Saturday, June 29, 2013

Siapa jadi penghalang hak pekerja lebih baik? Union juga?

Siapakah yang menjadi penghalang kepada hak pekerja yang lebih baik? Biasanya jawapannya adalah pihak majikan, dan kerajaan yang pro-majikan. Kini persoalannya, adalah sama ada UNION(Kesatuan Pekerja) atau pemimpin dalam Kesatuan Pekerja juga menjadi penghalang hak pekerja dan perjuangan pekerja?

Kadang-kadang UNION atau pemimpin Union sudah 'tertidur' atau sudah hilang keupayaan atau kapasiti memperjuangkan hak pekerja - mereka hanya mahu jadi pemimpin Union sahaja. Masalah juga ahli Union yang tidak juga selalu memantau kepimpinan mereka - dan tidak memastikan bahawa mereka sentiasa aktif dalam memperjuangkan hak ahli dan hak pekerja. Protest ini adalah satu cara mengejutkan pemimpin yang sudah tidur.

Masalah lain dibanyak Union adalah masalah komunikasi di antara pemimpin dan ahli. Adakah Union anda ada sistem komunikasi di antara pemimpin Union dengan ahli - kini sangat senang kerana boleh gunakan emel, FB, Blog dan juga laman web. Mungkin kepimpinan NUTE sedang tekun berusaha mendapatkan TM untuk mengimplementasi umur persaraan 60...tetapi mereka menghadapi halangan - tetapi ahli tidak tahu. Ini masalah komunikasi di antara pemimpin dan ahli. Jangan pula Union menjadi macam kerajaan, di mana wakil rakyat 'turun padang', mahu dengar rintihan rakyat...biasanya dekat PRU sahaja...

Adakah UNION kamu adakan perjumpaan BULANAN sekurang-kurangnya dengan ahli khususnya di peringkat kilang/bandar? UNION wujud bukan sahaja untuk CBA/CA - atau mewakili ahli semasa sudah kena buang... atau pergi JPP/Mahkamah Perusahaan bila ada isu CBA/CA sahaja. Jika ya, perlu kita pergi kembali kepada asas...adakan perbincangan, dsb.nya


Workers protest against union over retirement at 60 delay
  • Koh Jun Lin
  • 9:39AM Jun 29, 2013
 
A group of union members held a protest against the National Union of Telecommunications Employees' (Nute) in front of its office in Bangsar yesterday morning, alleging that it has failed to speedily push Telekom Malaysia's (TM) management to implement the retirement age of 60.

Their spokesperson, P Pasupathy, said although the amended Minimum Retirement Age Act only comes into effect on July 1, companies are allowed to implement it early and some have already done so.

"When others have done it, why can't we do it? TNB has done it, TV3 has done it - all these companies have done it.

"All the government-linked company (GLC) (employees) have benefitted, why are we the only one left out? The whole problem started with the union," said Pasupathy at Malaysiakini's office after participating in the alleged protest of about 20 Nute members.

The former technician said he was compulsorily retired upon hitting the age of 56 this year, but would prefer to work another four years.

He said that if he and the fellow colleagues could not be reinstated, he said he hoped TM would follow Bernas' move to pay compensation to the workers, which he said should be backdated from the time the Minimum Retirement Age Act was gazetted in August last year to the date when they turn 60 years old.

The group also wants Prime Minister Najib Abdul Razak to intervene in the matter, and for the Nute president to resign over his complacency.

Pasupathy claimed that both the Nute and the TM's management have been silent on the issue, and no firm responses had been forthcoming. - Malaysiakini, 29/6/2013,
Workers protest against union over retirement at 60 delay

No comments:

Post a Comment