"....Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Penubuhan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahagian Pahang di
sini, hari ini.
Rabu lalu, Najib serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan
Nasional menandatangani ikrar tersebut bersama Transparency
International Malaysia (TI-Malaysia).
Dalam pada itu, Adnan mahu MTUC Pahang bekerjasama dengan majikan
di negeri ini dalam memastikan golongan pekerja dan majikan menjalin
hubungan yang erat sekaligus dapat mewujudkan persekitaran pekerjaan
yang lebih selesa dan kondusif.
"Di samping mempertahankan hak-hak golongan pekerja, MTUC perlu
seimbangkan hubungan pekerja dan majikan, bagi memastikan perusahaan
berjalan lancar supaya dapat menyumbang dan menjana ekonomi negeri,"
katanya.
Pada majlis tersebut Adnan turut meluluskan peruntukan pentadbiran untuk MTUC Pahang sebanyak RM25,000.
Turut hadir Timbalan Presiden MTUC, Mohd Jaafar Abd Majid. - BERNAMA- Berita Harian,
No comments:
Post a Comment