Monday, June 3, 2013

Syabas pekerja ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd atas kejayaan undi sulit

Syabas kepada KSIEWTSM (Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia) kerana berjaya dama undi sulit yang diadakan pada 28.05.2013 dan 29.05.2013 di ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd yang beralamat di No. 1320, Kawasan Perindustrian Fasa 2, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tuntutan untuk pengiktirafan telah dihantar pada 16.09.2012, dan setelah banyak rintangan akhirnya selepas lebih 8 bulan, pekerja dan kesatuan berjaya dalam undi sulit.
Jumlah pekerja keluar mengundi 960 undi kesatuan dapat 909 undi,majikan mendapat 51 undi,jumlah yg layak mengundi 1515 orang... 1 undi rosak dan jumlah yg tidak keluar mengundi 555 orang.
Mengikut lapuran yang diterima, ada banyak halangan dan kekeliruan, di mana walaupun 2 hari ditetapkan sebagai hari undi, pekerja tidak dibenarkan keluar mengundi bila-bila masa dalam masa 2 hari. 
Semasa mengundi,pekerja yg ingin keluar mengundi pd waktu kerja mesti memakai pas mengundi dan menulis nama...ini menyebab ramai antara tidak keluar mengundi pd waktu tersebut dan hanya keluar pd wakyu rehat...

Jadual mengundi juga dihadkan mengikut shif...hanya shif tertentu sahaja yg layak mengundi pada satu2 tarikh bukan pada bila2 masa dalam waktu 2 hari tersebut...ramai yg keliru dengan jadual ini dan tidak dapat mengundi...

Contohnya, shif A hanya dibenarkan mengundi pada  28hb sahaja, pekerja shif A yg keluar pd 29hb tidak benarkan mengundi...

Pekerja normal walaupun tidak dinyatakan dalam memo untuk pekerja normal bila waktu mengundi tetapi hanya dibenarkan pada 28hb sahaja...
Jika benar apa yang dinyatakan, ini adalah satu yang saya anggap tidak patut - pekerja mesti diberikan kebebasan keluar mengundi bila-bila masa pada tarikh 28 dan 29 Mei.
Walaupun ada banyak cabaran, KSIEWTSM dan pekerja ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd telah berjaya.
* Kini, KSIEWTSM dan pekerja ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd masih menunggu surat rasmi daripada pihak Kementerian untuk mengesahkan kejayaan dalam undi sulit dan status kesatuan diiktiraf - selepas itu mulalah proses ke arah Perjanjian Bersama (Collective Bargaining Agreement)..
Malangnya, di Malaysia banyak halangan untuk pekerja yang mahu berkesatuan. Mula-mula kena daftarkan Kesatuan Sekerja. Kedua, masalah mendapatkan pengiktirafan...yang kadang memakan masa bertahun-tahun. Hanya selepas mendapatkan pengiktirafan, bolehlah Kesatuan Sekerja memulakan proses mendapatkan Collective Bargaining Agreement ... di mana proses itu juga memakan masa...
Maka, bagi kami di Malaysia, kejayaan pekerja ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd dan KSIEWTSM adalah satu yang harus kita 'berpesta'...
Latar Belakang  KSIEWTSM dan pekerja ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd
16.09.2012 - Tuntutan Pengiktirafan oleh KSIEWTSM

03.10.2012 -Majikan menolak tuntutan KSIEWTSM dengan alasan KSIEWTSM tidak mempunyai majoriti ahli.

11.10.2012 - KSIEWTSM telah membuat aduan dibawah seksyen 9(4) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan tentang kegagalan syarikat ROHM-Wako Electronics (M) Sdn Bhd memberi pengiktirafan kepada KSIEWTSM.

14.01.2013 - JPP Kelantan panggil untuk mesyuarat bagi semak keanggotaan secara undi sulit.

23.01.2013
-Beberapa kali mesyuarat telah diadakan namun telah ditangguhkan kerana banyak masalah timbul seperti Setiausaha Agung KSIEWTSM tidak mendapat pelepasan cuti drpd pihak majikannya utk ke mesyuarat tersebut,sehingga mengheret ke JPP Pahang utk menyelesaikan masalah.
- Sewaktu mesyuarat kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat dalam penetapan jumlah hari untuk diadakan undi sulit.Pihak KSIEWTSM berkeras untuk mengadakan undi sulit dijalankan pada dua hari namun tidak dipersetujui oleh pihak majikan.
- Berlaku juga kekecohan dimana pihak JPP Kelantan tidak membenarkan wakil MTUC untuk menyertai mesyuarat walaupun KSIEWTSM sendiri yang meminta daripada MTUC untuk menghantar wakil bg membantu KSIEWTSM.

29.03.2013 - pihak JPP Kelantan akhirnya telah membuat keputusan menetapkan tarikh 23.04.2013 sebagai tarikh untuk dijalankan undi sulit.

02.04.2013 - Setiausaha Agung KSIEWTSM ditemani oleh Setiausaha Agung MTUC dan Setiausaha Agung KSIEWBSM telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPP di Putrajaya bagi membincangkan isu berkaitan.

07.04.2013 - Mesyuarat di JPP Kelantan,pihak JPP Kelantan tetap dengan keputusan untuk menjalankan undi sulit pada 23.04.2013 walaupun tidak dipersetujui oleh KSIEWTSM.

14.04.2013 - KSIEWTSM telah membuat bantahan kepada pihak JPP Putrajaya diatas tindakan JPP Kelantan.

18.04.2013 - JPP Putrajaya mengeluarkan satu surat rasmi bagi jawapan kepada bantahan KSIEWTSM iaitu bersetuju untuk menangguhkan undi sulit yang sepatutnya diadakan pada 23.04.2013 kepada satu tarikh baru yang akan ditetapkan nanti.

19.05.2013 - Mesyuarat terakhir bagi kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menjalankan undi sulit selama dua hari iaitu pada tarikh 28.05.2013 dan 29.05.2013.MOU telah berjaya dimeterai.

No comments:

Post a Comment