Thursday, November 24, 2016

MTUC -SIAPA PEMIMPIN DIPILIH MENENTUKAN MASA DEPAN PEKRJA

MTUC - Pemilihan barisan kepimpinan baru akan dilakukan tak lama lagi. 

Saperti parti politik nampaknya ada Team A, Team B dan mungkin juga Team C - bagaimanakah delegasi memilih pemimpin? Adakah berasaskan sama ada dalam Team ini atau itu, atau adakah akan memilih pemimpin terbaik yang akan benar-benar berjuang untuk hak pekerja dan kesatuan, tanpa memikirkan risiko pada diri sendiri (termasuk juga risiko diambil tindakan undang-undang, kena tangkap dan didakwa di Mahkamah, didiskriminasi daripada mendapat keuntungan peribadi atau pangkat dalam Board KWSP, dll...). Pemimpin hanya mahu pangkat atau yang hanya mahu 'hubungan baik' dengan kerajaan dan mungkin juga majikan bukan jenis pemimpin yang sesuai...Adakah anda akan memilih berasaskan sejarah perjuangan, prinsip dan nilai peribadi, ethnik atau agama, atau mereka yang benar-benar akan berjuang secara berkesan? Apakah janji yang diberikan mengenai apa yang akan mereka berjuang untuk - serta juga komitment mengenai cara perjuangan (akan hanya pi temui Menteri dan Jabatan - ATAU adakah akan berjuang bersama pekerja - 2 cara yang berbeda)

PEKERJAAN - adakah akan berjuang untuk pekerja mendapatkan kerja tetap sampai bersara (atau sekurang-kurangnya sehingga majikan tutup kedai atau berlaku retrenchment akibat faktor munasabah) - Kini, kerajaan membenarkan majikan mengambil pekerja kontrak jangka pendek/tetap, ini pekerjaan tak stabil kepada pekerja - jika tuntut dibuang kerja secara salah juga, hak terima kembali kerja tersangat tipis kerana hak bekerja hanya hingga tarikh akhir kontrak, dan pampasan juga akan berasaskan tarikh akhir kontrak - hak pampasan 24 bulan(yang juga tak adil) pun tak dapat?

KERJA KONTRAK JANGKA PENDEK/TETAP - Adakah pemimpin akan berjuang akan hapuskan sistem pekerjaan sedemikian? Adakah akan menuntut kerja kontrak jangka tetap hanya dibenarkan untuk pekerja yang tidak kerja dalam 'core business' majikan? Adakah akan berjuang menghadkan pengunaan pekerja kontrak jangka pendek kepada tidak lebih 5% tenaga pekerja keseluruhan majikan? 

Sistem 'contractor for labour' - Ini lagi teruk. Boleh hilang kerja di sesuatu tempat kerja bila-bila masa - tanpa juga 'Domestic Inquiry'. Melemahkan UNION tempat kerja - kerana majikan tak lagi takut Union - kalau strike pun - majikan terus boleh berurusan dengan pekerja yang dibekalkan oleh 'contractor for labour' ini. 

SISTEM 'CONTRACTOR FOR LABOUR' - Adakah pemimpin akan terus berjuang menghapuskan sistem ini - tak dibenarkan langsung. Semua pekerja yang dibekalkan kini boleh terus diambil kerja majikan setempat - menjadikan mereka pekerja regular yang boleh menyertai UNION menjadikan union kuat kembali dan tambah kuasa tuntutan Union?

TPPA - Memandangkan risiko dan kesan negatif kepada rakyat Malaysia - termasuk penambahan kos hidup. Adakah pemimpin akan terus membantah TPPA?

PINDAAN UNDANG-UNDANG - Apakah pindaan undang-undang yang akan diperjuangkan...kena jelaskan...

Penambahan Keahlian MTUC - adakah kepimpinan akan beri komitmen menarik lebih banyak Union masuk MTUC - kini hanya lebih kurang 30% kesatuan sedia ada yang menjadi ahli MTUC?

CARA PERJUANGAN - Masih hanya merayu kepada kerajaan, dan membuat aduan kepada kerajaan - atau akan tukar strategi dari strategi 'RAYU dan ADU' kepada strategi berjuang habis-habis bersama semua kesatuan, pekerja dan rakyat...

