Sunday, February 12, 2012

Hanya 9 peratus pekerja anggota kesatuan sekerja: MTUC

Hanya 9 peratus pekerja anggota kesatuan sekerja: MTUC
2012/02/12, Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Hanya sembilan peratus daripada 11 juta pekerja di negara ini menganggotai kesatuan sekerja dan jumlah ini amat jauh bezanya dengan keadaan di Jepun, United Kingdom dan Singapura.

Sebanyak 18 peratus pekerja di Singapura menganggotai kesatuan sekerja, manakala masing-masing 21 peratus dan 29 peratus pekerja di Jepun dan United Kingdom, berbuat demikian. 
 
"Peratusan ini tidak pernah meningkat dan berada pada paras yang sama sejak beberapa dekad lalu. Kami menghadapi begitu banyak cabaran untuk menubuhkan kesatuan sekerja dan berbanding kebanyakan negara lain di Asia, kita masih jauh ketinggalan," kata naib presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Balasubramaniam kepada dihubungi. 
 
Beliau berkata, jumlah pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja semakin berkurangan, walaupun jumlah penduduk dan peluang pekerjaan meningkat dengan begitu ketara.

"Kementerian Sumber Manusia perlu memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi untuk menubuhkan kesatuan sekerja di negara ini. Kementerian ini juga perlu lebih banyak membuat promosi mengenai kesatuan sekerja untuk mengelak jumlah anggota kesatuan sekerja menjadi semakin berkurangan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment