Monday, April 25, 2016

Memo 'Rahsia' MTUC kini di laman web MTUC - Adakah ini tuntutan utama golongan pekerja?

Pada 12/4/2016 telah dilapurkan di media massa bahawa MTUC telah menyerahkan Memo kepada Perdana Menteri - tetapi malangnya memo berkenaan tidak dapat diketemui di mana-mana termasuk laman web rasmi MTUC. Justeru, sukar sekali untuk pekerja dan Kesatuan Sekerja, yang MTUC dilihat mewakili mengetahui apa sebenarnya yang dituntut oleh MTUC bagi pihak semua pekerja dan Union di Malaysia.

MTUC sends 'secret' MEMO to Prime Ministers? What MTUC asking unclear..?




Media, apabila membuat lapuran berita akan akan hanya memetik apa yang mereka mahu lapurkan, dan malangnya kita tidak akan tahu apa yang terkandung dalam Memo MTUC berkenaan. Misalnya, apa yang dilapurkan adalah bahawa MTUC mahu definasi jelas seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan - apakah yang dimaksudkan MTUC? Apakah kekurangan yang MTUC mengharapkan akan diperbetulkan? 

What does Malaysian Trade Union Congress(MTUC) want? What 'clearer definition' of provision in law?

Kini, MTUC sudah pun memuatnaik apa yang diberi tajuk 'Memorandum MTUC 2016 dalam Laman Web MTUC, dan berikut adalah apa yang dinyatakan...ada ketidakpastian sama ada ini adalah Memo yang telah dihantarserahkan kepada Perdana Menteri...

Bila Memo ini dilihat, apa yang nyata adalah banyak pekara adalah kurang jelas dalam Memo tersebut. Mungkin penulis Memo sedar isu dengan jelas, tetapi adakah pembaca Memo akan faham? Dakwaan dibuat tetapi tidak disokong oleh contoh yang jelas - "Sejak kebelakangan ini, aktiviti anti kesatuan semakin meningkat dan membimbangkan. Syarikat-syarikat besar di Malaysia, seperti Kumpulan Hicom DRB mempunyai dasar polisi Perhubungan Perusahaan yang jelas bercanggah dengan Kod Amalan Harmoni Perhubungan Perusahaan 1975. DRB Hicom telah menyingkirkan 13 pekerja tanpa sebarang justifikasi..." - Apakah polisi DRB yang bercanggah ini...semua sekali atau hanya beberapa perkara khusus? 13 Pekerja disingkirkan ...siapa mereka ini dan kenapa MTUC kata ini salah...yang saya ingat adalah isu G18 - 18 pekerja bukan 13>>>

Memo harus merujuk kepada contoh dengan jelas, kerana pembaca diharapkan bertindak berasaskan Memo. Memo yang kurang jelas, PM mungkin tak faham dan bagaimanakah kerajaan bertindak? 

Cuba baca Memo MTUC ini, dan buat penilaisan sendiri sama ada Memo ini cukup jelas atau tidak?

Anih juga, isu 'contractor for labour', yang merupakan isu penting MTUC sampai diadakan piket di beberapa tempat langsung tidak pun ditimbulkan dalam Memo ini...

Yang jelas adalah tuntutan GAJI MINIMA sama(RM1,200) untuk semua pekerja - sama ada pekerja swasta atau penjawat awam, sama ada pekerja di Semenanjung Malaysia atau di Sabah/Sarawak..

Yang jelas adalah tuntutan MTUC untuk peruntukkan undang-undang memerlukan majikan swasta juga membayar COLA kepada pekerja mereka ia itu RM300

Komen tambahan mengenai MEMO ini  mengenai tuntutan lain akan menyusul...

 

MEMORANDUM MTUC 2016
MTUC logo
CABARAN BAGI PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA

1) PERHUBUNGAN PERUSAHAAN

Pada tahun 1961 Malaysia telah mengesahkan Konvensyen ILO 98 iaitu Hak untuk mengurus dan Rundingan Kolektif. Sejurus dengan itu kerajaan mengubal dan mengisytiharkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dalam laporan berkala kepada ILO, Kerajaan telah menegaskan bahawa Akta Perhubungan Perusahaan ini mematuhi pelbagai keperluan di bawah Konvensyen 98.

a) Ribuan Pekerja Dinafikan Hak Perjanjian Bersama

Walaupun peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan kelihatan sebagai progresif namun perlaksanaan dan kelemahan dalam penguatkuasaan telah menafikan hak-hak rundingan terhadap Perjanjian Bersama kepada beribu-ribu ahli kesatuan.

b) Keperluan Bagi Mendapatkan Pengiktirafan

Keperluan untuk mendapatkan PENGIKTIRAFAN daripada majikan adalah pra-syarat sebelum memulakan RUNDINGAN KOLEKTIF; malangnya pelbagai PERATURAN diadakan yang menyebabkan kelewatan yang berpanjangan melebihi satu hingga tiga tahun. Prosedur-prosedur ini tidak boleh diterima dan tidak bersesuaian dengan kehendak akta dan undang-undang. Di samping itu, sementara menanti pemberian pengiktirafan, kesatuan dan ahli-ahlinya terpaksa melalui pelbagai kesulitan seperti:
• dinafikan Hak Rundingan terhadap Perjanjian Bersama;

• dilarang daripada melakukan sebarang bantahan;

• dimangsakan dan diugut dengan taktik membuli seperti di pindah kerja, diturunkan pangkat dan sering dipecat.

Walaupun peruntukan-peruntukan tertentu dalam Akta melarang perbuatan yang dinyatakan di atas, majikan yang tidak bertanggungjawab masih terus melanggar Akta dengan sewenang-wenangnya malah pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) kurang memberi keutamaan terhadap isu ini.

Bagi memastikan penyelesaian kes dengan segera, MTUC dengan ini mencadangkan supaya Akta Perhubungan Perusahaan ini dipinda bagi membolehkan had masa 90 hari dikenakan untuk menyelesaikan semua tuntutan pengiktirafan.

c) Kuasa Mahkamah Perusahaan Terhad

Sebagai ganti rugi, berhubung dengan kelewatan dalam penyelesaian tuntutan pengiktirafan, keputusan Menteri yang lambat dari tarikh tuntutan pengiktirafan dibuat telah menyebabkan konsesi ini tidak bermakna mengikut kehendak di bawah Seksyen 30 (7). Akta IR yang secara  tidak langsung menghadkan kuasa Mahkamah Perusahaan untuk membolehkan tarikh lewat Perjanjian Kolektif tersebut dikuatkuasakan atau dihadkan kepada enam bulan.

MTUC menuntut supaya Seksyen 30 (7) Akta IR patut dipinda bagi membolehkan Mahkamah Perusahaan menentukan tarikh kuat kuasa Perjanjian Bersama berdasarkan fakta, keadaan dan ekuiti.

d) Aktiviti Anti Kesatuan Berlaku Secara Meluas

Sejak kebelakangan ini, aktiviti anti kesatuan semakin meningkat dan membimbangkan. Syarikat-syarikat besar di Malaysia, seperti Kumpulan Hicom DRB mempunyai dasar polisi Perhubungan Perusahaan yang jelas bercanggah dengan Kod Amalan Harmoni Perhubungan Perusahaan 1975. DRB Hicom telah menyingkirkan 13 pekerja tanpa sebarang justifikasi. Dasar dan undang-undang kerajaan yang lemah dan berbelah bagi telah melemahkan pergerakan kesatuan sekerja dan memberi ruangan kepada majikan penyalahgunaan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan untuk menafikan hak pekerja untuk menjadi ahli kesatuan  terutamanya pekerja-pekerja dalam kapasiti pengklasifikasian Pengurusan dan Eksekutif.

Dalam kes British American Tobacco (BAT) Bhd, lebih daripada 70% dari pekerja yang sebelum ini merupakan ahli Kesatuan Pekerja BAT yang merupakan sebuah kesatuan dalaman telah dinafikan hak untuk mewakili kesatuan dan hak untuk Rundingan Perjanjian Kolektif. Ini dilakukan hanya dengan menukar tajuk jawatan/kerja mereka dari operator pengeluaran kepada pakar pemprosesan walaupun tugasan utama dan tanggungjawab mereka tetap tidak berubah.

Semenjak enam tahun yang lalu, perbuatan tidak adil dan tidak senonoh pengurusan BAT ini telah menjadi satu amalan yang meluas bagi menafikan hak terhadap Rundingan Perjanjian Kolektif kepada majoriti pekerja-pekerja BAT. Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak mengambil sebarang tindakan untuk menentukan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan dipatuhi dan dilaksanakan secara adil.

MTUC menuntut supaya Peruntukan Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan, harus memberikan definisi yang jelas mengenai tafsiran pengurusan, eksekutif dan kapasiti sulit bagi membolehkan mereka menyertai kesatuan dan menghapuskan penyalahtafsiran yang meluas.

e) Hak Berpiket

Hak Pekerja untuk berpiket termaktub di bawah Seksyen 40, Akta IR dan pihak berkuasa polis harus menghormati hak-hak ini. Malah apa yang menyedihkan baru-baru ini, semasa ahli kesatuan British American Tobacco berpiket polis telah menganggu piket ini dengan menangkap serta menahan anggota kesatuan dan mendakwa mereka di mahkamah.

MTUC menggesa YAB Perdana Menteri mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa pihak berkuasa menghormati hak-hak yang diberikan kepada pekerja-pekerja seperti yang termaktub dalam undang-undang. 

2) MAHKAMAH PERUSAHAAN

Walaupun bilangan Mahkamah Perusahaan telah bertambah namum pekerja-pekerja masih menghadapi kelewatan yang ketara untuk mendapatkan keputusan yang adil. Mahkamah seolah-olah tidak mengambil kira kehendak di bawah seksyen 30 (5) Akta IR 1967 di mana ia dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah hendaklah bertindak mengikut ekuiti, nilai murni, adil dan merit kes itu tanpa mengambil kira proses teknikal.

Dalam Award Mahkamah Perusahaan baru-baru ini, mahkamah telah memberikan keputusan yang bercanggah dan menidakkan keputusan Mahkamah Superior-MAHKAMAH RAYUAN. Mahkamah Perusahaan mengenakan layanan yang berbeza-beza terhadap pekerja asing.

Lima tahun yang lalu, Menteri Sumber Manusia pada masa itu Datuk Seri Fong Chan Onn memberi jaminan kepada MTUC bahawa sekurang-kurangnya 50% daripada Pengerusi Mahkamah Perusahaan seharusnya terdiri dari pegawai kontrak. Pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Negara adalah tertakluk kepada pemindahan kerap yang menyebabkan memberi kesan terhadap jadual perbicaraan kes dan memberi impak serius kepada kepakaran mereka.

MTUC mencadangkan YAB Perdana Menteri mengambil langkah-langkah segera untuk menangani isu ini.

3) MAHKAMAH PERUSAHAAN APPELLETE

Pada mulanya apabila Kerajaan menubuhkan Mahkamah Perusahaan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian, ia adalah bertujuan untuk menjadi pengadil terakhir bagi menjatuhkan keputusan muktamad dan konklusif dan menamatkan semua pertikaian. 

Malangnya, kini peranan Mahkamah telah berubah ke arah yang bertentangan: mengheret pertikaian Mahkamah Perusahaan sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ini bukan sahaja makan masa yang lama malah ia melibatkan beban kos kewangan yang sangat besar kepada kesatuan sekerja.

Oleh yang demikian, MTUC mengulangi cadangan awal MTUC untuk menubuhkan INDUSTRIAL APPELLETE COURT sebagai mahkamah muktamad untuk membuat keputusan mengenai pertikaian Perhubungan Perusahaan termasuk kes pemecatan di bawah Seksyen 20 Akta IR.

4) AKTA MAS – Belum Pernah Wujud

MTUC amat terkejut dengan pengenalan enakmen dan pengisytiharan Akta MAS. Tindakan Kerajaan menyokong anggara tidak baik pihak pengurusan MAS yang memperkenalkan suatu akta yang belum pernah wujud ini telah menjurus kepada kesatuan sekerja dan pekerja-pekerja menanggung kelewatan yang berterusan. Di samping itu pengenalan syarat-syarat baru dalam Akta MAS adalah bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Akta MAS yang baru diperkenalkan ini telah menyebabkan beberapa kes tidak dapat diselesaikan dengan segera dan terpaksa tertangguh di Mahkamah Perusahaan.

MTUC dengan ini merayu kepada YAB Perdana Menteri untuk memastikan bahawa semua kes yang berkaitan dengan kakitangan MAS dikendalikan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan.

A) GAJI MINIMUM DI MALAYSIA

Gaji Minimum Kebangsaan bagi Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan pada 15hb Oktober 2010 bertujuan untuk memastikan pendapatan pekerja-pekerja dapat memenuhi keperluan asas mereka dan dalam masa yang sama industri-industri pula dapat bergerak maju mengikut arus pembangunan. Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Walaupun MTUC mengalu-alukan pengumuman Gaji Minimum oleh Perdana Menteri (Ucapan Bajet pada 23 Oktober 2015) untuk pekerja-pekerja dalam sektor awam pada kadar RM1,200.00 tetapi MTUC amat kecewa kerana ia tidak melibatkan pekerja-pekerja dalam sektor swasta. Sekurang-kurangnya kerajaan boleh mengumumkan gaji minimum yang sama RM1,200.00 untuk semua pekerja tidak kira sektor awam mahupun pekerja swasta atau pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan. Mengapa diskriminasi di antara sektor awam dan pekerja sektor swasta diwujudkan? Kos sara hidup telah meningkat dengan ketara di seluruh negara dan apatah lagi kesan GST memberi kesan kepada kedua-dua pekerja dalam sektor swasta dan awam.