PENDAPATAN PEMIMPIN - jika dilantik kepada mana-mana Komisi, atau Board saperti KWSP - semua pendapatan diperolehi akan kembali kepada MTUC atau masuk poket sendiri? Adakah akan mendapat arahan semua ahli MTUC sebelum membuat apa-apa pendirian dalam posisi lantikan sedemikian? Adakah akan terus secara terbuka melapurkan kepada semua ahli dan pekerja apa yang berlaku dan apa yang dibincangkan, dan apakah pendirian MTUC dalam semua posisi lantikan secara terbuka?

Ini antara perkara penting yang harus difikirkan bila memilih kepimpinan baru - kalau tidak, MTUC dan Kesatuan akan terus kekal tak relevan dan tak disegani kerajaan/majikan...

PENILAIAN KEPIMPINAN KINI-- Apa yang menang? [Kini apa yang dituntut pun tak dimaklumkan secara terbuka dalam Laman Web - jadi ahli/pekerja tak tahu pun apa-apa]

LAMAN WEB - Penilaian kandungan dan kualiti nampaknya tak ada apa-apa perubahan.

KENYATAAN DAN PENDIRIAN - Secara purata, munkin lebih kurang 3-4 sebulan sedangkan nyata isu pekerja lebih daripada itu...

LATIHAN KEPIMPINAN DAN HAK PEKERJA - bahan bertulis pun tidak ada dalam laman web...yang dibuat pun berapa? Berapa banyak latihan? Berapa yang hadiri? 

Yang menyedihkan adalah nampaknya MTUC sudah tergantung(stagnant) beberapa tahun - Himpunan 1 Mei pun hanya dapat penyertaan kurang 500 - ertinya kepimpinan gagal menanam semangat solidariti dan mengerakkan pekerja keluar berjuang ... Initiative terakhir adalah protes seluruh negara menentang sistem contractor for labour - selepas itu tak ada pun initiatif lain [Workers Walk dua kali pun sebenarnya BUKAN initiatif MTUC tetapi initiatif kumpulan unionist (walaupun ramai dari Union ahli MTUC)...]

MTUC ADALAH WAKIL SEMUA PEKERJA (Lebih 15 Juta), yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan juga ILO, bermakna MTUC adalah kuasa besar yang harus disegani semua pihak, termasuk Majikan dan Kerajaan - TETAPI adakah MTUC dihormati sedemikian...? Keahlian MTUC sudah rendah - lebih kurang 30% Kesatuan sedia ada...

Himpunan beramai-ramai sama ada pada 1 Mei atau untuk isu lain diperlukan dari masa ke masa untuk membuktikan bahawa MTUC dan pergerakkan buruh adalah bersatu dan KUAT - baru kerajaan dan majikan akan dihormati? Kenyataan yang ditandatangani banyak UNION kadang kala juga cara membuktikan kekuatan Union  - kini kenyataan MTUC tak pasti pun sama ada sokongan Union ahli MTUC dan juga Union lain bukan ahli MTUC...adakah ini hanya kenyataan seorang pemimpin atau hanya pernyataan Exco MTUC sahaja...?

Bagaiman dengan AKTA MAS tersebut - Adakah MTUC membuat aduan kepada ILO? Malaysia telah membuat Akta yang bukan sahaja membatalkan hak pekerja sedia ada (tetapi juga memprejudiskan hak pekerja untuk menuntut keadilan - kes melibatkan MAS ditangguh, kini jika menang pun, MAS tak ada keupayaan beri kerja atau pampasan yang Mahkamah  perintahkan), Hak untuk dibuang kerja berasakan prinsip LIFO telah dielakkan, Hak untuk menjadikan MAB syarikat yang mengambil alih perniagaan juga telah dihalang oleh Akta (jangan lupa pemilik sama - hanya buat syarikat baru - saperti dibuat oleh Haris dulu), Akta menyebabkan UNION Busting - semua Union dalam dibunuh. Hanya MTUC (wakil pekerja di Malaysia) yang boleh membuat aduan diperingkat ILO - Adakah MTUC buat atau gagal? Kegagalan MAS ini menyebabkan ramai pekerja, yang sepatutnya tidak hilang pekerjaan jika prinsip LIFO diikuti, telah kehilangan kerja. Banyak Union juga telah bungkus. Sekarang MAS - mungkin akan datang undang-undang lain untuk syarikat lain. Isu wajar diadu kepada ILO  - menang kalah tak penting? Ini isu prinsip..Jika tak buat, mengapa tak buat? Tahun hilang tempat dalam Board KWSP, dan ...?

ADAKAH TERDAPAT ALTERNATIF KEPADA PEMIMPIN SEDIA ADA? Jangan lupa semua UNION ada keupayaan keluar dengan kenyataan atau membuat tindakan, sama ada protes atau kempen, mengenai apa-apa isu melibatkan hak pekerja di Malaysia - Malangnya, tak nampak pun pemimpin lain (bukan dalam Exco) pun tak berbuat demikian...Mereka dalam EXCO(Majlis Tertinggi MTUC), jika ada pendirian lain, boleh menyatakan pendapat/pendirian tak payah tunggu MTUC buat... [Dan ada juga pilihan pemimpin baru yang wujud - contohnya mereka yang membuat initiatif 'Workers Walk' - dan mungkin juga beberapa pemimpin MTUC peringkat Negeri - saperti Selangor & WP,..mungkin juga Penang..]

ADAKAH PEMIMPIN KINI SEDAR KELEMAHAN DAN JANJI AKAN TUKAR DAN AKAN BERJUANG LEBIH BERKESAN...Jika anda percaya mereka, pilih mereka sekali lagi...

ATAU - jika anda pendirian pemimpin sedia ada GAGAL - MUNGKIN BAIK UNTUK TUKAR SEMUA - LANTIK SEMUA BARU - Mesej yang mungkin akan disampaikan dengan cara ini, adalah ahli tidak akan berfikir dua kali membuang sahaja mereka yang gagal - Mesej kepada kepimpinan baru, jika anda tak bawa perubahan - mereka juga akan dibuang saja...

Punca KEGAGALAN MTUC adalah ahli MTUC sendiri - Jika kepimpinan tak buat, ahli perlu tuntut buat...tapi jika ahli juga berdiam diri sahaja - tanggungjawab kegagalan MTUC jatuh kepada Kesatuan ahli MTUC sendiri..

Apa nak buat? Ahli kena pilih pemimpin dengan baik berasakan bukan samada kawan, sama ada ada janji atau apa-apa 'rasuah' - tetapi berasaskan penilaian peribadi yang mahukan pemimpin yang akan menjadi MTUC lebih relevan dan berkesan... 

Yang dipilih, jangan hanya mereka yang pandai berceramah - tetapi mereka yang pandai berjuang secara berkesan bersama semua pekerja/union di Malaysia - mereka yang akan berjuang secara TERBUKA dengan berani...yang akan mengembalikan rasa segan kepada MTUC dan pergerakan buruh di Malaysia.





 



Tuesday, November 22, 2016

MTUC menjelaskan pendiriannya membantah TPPA

 MTUC menjelaskan pendiriannya membantah TPPA

From the beginning, Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has pointed its opposition towards the TPPA. MTUC believes that the TPPA would bring more negative implications on the interest of Malaysia, to our people especially workers.

 

MTUC Urges Malaysia To Implement Labour Laws Reforms Regardless of TPPA's Uncertainty

16 November 2016 
 
AS expected, the results of the US presidential election has led to uncertainty about the future of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). This is very much clear as the President Barack Obama’s administration has suspended its efforts to win Congressional approval for his Asian free-trade deal before President-elect Donald Trump takes office on January 20, 2017. Now TPPA’s fate was up to Trump and Republican law makers. Trump made his opposition to the TPPA by stating that he will scrap the TPPA, renegotiate the 22-year-old North American Free Trade Agreement and adopt a much tougher stance with China trade.

From the beginning, Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has pointed its opposition towards the TPPA. MTUC believes that the TPPA would bring more negative implications on the interest of Malaysia, to our people especially workers. As TPPA is facing uncertainties and it is almost clear that the implementation in 2018 won’t take place as planned and negotiated, thus MTUC is looking forward to see reforms in the labour laws in Malaysia. It is our hope that Malaysia will implement labour laws reforms to enhance protection on our workers.

