Monday, October 31, 2016

Mengapa Islam Menggalak Kesatuan Sekerja? (Labour Bulletin)

Mengapa Islam Menggalak Kesatuan Sekerja

Pandangan lslam terhadap buruh atau kesatuan sekerja amat mendukacitakan. Kebanyakan pemikir-pemikir Islam kurang arif tentang hal perburuhan. Minoritinya telah menulis secara mudah dan juiur akibat dari kurang pendedahan. Kisah-kisah Nabi Nuh sebagai tukang kayu, Nabi ldris sebagai tukang jahit, Nabi Musa dan Nabi Muhamnad sebagai pengembala kambing. Dua atau tiga Hadis mengenai pekerjaan selalu disebut tetapi ini sahajalah bahan mengenai perburuhan yang dimiliki oleh para pemikir Islam tradisional. Kebanyakan daripada mereka yang telah menulis mengenai perburuhan cuba mengelak daripada menyebut isu kesatuan sekerja seolah-olah perkara tersebut adalah menjadi pantang-larang. Malahan setengah daripada mereka percaya bahawa kesatuan sekerja tidak selaras dengan lslam dan peraturan-peraturannya.
Sikap ini tidak berasas sekali dan sebab utamanya ialah kerana mereka kurang arif dan kurang pendedahan terhadap isu kesatuan sekerja. Mereka tidak mendapati apa-apa rujukan mengenainya di kitab-kitab Fiqh, Hadis atau Tafsir yang ditulis 10 abad yang lalu. Kesudahannya, terjadilah suatu jurang pemisahan yang besar diantara pemikir-pemikir Islam moden dan pemikir-pemikir Islam tradisional mengenai isu yarg penting ini. Inilah sebab utamanva dan bukannya perbezaan di antara nilai Islam dan kewujudan kesatuan sekerja.
Organisasi-organisasi Ketukangan Dalam Islam
Organisasi-organisasi ketukangan (Guilds) (pendahulu kepada kesatuan sekerja) telah lama wujud dalam masyarakat lslam sejak awal abad ketiga lagi. lbn Battuta (1304-1378M) yang menjelajahi dunia di sebelah sini sebelum Marco Polo menulis tentang Goudia atau Karmia di bandar-bandar lslam di Asia yang dilawatinya. Persatuan-persatuan ini digelar Persaudaraan dan fraternitas. Ianya diorganisasikan mengikut seni kemahiran ketukangan masing-masing. Tiap-tiap persatuan mempunyai masjidnya tersendiri yang digunakan sebagai ibu pejabat dan tapak untuk majlis-majlis dan perayaan-perayaan.
lbn Battuta menyatakan akan kekagumannya akan dengan adat resam serta layanan ramah mesra mereka. Jalinan yang erat diantara pertubuhan ini dengan Ahli-ahli Sufi sungguh ketara. Setiap bidang ketukangan mempunyai sheikh atau imamnya tersendiri. Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan rasmi dengan Al-Mutasib, pegawai awam yang bertanggungiawab dalam hal ehwal pemasaran. Ia mengawal kemahiran (pekerjaan), mengeluarkan polisi serta mewakili pemilik-pemilik (majikan), pekerja dan apperantis. Tiada siapa boleh menubuhkan “woksyop” tanpa kebenaran daripada pertubuhan ini. Majlis akan diadakan untuk meraikan ahli-ahli baru. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan doa dibacakan untuk kesejahteraan semua dan diakhiri dengan doa untuk Nabi Muhammad S.A.W.
Organisasi-organisasi ini wujud hingga ke awal kurun ke-19. Menurut Ali Pasha Mubarik (1823-1893) dianggarkan ada 198 persatuan di Kaherah dalam separuh abad ke-19 dengan jumlah ahli persatuan sebanyak 360,489 orang. Dimasa inilah berakhir satu adat dan tradisi dimana majlis menerima pekerja baru mengikut lunas-lunas Islam. Di dalam majlis ini bacaan al-Quran diperdengarkan dan peserta baru dikalung lengannya dengan gelang dan diakhiri dengan doa selamat untuk sheikh dan nabi Muhammad S.A.W.
