekerja adalah seperti berikut:

Pekerja ATLAS Edible Ais (Cawangan Kepong dan Batu Caves),
Lot 155-158, Jalan Sri Ehsan 7,
Taman Sri Ehsan, Kepong,
52100, Kuala Lumpur.
 
2hb. Jun 2016
 
Kepada,
Ketua Pegawai Eksekutif,
Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Tuan,

PEKERJA ATLAS EDIBLE AIS SDN BHD MENUNTUT SIASATAN DAN TINDAKAN PIHAK KWSP TERHADAP:
PENYELEWENGAN AKTA KWSP DAN KOMPLOT DENGAN MAJIKAN OLEH V.KANAGASOTHY (PENGURUS, JABATAN PENGUATKUASAAN, KWSP JALAN RAJA LAUT)
PENIPUAN DAN PEMALSUAN CARUMAN KWSP KE ATAS KOMISEN/INSENTIF OLEH MAJIKAN ATLAS EDIBLE AIS SDN BHD SELAMA LEBIH 20 TAHUN

Merujuk kepada perkara di atas, kami para pekerja Atlas Edible Ais Sdn. Bhd. ingin menuntut pihak KWSP membuat siasatan adil dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menegakkan hak dan kebajikan pekerja. Atlas Ais Edible Sdn Bhd. (No. Pendaftaran: 198860) dianggarkan mempunyai 100 cawangan dan dalam 1000 pekerja di seluruh Malaysia yang merupakan antara pengeluar dan pemasar ‘Edible Ais’ terbesar di negara ini. 

Penjelasan dan hujah kami untuk siasatan dan tindakan KWSP adalah seperti berikut: 

Lebih 20 tahun majikan tidak mencarum untuk komisen/insentif

Para pekerja Atlas Edible Ais Sdn Bhd. terdiri daripada pemandu dan pembantu lori selain daripada pemproses ais. Pemandu dan pembantu lori yang memasarkan dan menghantar ais ke pelanggan akan memperoleh komisen berdasarkan kepada jumlah berat (dalam tan) jualan harian ais. Komisen di bayar secara bulanan berdasarkan jumlah tan keseluruhan jualan pada sesuatu bulan. 

Berdasarkan kepada seksyen 2 akta KWSP majikan wajib mencarum untuk komisen. Seksyen 2 Akta KWSP menetapkan bahawa “Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya. Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP: Gaji , Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan, Bonus, Elaun, Komisen, Insentif, Tunggakan upah, Upah bagi cuti bersalin, Upah bagi cuti belajar, Upah bagi cuti separuh gaji dan bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya. “ 

Tetapi, selama kami bekerja dengan Atlas Ais majikan tidak mencarum untuk komisen. Kami menjangkakan berjuta-juta ringgit yang sepatutnya berada di akaun-akaun KWSP warga pekerja Atlas seluruh Malaysia dengan sedar telah dilesapkan oleh majikan. 

Penukaran daripada terma ‘komisen/insentif’ kepada terma ‘profit sharing’

Sebelum 2006, majikan yang mencetak ‘Commision or Incentive’ dalam slip gaji telah sengaja menukar kepada ‘Profit Sharing’ tanpa pengetahuan pekerja untuk terus menyeleweng daripada tanggungjawab untuk mencarum kepada KWSP bagi bayaran komisen. Tetapi sifat kerja (nature of work) kami masih sama, dan majikan telah terus berurusan dengan kami sehingga kini dengan menggunakan terma komisen. Tindakan majikan ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu penyelewengan telah dirancang dengan teliti untuk sekian lama.

Pembayaran secara tunai kepada pekerja cawangan Nilai untuk menutup isu komisen daripada tersebar ke cawangan-cawangan lain

Isu penyelewengan terhadap komisen oleh majikan telah dibangkitkan oleh pekerja Atlas cawangan Nilai pada tahun lalu, dan akibat desakan pekerja majikan telah mula mencarum untuk komisen pada bulan April 2015. Pekerja cawangan Nilai juga telah mendesak majikan cawangan Nilai untuk membayar semula caruman tahun-tahun sebelum ini berdasarkan akta KWSP. Tetapi dengan syarat isu ini tidak disebarkan ke cawangan-cawangan lain dan tidak di bawa ke KWSP, majikan telah membayar secara tunai dengan kadar 13 peratus untuk 7 tahun kepada para pekerja Nilai pada bulan November 2015 .

Pencaruman KWSP untuk ‘Profit Sharing’

Majikan Atlas Ais yang telah mula mencarum untuk ‘Profit Sharing’ di cawangan Nilai pada bulan April 2015, hanya mencarum untuk cawangan-cawangan lain mulai bulan Oktober 2015. Dan penyelesaian yang dibuat dengan pekerja Nilai telah disembunyikan daripada pengetahuan cawangan-cawangan lain walaupun kami juga adalah pekerja di bawah syarikat Atlas Edible Ais yang sama. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa majikan telah merancang dengan licik untuk menyembunyikan penyelewengan ini. 