Last year our government has agreed to amend various labour laws and regulations in line with TPPA’s negotiation process. Among others are provisions and commitments highlighted in the International Labour Organisation (ILO) Declaration of 1998. For this to be done successfully, there will be at least eight law amendments concerning the provisions on forced labour and freedom of association.

The amendments are required for the Employment Act 1955, Trade Union Act 1959, the Child and Young Persons (Employment) Act, 1966, Passport Act 1966 (implementing regulations), Industrial Relations Act 1967, Sabah Labour Ordinance (Chapter 67), Sarawak Labour Ordinance (Chapter 76), Private Employment Agencies Act 1981 and the Workers’ Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990.

MTUC had requested our government to carry out reforms of labour laws to ensure harmonious and a stable working environment in Malaysia long before the TPPA negotiations took place. Whether TPPA will be implemented or not, MTUC hopes that Malaysia will bring labour laws reforms.

We believed that with drastic reforms in our labour policies, there will be a tremendous change in the way employees and employers behave and interact with each other and with regulators. Furthermore MTUC also believe that strengthening our labour policies will be a game-changer that can be the enabler to propel Malaysia into a developed nation status, where workers’ rights are protected and upheld.

As series of engagement and discussion took place since last one year, we hope that the government will bring the amendments to the Parliament as planned next year, and subsequently implement it for the betterment of our workforce and country.

N. Gopal Kishnam
Secretary General

Strikes don’t cause firms to go bankrupt – MTUC Sarawak

Strikes don’t cause firms to go bankrupt – MTUC Sarawak

16 November 2016 Print page
(From right) MTUC Sarawak chairman Mohamad Ibrahim Hamid, Lo and MTUC Sarawak assistant secretary Law Kiat Min meeting with The Borneo Post journalist at MTUC office in Queen’s Tower, Kuching.
(From right) MTUC Sarawak chairman Mohamad Ibrahim Hamid, Lo and MTUC Sarawak assistant secretary Law Kiat Min meeting with The Borneo Post journalist at MTUC office in Queen’s Tower, Kuching.

KUCHING: The freedom for unions to strike will not cause companies to go bankrupt and economies to fall but will improve companies’ management and drive the economy forward.

This is the view of MTUC (Malaysian Trades Union Congress) Sarawak which is advocating amendments to the Malaysian Labour Law, a mandatory requisite if the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) were to be ratified.

In expressing this view, MTUC Sarawak secretary Andrew Lo said Malaysian Labour Law was below standard, pointing out that its major flaw is the restriction for employees to join unions of other industries/trades/establishments/occupations and the restriction for employees to strike.

Citing countries such as South Korea and Australia as examples, Lo said countries with strong unions and the freedom to strike would not make companies or countries bankrupt.

“Strike does not make a company bankrupt. Actually, it makes the management better and the company more productive as well as more transparent as unions are good whistleblowers. Look at countries such as Australia and South Korea, they have unions and they are much better-off than us at anytime.

“Since the formation of Malaysia, there only one strike in Malaysia. It happened in 1962 when 9,000 railway workers went on strike to demand conversion of daily wages into monthly salaries. Yes, Malaysia is peaceful with no strike. But look at our economy. Are we doing better than South Korea and Australia?” Lo told The Borneo Post on Monday.

He said even for local companies with strong unions such as Telecom or banks, they had been performing well and were productive.

“The government knew and therefore it is willing to have a Labour Chapter. The government knew that if we are not going to change, the workers will not earn more. And if the workers are not earning more, their purchasing power will remain low.

“Malaysia has wanted to increase domestic demand. How are we going to increase domestic demand when the workers are not properly paid? To increase our domestic demand, we have to pay our workers better. And this can be done through empowering the unions,” stressed Lo.

Upon analysis, Lo said he strongly believed that there was a high chance for TPPA to be ratified despite Donald Trump winning the US presidential election. As such, he said it would be mandatory for Malaysia to make necessary amendments to the Labour Law.

He further said amendments were inevitable because it was a requisite to participatory nations of TPPA to have a Labour Law that is governed by core labour standards set by the International Labour Organisation.

“Presently, a person working in banking can only join the bank union and not other unions such as journalist union. That is why there are about 800 unions in Malaysia, but the membership for each union is always small, between 50 and 200.

“With such a small number, unions cannot be effective. With amendments to our Labour Law, anyone can join any union they want. With unions having a big number, then they can be more effective.”

He said another major amendment is to allow unions to strike.

“Quoting the words of a top eminent Italian Judge – without the right to strike, collective bargaining is nothing more than begging. Unions must be given the right to strike to be effective,” Lo pointed out.

Although the present Labour Law does allow strike it imposes restrictions such as processes to be completed, including secret balloting whereby a two-third majority of membership is required, making it impossible to strike, he added.


MTUC proposes unrecorded leave for employees affected by high tide

MTUC proposes unrecorded leave for employees affected by high tide

15 November 2016
 
SHAH ALAM: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has urged private sector employers to consider granting unrecorded leave to employees who are affected by the high tide which hit some coastal areas since yesterday.

MTUC deputy secretary-general A. Balasubramaniam said this was one way of easing the difficulties faced by employees living in areas at high risk of flooding due to highj tide which is expected to last until Friday.

“Some residents in Batu 5, Kapar were affected during the last wave of high tide in October where their homes were inundated by flood waters.

“Some could not go to work as the roads were flooded,” he told Bernama. Balasubramaniam said private sector employers should consider granting unrecorded leave for their employees affected by high tide, and consider it as their social responsibility.

Klang and Sabak Bernam districts are at high risk of flooding while Kuala Selangor, Kuala Langat and Sepang are also under threat. — Bernama

Saturday, November 19, 2016

Kenyataan MTUC mengenai Bajet 2017 dan beberapa komen...

Bajet 2017 adalah berkenaan bagaimana kerajaan akan membelanjakan wang kerajaan pada tahun 2017 dan bagaimana kerajaan akan meningkatan pendapatannya...

SUBSIDI - ini isu relevan berkenaan Bajet 2017

BRIM - isu relevan

Tetapi perkara yang tidak melibatkan pendapatan atau perbelanjaan kerajaan tak secara langsung relevan kepada Bajet 2017...

BR1M kini bukan HAK - jika termaktub dalam undang-undang, ia menjadi hak. Kini hanya bergantung kepada budibicara Perdana Menteri dan kerajaan semasa.

BR1M hanya penyelesaian sementara - sedekah - ia tidak menjamin peningkatan pendapatan masa depan. Adakah ini bagus? MTUC boleh tuntut bahawa hak warga dan keluarga miskin berpendapatan rendah dijadikan hak rakyat, yang termaktub dalam undang-undang?

Satu isu yang harus ditentang adalah peningkatan jumlah pinjaman perumahan kepada penjawat awam kepada RM750 ribu - Bila kerajaan berikan pinjaman dengan faedah rendah - banyak wang kerajaan belanjakan. Wajar jika pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM250,000, di mana selebihnya boleh dapatkan pinjaman bank sama saperti pekerja swasta kini. 

Kerajaan boleh juga menawarkan pinjaman perumahan kepada pekerja swasta pada kadar sama mungkin untuk pekerja swasta berpendapatan RM3,000 atau kurang...Ini sesuatu yang MTUC boleh menuntut tetapi tidak...Kenapa tidak..

Isu penambahan gaji minima dan COLA pekerja swasta sebenarnya tak ada kaitan terus kepada Bajet 2017 kecuali ia dikaitkan. Mungkin boleh dicadangkan bahawa kerajaan akan tanggung 50% pembayaran COLA ini, dsb...Kalau tidak ada kaitan - mengapa timbulkan isu ini di sini?


 

 

 

MTUC Terkilan dan Kecewa dengan BAJET 2017

22 October 2016 
 
MTUC mengalu-alukan Bajet 2017 yang memberikan slogan ‘Untuk Rakyat kerana Rakyat’. Pelbagai inisiatif telah diberikan kepada pelbagai golongan terutamanya yang berpendapatan rendah umpamanya:

Mengekalkan subsidi bahan api bagi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam;
 
Memberi pelepasan pembelian peralatan penyusuan ibu dan pelepasan hantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah;

Pelbagai bantuan kepada nelayan dan pekebun bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka dengan subsidi harga padi, dan benih padi;

Pelbagai inisiatif bagi memudahkan pemilikan rumah persendirian dan pinjaman perumahan;
 
Pemberian inisiatif kepada pemandu teksi, geran RM5000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi;

Bantuan Rakyat 1Malaysia-Kadar BRIM ditingkatkan.

Namun demikian MTUC amat kecewa dan terkilan kerana tiada faedah bagi pekerja-pekerja sektor swasta. Antara isu-isu yang MTUC merasakan langsung tidak diendahkan ialah:

Gaji Minima – permintaan MTUC untuk meningkatkan kadar kepada RM1200.00 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

COLA RM300 sebagai elaun sara hidup bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Caruman KWSP bahagian pekerja masih tidak ditingkatkan kepada 11%.

Subsidi minyak masak yang dimansuhkan. 

Bujet 2017 walaupun memberi kemudahan dalam pelbagai aspek kepada sesetengah golongan namun pemansuhan subsidi harga minyak masak bakal meningkatkan lagi harga barangan makanan. MTUC amat tidak menyokong sebarang kenaikan terhadap harga barangan makanan kerana tindakan kenaikkan harga minyak pada bulan depan sebanyak RM0.40 sen bagi sekilo dan RM1.90 bagi 5kg akan meningkatkan semua harga barangan.

Segala pemberian dan peningkatan bayaran bantuan rakyat tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harga barangan naik secara mendadak. Kenaikkan harga barangan boleh menjurus kepada pelbagai permasalahan dan menyukarkan kehidupan isirumah dan golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos hidup harian mereka. Lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi negara yang agak tinggi dengan kenaikan harga petrol dan GST.

Pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebakan ramai pembekal telah mengurangkan penjualan minyak masak di pasaraya. Tinjauan MTUC semalam membuktikan ada setengah-tengah pasaraya telah kehabisan minyak masak.

MTUC juga tidak sokong dengan bujet yang menganaktirikan pekerja-pekerja sektor swasta. Sumbangan pekerja-pekerja sektor swasta amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan tidak harus diabaikan.

N.Gopal Kishnam,
Setiausaha Agung

Tuesday, November 1, 2016

MTUC tak puas hati dengan kenaikkan harga petrol - APA PENYELESAIANNYA MTUC?

Bagus MTUC keluarkan kenyataan mengenai kenaikkan harga petrol - Tetapi apa pendirian MTUC mengenai kenaikkan kadar tol, kenaikkan harga minyak masak (kerana kerajaan tarik balik subsidi),...
 
Kenapa MTUC belum keluar kenyataan pada masa ini menuntut kerajaan segera peruntukkan RM1 billion - untuk kebajikan pekerja - khususnya Bantuan Segera Pekerja Tiada Kerja Yang Mencari Kerja - UNEMPLOYMENT BENEFIT. Ini adalah satu 'social security' yang jelas diperlukan kini...Jika kerajaan UMNO-BN terima pandangan ini, pekerja boleh mula dapat bantuan kewangan sementara jika mereka kehilangan kerja mulai 1 Januari 2016... 
 
Tuntutan sedemikian perlu dibuat sekarang sebelum Bajet 2017 diluluskan - kena kempen sekarang...
 
Tapi adakah MTUC akan memimpin...atau adakah kepimpinan MTUC ada minat - UNION lain juga boleh mengambil tindakan...
 
Isu petrol naik turun perkara biasa...Adakah MTUC minta subsidi lebih untuk petrol? 
 
Bila berdepan dengan kerajaan dengan aduan atau situasi menyusahkan pekerja - MTUC juga perlu ada CADANGAN pasti...PERMINTAAN PASTI...ini akan lebih berkesan - cuma permintaan kerajaan menyelesaikan masalah ini secara am...tidak begitu berguna..
 
Mungkin MTUC boleh minta kerajaan mansuhkan undang-undang yang membolehkan majikan membayar OT untuk satu bulan. Kerja OT bulan Januari - kena bayar bersama gaji bulan Januari...bukan tangguhkan bayaran sehingga masa nak bayar gaji bulan Februari...??
 