Gaji minimum telah diumumkan oleh Kerajaan sebanyak RM 1000.00 untuk pekerja dalam sektor swasta di Semenanjung manakala RM920.00 untuk pekerja dalam sektor swasta di Sabah, Sarawak dan Labuan. 

Pada pandangan MTUC gaji minimum yang diumumkan bagi sektor swasta tidak realistik dan tidak mencerminkan keadaan sosio ekonomi semasa yang dihadapi oleh kakitangan dalam sektor swasta sedangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung.

MTUC kecewa dengan tarikh penguat kuasaan Gaji Minimum baru iaitu 1hb Julai 2016. Ia tidak selaras dengan seksyen 25 dan Majlis Perundingan Gaji Negara juga telah menetapkan bahawa semakan gaji minimum perlu dilakukan setiap dua tahun sekali.

Kajian semula gaji minimum sepatutnya dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah dibina dalam formula yang digunakan untuk pengiraan.

Kajian pertama telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (NWCC) dan kemudian telah dibincangkan oleh ahli-ahli NWCC, yang terdiri daripada wakil-wakil dari kerajaan, pekerja, majikan dan pakar teknikal.

NWCC telah mengemukakan cadangannya selepas kajian dilakukan. Manakala Kabinet pula mempunyai kata putus untuk menolak cadangan-cadangan tersebut. Pengalaman dari negaranegara lain menjelaskan bahawa kerajaan hanya boleh menolak cadangan-cadangan tersebut jika ia mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk berbuat demikian dan sekiranya wujud keadaan yang luar biasa untuk menolak cadangan-cadangan tersebut.

Gaji Minimum yang dilaksanakan ini telah ketinggalan dari pertumbuhan produktiviti. Sedangkan Dasar Gaji Minimum adalah penting bagi pekerja supaya dapat membantu untuk memastikan bahawa peningkatan gaji adalah selaras dengan kos sara hidup, sekali gus membolehkan mereka untuk menikmati keperluan asas.

Bagi majikan, dasar Gaji Minima ini perlu bagi menggalakkan mereka melabur dalam teknologi tinggi dengan menggerakkan rantaian nilai dan dalam jangka masa panjang boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Dasar gaji minimum juga harus memberi manfaat kepada ekonomi dalam jangka masa panjang dengan peningkatan dalam kuasa beli kaum pekerja.

Kerajaan tidak harus takut dengan gertak majikan yang mendakwa bahawa mereka tidak mampu membayar gaji minimum. Mereka mendakwa bahawa jika Malaysia melaksanakan gaji minimum, 600,000 majikan akan muflis. Kini adalah masa supaya majikan-majikan membangunkan model perniagaan mereka bagi mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Kami berpendapat diskriminasi dalam gaji minimum melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Dua isu penting perlu dipertimbangkan:

a) Apkah formula yang digunakan untuk mengkaji semula Gaji Minimum 2015 bagi pekerja dalam sektor awam dan pekerja sektor swasta dan pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

b) Mengapakah Gaji Minimum untuk pekerja sektor awam yang diperkenalkan di Semenanjung adalah berbeza bagi sektor-sektor lain berbeza?

a) MTUC Menyeru Kerajaan Menyemak Semula Gaji Minimum 2015/2016

MTUC menyeru Kerajaan untuk mengkaji semula Gaji Minimum atas landasan berikut:

i. Gaji Minimum 2015/2016 – RM1, 200.00 harus meliputi semua tempat di Malaysia. Oleh kerana prinsip rantau tidak digunapakai dalam penetapan Gaji Mimimum untuk pekerja dalam sektor awam maka prinsip yang sama harus digunakan untuk menetapkan gaji minimum untuk pekerja-pekerja dalam sektor swasta. MTUC yakin bahawa kerajaan akan mohon Gagasan 1Malaysia dalam isu Gaji Minimum.

B) PEKERJA ASING

Masalah pekerja asing sering kali ditimbulkan oleh MTUC. Namun sehingga hari ini tiada tindakan yang komprehensif dan praktikal diambil oleh kerajaan. Lambakan pekerja asing semestinya dikawal bagi membendung gejala sosial yang tidak sihat.

Beberapa tahun yang lalu pihak Kementerian telah memanggil MTUC bagi tujuan memperbincangkan bagaimana cara untuk mengurangkan perlambakkan pekerja asing.

MTUC sering menyuarakan supaya pihak kerajaan tidak bergantung kepada pekerja asing. Malah MTUC telah mengemukakan beberapa cadangan, terutama berkaitan dengan pengambilan pekerja asing yang melalui sistem orang tengah, agen-agen pekerja asing supaya dihentikan.

MTUC memohon supaya pengambilan pekerja asing harus diuruskan secara terus Kerajaan dengan Kerajaan (G to G)

Malangnya tiada perbincangan susulan dan tindakan selanjutnya diambil oleh kerajaan yang menjurus kepada pengurangan pekerja asing. Salah satu agenda dibawah rangka Rancangan Malaysia Ke-11 adalah mengurangkan pekerja asing ke paras 15%. Malahan berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku, MTUC kurang yakin bahawa hasrat tersebut boleh dicapai. Sehingga ke hari ini lebih kurang 7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta sahaja yang memiliki dokumen.

Tindakan kerajaan menandatangani MOU bersama kerajaan Bangladesh untuk membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh bagi sektor-sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan jelas menunjukkan bahawa hasrat yang diwarwarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing adalah gimik politik sahaja.

Dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh ini ia akan menjadikan 50% dari keseluruhan tenaga kerja di negara ini adalah terdiri dari pekerja asing. Sudah tentu jika ini berlaku ianya sedikit sebanyak akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan. Langkah kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan harus memastikan bahawa peluang ini diberi keutamaan kepada pekerja tempatan bukan kepada pekerja asing.

Banyak pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan demi kepentingan mereka. Pada pandangan MTUC Sistem Pembekalan Pekerja Asing ini telah menjurus kepada pemerdagangan lesen. Di samping itu ia telah mewujudkan jutawan-jutawan atas pembiayaan wang pekerja. Khususnya ejen-ejen dan pegawai-pegawai yang menguruskan pengambilan pekerja asing. Justeru itu kawalan dan pemantauan kemasukan pekerja asing wajar dipergiatkan. Sesiapa yang melanggar undang-undang harus dikenakan hukuman berat.