Kini apabila pekerja di cawangan Kepong dan Batu Caves mempersoalkan tindakan majikan mengapa baru nak mencarum dan apa jadi dengan tahun-tahun sebelum ini, majikan sekarang berkata ini adalah disebabkan kononnya mereka ‘perihatin terhadap kos hidup pekerja dan untuk memastikan pekerja mempunyai simpanan masa tua yang lebih’ (Lampiran 3).

Ini adalah satu penyelewengan yang jelas dan selama ini majikan yang berhujah kepada pekerja ‘Kukuh Syarikatku, Kukuh Nafkahku’ rupa-rupanya telah mempergunakan kepercayaan kami terhadap majikan untuk mencabul hak kami semata-mata untuk mengukuhkan keuntungan syarikat dengan membelakangkan kebajikan dan hak pekerja.

Penyalahgunaan kuasa Encik Kanagasothy

Pihak pekerja cawangan Kepong dan Batu Caves telah melakukan dua rundingan dengan majikan untuk menuntut penyelesaian ke atas penyelewengan tersebut. Tetapi majikan telah mempergunakan surat Encik V. Kanagasothy, Pengurus jabatan Penguatkuasaan di KWSP Jalan Raja Laut yang bertarikh 24/8/2015 sebagai kata muktamad untuk tidak menyelesaikan penyelewengan ini. 

Kandungan surat tersebut yang ditulis dalam Bahasa English tersebut diterjemahkan seperti berikut :
 
 “Berdasarkan fakta-fakta dan dokumen sokongan yang diberikan oleh anda (majikan), jabatan ini berpendapat bahawa Pembayaran ‘Profit Sharing’ yang dibuat kepada pemandu dan Lorry Atendan oleh syarikat anda BUKAN tertakluk kepada SUMBANGAN KWSP memandangkan pembayaran ini tidak dianggap sebagai ganjaran kerana pekerja di bawah kontrak pekerjaan anda, dan dengan itu tidak termasuk dalam takrif Upah di bawah seksyen 2 Akta KWSP 1991.”

“Keputusan itu adalah semata-mata berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh anda (majikan) dan mungkin berbeza sekiranya terdapat apa-apa fakta bercanggah disediakan oleh mana-mana pihak lain pada masa akan datang”.

Apabila kami merujuk surat ini kepada pegawai KWSP di cawangan Batu Caves, beliau menegaskan bahawa surat ini tidak sepatutnya dikeluarkan dan alasan Encik V. Kanagasothy bercanggah dengan Akta KWSP. Walaupun kami menyatakan kepada majikan bahawa surat ini boleh dipertikaikan berdasarkan perenggan kedua, tetapi majikan dengan merujuk kepada surat Encik V. Kanagasothy mengatakan ini adalah keputusan muktamad KWSP untuk tidak menyelesaikan penyelewengan ini. 

Kami juga telah mempersoalkan, jika surat daripada KWSP kepada majikan Atlas yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2015 sudah dimuktamadkan seperti kata KWSP, mengapa pembayaran telah dibuat oleh majikan kepada pekerja cawangan Atlas di Nilai pada bulan November 2015 ?

Kami amat tertipu dengan tindakan pegawai KWSP tersebut yang telah dipergunakan oleh majikan untuk menyeleweng hak pekerja. Memandangkan surat Encik V. Kanagasoth bercanggah dengan Seksyen 2 Akta KWSP, kami merasakan pegawai KWSP yang sepatutnya mempertahankan hak pekerja, telah berkomplot dengan majikan untuk meneruskan penyelewengan dalam isu caruman ke atas komisen. Justeru itu, kami menyeru Lembaga Pengarah dan pihak bertangungjawap dalam KWSP membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai ini untuk menegakkan kebenaran dan ketelusan. 

Pihak KWSP harus menuntut majikan mengembalikan semula caruman KWSP terhadap komisen yang tidak dibayar selama ini.

Justeru itu kami menuntut agar pihak KWSP menyiasat penyelewengan ini dan memastikan semua pekerja Atlas Ais di seluruh Malaysia mendapat keadilan dalam isu ini.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan adil yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Terima kasih 

Tandatangan Para pekerja dilampirkan

s.k –

Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Putra Jaya
Ketua Pengarah Jabatan tenaga kerja Semenanjung Malaysia, Putra Jaya
Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Subang Jaya
Komisoner, Suhuhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (SUHAKAM), Kuala Lumpur