Friday, October 21, 2016

Hak pekerja mengundi dan memilih kepimpinan MTUC tidak ada? REFORMASI...

Hanya lebih kurang 470 yang telah mengundi pada pilihanraya MTUC 2013 dan memutuskan siapakah Presiden, Setiausaha Agung dan Exco MTUC? Adakah ini wajar? [Lihat undi yang diperolehi semasa pemilihan 2013]

Ada yang kata, ini adalah undi wakil Union - wakil yang mewakili semua pekerja ahli dalam sesuatu union. Adakah semua ahli dalam sesuatu Kesatuan telah membuatkan pengundian awal - dan wakil hanya mengundi berasaskan keputusan ahli Kesatuannya? Atau adakah keputusan dibuat diperingkat Exco - di mana pasti ada minit mesyuarat? Atau hanya wakil yang membuat keputusan sendiri...

DEMOKRASI - Nyata pemilihan kepimpinan pekerja yang bakal diiktiraf kepimpinan semua pekerja dan Kesatuan Sekerja di Malaysia perlu perubahan drastik...

Untuk permulaan, mungkin semua ahli Union yang menjadi ahli MTUC harus diberikan hak memilih kepimpinan MTUC...

Ada yang kata bahawa ini tidak adil kerana ini bererti Union yang besar akan dominasi dalam MTUC - Kalau begitu, biarkan semua ahli di peringkat Union mengundi - dan wakil kesatuan kemudian mengundi berasaskan keputusan diperingkat Union...atau tak perlu undi hanya lapurkan keputusan pengundian di peringkat Union.

Apa yang perkara yang positif yang akan muncul, calun yang mahu menang kini terpaksa turun padang berkempen diperingkat pekerja ahli Union - dan tidak lagi hanya perlu kempen dengan wakil-wakil yang akan mengundi...

Sekiranya dilihat, untuk 3 tahun yang lepas, kepimpinan MTUC hanya telah keluarkan lebih kurang 60 kenyataan media/pengumuman/ucapan dalam bahagian 'Statement' atau 'Kenyataan' di laman web MTUC - 20 setahun adalah sangat rendah - dan nyata MTUC tidak juga mengeluarkan kenyataan setiap kali dilapurkan dimedia bahawa pekerja dibuang kerja (lay-off), dan lain-lain. Ingat MTUC mewakili semua pekerja dan kesatuan di Malaysia - dan mereka terpaksa membuat respon melalui kenyataan setiap kali dilapurkan sesuatu mengenai pekerja. MTUC perlu berjuang untuk semua pekerja. [Kenapa kenyataan sebelum penggal kepimpinan MTUC penggal 2013 bermula - adakah ini disengajakan? Pekerja berhak mengetahui semua kenyataan yang mendedahkan pendirian MTUC dari awal lagi...kini hanya dipaparkan kenyataan bermula Januari tahun 2014] - lihat laman web MTUC 

Keputusan pemnilihan akhir tahun 2013 adalah saperti berikut...


Name

Union
Vote Rec’d
Spoilt Votes
Total
President
Mohd Khalid Bin Atan
TEUPM
297
Abdul Halim Bin Mansor
NUPCIW
173
Total
470
3
473
Deputy President
YB Abdullah Sani Bin Abdul Hamid
CEUPM
213
Abdul Razak Bin Md Hassan
RUM
175
Mohd Jabarullah Bin Abdul Kadir
MASEU
84
Total
472
1
473
Secretary General
Gopal Kishnam a/l Nadesan
NUTEAIW
283
A. Prem Kumar
AME
99
Mohd Jaafar Bin Abd Majid
NUTE
89
Total
471
2
473
Deputy Secretary General
A.Balasubramaniam 
UNIPASS
196
Kamarul Baharin Bin Mansor
Southern Waste
146
R. Jey Kumar
AMESU
76
Samuel Devadasan
MTSU
55
Total
473
0
473
Financial Secretary
Awang Bin Ibrahim
UBIW
316
Ng Peng Ho
CIMBEU
129
Zulfakar Bin Mohamed
NUDIW
26
Total
471
2
473
Deputy Financial Secretary
Harry Tan Huat Hock     
NUTP
365
M. Maree
NS Textile
102
Total
467
6
473
Vice President (Private Sector)
Mohd Khir Bin Mansor
Perodua
323
Matkar Bin Siwang 
FIEU
308
J. Solomon
NUBE
295
Bruno Periera
KSIEWBSM
269
Ng Choo Siong
ABOM
228
W. M. Naim Shukri
KPPTNB
196
Mohd Zaidi Sanusi
NorthPort
194
Catherine Jikunan
SBEU
96
S. Nadarajan
NUDIW
77
Hadiah Leen
Swk Bank
28
2
473
Vice President (Statutory Body)
Ahmad Helmi Bin Ibrahim
KWSP
375
Zainal Ismail
LAP
274
Ikhmal Azam Thanaraj Abdullah
UMGSU
256
S. Subramaniam
MRBSU
201
S. Ravindran
PMSU
180
2
473
Vice President (Public Sector)
Hashim Bin Adnan
NUTP
Uncontested
Rosni Binti Aziz
MNU
Uncontested
Kang Bee Leng
AUEGCAS
Uncontested

Sumber:- Laman Web MTUC

 

No comments:

Post a Comment