Mengapa rakan pekerja tidak keluar membantah tindakan disiplin yang
dimulakan syarikat terhadap seorang pekerja atau pemimpin pekerja? Adakah
kerana takut? Atau adakah kaum pekerja sudah lupa cara berjuang...dan
kebanyakkan pekerja hanya mementingkan diri sahaja...
Atau
pekerja terbabit tidak sanggup berjuang untuk memastikan keadilan untuk rakan
pekerja mangsa tindakan salah memulakan tindakan disciplin, melakukan tindakan
diskriminasi,dan sebagainya...Jika ya, erti prinsip 'bersatu teguh bercerai
roboh' sudah dilupakan. Apa itu UNION (kesatuan sekerja) sudah pun dilupakan?
Majikan bolehlah melakukan apa-apa kepada mana-mana pekerja di kilang dengan
keyakinan bahawa pekerja lain akan tidak bertindak membantah atau protes...Ini
adalah satu perkara untuk difikirkan.
Apa?
Biar kita tunggu 'Domestic Inquiry'(DI) - dan seterusnya jika tidak puas hati
pergi buat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP)..dan ikut proses yang
ditetapkan undang-undang...
Saya
berpendapat bahawa bila didapati syarikat memulakan tindakan disiplin terhadap
seseorang pekerja - pekerja lain terpaksa 'bersatu teguh' dan protes dalam
kes-kes di mana nyata tuduhan tak berasas dan tindakan tak adil oleh syarikat..
UNION,
jika ada, mesti segera turun membantah kepada majikan mengenai tindakan - di
mana matlamat utama adalah adalah untuk segera memberhentikan apa-apa proses
disiplin, jika nyata tidak adil.
Jangan
kita tunggu sampai habis DI, dan pekerja sudah diberhentikan kerja. Itu sudah
terlambat dan majikan sudah menang.
Mengapa?
Jika
proses cuba sampai kepada penyelesaian di JPP gagal, kes akan dirujuk kepada
Menteri, yang akan membuat keputusan sama ada kes itu akan di rujuk kepada
Mahkamah Perusahaan atau tidak...Tapi adakah anda tahu bahawa lebih daripada
31% kes pembuangan kerja secara salah tidak pun dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
oleh Menteri - lihat 31.5%(10,016)
workers denied access to Industrial Court in wrongful dismissal cases
Yang
dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, pun akan ambil masa yang lama & jika
pun pekerja menang dan mahkamah mendapati bahawa tindakan majikan
memberhentikan pekerja adalah salah - Mahkamah kini jarang sekali mengarahkan
majikan mengambil balik pekerja kerja disyarikat. - ertinya Majikan menang dan
telah berjaya mengeluarkan pekerja atau pemimpin pekerja daripada tempat kerja.
Tambahan, masa untuk Mahkamah sampa[i kepada keputusan agak lama - saya baru
baca kes pekerja dibuang kerja tahun 2007, di mana Mahkamah baru pada tahun
2013 membuat keputusan pekerja dibuang kerja secara salah - 6 tahun...
Justeru,
saya percaya tindakan segera apabila keluar sahaja 'surat tunjuk sebab' - di
mana jika pekerja bersatu, majikan akan mengalah dan rakan pekerja yang menjadi
mangsa akan terselamat terus bekerja...
No comments:
Post a Comment