Tuesday, June 17, 2014

KENYATAAN RASMI KESATUAN PERSATUAN TNB-18.6.2014 - Kronologi Penuh isu YTL dan TNB

KENYATAAN RASMI KESATUAN PERSATUAN TNB-18.6.2014

Kronologi Penuh isu YTL dan TNB

1) 7.5.14 - Kejadian 'load shedding' melibatkan gangguan bekalan elektrik 6 negeri di beberapa tempat berlaku. Akhbar arus perdana seterusnya melaporkan kabinet memutuskan melaksanakan 'fast track project' utk projek penjanaan tenaga.

2) Sebelum 7.5.14-16.5.14 - Akhbar arus perdana melaporkan kebimbangan umum terhadap isu 'direct nego' untuk projek penjanaan elektrik berskala besar dan ianya telah tersebar di media social dan pasaran saham dgn pelbagai spekulasi.

3) 16.5.14 - PM melawat TNB dan melancarkan program transformasi 1TNB. Kesatuan Persatuan TNB menyerahkan surat memaklumkan pendirian Kesatuan Persatuan dlm isu ini dan mohon pertimbangan PM.

4) 17.5.14 -Media arus perdana Utusan Malaysia, The Star, Malay Mail & The Edge serta media alternative dan bloggers terus melaporkan pelbagai berita berkaitan spekulasi YTL akan memperoleh projek penjanaan tenaga.
Rujuk Link > Direct negotiations for new power award? www.nst.com.my

THE Energy Commission is expected to award either the Track 4A or 4B power plant projects via direct negotiations and not through competitive bidding, as has been the practice since 2012.
 
5) 27.5.14 - Kesatuan Persatuan TNB mengadakan pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) di Putrajaya. Dlm pertemuan tsbt ST memaklumkan proses 'open tender' akan dilaksanakan untuk penganugerahan projek penjanaan tenaga berskala besar di Johor yg dikenalpasti sbg 'TRACK4A'. ST juga maklumkan belum membuat keputusan terhadap tawaran projek tersebut.

6) 28.5.14 - Akhbar media perdana melaporkan ST telah mengeluarkan surat tawaran secara 'direct nego' bertarikh 27.5.14 kpd YTL,TNB dan SIPP untuk menubuhkan konsortium bagi projek penjanaan tenaga di Pasir Gudang, Johor.

7) 27.5.14 - 12.6.14 pelbagai pihak mewakili professional,NGO dan Kesatuan Persatuan TNB dan luar TNB mengeluarkan pelbagai kenyataan akhbar menyarankan proses 'open tender' perlu dilaksanakan oleh ST bagi projek penjanaan tenaga. Kesatuan Persatuan TNB menyatakan pendirian menolak sebarang kerjasama perniagaan dengan YTL.

8) 4.6.14- Tan Sri Francis (TSF) YTL dilaporkan oleh akhbar Malay Mail membuat ulasan negative terhadap amalan kapitalis kroni dlm Program Buat Bicara Global Siri Malaysia ke tubuh di KL. Ulasan TSF ini telah menimbulkan polimek bantahan pelbagai pihak yg terdiri dari pemimpin politik, NGO & Kesatuan. Kesatuan Persatuan TNB bertegas menolak YTL dalam sebarang urus naga dengan YTL dan mengecam keras kenyataan TSF itu.

9) 5.6.14-TSF memohon maaf atas kenyataannya yang dikatakannya telah di salah tafsirkan oleh media.

10) 6.6.14-15.6.14 - Isu direct nego dan kenyataan TSF tersebut berterusan dibentangkan di dada akhbar.
Rujuk Link> TNB unions protest direct contract award - Business News | The Star Online -http://www.thestar.com.my/.../TNB-unions-protest-direct.../

11) 16.6.14 - Pelancaran kempen memakai badge 'TOLAK YTL' dan perarakan pemimpin pemimpin Kesatuan Persatuan TNB di kawasan Lembah Klang menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengurusan TNB untuk mendesak TNB menolak sebarang kerjasama perniagaan dgn syarikat YTL. Kesatuan Persatuan merumuskan sebarang penganugerahan projek baru penjanaan tenaga kepada YTL atau konsortium yang melibatkannya bakal menyebabkan masalah kewangan kepada TNB yang akhirnya akan membebankan pekerja dan rakyat untuk menanggung kos kenaikan bill elektrik.

Kesatuan Persatuan TNB merujuk kepada faktor sejarah penubuhan YTL sebagai IPP pertama yang ujud pada tahun 1993 selepas kejadian 'National Blackout' pada tahun 1992 dan kesannya kepada kenaikan kos elektrik. Kesatuan Persatuan juga membangkitkan isu bayaran berjumlah lebih RM20 billion yang telah dibuat TNB kepada YTL sejak 1993 hingga tahun ini. Pengalaman buruk berurusniaga dengan YTL menjadikan Kesatuan Persatuan TNB menolak dengan tegas kerjasama perniagaan dengan YTL.
Rujuk Link> http://www.dailymotion.com/.../x1zkrrr_kesatuan-sekerja...

No comments:

Post a Comment