Tuesday, June 28, 2016

Kerajaan Selangor tak bantu pekerja di Selangor yang hilang pekerjaan? Tak prihatin?

Kerajaan sepatut menjaga kebajikan rakyat, dan agak mengecewakan melihat kerajaan Pembangkang Selangor berdiam diri saja mengenai isu pekerja di Selangor kehilangan kerja (dan pendapatan). 
 
Memang benar, bahawa kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian lain,yang harus bertanggungjawab mengenai isu tenaga kerja dan kehilangan kerja - tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab.. 
 
Sehingga kini, kerajaan BN gagal mengadakan skima(scheme) sapertimana terdapat di Thailand, di mana mereka yang kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja, akan di bayar Faedah/Bantuan Kehilangan Kerja, yang jika tak salah adalah pembayaran 50% gaji bulanan untuk jangkamasa maksima enam(6) bulan atau sehingga pekerja berkenaan mendapat kerja baru - di mana kerajaan juga akan membantu pekerja mencari kerja baru...
 
Jika BN gagal dalam tanggungjawab mereka - bagaimana pula Kerajaan Pembangkang di Selangor, dengan Menteri Besar PKR Azmin Ali? Apakah yang mereka melakukan untuk membantu pekerja di Selangor mengatasi masalah yang kini dihadapi?
 
Baru-baru ini dilapurkan bahawa lebih kurang 32 pekerja di kilang besi akan kehilangan kerja apabila kilang mereka berhenti beroperasi pada 15 Julai. Ada banyak lagi kes mengenai pekerja di Selangor yang kehilangan kerja - justeru kehilangan sumber pendapatan.
 
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan Selangor mengenai perkara ini? Adakah mereka memberikan bantuan interim/sementara kepada pekerja sedemikian sehingga mereka berjaya mencari kerja baru? Adakah kerajaan Selangor membantu pekerja berkenaan mencari pekerjaan baru?
 
Dalam kes kilang besi ini, ada pekerja terbait yang sudah berusia lebih 50 tahun - dan mereka akan susah mencari pekerjaan baru, atau pekerjaan lain yang akan memberikan mereka pendapatan yang sama sapertimana mereka mendapat kini. Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk membantu pekerja yang sangat memerlukan bantuan ini? Adakah kerajaan Selangor akan cuba berunding dengan bank/institusi kewangan yang memerlukan pekerja terbabit teruskan bayaran bulanan menjelaskan hutang supaya ada kelonggaran - mungkin 'tak perlu bayar sehingga dapat kerja baru'? 
 
Harus diingat bahawa President(Acting) MTUC kini juga seorang Ahli Parlimen PKR dari Selangor..
 
Semestinya MTUC pasti boleh bercadang dan Selangor akan mendengar dan melaksanakan demi kebaikkan pekerja..


Lagi pekerja hilang pekerjaan menjelang Raya

 | June 28, 2016 
 
Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.
kilangbesi

BANGI: Kira-kira 32 orang pekerja sebuah kilang besi di sini putih mata selepas operasi kilang tersebut dikhabarkan akan ditutup pada 15 Julai akan datang.
Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.
Zainuddin Salam, 57, berkata tindakan majikannya itu menyebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kurang meriah.
“Saya belum membuat apa-apa persiapan pun untuk sambutan hari raya yang tidak lama sahaja lagi. Saya tak sampai hati sambut dalam situasi begini.
“Majikan boleh memberi pelbagai janji manis, tetapi jika soal pampasan tidak dipertimbangkan, masalah besar bagi saya dan pekerja lain seperti saya,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Pejabat Tenaga Kerja, Bangi, hari ini.
Pekerja juga mengeluh bahawa pemberhentian kerja secara serta-merta mungkin akan menyebabkan mereka menanggung beban hutang bersendirian.
Balakrishnan Sinalagan, 51 berkata selain risau akan hilang punca pendapatan, beliau bimbang masih belum menerima sebarang notis pampasan sedangkan notis penutupan operasi telah diberikan.
 
“Saya sudah tua, siapa lagi yang mahu mengambil saya bekerja? Saya masih terikat untuk bayar balik hutang yang banyak setiap bulan. Mulai bulan depan, kewangan saya akan menjadi rumit dan saya tidak pasti bagaimana untuk uruskannya,” katanya yang sudah bekerja lebih 20 tahun di syarikat berkenaan.
Ketiadaan kata putus mengenai pampasan menjadi kebimbangan utama pekerja yang rata-rata bekerja untuk tempoh yang agak lama.
Sementara itu, AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan Tabung Pemberhentian Kerja bagi membela nasib pekerja yang semakin ramai terperangkap dalam kekangan ekonomi ini.
“Krisi ekonomi melanda negara setiap 10 tahun sekali dan impaknya kepada majikan daripada meneruskan operasi dan pekerjanya yang terpaksa dihentikan kerja.
“Syarikat muflis dan pekerja hilang punca pendapatan secara tiba-tiba. Lebih buruk, pekerja tidak dibayar gaji dan pampasan. Walaupun menang di mahkamah buruh, peluang untuk pekerja mendapat ganti rugi amat tipis,” katanya. - FMT News, 28/6/2016

No comments:

Post a Comment