MTUC harus tidak hanya membawa perhatian kepada kesusahan pekerja - tetapi perlu juga memberikan CADANGAN jelas apa yang kerajaan harus lakukan untuk mengatasi kesusahan pekerja. Baru senang kerajaan mengambilkira cadangan - jika tak setuju, kerajaan akan menyatakan sebab dan mungkin akan memberikan cadangan alternatif... Kalau tida - kerajaan akan hanya biasa buat kajian lama..dan pekerja terus sengsara...

 

MTUC disappointed, petrol price hike must be reviewed

 N Gopal Kishnam     Published (2/11/2016)     Updated
The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) is disappointed with the price hike of petrol and diesel, which increased by 15 sen a litre on Nov 1, where it is believed that the increase is the highest this year.

As all of us knew, the current prices of the fuels are higher than the January prices of RM1.85 a litre (RON95), RM2.25 (RON97) and RM1.60 (diesel).

MTUC believes that the increase is related with government’s policy of subsidy restructure.

MTUC also believes that the price increase of petrol and diesel is not a practical move as it will contribute towards negative consequences on the people’s life.

Therefore, MTUC strongly views that the increase is not justified as it would further burden the rakyat, who are facing the serious rising cost of living. Various parties will take the opportunity to increase the prices of goods.

Rather than revising the subsidy and allowing the price of fuel to go up, MTUC is hoping that the federal government will introduce attractive and constructive plans to overcome the cost of living. This is also the people’s hope.

As such, we want the government to cushion the prices of petrol and diesel by subsidising them accordingly.

This includes using the goods and services tax collections, which was reported to be RM30 billion as at Oct 19, 2016, as announced by the prime minister when tabling the Budget 2017 on Oct 23.


N GOPAL KISHNAM is secretary-general of the Malaysian Trades Union Congress.

Mengelakan syarikat majikan tipu pekerja [Gaji/Caruman KWSP/..] - Jadikan Pengarah/Permilik PENJAMIN?

Masalah kini adalah majikan tutup operasi buang pekerja tetapi masih berhutang berbulan-bulan gaji, caruman kepada KWSP tidak dibuat... Bila dituntut daripada syarikat majikan, mereka kata syarikat 'bankrap'...atau 'winding-up'...tak ada duit untuk membayar pekerja ...

Penyelesaian

1 - Jadikan pengarah syarikat dan pemilik saham sebagai Penjamin untuk apa-apa keberhutangan syarikat majikan kepada pekerja ...

Jika ini dilakukan, jika syarikat 'bankrap'/tak ada wang - pekerja boleh tuntut terus kepada mereka yang menjadi penjamin.

Kini bank, bila memberi pinjaman kepada syarikat, satu syarat biasa adalah meminta 3 atau lebih Pengarah menjadi penjamin (kadang-kadang minta juga pemegang saham terbesar jadi penjamin...). Bank PANDAI - jika pun syarikat tak dapat menjelaskan hutang bank - bank akan terus kejar penjamin...

Justeru, 
- Undang-undang boleh digubal menjadikan pengarah dan/atau pemilik menjadi penjamin, yang akan membayar, jika syarikat majikan berhutang kepada pekerja...
Collective Bargaining Agreement(Perjanjian Bersama) - ini boleh juga dimasukkan kini dalam CBA...atau dalam kontrak kerja..

Bank juga biasa mahukan hartanah sebagai sekuriti - mungkin taktik sama boleh digunakan oleh pekerja/Union - kilang/alat perkakas kilang/tanah milik syarikat majikan...[Malangnya 'contractor for labour' - tak ada apa-apa sebagai sekuriti...

Majikan juga boleh dipaksa membeli Insuran khusus untuk mempampas keberhutangan syarikat majikan kepada pekerja - Skim Pampasan ini, majikan yang harus membayar semua ...

Ini berbeda dengan UNEMPLOYMENT BENEFIT - BANTUAN SEMENTARA BILA PEKERJA TIADA KERJA DAN SEDANG CARI KERJA BARU... sila lihat pos sebelum ini..

 

FAEDAH 'UNEMPLOYMENT' - Bantuan Sementara Pekerja Tak Ada Kerja Sehingga Dapat Kerja Baru? Ada yang 'confuse'?