Sunday, February 5, 2017

Terima Surat Tunjuk Sebab - Apa Yang Harus Dibuat?

Bila majikan mengeluarkan surat tunjuk sebab, ramai pekerja tidak tahu apa yang harus dilakukan dan kesilapan yang dilakukan hanya akan memudaratkan keadaan...

AWAS - Bila surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh majikan - keadaan sudah jadi serius...Biasanya majikan akan panggil kat pejabat dan bercakap sahaja. Bila keputusan dibuat keluarkan surat - biasanya majikan sudah berkeputusan hendak menjalankan tindakan tata tertib, yang mungkin berakhiran dengan denda/penurunan pangkat..dan yang paling teruk adalah kena buang kerja...

Ramai pekerja secara silap bertindak pi minta maaf dan merayu kepada majikan agar jangan dibuang kerja...dan secara tidak sengaja terus memberikan maklumat perlu, keterangan perlu...dan kadang kala mengaku juga terus...Justeru, majikan yang hanya 'memancing maklumat' dapat peluru yang perlu untuk teruskan tindakan disiplin terhadap pekerja dan seterusnya membuang kerja atau kenakan hukuman lain..Biasanya semua ini dilakukan dalam surat pekerja kepada majikan...Bagus sebelum buat apa-apa dapatkan nasihat perlu daripada peguam, orang union atau yang ada pengalaman {Ingat bukan semua peguam ada kepakaran atau pengalaman perlu...pilih dengan baik]

Bila terima surat tunjuk sebab, jangan PANIK - baca surat dengan jelas dan faham kandungan surat

PERTAMA  - Baca tuduhan yang dilemparkan...

Adakah tuduhan ini jelas? Kalau tak jelas, tulis kembali kepada majikan dan minta penjelasan tambahan kerana tak faham. Kalau dalam Bahasa Inggeris, dan kamu tak gitu fasih, tulis kembali dan beritahu tak begitu faham dan minta surat tunjuk sebab itu ditulis dalam Bahasa Malaysia...

Adakah ianya satu salahlaku kerja - Kebanyakan syarikat majikan ada senarai salahlaku kerja - adakah tuduhan anda merujuk kepada salahlaku tertentu...atau tidak? [Saperti jenayah, jika sesuatu itu bukan disenaraikan dalam undang-undang, polis tidak boleh menuduh gitu saja melakukan sesuatu kesalahan yang tidak wujud- sama juga dengan salahlaku, ia mesti sedia wujud dan pekerja sudah setuju terima ini sebagai salahlaku]

Selain daripada tuduhan melakukan salahlaku kerja, majikan boleh dakwa pekerja telah mengingkari kontrak kerja  - Ini lebih rumit? Adakah apa yang didakwa sebenarnya dalam kontrak kerja anda (atau dalam Perjanjian Bersama di antara Union dan Majikan).

JUSTERU, jika ada satu yang tidak faham, surat jawapan adalah permintaan untuk penjelasan atau untuk surat dalam Bahasa Malaysia... Silap untuk jawab surat tunjuk sebab, yang anda tidak benar-benar faham...

Bila anda hantar surat meminta penjelasan dan/atau penterjemahan, majikan terpaksa menjawab - ini juga memberikan anda lebih masa untuk memikirkan bagaimana nak jawab surat tersebut...minta nasihat dan pertolongan, dll..Jangan panik.

Bila terima surat jawapan majikan ini, barulah jawab..

Jika dakwaan/tuduhan yang dilemparkan tak benar - tulis kembali surat ringkas menyatakan bahawa saya menafikan dakwaan tersebut...

Jika dakwaan/tuduhan mengandungi fakta yang tak benar, anda mungkin mahu betulkan fakta...atau menafikan sahaja fakta. Jangan menipu...atau menyatakan perkara yang tak benar.

Jika anda ada perkara yang menjelaskan anda tak bersalah, nyatakan ...tapi biar ringkas dan jelas. 

Perkara sama jika anda ditangkap polis - orang yang ditangkap polis adalah orang yang disyaki...Polis mahu bercakap dengan anda khususnya untuk mengumpul maklumat dan keterangan supaya bila anda dodakwa di Mahkamah, mereka ada bukti perlu untuk memastikan kamu didapati bersalah. Justeru, lebih baik diam saja - tunggu peguam dan dapatkan nasihat sebelum bertindak. Jika polis mendesak juga, anda boleh katakan 'Apa yang saya mahu cakap, saya akan cakap di Mahkamah'. Adalah bodoh orang yang disyaki membantu polis supaya mereka senang mendakwa anda di Mahkamah...Sama juga dengan surat tunjuk sebab - jangan bantu majikan menyediakan kes terhadap anda. Biar mereka dahulu bentangkan bukti yang mereka ada...kenapa pula mahu tolong mereka membuktikan bahawa kamu bersalah dan harus dikenakan hukuman...

Ini bukan masanya untuk mengaku atau memberikan sebab-sebab mengapa anda tidak harus dibuang kerja atau dikenakan hukuman berat - Itu semua selepas majikan telah membuktikan bahawa anda bersalah...baru MITIGASI(menimbulkan maklumat mengapa majikan harus jangan kenakan hukuman keras atau mengambil tindakan buang kerja)..

Jika kamu buat MITIGASI terlalu awal - itu hanya memberikan gambaran bahawa majikan betul dan anda bersalah...

Jangan PANIK...

* Ingat kandungan surat yang anda tulis boleh dijadikan bahan bukti oleh majikan yang akan digunakan anda bersalah..

* Sama juga semasa Siasatan Dalaman, di mana majikan biasa rekod semua yang anda cakap pakai CD/DVD/Kaset - itu semua boleh digunakan terhadap kamu kemudian hari bila kamu rujuk kepada Mahkamah Perusahaan..

Semasa siasatan dalaman, bagus kamu diwakili peguam atau mereka yang berpengalaman...Mewakili diri sendiri adalah tindakan kurang arif...

 

 

 

6 comments:

  1. Choppsyamin96@gmail.com
    Nak tanya langkah2 yg perlu diambil etc.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana jika surat tuduhan sudah di sain.adakah pekerja itu sudah mengaku akan kesalahannya..?

    ReplyDelete
  3. Bolehkah kita sign borang tunjuk sebab dan borang pergantungan yang diserahkan kepada kita

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya baru mendapat surat tunjuk sebab atas alasan lewat datang kerja tiga hari dalam sebulan.Surat diberikan melalui rakan sekerja.Setelah membaca surat saya dapati saya tidak pernah lewat datang kerja dan hanya di beri 3hari utk menjawab surat it.Apakah betul tempoh 3 hari...bagaiman di segi akta.

    ReplyDelete
  6. hasil urine tes bole percayaka kita benar positf methampjetamine
    bagaimana ubat rokok kita pastikan sedangkan majikan

    ReplyDelete