MTUC mohon supaya Penguatkuasaan Akta, Anti Perdagangan Manusia mesti dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan efektif. Keutamaan harus diberi kepada pekerja-pekerja tempatan rakyat negara ini.

Kerajaan harus mengambil langkah yang proaktif bagi meratifikasi “Convention ILO 143 dan 183″. 

Sekiranya langkah dan tindakan-tindakan yang positif tidak diambil bagi menangani masalah pekerja asing ini MTUC percaya hasrat kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi tidak akan tercapai.

Pada 2008 sebanyak 277 lesen telah dikeluarkan kepada individu atau agensi pengambilan pekerja asing sehingga kini lebih kurang 130 agensi ini masih aktif. MTUC bukan bersifat anti pekerja asing tetapi kerajaan wajib memastikan bahawa pengambilan pekerja asing ini dikawal setakat yang diperlukan sahaja.

MTUC berasa janggal dengan 3% statistik “unemployment”. Adakah angka 3% tersebut satu angka yang realistik? Berabad-abad lamanya masih kerajaan menggunakan angka yang sama sedangkan setiap tahun beribu-ribu anak muda samada graduan atau selainnya yang masuk ke pasaran pekerjaan. Adakah mereka ini telah sepenuhnya berjaya mendapatkan pekerjaan. Malangnya tiada statistik yang memperincikan permasalahan ini.

VSS, retrenchment mengapa rakyat tempatan diutamakan, menjadi mangsa pemberhentian digantikan dengan pekerja asing. Walau “code of conduct” on retrenchment telah menetapkan garis panduan bahawa sekiranya satu-satu pemberhentian terpaksa dijalankan, pertama pekerja asing harus diberhentikan, kemudian pekerja kontrak. Malangnya ramai majikan tidak mengendahkannya. Mereka memberhentikan pekerja tempatan dan digantikan dengan pekerja asing. Banyak pemberhentian seperti ini tidak dilapurkan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Mengapa rakyat tempatan dijadikan mangsa oleh majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab ini?

MTUC dengan ini menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan-tindakan bagi menyelesaikan masalah perlambakan pekerja asing di negara ini.

MTUC percaya kerajaan ada kekuatan dan mekanisme bagi menangani permasalahan lambakan pekerja asing dengan tidak tunduk atas sebarang desakan dari majikan-majikan yang membuat permohonan mendapatkan pekerja asing dengan pelbagai helah. Majikan-majikan ini harus dipantau dan siasatan perlu dilakukan atas kesahihan permohonan mereka.

Kerajaan harus memantau layanan-layanan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tindakan dari ejen-ejen dan majikan-majikan yang tidak berperikemanusiaan sehingga negara dicemuh di arena Antarabangsa.

MTUC merasakan sekiranya kerajaan serius untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka harus menghadkan pekerja asing di tempat kerja secara beransur-ansur bagi mengurangkan kebergantungan terhadap mereka dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan.

MTUC mengalu-alukan dasar dan amalan baru pengambilan pekerja asing terus dari kerajaan dengan kerajaan (G to G) dan dasar ini perlu dikuatkuasakan untuk semua pengambilan pekerja asing dan semua sektor.

Bayaran LEVI- Kadar bayaran levi yang tinggi harus dikenakan kepada semua pengambilan baru dan selanjutnya supaya majikan akan sedar sepenuhnya serta mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang implikasi kos dan boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

Kementerian harus menjalankan kajian serta analisa yang mendalam terhadap pemecatan, pengganguran dan keperluan pasaran tenaga kerja bagi membolehkan kerajaan menghadkan pengambilan pekerja asing secara beransur-ansur.

Di samping itu MTUC juga mohon Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Penyiasatan Pekerja Asing dan buat masa ini menangguhkan rancangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

D) GST dan COLA

Kerajaan tidak mengendahkan dan sentimen rakyat terutamanya golongan pekerja yang berpendapatan rendah malah telah memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% pada 1hb April 2015. Ini merupakan satu lagi contoh hakisan terhadap tahap pendapatan sebenar pekerja di Malaysia.

Apakah justifikasinya kerajaan memberi BRIM selepas membebankan rakyat dengan pelbagai cukai GST malah harga barangan dan perkhidmatan naik berkali ganda. Kajian yang dilakukan oleh FOMCA menunjukkan bahawa harga barangan telah naik sebanyak 20% sejak GST diperkenalkan.

Pekerja di Malaysia berhadapan dengan tekanan bagi memenuhi keperluan harian mereka dan ahli keluarga mereka. Ini adalah tidak wajar, kerana pekerja-pekerja di negara ini telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi negara.

MTUC telah meminta kerajaan untuk mewajibkan pemberian Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300.00 kepada semua pekerja di Malaysia. Ini adalah hak yang harus dilaksanakan dengan segera oleh setiap majikan. Majikan dan pelabur sentiasa dengan bangganya melaporkan keuntungan syarikat mereka setiap tahun maka mereka juga harus sanggup berkongsi keuntungan tersebut dengan pekerja-pekerja mereka.

COLA bukanlah merupakan satu bantuan yang diminta oleh pekerja dari majikan dan kerajaan malah ia merupakan satu hak keadilan terhadap pekerja daripada pembangunan negara ini bagi menghadapi kemelut krisis ekonomi dengan kejatuhan nilai ringgit secara mendadak. Di samping itu dalam pembentangan bajet tahun lepas cukai korporat telah dikurangkan sebanyak satu peratus namun ia tidak memberi apa-apa faedah kepada pihak pekerja, ini jelas menunjukkan bahawa keuntungan hanya dinikmati oleh satu pihak sahaja.

Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan GST. Cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik tetapi pengguna akhir (pekerja dan golongan isi rumah) tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar malah skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak urusniaga. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

Di bawah cukai GST, 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, Jadi, beban rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Di samping itu, dengan perlaksanaan GST, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana berpendapatan rendah, kini perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. 

Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini dan terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.

MTUC merasakan perlaksanaan GST memberi kesan yang signifikan terhadap kaum pekerja yang menerima pendapatan kurang dari RM3000 sebulan, Kini perlaksanaan GST telah memudaratkan lagi keadaan malah telah menjurus kepada tekanan yang besar dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling teruk dalam pasaran antarabangsa.

Kadar inflasi meningkat, GST telah meningkatkan kadar inflasi yang sememangnya tinggi. Penguatkuasaan Cukai GST telah membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Walaupun banyak barangan makanan dikecualikan daripada cukai pada masa dibeli oleh pengguna namun harga makanan telah naik kerana bahan-bahan yang digunakan untuk mengeluarkan makanan turut naik harga akibat dari GST. Cukai GST bukan sahaja mengurangkan kuasa beli rakyat malah kos bagi menampung keperluan harian iaitu makanan, pengangkutan, penginapan, pakaian, perubatan dan lain-lain turut mengalami peningkatan. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini ditanggung oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaya ataupun miskin.

