Friday, June 13, 2014

HAK Pekerja - dalam undang-undang, Kontrak kerja atau CBA

Jika hak pekerja tidak terkandung dalam undang-undang negara, ianya mesti ada dalam Kontrak Kerja atau dalam Perjanjian Bersama (Collective Bargaining Agreement) di antara Union dan Majikan - jika tidak ada, hak itu kemungkinan besar tidak boleh dituntut pekerja..

Justeru, amat penting bagi mana-mana UNION apabila memasuki CBA dengan majikan memastikan bahawa hak ini terkandung dalam Perjanjian Bersama tersebut...

Merujuk kepada AKTA KERJA 1955 - semua hak terkandung hanya untuk mereka yang bergaji RM2,000 atau kurang - Maka, jika mahu hak ini juga terpakai untuk semua pekerja dan/atau ahli UNION - mestilah dengan jelas menyatakan bahawa semua hak terkandung dalam AKta ini terpakai untuk semua pekerja tak kira jumlah gaji atau apa-apa faktor lain

Tempoh Percubaan - juga tak terkandung dalam AKta - perlu dimasukkan dalam Perjanjian Bersama

Disiplin - Juga harus dimasukkan senarai SALAHLAKU KERJA  - jangan pula biarkan majikan sahaja yang putuskan. Pastikan dengan jelas apakah SALAHLAKU KERJA, juga apakah hukuman yang akan dikenakan jika kesalahan pertama, kedua atau ketiga yang sama. 

Jenis hukuman yang boleh dikenakan 
1 - Amaran Lisan
2 - Amaran Bertulis
3 - Denda
4 - Turun Pangkat
5 - Buang Kerja 
(Ingat UNION dan majikan akan putuskan ini - pastikan salahlaku adalah jelas dan tepat - jangan terlalu am atau longgar....)

Ada UNION yang secara silap terima sahaja semua SALAHLAKU yang majikan mencadangkan, atau yang sudah terkandung dalam Manual Syarikat Majikan - ini tindakan yang kurang baik... Satu contoh kesilapan ini adalah saperti clausa yang dinyatakan dibawah ini yang terkandung dalam CBA(Perjanjian Bersama)...

FACTORY RULES AND REGULATIONS

All employees shall comply with the rules and regulations of the factory. The rules and regulations may be reviewed from time to time as deemed fit by the Company as deemed fit by the Company after discussion with the Union
Akibat kemasukan klausa ini, semua pekerja terikat dengan semua apa yang terkandung dalam 'Factory Rules and Regulations' - apa-apa salahlaku terkandung telah diterima UNION bagi pihak semua ahli....Adakah UNION membaca dengan terperinchi 'Factory Rules and Regulations' ini sebelum menandatangani CBA ini? 

Malangnya banyak UNION memberi tumpuan lebih kepada isu 'wang' ---

Senarai salahlaku yang dipersetujui berserta hukuman yang boleh dikenakan - boleh dilampirkan sebagai Jadual kepada Perjanjian Bersama...

PROSIDUR DISIPLIN  - ini juga perlu dinyatakan dengan jelas dalam CBA

Langkah 1 - Surat Tunjuk Sebab akan dihantar kepada pekerja terbabit (sesalinan kepada UNION) menyatakan dengan jelas apakah salahlaku yang dilakukan, serta fakta khusus mengapa majikan berpendapat salahlaku tersebut dilakukan. Masa untuk menjawab - 7 atau 14 hari

Langkah 2A - Jika pekerja mengakui tuduhan - apa berlaku

Langkah 2B - Jika pekerja menafikan tuduhan yang dilemparkan, dan majikan boleh memberhentikan prosidur disiplin TETAPI jika majikan mahu meneruskan dengan tuduhan, HARUS diadakan DOMESTIC INQUIRY sapertimana terkandung dalam Jadual XXX (yang akan dengan lebih jelas menyatakan langkah serta hak dalam DI) 

Ingat 'due inquiry' tidak jelas - maka perlu nyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan

Panel Bebas (Berapa orang?)
Prosidur  - Caj dibaca - Pekerja mengaku atau tidak mengaku - Jika tak mengaku, majikan membentangkan keterangan - panggil saksi, pekerja dituduh ada hak soal balas saksi, majikan ada hak membuat pemeriksaan semula saksi(re-examination), pekerja ada hak memanggil saksi, 
Siapa boleh mewakili pekerja? Peguam, Wakil Union, Pekerja lain - cuba masukkan kesemuanya...kerana mereka yang akan mewakili majikan biasa ada latar belakang undang-undang (mungkin juga bekas peguam)...INGAT bahawa mereka yang mewakili pekerja yang dituduh mesti arif dalam bertanya soalan kepada saksi majikan, mencabar keterangan yang dikemukan oleh majikan (tak boleh diterima kerana dengar cakap, dll... di mana pengetahuan undang-undang dan pengalaman perlu sangat... sebaik-baik cupa dapatkan hak pekerja boleh diwakili peguam...

.....

Boleh juga dinyatakan juga dalam CBA bahawa kegagalan mengadakan DI sebuang pekerja dibuang kerja akan diambil kira bahawa pembuangan kerja tersebuat adalah TIDAK SAH.

SUSPENSION PENDING INQUIRY - tujuan ini adalah kerana majikan tidak mahu pekerja ditempat kerja BUKAN pekerja tak mahu masuk kerja. Pada masa ini juga, pekerja dianggap tidak bersalah - doktrine "innocent until proven guilty" - maka  suspension mesti dengan GAJI PENUH - jangan setuju dengan gaji separuh dan sebagainya... Jika mahu terus suspend pekerja sehingga tamat DI dan sebagainya .... pastikan bahawa bukan sahaja Gaji Penuh tetapi pekerja menikmati PENDAPATAN PURATA (Ramai pekerja gaji rendan, dan elaun kerja dan lain-lain merupakan pendapatan - jadi kenapa seorang yang masih belum habis DI atau dibuang kerja perlu dihukum ?? 

Tapi, ada yang menyatakan, ini prinsip dalam undang-undang - khususnya Akta Kerja seksyen 14(2)
(2) For the purposes of an inquiry under subsection (1), the employer may suspend the employee from work for a period not exceeding two weeks but shall pay him not less than half his wages for such period:
Provided that if the inquiry does not disclose any misconduct on the part of the employee the employer shall forthwith restore to the employee the full amount of wages so withheld.
Tapi, bukankah peruntukkan ini TIDAK ADIL - bagaimana pula seseorang yang belum didapati bersalah boleh dihukum dengan suspension potong gaji pula....[Sewajarnya MTUC, UNION lain sudah lama berkempen untuk memansuhkan provisi 'potong gaji ini' - kalau tidak pernah berbuat demikian, persoalannya adalah kenapa???]

Jangan lupa, ini adalah Perjanjian Bersama - jadi hak yang lebih baik daripada apa yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 boleh dimasukkan, dan ini akan terpakai.... 

ADA YANG MENYATAKAN TAK PAYAH MASUK SEMUA INI DALAM CBA ATAU PERJANJIAN BERSAMA - tapi soalan yang harus ditanya adalah jika ianya tidak jelas terkandung dalam Undang-Undang, Kontrak Kerja atau CBA, dari manakah datangnya HAK INI? 

Pastikan hak pekerja dimasukkan dengan jelas dalam CBA (Perjanjian Bersama), di mana ini semestinya termasuk salah laku dan proses disiplin...

Kerja malas adalah terima buta-buta semua kandungan Company Handbook atau Company Manual - tapi demi pekerja, harus kita jangan malas dan rajin memastikan CBA lengkap...dan hak pekerja dijamin dan dipertingkatkan bukan dihakis....


 
 
 

No comments:

Post a Comment