Hubungan antara persatuan-persatuan ini dan Tarikat Sufi sebagai satu pihak dengan Al-Mutasib sebagai pihak yang lain membuktikan bukan sahaja persatuan ini diakui sah didalam tamadun Islam dari abad ke-3 hingga abad ke-13 tetapi juga memainkan peranan yang berguna kepada ahlinya, pelanggan-pelanggan, industri itu sendiri dan masyarakat secara umumnya.
Memang ada perbezaan di antara organisasi-organisasi ketukangan ini dengan kesatuan sekerja moden akan tetapi pada dasarnya adalah sama. Masing-masing mewakili ahli-ahlinya dan mempertahankan hak-hak mereka. Jika fungsi ini tidak selaras dengan prinsip-prinsip Islam mengapa masyarakat Islam menerimanya selama 10 abad mengiktiraf dan yakin dengan kewujudannya untuk berfungsi sebagai agen pembangunan di dalam masyarakat tersebut.
Matlamat Kesatuan Sekerja: Keadilan
Jika kita ingin menerangkan matlamat kesatuan sekerja dalam satu perkataan; perkataannya ialah keadilan. Kesatuan sekerja ditubuhkan untuk menegakkan keadilan hakiki. Kesatuan sekerja ditubuhkan untuk menghalang ketidakadilan dan membolehkan pekerja hidup dengan selesa. Jika matlamat utama kesatuan sekerja ialah keadilan begitu juga matlamat Islam. Mengapa? Kerana lslam bukan hanya agama untuk beribadat sahaja. Ia merangkumi aspek-aspek sosial, dan potitik sebagai Ad-din mengharam kezaliman dan riba dan menggerakkan Al-syura dan zakat adalah contoh-contoh jelas prinsip-prinsip Islam di dalam politik dan ekonomi. Keadilan adalah dasar utama Islam dan inilah yang membezakan Islam dengan agama-agama yang lain.
Islam mengiktiraf hak-hak orang ramai untuk hidup tanpa lapar dan ketakutan. Dan menganggap ianya satu sebab untuk memuja tuhan, “Maka hendaklah mereka menyembah tuhan Kaabah ini (ALLAH) yang telah memberi makan kepada mereka kerana kelaparan dan telah mengamankan mereka daripada ketakutan” (Surah Quraisy: ayat 3 & 4). Dari segi politiknya perjuangan kesatuan sekerja khusus untuk mendapatkan makanan bagi mencegah kelaparan dan keselamatan dari ketakutan. Apabila Nabi Muhammad S.A.W melihat orang fakir Arab berpakaian koyak-rabak, baginda merasa sungguh malu sehingga merah mukanya, pemandangan begini sudah tentu membuat pemerintah Islam malu. Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memberi keadilan melalui undang-undang sedangkan individu-individu dan persatuan cuma boleh mengajarkan kebaikan sahaja.
Para Fuqaha ada menyatakan bahawa keadilan pemerintahan kafir lebih baik daripada pemerintahan Islam yang zalim kerana fungsi utama negara Islam adalah untuk menegakkan keadilan. Jadi bila kesatuan sekerja berdiri teguh dibelakang orang-orang miskin dan memperjuangkan keadilan, mereka sebenarnya memperjuangkan cita-cita dan tradisi Islam. Isu-isu yang perlu dibincangkan di sini, adakah keadilan yang dituntut oleh kesatuan sekerja sesuai dengan konsep keadilan yang dituntut oleh Islam. Konsep keadilan yang dituntut oleh kesatuan sekerja adalah mempunyai elemen yang sangat subjektif. Walaubagaimanapun keadilan yang dituntut oleh orang-orang miskin membuat ianya hampir dengan keadilan Islam.
lslam boleh memberi sunbangan ke arah untuk menyelesaikan krisis kesatuan sekerja apabila kesatuan sekerja Islam membuat tuntutan di atas dasar keadilan Islam, mereka akan memperolehi kesahihan, perundangan yang bercorak dan mirip kepada lslam. Ini bertetapan dengan apa yang dilaungkan oleh Konfederasi Buruh Islam Antarabangsa.
Hak untuk Berkesatuan
Setengah pemikir Islam berpendapat Islam melarang pekerja dari bergabung. Islam bukan hanya mengiktiraf pergabungan malahan menggalakkannya. Adalah diketahui umum bahawa Islam memuji perkumpulan dan menggalakkan umatnya bersembahyang berjemaah. Logiknya apabila individu-individu berkumpul kesemua mereka akan melupakan kepentingan peribadi masing-masing dan berjuang ke arah keadilan. Jemaah akan menghapuskan sikap pentingkan diri sendiri, satu dosa dalam semua agama. Islam mengajar umatnya bekerjasama dalam semua hal dan mengucapkan salam diantara satu sama lain. Apabila pekerja-pekerja bersatu untuk menyelesaikan masalah mereka bersama mereka telah mengikut peraturan dan petunjuk Islam.
Hak untuk Pemulauan dan Mogok
Islam membolehkan kesemua orang yang dinafikan haknya yang dilindungi dibawah undang-undang, dilayani dengan buruk, dan dizalimi mempertahankan hak mereka. Atas prinsip inilah jihad diwajibkan oleh Islam. lni telah dihuraikan dengan jelas di dalam ayat 39, Surah Al-Haj dimana perang dihalalkan. “Telah diizinkan (berperang) ke atas orang-orang yang diperangi, disebabkan mereka teraniaya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka itu.” Dan seterusnya ayat 42 al-Syura “Hanya ada jalan terhadap orang-orang yang aniaya kepada manusia dan berbuat bencana kepada muka bumi tanpa kebenaran untuk mereka, seksa yang pedih.” Dari ayat tersebut serta banyak ayat-ayat tersebut, lslam dengan jelas memberi hak kepada seseorang untuk mempertahankan hak dan kebebasan.
Seorang Fuqaha yang terkenal Tag El Din Abdul Wahab al-Subky (wafat 777M) telah menulis satu buku mengenai tanggungjawab pekerja untuk menghindar dari terlibat dengan keria-kerja yang bercanggah dengan hukum-hukum Islam. Dia menyebut pegawai penjara wajib menolong membebaskan banduan iika ianya benar-benar dianiayai. Tukang gantung tiduk menggantung pesalah jika didapati pesalah sengaja dianiaya – jika tidak dia akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. – Tukang tidak boleh menggunakan kulit babi dan seterusnya “Tidak dibenarkan mematuhi perintah manusia jika ianya bercanggah dengan perintah Tuhan.” Tuhan tidak menerima pengabdian makhluknya jika ia menyalahi hukum Allah. lni ielas didapati dikebanyakan surah Al-Quran.
Pekerjaan dalam Islam ditadbir mengikut lunas-lunas Islam. Majikan dan pun pemerintah tidak boleh menyuruh pekerja membuat kerja yang bercanggah dengan lslam. Jika ini berlaku adalah menjadi hak dan tanggungjawab pekerja untuk mengelak dari melakukannya. Kita boleh menyatakan dengan yakin bahawa semua bentuk eksploitasi adalah bercanggah dengan ajaran Islam, dan pekerja berhak menentang eksploitasi tersebut secara damai.
Sekarang mari kita perjelaskan satu suku kata yang dibenci dan ditakuti iaitu mogok. Tindakan mogok dilakukan oleh pekerja-pekerja apabila semua saluran untuk perbincangan sudah buntu. Jika Islam memberi muslimin hak untuk mempertahankan tuntutan rnereka maka lslam tidak menghalang tindakan pasif seperti mogok. Tiada siapa yang boleh menyatakan dasar Islam tidak mengiktiraf mogok di dalam konteks masyarakat kapitalis ini. Yang penting bukan tekniknya akan tetapi niat dan tujuannya untuk menuntut keadilan. Jika ianya menepati dengan keadilan, Islam bukan hanya membenarkan malah menggalak tindakan tersebut.
