Monday, June 3, 2013

MTUC mahu DOSH siasat kematian akibat kemalangan di tempat kerja

Yang anih adalah contoh yang diberikan oleh wakil MTUC kecuali contoh ketiga bukan sebenar kejadian kematian di tempat kerja. Saya pasti ada lebih banyak kes kemalangan di tempat kerja.

 
MTUC mahu DOSH siasat kematian akibat kemalangan di tempat kerja

3 Jun 2013
PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melakukan siasatan segera berhubung tiga kemalangan di tempat kerja membabitkan kematian di Lembah Klang baru-baru ini.
Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata DOSH harus mengambil tindakan tegas terhadap majikan jika wujud unsur kecuaian dalam ketiga-tiga kes berkenaan.

Mereka yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pertama kira-kira sebulan lalu, seorang lelaki terbunuh apabila keretanya ditimpa objek yang jatuh daripada sebuah kren di kawasan pembinaan di Subang, manakala kejadian kedua membabitkan sebuah lori yang mengangkut beban berat terbalik dan membunuh seorang pengguna jalan raya.

Kejadian ketiga membabitkan seorang pekerja warga asing yang maut selepas dihempap kontena di Westports, Pelabuhan Klang. - Bernama - Sinar Harian. 3 Jun 2013,
MTUC mahu DOSH siasat kematian akibat kemalangan di tempat kerja

No comments:

Post a Comment