Penganalisaan dan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak IKRAM jelas membuktikan dan mengesahkan kenyataan ini bahawa Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah ekonomi negara adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa. Hal ini jelas apa yang menimpa ekonomi negara dengan kejatuhan nilai ringgit jelas menunjukkan bahawa GST hanya memudaratkan lagi persekitaran ekonomi negara.

Oleh yang dengan kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Di samping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat bagi jangka panjang.

Pihak MTUC merasa amat kecewa kerana tidak dijemput untuk sebarang rundingan dan perbincangkan dalam perlaksanaan GST. Walaupun MTUC mohon supaya perlaksanaan GST ditangguhkan dan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dilanjutkan bagi menangani permasalahan yang membebankan rakyat namun ia tidak diendahkan langsung. Kini selepas perlaksanaan kita dapat melihat kenaikkan harga barangan secara mendadak dan nilai mata wang ringgit jatuh menjunam. MTUC mohon jasa baik YAB untuk menarik balik GST supaya rakyat dan golongan berpendapatan rendah dapat hidup aman dan damai.

Sekian terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Bagi Pihak MTUC
N. Gopal Kishnam (Setiausaha Agung)    YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Pemangku Presiden)

 

 

 

Monday, April 18, 2016

Pekerja Megasteel - Adakah MP, ADUN dan Kerajaan Negeri Selangor Ada Cadangan Penyelesaian? Atau kena minta Najib tolong?


Masalah kehilangan pekerjaan dan masalah pekerja di Megasteel - yang harus difahami adalah bahawa ini berlaku di Selangor, negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pembangkang, di mana Menteri Besar adalah daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR)...
 
KERAJAAN NEGERI SELANGOR - PRIHATIN ATAU TAK PRIHATIN?
 
Apakah tindakan kerajaan negeri? Apakah penyelesaian yang dicadangkan oleh kerajaan negeri? Adakah Azmin Ali atau kerajaan Negeri melakukan apa-apa sehingga ini? [Carian 'Google' untuk "Megasteel Azmin Ali' tidak mendedahkan apa-apa berita - Azmin Ali tak memberi komen apa-apa mengenai nasib pekerja Megasteel?] Apakah perancangan jangka pendek kerajaan negeri? Adakah kerajaan negeri akan membantu mencari kerja baru? Adakah kerajaan negeri akan menyediakan 'bantuan kewangan' membantu pekerja dan keluarga pekerja - mungkin, boleh disediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM1,000 untuk jangkamasa 6 bulan atau sehingga pekerja dapat mencari pekerjaan baru?   

Jika sebuah syarikat mahu beroperasi di Selangor, mesti ada kebenaran kerajaan negeri Selangor. Adakah Selangor mengenakan syarat 'majikan perlu hormati hak pekerja dan kesatuan'? Adakah Selangor memerlukan majikan kilang memaklumkan awal kepada pihak kerajaan jika akan berlaku penutupan kilang atau pembuangan kerja beramai-ramai - supaya kerajaan Selangor boleh awal lagi berusaha menangani masalah yang bakal akan dialami pekerja di dalam Negeri Selangor? Banyak yang boleh dilakukan kerajaan negeri....untuk menjaga hak dan kebajikan pekerja...tetapi adakah Menteri Besar Azmin Ali prihatin mengenai perkara remeh saperti masalah pekerja dan keluarga?
 
AHLI PARLIMEN & ADUN? 
 
Abdullah Sani adalah Ahli Parlimen Kuala Langat - hebat kerana beliau juga seorang 'Unionist' - beliau juga Acting Presiden MTUC. Beliau semestinya prihatin mengenai isu pekerja dan masalah pekerja di Megasteel... Tapi sehingga kini, beliau tidak pun mengeluarkan apa-apa kenyataan media mengenai isu di Megasteel... MTUC juga belum keluarkan apa-apa kenyataan media mengenai isu di Megasteel.
 
Lapuran berita Star menyatakan bahawa beliau menganggap apa yang berlaku itu 'cruel'. Beliau nampaknya telah kemudian mengadakan perbincangan dengan pihak Megasteel, Pengarah Jabatan Buruh - tapi ini lapuran media 18/4/2016 - bukankah semua ini sudah lewat? Apa yang dibincangkan pun tak dilapurkan? Apa cadangan penyelesaian beliau juga tak dinyatakan? Apakah yang dia mahu pun tidak dinyatakan? 
 
Malaysiakini(18/4/2016) melapurkan yang  Abdullah Sani akan bercakap dengan Najib Tun Razak mengenai perkara ini. Bukan sahaja lewat bertindak dalam isu ini yang telah mendapatkan liputan media lebih kurang 1 minggu, adalah anih Abdullah Sani nak pi cakap dengan PM - apakah pendirian atau cadangan Abdullah Sani....atau adakah dia akan pergi beritahu sahaja masalah kepada PM. Bilakah ini akan berlaku? Adakah PM akan memberi masa untuk jumpa dengan MP Abdullah Sani? Abdullah Sani harus mempunyai TUNTUTAN ATAU CADANGAN WAJAR - bukan hanya menyampaikan berita dan minta PM dan Kerajaan BN untuk selesai isu ini. PM dan kerajaan BN pun baca surat khabar - dan jangan lupa bahawa Kementerian Sumber Manusia, adalah kerajaan dan sudah pasti PM sudah tahu...
“Since these are serious issues, I will speak to the prime minister about this,” said Abdullah Sani.
Kenapa Abdullah Sani tak mahu pi jumpa dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor...? ADUN kawasan nampaknya tak keluarpun...atau mereka ada keluar berjumpa mangsa tetapi tidak dilapurkan media. Tapi, jika tak dilapurkan media, pasti maklumat dan pandangan mereka akan keluar dalam Blog atau Laman Web mereka...
 
MASALAH kita tahu tetapi apakah cadangan penyelesaian masalah - MP dan ADUN perlu memberikan cadangan penyelesaian atau tuntutan jelas... kalau tidak mampu, dan hanya berupaya hantar berita sahaja ...lebih baik, jangan jadi 'wakil rakyat'...
 
 
 
 
Monday, 18 April 2016 | MYT 5:56 PM

Execs steel for hard times after sudden termination

KUALA LANGAT: A group of executives were left in the lurch after their services were terminated with less than 24 hours' notice by Megasteel Sdn Bhd and Lion DRI Sdn Bhd.

Jamilah Abdul Rahman, 34, a senior executive at Lion DRI’s quality assurance department, said it is untimely for the company to stop her service now that she is 34 weeks' pregnant with her second child.

“I have been working for them for 10 years and started as an executive.

“The extremely short notice was a rude shock to many of us. I am worried about what happens next, especially because I am expecting a baby soon.