Mogok adalah pertikaian perusahaan yang boleh mengakibatkan kekacauan, kemusnahan dan kehilangan harta benda. Ianya satu hukuman terhadap golongan kapitalis. Dalam ketiadaan keadilan Islam, mereka tiada pilihan. Jika keadilan Islam diaplikasikan di dalam undang-undang, mogok tidak perlu diadakan kerana keadilan Islam menjamin hak-hak para pekerja dilindungi. Jika ada percanggahan, mahkamah boleh memperbetulkannya.
Perjanjian Kolektif
Di dalam Islam ianya mengiktiraf kebebasan pihak-pihak yang terlibat dalam semua urusan atau transaksi sama ada dalam urusan jual beli dsb. lslam mengiktirafnya sekiranya ia menepati prinsip-prinsip dan peraturan Islam. Islam menekankan unsur-unsur kebebasan dan keadilan untuk kedua-dua pihak yang membuat perjanjian. Mesti bebas dari elemen-elemen paksaan dan menepati dengan kehendak peraturan-peratuan lslam.
Jika perjanjian itu dibuat di mana terdapat unsur-unsur paksaan atau penindasan atau ada di antara pihak yang terpaksa akur atau ia mengandungi unsur-unsur yang tidak halal maka perjanjian tersebut tidak dianggap sah disisi undang-undang. Bila kita membicarakan soal perjanjian diantara majikan dan pekerja, ia cukup jelas bahawa pekerja tidak setaraf dengan majikan. Dia tidak mempunyai hak walaupun memilikinya di segi undang-undang.
Pekerja perlu makan dan membantu keluarganya. Dia tidak mempunyai apa-apa cuma punyai tenaga empat kerat untuk bekerja keras atas syarat-syarat yang ditentukan oleh majikannya. Dia tidak mempunyai kuasa kerana tidak setanding dengan majikannya dan sentiasa di bawah tekanan sosial. Mereka juga tidak mempunyai kuasa tawar-menawar. Di sana terdapat perjanjian bertulis yang mereka terpaksa akur jika mereka ingin bekerja. Mereka tidak boleh mengubah suai mana-mana perjanjian tersebut. Mereka terpaksa menerima keseluruhan perjanjian itu atau jika tidak mereka akan hilang peluang menerima tawaran pekerjaan itu.
Pekerja terpaksa bekerja dan tiada pilihan lain, terpaksa menerima perjanjian itu walaupun ianya tidak adil. Perjanjian ini digelar “perjanjian berat sebelah.” Ianya tidak menepati prinsip-prinsip Islam. Seorang ulama yang muktabar Syahuda Abdul Kadir Auda di dalam bukunya Syariat Islam dan Undang-undang Moden memetik surah A1- Baqarah ayat 282 yang menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah perjanjian Islam. Ayatnya seperti berikut: “Hai orang-orang yang beriman, apabila akan membuat perjanjian untuk masa depan dengan satu sama lain hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu tuliskan dan hendaklah seorang penulis di antaramu menuliskannya dengan keadilan. Janganlah enggan penulis itu menuliskannya. Sebab itu hendaklah ia menuliskan dan hendaklah membacakan orang yang membuat perjanjian dan hendaklah ia takut kepada Allah dan janganlah dikurangkan hak orang sedikit pun. Kalau orang yang membuat perjanjian itu bodoh, lemah atau tiada kuasa membacakan, hendaklah walinya membacakan dengan keadilan. Persaksikanlah orang yang membuat perjanjian itu dengan 2 orang saksi lelaki dan jika tidak ada 2 orang saksi lelaki cukuplah seorang lelaki dan 2 orang perempuan di antara orang-orang yang kamu sukaii menjadi saksi, kerana jika lupa salah seorang di antara keduanya, teringat orang yang lain, jangan enggan saksi-saksi itu bila mereka dipanggil orang. Janganlah kamu malas menuliskan perjanjian itu, baik sedikit ataupun banyak hingga sampai janjinya.”
