Monday, February 25, 2013

Peliharalah hak-hak pekerja dan majikan, demi perhubungan perusahaan yang baik - Menteri Besar

Sumber: Blog Khabar Pahang

 Peliharalah hak-hak pekerja dan majikan, demi perhubungan perusahaan yang baik - Menteri Besar


“… (dalam) kontrak kerja, majikan ada hak dia, pekerjapun ada hak dia. Apakah hak-hak itu? (Hak-hak untuk mendapat) pendapatan yang lebih baik, faedah yang lebih baik, tempat kerja yang lebih baik; untuk pekerja.
“Tapi, untuk mendapat ketiga-tiga ini, apa pula (hak-hak yang wajar) untuk majikan? Mestilah produktiviti yang tinggi (yang akan menjamin) keuntungan untuk syarikat. Kalau syarikat rugi, tutup (dan) kita (pekerja juga yang) hilang kerja.”

DATO' SRI DIRAJA ADNAN BERSAMA KEPIMPINAN MTUC & MTUC PAHANG...
KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyarankan agar masing-masing pekerja dan majikan, sentiasa memelihara hak-hak mereka demi melangsungkan perhubungan perusahaan yang baik di negara dan negeri ini.
Saranan ini dibuat dalam ucapan 35-minit luar teksnya sempena mesyuarat penubuhan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Pahang pagi Ahad, 24 Februari di sini.  
Menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, sepertimana pekerja mempunyai hak-hak mereka yang harus diberikan oleh majikan, begitulah juga majikan turut mempunyai hak-hak tertentu yang perlu diberikan oleh pekerja kepadanya.  
“… (dalam) kontrak kerja, majikan ada hak dia, pekerjapun ada hak dia. Apakah hak-hak itu? (Hak-hak untuk mendapat) pendapatan yang lebih baik, faedah yang lebih baik, tempat kerja yang lebih baik; untuk pekerja.
“Tapi, untuk mendapat ketiga-tiga ini, apa pula (hak-hak yang wajar) untuk majikan? Mestilah produktiviti yang tinggi (yang akan menjamin) keuntungan untuk syarikat. Kalau syarikat rugi, tutup (dan) kita (pekerja juga yang) hilang kerja,” katanya.

MENTERI BESAR YANG JUGA 'MESRA-PEKERJA'... Oleh kerana sikap bersahaja dan mesranya yang terserlah dalam ucapan 35-minitnya, menyebabkan para hadirin dalam kalangan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, begitu suka dan riang dengannya.   

MASALAH TIMBUL BILA SYARIKAT UNTUNG, TAPI…
Masalah timbul apabila syarikat yang memperolehi keuntungan kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, tidak menunaikan ketiga-tiga hak kepada para pekerja lalu berlaku eksploitasi, yang dengan itu boleh dipertikaikan.
“Tapi, ramai juga pekerja-pekerja yang tuang – patut kerja lapan (8) jam (tapi) kerja enam (6) jam. Kemudian, lat-lat hari ambil M.C (Medical Certificate atau cuti sakit). Ini kita kena fikir.
“Oleh sebab itu, dalam (pada) kita aktif dalam kesatuan (dengan memperjuangkan hak-hak pekerja), kita kena juga berfikiran secara rasional.
“Kita pastikan pekerja-pekerja kita adalah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh majikan (dan) kita berikan yang terbaik. Majikan pula juga, mestilah menentukan bahawa (apabila) mereka dapat untung, mereka tidak mengeksploitasi bahkan mesti menjaga kebajikan pekerja-pekerja,” tegasnya.
Mengulas lanjut mengenai perkara yang sama pada persidangan media kemudian kata Menteri Besar, perhubungan baik pekerja-majikan menjadi lebih perlu sementelah pelaburan semakin banyak bakal berlaku di negeri ini dengan terlancarnya Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) baru-baru ini.
'ORATOR' YANG TIDAK KURANG JUGA HEBATNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan memberi reaksi positif kepada ucapan Encik Shahrizat. Antara lain yang disebut Shahrizat ialah betapa beliau hingga hendak menitiskan air mata kerana menyaksikan Dato' Sri DiRaja Adnan hadir bersama-sama sungguhpun bilangan 'audiens' pada majlis itu menurutnya, tidaklah setimpal dengan kedudukan tinggi Menteri Besar. 

"Inilah pemimpin berjiwa rakyat sebenarnya," kata Shahrizat mengenai Dato' Sri DiRaja Adnan yang serentak itu menerima tepukan para hadirin dalam kalangan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di negeri ini.    

JANGAN BERLAKU EKSPLOITASI
Sehubungan itu katanya, MTUC perlu memberi perhatian yang lebih kepada perkembangan ini agar tidak berlaku gejala-gejala eksploitasi pekerja oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggung jawab.
“Tetapi pada ketika yang sama juga,” beliau mengingatkan, “MTUC mesti juga menekankan bahawa majikan-majikan bertanggungjawab (adalah) dialu-alukan. Jangan pula kita menyebabkan pelabur-pelabur lari”.
Dalam ucapannya 35-minitnya juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut meminta para pekerja agar dapat hidup dan berbelanja menurut kemampuan sendiri yang mana, “Kita kalau gaji kecil, buat cara gaji kecil”.
“Masalah kita ini, kita hidup di luar kemampuan, ini tak boleh. Kita kucing nak berak gajah, tak boleh,” katanya yang menderaikan ketawa hadirin. “Gajah boleh berak kucing bila gajah sembelit,” katanya menyebabkan hadirin ketawa lagi yang disusuli dengan tepukan.
“Dan saya ingin tegaskan, saya adalah sentiasa sahabat saudara-saudara. Kalau ada apa-apa beritahu…,” katanya lalu mendapat tepukan lagi. “Kalau ada maklumat-maklumat yang patut kita kongsi bersama, kita kongsi.

MEDIA TETAP DILAYANINYA... 

TAKKAN BIARKAN KALAU ADA PENINDASAN
“Saya bukan musuh saudara-saudara. Saya adalah sahabat dan insyaAllah, akan menjaga kepentingan pekerja-pekerja dan saya tidak akan membiarkan kalau ada penindasan berlaku. Sebarang penindasan kita lawan habis-habis,” tegasnya.
Beliau turut mengumumkan pemberian RM25,000 yang akan disalurkan ke dana MTUC Pahang bagi digunakan untuk urusan pentadbiran harian, manakala permintaan untuk geran tahunan sedang dipertimbangkan.
Antara yang turut hadir ialah Timbalan Presiden MTUC, Encik Mohd Jaafar Abdul Majid; Setiausaha Penaja, MTUC Pahang, Encik Shahrizat Abu Bakar; serta, Pengerusi Penaja, MTUC Pahang, Encik Rosaini Ramli. – Khabar     

No comments:

Post a Comment