“I can only start looking for another job after my confinement," she said at a protest staged outside Wisma Lion in Banting, near here, on Monday.

The protest saw more than 200 workers holding placards and banners and chanting slogans, expressing their worries and demanding for proper compensation for their retrenchment.

Jamilah, from Olak Rempit, here, said she initially heard about possible lay-offs for the executives from a meeting in February.

“However, a memo was issued later saying that all executives would be terminated, while non-executives would be laid off, without stating any time frame.

"Now, we have been suddenly given termination notices.

"It gives us no time to make preparations," she said, adding that it is going to be a challenge to look for a job with the current economy outlook.

Mechanical executive Raja Badrulizamman Raja Mad Nasir, 35, said it is unfair for Megasteel to give such a short notice to terminate some 90 executives who have served for five years and more citing significant deterioration of business performance and environment.

"The sudden termination has made things difficult for us, who mostly have families to provide for.

"It is also unfair to give out the three-month payment in lieu of termination notice in instalments," he said, adding that they had yet to receive their March salaries.

Production executive Norzaidi Nekmat, 34, questioned why contract staff and foreign workers still have jobs in the companies.

"This is unfair. The management should have discussed its problems with us.

"I have no choice but to rely on my savings and my wife to support the family temporarily," said the father of two.

Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid, who is also MTUC acting president, described the action of the companies as ''cruel''.

He said the companies should not have terminated the workers on such short notice and no room for further discussions.

"Apart from being unfair, this is also a violation of labour laws.

Abdullah Sani later held talks the management of the companies together with other representatives, including Selangor Labour Department director Mohd Asri Abdul Wahab. - Star, 18/4/2016


Arah berhenti 24 jam

Ekhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my

Kuala Langat: “Kami berharap ada unsur simpati terhadap nasib kami. Ada antara kami sudah bekerja sejak 33 tahun lalu,” kata Raja Badrul Izaman Raja Mad Nasir, 35.

Dia antara lebih 100 pekerja eksekutif Megasteel di Olak Lempit di sini, yang masih ‘terumbang-ambing’ berikutan tindakan syarikat berkenaan memberhentikan pekerja dengan memberi notis 24 jam pada 31 Mac lalu.

Selain itu lebih 400 pekerja bukan eksekutif kilang itu kini diarahkan bercuti tanpa sebarang kata putus berhubung masa depan mereka.

Raja Badrul Izaman berkata, tindakan majikan mereka dianggap tidak wajar berikutan kesukaran pekerja mendapatkan pekerja lain bagi menampung kehidupan.

“Pekerja tiada pilihan kerana kami seakan dipaksa berhenti walaupun tidak menandatangani sebarang dokumen persetujuan yang diberikan pihak pengurusan pada petang 31 Mac lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 6:33 AM



DUA ribu pekerja membuat demonstrasi dan membawa sepanduk selepas diberhentikan kerja tanpa mendapat pampasan di hadapan Wisma Lion Megasteel kawasan Perindustrian Olak Lempit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/131622#sthash.F84EN3sN.dpuf

Source: My Metro, 19/4/2016

"Gaji RM1,800 dipotong lagi separuh, anak bini nak makan apa?"

11 April 2016 Luqman Hariz, Astro Awani
Beberapa pekerja yang diberhentikan kerja mengadakan piket di hadapan kilang Megasteel hari ini. - Gambar Astro AWANI
Beberapa pekerja yang diberhentikan kerja mengadakan piket di hadapan kilang Megasteel hari ini. – Gambar Astro AWANI

BANTING: “Gaji RM1,800 dipotong lagi separuh, anak bini nak makan apa?”

Demikian ujar Mohd Amir Rapini, salah seorang dari 489 pekerja yang diberhentikan kerja buat sementara waktu dari kilang keluli Megasteel Sdn Bhd.

Keluhan Amir disambut teriakan kira-kira 60 pekerja yang mengadakan piket di pintu hadapan Megasteel hari ini.

Sebagai sebahagian daripada langkah lay-off ini, kesemua mereka dipotong gaji 50 peratus.

“Mereka zalim. Saya sudah berbelas tahun di sini. Saya ada tiga orang anak, semuanya bersekolah lagi,” tambahnya.

Sebahagian daripada pekerja yang mengadakn protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. - Gambar Astro AWANI
Sebahagian daripada pekerja yang mengadakn protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. – Gambar Astro AWANI

Megasteel Sdn Bhd hanya salah satu mangsa kejatuhan industri keluli tempatan akibat penurunan ringgit dan kegiatan lambakan keluli dari China.

Pengeluar tempatan kini berdepan persaingan sengit ekoran harga keluli dari China yang rendah dan peningkatan kos operasi.

“Pengeluar keluli tempatan terjejas teruk dengan aktiviti import lambakan keluli dengan harga murah sejak beberapa tahun lalu,” kata Megasteel dalam satu kenyataan hari ini.

Megasteel berkata, kini kapasiti pengeluarannya hanya digunakan 20 ke 30 peratus.

Ia turut menyaksikan kerugian RM2 bilion pada 2014 dan paras terkini pinjaman banknya melebihi RM12 bilion.

Sebahagian daripada pekerja yang mengadakn protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. - Gambar Astro AWANI
Sebahagian daripada pekerja yang mengadakn protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. – Gambar Astro AWANI

“Kami sedih kerana terpaksa melakukannya (pemberhentian kerja sementara). Kalau kami boleh elakkan, kami akan elakkan,” kata Vasu Palanisamy, Pengurus Kanan Perhubungan Pekerja Lion Group, syarikat induk Megasteel.

Tambahnya: “Kita mengharap keajaiban, agar industri keluli tempatan pulih kembali dan kita boleh sambung kerja seperti biasa.”

Sumber: Astro AWANI

Monday, 18 April 2016 | MYT 6:50 PM

Megasteel: Workers were briefed on business challenges


In a statement Monday, Megasteel said it organised several town hall sessions with employees to brief and engage them on the business challenges and unavoidable decision to lay off and retrench workers.

"We are also providing support and training for the employees to seek alternate employment.

"Megasteel also sought the assistance of the Labour Department and other companies for job placement of its employees," it said.

Megasteel said it also noted the discouraging job market, with other industries also affected by poor sales and low production levels.

"We have and will continue to engage with all stakeholders and the relevant authorities to try and address the unavoidable issue of layoffs and retrenchment considering the present difficult business environment," it said.

Megasteel also said that it is in constant consultations with the authorities, such as the Labour Department, the Industrial Relations Department and the Metal Industry Employees Union (MIEU), to seek an amicable solution to the workers' plight and concerns.

It noted that local steel manufacturers have been badly affected by rampant imports at dumped prices in the past several years.

