Monday, June 23, 2014

Kerajaan mahu komen, adakah MTUC perlu tanya pendapat/bincang dengan semua Union dan pekerja?

Kerajaan Malaysia bercadang buat pindaan kepada Akta Kerja 1955,.... dan kini pindaan yang bakal dilakukan telah dihantar kepada MTUC untuk komen, di mana ini dipercayai telah berlaku minggu lepas dan tarikh akhir komen diberikan adalah pada akhir bulan ini...

Adakah MTUC mengedarkan kepada semua kesatuan sekerja di Malaysia untuk terlibat sama memberi komen kepada MTUC yang bakal akan diberikan kepada kerajaan? 

Adakah MTUC mengedarkan kepada UNION, ahli MTUC, untuk komen dan input mereka?

Atau adakah MTUC akan hanya edarkan kepada Exco MTUC sahaja untuk komen mereka?

Kini, keahlian MTUC kurang 50% kesatuan sekerja yang wujud di Malaysia?

Hanya lebih kurang 7% pekerja di Malaysia yang menjadi ahli Union? 

Tapi, dari segi pandangan kerajaan Malaysia, MTUC mewakili kesemua pekerja di Malaysia...

Justeru, MTUC harus secara terbuka dan telus mengedarkan cadangan-cadangan kerajaan tersebut kepada semua pekerja - Bagaimana? Sekurang-kurang muatkan dalam Laman Web MTUC, dan meminta komen dan pendapat semua warga pekerja - ....

Tapi, masalahnya kadang-kadang MTUC pun tidak 'transparent' atau 'accountable' kepada warga pekerja...Banyak mesyuarat MTUC hadhir, sebagai wakil pekerja, tetapi semuanya tak didedahkan secara terbuka dan telus ... apakah yang MTUC mahu dan berusaha mendapat - apakah bantahan pihak Majikan...atau kerajaan? Pekerja dan semua kesatuan sekerja harus mengetahui ini...

Atau adakah MTUC guna cara kerajaan BN - rakyat pilih wakil rakyat...wakil rakyat pilih Perdana Menteri, yang seterusnya memilih kabinet ...dan lepas itu PM dan Kabinet yang membuat keputusan semua ... rakyat dan kadang-kadang juga wakil rakyat bukan dalam kabinet pun dikepikan dari proses konsultasi, perbicangan dan keputusan terakhir? 

Yang perlu kita fikirkan adalah sama ada kita setuju cara MTUC berurusan, tanpa konsultasi dengan warga pekerja dan semua union, ATAU perlukah MTUC, yang bertindak sebagai wakil pekerja lebih telus, terbuka, dll...

Adakah MTUC bertindak sebagai wakil pekerja di Malaysia....jika ya, mestilah semua UNION, bukan sahaja ahli MTUC, dan pekerja lain mesti terlibat dalam proses rundingan, perbincangan dan membuat keputusan yang bakal akan menjejaskan semua pekerja, kini dan akan datang...

Kepimpinan MTUC sebelum ini juga dikatakan tidak juga berunding dengan ahli mereka sendiri - antara lain, isu 'service charge' samada ianya boleh diambil kira dalam kiraan gaji minima. Kepimpinan MTUC  setuju, dan union [(National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (NUHBRW)] cukup marah dengan pendirian MTUC yang dikomunikasi kepada kerajaan tanpa terlebih dahulu berunding dengan Union yang ahlinya akan paling terjejas akibat keputusan tersebut...

Jadi, adakah kita mahu teruskan dengan situasi di mana MTUC setuju ini dan itu...tanpa mengadakan rundingan/perbincangan dengan pekerja....semua Union...ATAU adakah perlu ada REFORMASI...atau TRANSFORMASI... Untuk membawa kepada perubahan, mesti kita berani 'kritik secara constructive' ...secara terbuka kepada semua. Hanyat kritik 'secara confidential' kepada pemimpin biasa tak berkesan ...tambahan pula, bukankah ini satu keputusan yang perlu dibuat oleh semua ahli..semua pekerja? 

 
 

No comments:

Post a Comment