Apakah isu dengan peruntukan ini dalam CA
"....Where an oral inquiry is to be held, he may, if he so wishes be accompanied by a member of the Union Worksite Committee who shall assist him at the inquiry... "
1 - Dalam Domestic Inquiry(Siasatan Dalaman), satu perkara adalah hak pekerja direpresentasi peguam, wakil Union atau pekerja lain. Ini penting kerana sukar pekerja yang dituduh merepresentasi diri sendiri ...bukan sahaja sukar tetapi juga tak bijak...Lebih bijak ada orang lain yang mewakili pekerja tertuduh...
2 - Masalah dengan klausa di atas adalah
A - ia bercakap bukan mengenai hak direpresentasi... (right to be represented by) tetapi hanya hak ditemani (' be accompanied by...') - maka majikan boleh menyatakan orang yang menemani tidak ada hak soal, soal-balas atau hujah apa-apa.... Pastikan dalam CA, jelas bahawa hak untuk direpresentasi - bukan hak untuk ditemani. Kalau boleh, jangan hadkan kepada satu sahaja - sekurang-kurangnya 2 atau 3.
B - Ia juga MENGHADKAN hak untuk direpresentasi kepada hanya '...member of the Union Worksite Committee...' - maka wakil National Union tidak boleh ....wakil Union yang bukan ahli semasa Union Worksite Committee tidak boleh...pekerja lain yang arif mengenai DI tidak boleh...peguam tak boleh..... Adakah 'member of the Union Worksite Committee' mempunyai kebolehan...pengalaman...mewakili seseorang pekerja dalam DI? Pekerja berhak mendapatkan orang yang paling baik untuk mewakilinya semasa domestic inquiry tetapi klausa di atas di dalam CA yang dimasuki National Union dan Majikan malangnya menafikan hak ini apabila ia hanya hadkan hak ini kepada ''member of the Union Worksite Committee' Harus kita sedar bahawa orang terbaik mungkin tak pun memegang apa-apa jawatan dalam Union...
ADAKAH UNION MEMBERIKAN LATIHAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG BAKAL AKAN MEREPRESENTASI PEKERJA TERTUDUH DALAM DOMESTIC INQUIRY? - Harus diingat bahawa wakil majikan biasanya ada kepakaran dan latihan, dan proses DI adalah saperti bicara di Mahkamah ... perlu tahu bagaimana soal saksi, buat soal balas, pemeriksaan semula, bagaimana buat bantahan mengenai keterangan yang dikemukakan,...banyak lagi...
UNION juga harus juga memastikan bahawa DI - cara perjalanan, panel bebas, dll semua jelas dinyatakan dalam Perjanjian Bersama...
JANGAN UNION PULA MENAFIKAN HAK PEKERJA MELALUI PERJANJIAN BERSAMA(CA)
No comments:
Post a Comment