"This has resulted in low orders and low capacity utilisation, with the major steel mills incurring heavy losses of more than RM2bil in 2014 and bank borrowings in excess of RM12bil.

"Many steel manufacturers have closed down and the rest, including Megasteel, are running their operations intermittently, leading to many employees being laid off or retrenched."

Megasteel said it has provided information on the layoffs and retrenchment to the International Trade and Industry Ministry and Mida as requested, with the Government aware of the developments affecting the steel industry.

It said that the company and steel associations had requested the authorities to act against excessive imports and save the local industry, which employs some 150,000 workers, many of whom are highly skilled and experienced.

"The local steel industry have made numerous presentations to the authorities to act against foreign manufacturers dumping state-subsidised steel products.

''Regrettably, Megasteel’s submission for safeguard petition was terminated by the Government and the anti-dumping duties imposed were not effective in curbing dumping.

''We urge the Government to assist the local steel industry and the employees whose jobs are at stake, by taking the necessary and urgent actions to curb dumping and dubious imports of steel products," it added. - Star, 18/4/2016
 

MP to consult Najib, seeks ‘win-win’ for steelmaker, workers


Terence Tang     Published     Updated     0 comments
Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid, will bring up the issues afflicting steelmaker Megasteel Sdn Bhd and their employees with Prime Minister Najib Abdul Razak.

The PKR rep was present at today’s discussion – held between representatives of Megasteel, Jabatan Tenaga Kerja, Metal Industry Employees’ Union and the workers' committee.

“Since these are serious issues, I will speak to the prime minister about this,” said Abdullah Sani.

The meeting took place after a second picket by laid-off employees in front of Megasteel’s office in Banting.

“We (Megasteel) would really appreciate it if the YB can bring this matter up with the prime minister and in Parliament, and help influence a decision in favour of the company,” said Vasu Palanisamy, the senior manager group industrial relations and employee relations (Irer) of Megasteel.

Vasu added that the workers’ committee representatives also enquired about when the company can come back with a response to their issues.

“Unfortunately, I was unable to give a definite date.

“The company management is discussing this matter and we will get back to the representatives as soon as possible,” Vasu added.

According to The Star report on Nov 25, Megasteel had petitioned the government to curb the rampant imports of hot rolled coil (HRC) at dumping prices.

Megasteel said in a statement that it had the right to seek trade remedy measures against HRC imports which were “causing serious injury to the local HRC industry in Malaysia.”

“The petition seeks to provide an equitable and level playing field for the local producers of HRC in the country,” the company added.

Laid-off employees hopeful

Meanwhile, workers’ committee secretary Elangovan Manaisamy said the affected employees did not want to be laid off and preferred compensation, so they would be able to seek employment with other companies.

“By being laid off, we are only being paid 50 percent of our salary monthly. And the company had also said we can’t work at other places during the layoff,” Elangovan claimed.

Elangovan added that the affected employees will hold another picket if Megasteel does not responded to their issues before April 30.

With regards to Kuala Langat parliamentarian Abdullah Sani offering to help both parties involved, Elangovan is grateful the MP has pledged to look into the issue.

“We are also hoping to amicably resolve this issue. Let this be a win-win situation for both Megasteel and the affected employees,” he added.

Today’s picket, organised a week after the first one, was attended by an estimated 280 people. _ Malaysiakini, 18/4/2016
 
 

Sunday, April 17, 2016

Untuk Berjuang Tak Perlu Tunggu Pengiktirafan Majikan Untuk Kesatuan? Pekerja Bersatu sudah cukup...

Pekerja bersatu dan berjuang untuk hak pekerja dan hak kesatuan. Perjuangan ini juga adalah untuk mempertahankan hak pekerja sedia ada - serta menangkis apa-apa tindakan salah dan/atau tidak adil yang dilakukan terhadap mana-mana pekerja. Jika satu pekerja ditindas, sila ketahui bahawa kami, semua pekerja akan bersatu dan berjuang tanpa takut sedia menghadapi apa-apa risiko.

Pengiktirafan - ini sama sekali tidak harus menjadi penghalang kepada kesatuan sekerja dan perjuangan demi keadilan. Sama ada majikan mengiktiraf atau tidak kesatuan sekerja, ini tidak harus menjadi penghalang kepada perjuangan pekerja.

Malangnya, kini 'pengiktirafan majikan' digunakan setengah kesatuan sekerja sebagai alasan tidak aktif sebagai kesatuan dan tidak mahu berjuang bersungguh-sungguh. 

Ada kesatuan juga membuat keputusan sendiri tidak mahu mengutip yuran kesatuan setiap bulan, sehingga pengiktirafan majikan diperolehi - sebenarnya sehingga perjanjian bersama(Collective Bargaining Agreement) dibuat dan mula berkuatkuasa. Tanpa dana, sememangnya kesatuan akan lemah dan keupayaan melakukan aktiviti kurang...

MENGAPA?

MALAS KUTIP YURAN TERUS DARIPADA AHLI, DAN AHLI MALAS BUAT BAYARAN BULANAN KEPADA UNION?

Kerana biasanya bila sudah ada pengiktirafan(recognition) dan perjanjian bersama, ada persetujuan dimana majikan akan terus memotong dari gaji ahli kesatuan yuran kesatuan, dan salurkan kepada kesatuan. Justeru, pungutan yuran kesatuan menjadi lebih mudah - tak perlu kesatuan sendiri pergi sendiri mengutip yuran bulanan pekerja... Bukankah ini 'malas' - dan pendekatan sebegini menyebabkan kesatuan bergantung sangat kepada majikan untuk mengutip yuran... Ini juga merbahaya, sebab majikan mempunyai kuasa besar untuk 'union busting' - majikan boleh terus potong pengaliran wang daripada ahli kesatuan kepada kesatuan > dan ini boleh melemahkan azam dan keupayaan perjuangan kesatuan. Ugutan berhenti mengutip yuran kesatuan dan menyalurkan kepada kesatuan adalah alat yang boleh digunakan majikan...dan pernah juga dilakukan di Malaysia sebelum ini.

Kesatuan Sekerja harus terus memungut yuran daripada ahli - di mana, ahli kesatuan juga mesti sedia membuat bayaran yuran bulan-bulan terus kepada kesatuan. Kini, ada juga banyak cara, di mana jika ahli memberikan arahan kepada bank - bank juga sedia membuat potongan bulanan dan salurkan kepada akaun kesatuan... 

PENDEKATAN TAK ADA PERJANJIAN BERSAMA YANG MEMBERIKAN HAK LEBIH, AHLI KESATUAN TAK MAHU BAYAR YURAN BULANAN KEPADA KESATUAN. MENGAPA BAYAR JIKA TAK DAPAT KEUNTUNGAN?

