Saturday, July 13, 2013

Perjanjian Bersama(Collective Agreement) - jangan terima senarai panjang salah laku yang majikan mahu

Kita meneliti Perjanjian Bersama(Collective Agreement) khususnya isu salah laku dan proses disiplin

* Apakah salah laku kerja yang boleh majikan ambil tindakan disiplin terhadap seorang pekerja? Kini, satu kekurangan Akta Kerja adalah bahawa tidak ada definasi untuk 'salah laku kerja' atau secara khusus menyenaraikan apa yang dianggap sebagai salah laku kerja. Majikan pula, lama kelamaan, asyik menambahkan senarai salah laku kerja ini, di mana ini biasa dalam peraturan syarikat atau 'Company Handbook'. Jika dilihat senarai salah laku ini, di dapati bahawa ada banyak yang tidak ada kena mengena terus dengan kerja yang dilakukan pekerja, pekerjaan, isu-isu di tempat kerja,... Ada setengah daripada yang disenaraikan adalah terlalu lebar dan tidak pasti - memberikan majikan keupayaan mengambil tindakan disiplin. Setenggah senarai menyeneraikan lebih 100 ...kadang-kadang lebih 500 jenis salah laku.

Contoh:-
Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk mengemukakan atau menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama tuntutan itu adalah tuntutan secara perseorangan atau tuntutan lain-lain kakitangan.

Komen:-

1- Bukankah ini sememangnya hak pekerja dan kesatuan sekerja? Bukankah ini juga taktik perjuangan pekerja dan/atau kesatuan sekerja - bukan sahaja satu taktik tetapi taktik UTAMA atau satu-satu taktik yang ada pada pekerja dan/atau kesatuan? 

Apakah tindakan pekerja yang akan membolehkan majikan mengunakan salah-laku ini?
 
* Hantar surat atau buat tuntutan bahawa masa kerja dikurangkan atau meminta keadaan keselamatan kerja diperbaiki atau menuntut agar tindakan diambil terhadap wakil majikan yang melakukan ganguan seksual terhadap seorang rakan pekerja.... Mempetisyen agar tidakan disiplin diberhentikan terhadap pemimpin pekerja atau rakan pekerja. Mengangotai piket atau protes atau apa-apa tindakan tentang hak pekerja.

* Mendesak pihak kerajaan, ,Perdana Menteri, Menteri atau pihak lain supaya hak dan kebajikan pekerja diperbaiki... minta gaji minima lebih baik, meminta perkerjaan regular sehingga persaraan untuk semua pekerja, minta dihapuskan kontrak kerja jangka pendek, pengambilan pekerja contractor for labour, berhentikan tindakan 'outsource' kerja kepada kontraktor lain.

* Oh ya, salah laku ini cukup 'lebar' untuk merangkumi banyak perkara... secara kebetulan saudara pekerja daripada anak syarikat DRB Hicom di Pekan juga dituduh melakukan kesalahan ini, selain daripada kesalahan menjatuhkan imej syarikat.... Lihat 'Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat...' harus tidak menjadi salah laku pekerjaan

Jadi, apa yang harus dilakukan - PASTIKAN bahawa salah-laku kerja dihadkan kepada salah-laku semasa menjalankan pekerjaan, salah laku semasa masa kerja, .... Jika ada CA atau Perjanjian Bersama, pastikan bahawa Union anda memastikan bahawa senarai salah-laku kerja dihadkan sedemikian, dan semua salah-laku adalah jelas dan tidak terlalu lebar...

Pastikan juga disenaraikan mana dia salah laku serius yang boleh mengakibatkan pembuangan kerja, dan mana salah laku lain yang hanya akan dikenakan hukuman berupa amaran keras, denda, penurunan pangkat/gaji, dan sebagainya.

Malangnya kini ada CA yang merujuk dan menerima buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook' sama sekali, di mana banyak sekali salah-laku disenaraikan. Harapan adalah bahawa ini tidak berlaku. 

Jika rujuk pun buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook'dalam CA, ertinya penerimaan buku/handbook tersebut. Dengan jelas nytakan terima apa yang boleh diterima, dan tidak dipersetujui untuk apa yang ditolak.

Dalam setengah CA, ada dikatakan ada keperluan untuk 'review' (atau mengkaji semula) buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook'...tapi hingga kini tidak ada apa-apa 'review' - Masalahnya, ini juga penerimaan buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook' sedia ada.

Tetapi, jika perkataan yang digunakan jelas menyatakan tidak terima buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook', tetapi Union bersetuju untuk berbincang atau review, di mana jika ada persetujuan kemudian di antara majikan dan Union, keseluruhan atau bahagian buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook' yang dipersetujui kedua-dua pihak akan menjadi sebahagian daripada CA. Ini cara selamat ... tak terima buku tetapi bersetuju bincang kemudian, dan memasukkan bahagian apa yang dipersetujui dalam CA..

Paling baik, biarkan senarai salah-laku yang dipersetujui di masukkan terus dalam CA. 

Pastikan salah-laki itu juga dikenal pasti, iaitu mana yang dianggap serius yang memboleh membawa kepada penamatan kerja. 

Pastikan juga disenaraikan jenis hukuman lain yang boleh dikenakan majikan jika dibuktikan seorang pekerja melakukan salah laku. [Mungkin nak fikirkan had maksima denda yang boleh dikenakan - mungkin tak melebihi 50% gaji bulanan, ....]

Bagi pekerja, yang tak ada Kesatuan, bila mahu tandatangan perjanjian perkhidmatan/kerja - ambil masa dan baca betul buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook' jika ianya dimasukkan dalam perjanjian kamu SEBELUM menandatangani perjanjian kerja. Jika majikan mahu kamu tanda tangan masa itu, tandatangan dan "sebelum sempat baca Buku Company Handbook". Buat macam ini juga, jika majikan kata nanti saya beri pada kamu. 

Kalau tidak boleh memasukkan catatan. Bila kamu diberikan kemudian buku peraturan syarikat atau 'Company Handbook' - tulis dengan jelas masa kamu terima buku itu, dan siapa yang memberikan. Kalau boleh minta dia juga tandatangan. Kalau diperlukan tandatangani akuan penerimaan pastikan masa dan tarikh penerimaan jelas dalam Borang, dan pastikan kamu juga dibekalkan salinan borang akuan penerimaan. ...Ada banyak lagi... tapi sukar kita dapat membincangkan semua keadaan. 





No comments:

Post a Comment