Mohamad Asad di dalam bukunya “The Message of Quran” menterjemahkan ayat yang bermula dengan:
Tuliskan perjanjian” dan selanjutnya “Tulis dengan keadilan…”
Daripada surah ini kita boleh mentafsirkan seperti berikut:
1. Perjanjian mesti bertulis.
2. Penulis berkecuali – bukan satu atau dua belah pihak – diamanahkan untuk menulis perjanjian itu. Mereka mesti membuatnya dengan keadilan.
3. Pihak “yang lemah” (tiada kuasa) mesti diberi kuasa untuk menentukan syarat-syarat perjanjian tersebut. Antara pekerja dengan majikan, pekerja adalah pihak yang lemah. Biasanya majikan yang mengutarakan syarat-syarat di dalam perjanjian bukannnya pekerja. Peraturan ini jelas bercanggah dengan surah ini.
4. Jika pihak yang berkenaan dengan perjanjian itu lemah atau kurang arif dan tidak mampu mengusulkan syarat-syarat, biarlah walinya membuatkan syarat-syarat tersebut. Peraturan ini sama seperti peraturan yang sebelumnya dan adalah sangat mustahak.
Mohamad Asad menerangkan makna lemah atau pihak yang tidah berkeupayaan di dalam pekerjaan. “Kerana mereka adalah lemah dari segi fizikal atau tidak memahami sepenuhnya istilah-istilah perniagaan yang digunakan di dalam perjanjian tersebut. Atau tidak fasih dengan bahasa yang digunakan di dalam perjanjian itu.” lnilah keadaan sebenar yang dialami oleh pekerja-pekerja sekarang ini.
Pekerja lemah disegi keadaannya sendiri: dia kurang arif dan tidak faham istilah-istilah yang ditulis di dalam perjanjian itu. Kebanyakan pekerja di negara-negara membangun termasuk di dalam golongan ini. Jadi penjaga perlu diamanahkan untuk menetapkan syarat-syarat bagi pihak pekerja. Tidak ada penjaga yang lebih sesuai untuk tugas ini selain daripada kesatuan sekerja.
Pada kesimpulannya surah diatas menegaskan tanpa ragu-ragu lagi bahawa perjanjian yang diputuskan oleh majikan terang-terang bercanggah dengan konsep yang dinyatakan oleh Al-Quran. Tidak ada pihak yang berkecuali menulis, menjadi saksi-saksi atau wali-wali untuk pihak pekerja. Perjanjian itu adalah perjanjian yang dipaksa kepada pihak pekerja. Sebaliknya perjanjian bersama yang dirundingkan oleh kesatuan sekerja dengan majikan terjamin dan mengandungi kesemua aspek-aspek dan unsur-unsur kebaikan lslam.
Diedarkan oleh:
Kesatuan Pekerja-Pekerja Harris Advanced Technology (M) Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran 622) pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (Mesyuarat Agung ke-10) Sempena Ulangtahun yang ke 10 (1989-1999)
 
Sumber artikel di atas - Blog Labour Bulletin

2 comments:

  1. Hello Semua orang
    syarikat IRENE FERNANDEZ Pinjaman kembali di sini dan kini memberi pinjaman untuk semua jenis aktiviti pada tahun 2017 dan pinjaman ini untuk memulakan tahun baru. Anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Anda memerlukan penyatuan atau gadai janji pinjaman?
    Kami berada di sini untuk memberi semua masalah kewangan anda, kami meminjam wang kepada orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, dan untuk melabur dalam perniagaan pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. julat pinjaman kami dari 20,000 Ringgit 50, 000,000.00, Ringgit juga kita meminjam dalam dolar, Rupiah dan mana-mana mata wang lain pilihan anda.

    Hubungi kami hari ini melalui e-mel; (irenegironfernandez@gmail.com) untuk memohon.

    ReplyDelete
  2. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete