Sinopsis Forum Adakah #TPPA Satu Bentuk Penjajahan Moden Amerika?
i) Tajuk Forum: Adakah TPPA satu bentuk Penjajahan Amerika Moden?
ii) Panelis:
1) Prof Dr Nazari Ismail (Pakar Perdagangan, UM)
2) Dr Rosli Yaakob (Bekas Timbalan Pengarah, BNM)
3) Fifa Rahman, MHL (Pakar Undang2 Kesihatan, MAC)
iii) Moderator: Anas Alam Faizli (BLINDSPOT)
iv) Tempat / Masa: KLSCAH, 27 Jun 2013, Khamis, 8.00 malam, No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia
KEHADIRAN KETUA PERUNDING SDR J JAYASIRI MENGHANGATKAN SUASANA FORUM “ADAKAH TPPA SATU BENTUK PENJAJAHAN MODEN AMERIKA”
Satu forum berkenaan TPPA telah
dianjurkan bersama oleh badan bersama Blindspot, DPMM, MTUC, GBM, dan
IKRAM bertempat di Dewan Perhimpunan Cina pada 27 Jun 2013, 8.00 malam.
Tiga
panelis utama terdiri daripada Dr Rosli Yaakob, Cik Fifa Rahman dan
Prof Nazari Ismail dibantu moderator Anas Alam Faizli telah berjaya
mengemukakan pandangan masing-masing, tetapi pihak penganjur mendapat
peluang mendengar sendiri maklumbalas daripada ketua perunding Saudara J
Jayasiri. Penganjur sangat berterima kasih dengan kerjasama daripada
ketua perunding.
Objektif Forum diadakan:-
- Memupuk kesedaran awam mengenai isu TPPA yang bakal memberi kesan besar kepada negara
- Mendesak kerajaan untuk memberikan lebih disclosure mengenai isu kandungan perjanjian TPPA
- Menubuhkan gabungan bertindak terdiri daripada NGO-NGO untuk membawa isu-isu TPPA
- Mendesak kelulusan perjanjian TPPA dibuat bukan di Kabinet tetapi melalui penelitian Parlimen / Jawatankuasa Khas Parlimen
- Memohon kerajaan memberikan keputusan kajian laporan penuh Cost Benefit Analysis yang dibuat oleh UNDP
Antara
tetamu yang hadir adalah YB Nurul Izzah, YB Saari Sungib, Dato
Alayuddin (DPMM Putrajaya), Khalid Atan (presiden MTUC), Syed Shahir
(bekas presiden MTUC), Wan Saiful Wan Jan (CEO IDEAS), Zul Fikri Zamir
(Chairman TFTN), Syed Ibrahim (IKRAM), Ho Yock Lin (GBM), Tan Sri Abd
Aziz (bekas pengerusi MAS), Puan Che Mazni (Pengarah Dasar &
Penyelarasan FTA, MITI), ahli-ahli NGO dari IKRAM, ISMA, Penang
Institute, MTUC, DPMM, MAPEM, KLSCAH, IRF, SUARAM, pensyarah dan pelajar
Universiti serta ahli-ahli perniagaan.
Moderator, Anas Alam Faizli
(Co-Founder BLINDSPOT) memulakan forum dengan memberikan sedikit latar
belakang mengenai perjanjian TPPA dan sejarahnya, status penglibatan
Malaysia dan status terakhir perjanjian TPPA. Pusingan rundingan
berikutnya akan diadakan di Kota Kinabalu, 15 – 22 Julai dan perjanjian
dijangka ditandatangani Oktober 2013.
Penting untuk memastikan bahawa
perjanjian TPPA ini akan mengutamakan kepentingan kedaulatan negara dan
kebajikan rakyat – lebih dari apa2 manafaat perdagangan yang mungkin
diperolehi dari perjanjian TPPA. Apapun manafaat perdagangan tersebut
boleh dipertikaikan – sayugia tidak wajar untuk menanggung risiko tinggi
mengharungi satu perjanjian yang penuh dengan ranjau.
Antara isu pokok yang diambil
perhatian adalah peningkatan kos ubat, pencorotan hak pekerja, isu
rokok, artikel 153, kedaulatan undang-undang, SME, akta hak-cipta,
penjajahan ekonomi dan isu HALAL.
Panelis,
Cik Fifa Rahman (Policy Manager, Aids Council) seterusnya memberikan
fakta dan bagaimana harga ubat akan naik dengan pemanjangan tempoh
patent dan menyebabkan ubat generic (ubatan tidak punyai jenama) lebih
lambat dihasilkan atau tidak langsung boleh dihasilkan disebabkan
peraturan ‘evergreen’ yang boleh membenarkan patent di sambung sampai
bila2.
Fifa menjelaskan beberapa dasar
TPP yang akan menyebabkan ianya sukar untuk membuat ubatan generik yang
lebih murah, termasuk data exclusivity. Dia juga menceritakan tentang
harga ubatan kanser yang amat mahal (RM9,600-RM10,000) oleh kerana
banyak ubatan kanser merupakan ubatan biologik (dihasilkan daripada
bahan hidup), ia akan terikat dengan exclusivity untuk 12 tahun. Cik
Fifa kemudiannya menjawap 2 soalan dan terpaksa meninggalkan majlis
untuk program lain.
Panelis, Dr Rosli Yaakob
menerangkan bahawa perjanjian TPP adalah di rangka berdasarkan konsep
dan rangka NAFTA (FTA antara US, Canada dan Mexico –yang ditandatangi
pada 1994). Maka kita boleh menjangkakan kesan-kesan negatif yang boleh
berlaku dibawah perjanjian TPP ini berdasarkan beberapa pertikaian dan
litigasi yang telah berlaku dalam perjanjian NAFTA tersebut. Begitu juga
dengan FTA (perjanjian perdagangan bebas) antara US dan Peru.
Dr Rosli telah memberi contoh
pertikaian antara syarikat US dan kerajaan Peru – dimana syarikat US itu
telah menyaman kerajaan Peru sebanyak USD4.2 billion walaupun syarikat
itu yang jelas telah mencemar sungai2 dengan racun2 kimia yang membunuh
rakyat Peru terutama kanak2.
Malah syarikat seperti LYNAS juga
boleh menyaman kerajaan Malaysia jika agensi alam sekitar menyekat
operasi mereka dengan penguatkuasaan peraturan alam sekitar. Ini
bermakna undang2 bagi keselamatan dan kesihatan awam akan jatuh
sekunder pada perjanjian TPP tersebut.
Begitu juga dengan program
sosio-ekonomi saperti affirmative action juga akan terkesan dengan
TPP. Perolehaan kerajaan di bawah TPP tidak boleh dilaksanakan untuk
tujuan affirmative action atau dasar sosial yang lain.
Panelis, Prof Nazari Ismail
kemudiannya menerangkan kebaikan dan keburukan trade dan menceritakan
bagaimana Rasulluah saw juga adalah seorang peniaga. Jadi Islam
menyokong perniagaan bebas. Namun jika ada unsur yg merosakkan
masyarakat Islam akan menyekatnya. Sebab itu perniagaan arak diharamkan.
Sekarang ini suasana perniagaan dirosakkan akibat dua ciri utama –
syarikat adalah besar dan hutang adalah banyak.
Akibatnya ialah suasana
perniagaan yg menekakan masyarakat di mana berlaku pengangguran. Ini
terutama di negara barat seperti Amerika dan eropah. Bermakna TPPA bukan
penjajahan Amerika sebab rakyatnya juga merana. Punca utama masalah
ialah sistem yang salah yang bertunjangkan industri kewangan. Apa yang
perlu ialah perubahan kepada sistem yg menjadi konteks perniagaan
sekarang.
Majlis kemudiannya menjemput
Encik Jayasiri ketua perunding Malaysia naik ke pentas untuk sesi soal
jawab. En Jayasiri menegaskan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan
akan cuba yang terbaik memastikan trade agreement ini memberi kebaikan
kepada Malaysia. En Jayasiri menerangkan bagaimana kita perlu memahami
kenapa patent disambung untuk Intellectual Property. Moderator
menanyakan mengapakah itu perlu sedangkan industri ubat adalah antara
yang paling untung di dunia dan patent 20 tahun sekarang sudah memadai.
Syed Shahir, bekas presiden MTUC
kemudian bertanya mengapa TPPA dijalankan dalam keadaan rahsia dan jika
baik mengapa ketua perunding Chile telah tarik diri? Moderator menambah
soalan dimana Thailand juga pull-out oleh kerana capital control dan
Australia pula mendapat pengecualian ISDS di mana syarikat tidak boleh
menarik Australia ke International Tribunal dan mereka juga mendapat
pengecualiaan ubat generik.
YB Saari Sungib kemudian
menanyakan bagaimana TPPA akan mengesankan kerajaan negeri Selangor
dimana pelaburan bernilai RM49.74 billion.
YB
Nurul Izzah mengutarakan isu system yang lebih berstruktur seperti di
Amerika Syarikat yang menubuhkan Trade Congress dan kumpulan istimewa
untuk meneliti perjanjian TPPA untuk memastikan mereka mendapat yang
terbaik daripada TPPA; tetapi adakah Malaysia melakukan perkara yang
sama? Malah CBA yang dijanjikan oleh MITI juga masih belum diterima.
YB Nurul juga meminta agar sidang
hadirin bersama MITI mendesak kerajaan Malaysia meratifikasi TPPA
menerusi sebuah jawatankuasa parlimen yang dibentuk, mekanisme
pemantauan ini bakal membantu Rakyat menilai serta memastikan
keberkesanan TPPA.
Saudara Azlan telah menanya jika
jurang antara miskin dan kaya tidak akan ditangani dalam perlaksanaan
ETP walaupun ekonomi dijangka berkembang hingga mencapai RM 1,700
billion pada 2020 – tidak kah liberalisasi dibawah TPP ini akan
menjadikan jurang kemiskinan lebih teruk lagi?
Saudara Zahir Hassan dari IKRAM
mengatakan bahawa beliau tidak akan dapat tidur nyenyak selagi beliau
tahu apakah bidang kuasa perunding-perunding daripada MITI.
Wakil
MTEM, Sdr Aliff Basri pula mengadu mengenai jawapan yang mereka masih
tunggu dari Menteri MITI setelah beberapa perjumpaan diadakan bersama
beliau.
Sesi soal jawap diteruskan dan
dijawap oleh kesemua panelis termasuk En Jayasiri. Forum kemudiannya
ditutup dengan komitmen dari hadirin untuk meneruskan agenda dan
objektif yang disarankan oleh BLINDSPOT serta rakan-rakan NGO (DPMM,
MTUC, GBM, IKRAM dan lain-lainnya).
Gambar forum boleh di lihat di pautan berikut:- http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2013/06/rakyat-malaysia-perlu-tahu-apa-itu-tppa.html
TPPA: Jangan sembunyi apa-apa dari rakyat – http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20394-tppa-jangan-sembunyi-apa-apa-dari-rakyat
TPPA: Harga Ubat Bakal Naik http://www.selangorku.com/?p=30542
Sinopsis di sediakan saudara Anas
No comments:
Post a Comment