Tak ada untung, tak mahu bayar - ini sikap salah. Ini bukan sikap berkesatuan sebenar - kerana matlamat utama adalah 'pekerja bersatu' - pekerja kuat - akan bersatu menghadapi apa-apa penindasan, akan bersatu berjuang menentang apa-apa ketidakadilan walaupun kesatuan masih belum diiktiraf majikan ...walaupun tidak ada perjanjian bersama. Yang menyedihkan adalah pendekatan ini bukan sahaja pendekatan ahli tetapi juga kepimpinan...

Sebenarnya pengiktirafan majikan adalah perkara kecil - sama ada majikan iktiraf atau tidak, pekerja bersatu boleh berjuang demi kepentingan pekerja...

PEKERJA TAKUT JADI AHLI KESATUAN SEHINGGA KESATUAN DIIKTIRAF MAJIKAN?  
Adakah ini benar? Pekerja sedemikian yang mahu 'kebenaran majikan' sudah kalah dalam perjuangan... Jika sifat begini, lebih baik tak perlu kesatuan?

Jika majikan mendiskriminasi mana-mana pekerja kerana menjadi kesatuan, ini tidak dibenarkan undang-undang negara tak kira sama ada kesatuan sudah diiktiraf atau tidak. 

PENGIKTIRAFAN MAJIKAN  - ini adalah satu keperluan bertujuan membenteras perjuangan pekerja dan kesatuan, yang sedih sekali diiktiraf kerajaan.

PENGIKTIRAFAN MAJIKAN - jika, dilihat undang-undang sedia ada, ia hanya diperlukan sebagai pra-syarat untuk mendapatkan Perjanjian Bersama...justeru, tak ada apa-apa yang menghalang kesatuan aktif membuat semua perkara lain untuk memperjuangkan hak dan nasib pekerja...

JIKA TIDAK ADA PENGIKTIRAFAN, APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN KESATUAN?
Hampir semua perkara yang Kesatuan atau pekerja bersolidariti boleh lakukan...

* Aktiviti memperkasakan kesatuan dan kemampuan ahli

> Aktiviti menambahkan 'solidariti' antara ahli

* Perjumpaan kerap boleh diadakan - di mana ahli boleh berkongsi pendapat, meluangkan perasaan, mungkin juga membuat perancangan bagaimana boleh menuntut hak tambahan...

* Harus disedari yang mereka yang merupakan kawan karib akan lebih sedia keluar berjuang bersama apa hak anda dicabuli - berbanding dengan kawan biasa - berbanding dengan kenalan biasa - berbanding dengan 'ahli sekesatuan' saja.. Justeru, untuk memguatkan kesatuan, proses menambahkan keeratan perhubungan manusia adalah sangat penting... Kini, banyak kesatuan yang lama sudah wujud pun tidak mempunyai mengerakkan semua ahli mereka untuk bertindak - lihat piket yang dianjurkan kesatuan, peratusan ahli yang terlibat tersangat rendah...
> Aktiviti menambahkan pengetahuan ahli mengenai hak, mengenai cara menuntut hak,...

Ramai pekerja tidak tahu hak mereka dalam undang-undang & apa yang mereka boleh membuat jika hak mereka dinafikan..

Hak Pekerja sedia wujud dalam undang-undang, serta dalam Kontrak Pekerjaan Mereka..{Perjanjian Bersama hanya menambahkan sedikit hak pekerja ini, dan selain daripada Perjanjian Bersama, majikan juga boleh ditekan memberikan hak lebih > apa majikan mahu membuat jika kesemua atau majoriti pekerja mereka mahukan sesuatu hak lebih?

* Tak ada kesatuan pun, pekerja sendiri boleh membuat aduan dan tuntutan... jika ada kesatuan, boleh juga mendapatkan bantuan kesatuan dan ahli kesatuan lain..

* Kesatuan boleh menganjurkan program pendidikan pekerja...memperkasakan ahli dengan pengetahuan tambahan mengenai hak, dan cara membuat aduan/tuntutan...Lagi ramai ahli tahu hak...lebih kuat dan 'berkualiti' kesatuan sekerja..

* Kesatuan juga boleh menganjurkan program bagaimana menghadapi tindakan disiplin - bagaimana menjawab surat tunjuk sebab, bagaimana membela pekerja lain dalam Siasatan Dalaman(Domestic Inquiry),..
 
[*Malangnya, ada setengah kepimpinan kesatuan tidak berminat sangat berkongsi pengetahuan - mereka tidak mahu ahli jadi 'pandai' - mereka mahu ahli terus bergantung kepada kepimpinan mengenai nasihat/bantuan berkaitan hak...sedih sekali. Ada juga ramai pekerja, tak berminat 'sediakan payung sebelum hujan', bila sendiri jadi mangsa, baru mahu cari 'payung']

> Aktiviti menuntut hak lebih untuk pekerja 

Jika pekerja bersatu menuntut hak tambahan, majikan sukar menafikan. Ya, kuasa 'pekerja bersatu' adalah apa yang berkuasa - union atau kesatuan sekerja adalah nama formal gerakkan 'pekerja bersatu'... 

Baru ini, di satu kilang yang tak ada kesatuan, pekerja bersatu telah menghantar surat menuntut bahawa majikan harus membayar lebih caruman KWSP, di mana mereka telah berjaya..

Jika ada pencabulan hak di tempat kerja, kesatuan yang tak beriktiraf juga boleh memaklumkan kepada Jabatan Perhubungan Manusia(Jabatan Buruh), yang akan memaksa pihak berkuatkuasa menyiasat dan ambil tindakan wajar memastikan pencabulan itu berhenti...

DANA - ini alasan banyak kesatuan mengapa mereka tidak melakukan lebih aktiviti tapi saya percaya ahli pasti sedia mengeluarkan duit perlu jika diminta... dan banyak perkara boleh dilakukan jika pun tak ada dana. Nak tempat untuk adakan mesyuarat dan keramaian, banyak tempat boleh diperolehi dengan percuma atau dengan bayaran minima - Kesatuan lain dan pertubuhan lain sanggup pinjam tempat mereka. Surau juga sedia memberikan tempat...Hanya usaha sedikit diperlukan. Kerajaan juga mungkin sedia memberikan ruang di Dewan Orang Ramai - di mana sewa dewan ini juga rendah, beberapa ratus ringgit sahaja - lebih kurang RM200-300 jika disewa. 

Jika ada 100 ahli, dan setiap sedia beri RM10, jumlahnya RM1,000. Jika sanggup beri RM50, jumlahnya RM5,000. Jika RM100, jumlahnya RM10,000. Untuk tujuan perjuangan, mesti ada kesanggupan berkorban masa, usaha dan juga dana..

Jika ada 1,000 ahli, dan setiap satu sanggup keluarkan RM100, ini bererti dapat RM100,000, Jika RM300, rumah pun boleh dibeli...

SEMANGAT PERJUANGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN...