Sunday, August 31, 2014

Apa yang UNION mewakili pekerja di MAS harus/boleh lakukan sekarang dengan kadar SEGERA?

Nampaknya rancangan janaan Khazanah telah terus dibawa ke kabinet, dan telah dipersetujui kabinet.... Wajarkah ini? Bukankah Chairman Board of Directors Khazanah juga Perdana Menteri kita? Maka persetujuan secara wajar tidak boleh dilakukan oleh kabinet pimpinan orang sama yang menjadi Chairman Khazanah... Secara wajar, persetujuan harus dibuat oleh Parlimen - tempat duduknya semua wakil rakyat. Ada baik juga satu 'Select Committee Parliament' ditubuhkan untuk menentukan dan memantau program kembalikan MAS kepada entiti yang boleh berjaya..
Khazanah Nasional has a nine-member Board comprising representatives from the public and private sectors. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, the Honourable Prime Minister of Malaysia, is the Chairman of the Board.

Lihat juga:- 

Goodbye MAS Employees Union(MASEU) and other Unions in MAS?


Adakah pekerja dan UNION pekerja di MAS mempunyai kata pendapat atau peranan dalam usaha menyelamatkan MAS? Seharusnya, Union juga menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyelamatkan MAS [Union mewakili tenaga kerja, Pihak yang mewakili pemilik MAS (Khazanah) dan satu lagi pihak, iaitu kerajaan Malaysia], di mana mereka ini yang harus bekerja dan sampai akhirnya kepada Rancangan/Pelan Menyelamatkan MAS..

Sekarang, apakah peranan UNION? 

1 - Segera bertemu dengan ahli mereka, minta pendapat dan sampai kepada pendirian bersama dan ambil tindakan... (kalau lewat, habislah pekerja dan UNION boleh dikatakan gagal mewakili pekerja sebaiknya...). Ini bukan masanya mereka yang dibayar UNION untuk memikirkan tentang diri mereka dan masa depan mereka - ini adalah masa pegawai Union dan kepimpinan UNION segera bertindak.... Isunya, adakah terima bulat-bulat pelan Khazanah...atau sebaliknya ada bantahan atau cadangan lain... UNION ada juga kebijaksanaan sendiri bukan hanya boleh dilihat sebagai 'komoditi' atau tenaga kerja sahaja.

2 - UNION juga boleh mewakili ahli - menentukan:-

a) Siapa yang mahu kerja terus dengan MAS - bagi mereka UNION boleh sekarang memastikan bahawa (1) mereka terus akan dikekalkan sebagai pekerja 'regular' tetap sehingga tarikh persaraan di 'syarikat baru' dan bukan tiba-tiba hanya ditawarkan kerja kontrak jangka pendek pula; (2) tempoh perkhidmatan mereka di MAS akan diambil kira dan diteruskan bila mereka diambil kerja dalam 'syarikat baru' MAS nanti (tempuh perkhidmatan penting dalam isu hak cuti tahunan, cuti sakit, bayaran sekiranya dibuang kerja nanti, sekiranya berlaku retrenchment dan prinsip LIFO digunakan - di mana lebih lama kerja dianggap lebih selamat kerja mereka; 

b) Siapa yang sedia meninggalkan MAS [kan syarikat baru MAS akan mengurangkan pekerjanya 6,000 orang] - Bagi mereka, UNION boleh berjuang untuk mendapatkan skim terbaik - sama ada retrenchment benefit atau VSS scheme.

c) UNION boleh memainkan peranan memastikan senarai pekerja yang akan terus bekerja dengan 'syarikat baru' MAS - jangan sampai biarkan 'syarikat baru' yang menentukan - ambil siapa dia suka dan buang siapa dia tak suka...pilih sahaja mereka yang senang 'ditindas' dan tak ada sejarah perjuangan hak... Buang sahaja mereka yang kuat UNION dan sebagainya...

d) UNION juga boleh memastikan bahawa ahli Union yang diberi keutamaan kerja di 'syarikat baru' MAS... 

e)  UNION juga boleh kini memastikan bahawa masa depan UNION selamat tidak terjejas akibat daripada proses menjual MAS kepada syarikat entiti baru... [Apa boleh dilakukan? 1) Pastikan kerajaan serta merta (dalam tempuh 7 hari atau kurang) mendaftarkan UNION baru; 2) Pastikan 'syarikat baru' yang mengambil alih MAS dengan segera memberikan pengiktirafan kepada UNION baru; 3) UNION diberikan akses sepenuhnya kepada semua pekerja yang berkelayakkan untuk urusan pendaftaran ahli; 4) CA akan segera ditandatangani dan didaftarkan dalam masa 1 bulan dari tarikh pengiktirafan UNION oleh 'syarikat baru'....dan sebagainya... 

f) Mungkin juga UNION boleh minta wang(pampasan/derma/)  untuk mambantu perjalanan UNION dalam tempuh transisi {Bila pekerja ahli dibuang kerja/retrench oleh syarikat kini MAS - wang keahlian Union tidak lagi akan mengalir/dengan pelepasan pekerja - bilangan ahli juga akan berkurangan dan pendapatan UNION terjejas/ banyak kes(atau tuntutan) pekerja secara luar biasa akan timbul, di mana UNION perlu mengunakan dana untuk menguruskan, UNION juga mungkin terpaksa membantu pekerja dan keluarga tertentu(kebajikan) dari kalangan mereka yang tidak akan diberi kerja oleh  'syarikat baru', UNION perlukan juga 'pampasan' untuk pendaftaran baru, pengiktirafan baru, pendaftaran ahli/dsbm CA baru, dll - Justeru, UNION perlu pastikan bahawa progarm menyelamatkan MAS juga memperuntukkan  dana untuk UNION dan ahlinya...

  
UNION kini boleh bertindak cepat demi kepentingan ahli pekerja secara PROACTIVE - atau... 

Tapi, kalau terlewat.... UNION, saperti ahli mereka, akan hanya jadi 'mangsa'....menerima apa sahaja 'sedekah' yang dihulurkan....

Untuk berfikir panjang...tak ada masa....keputusan kini tidak harus ditangan pemimpin yang kesemuanya dilantik sebelum kita tahu perkara yang tidak disangka ini akan berlaku - perlu Mesyuarat Agung Tergempar di panggil oleh semua UNION - ahli perlu tahu semua dan membuat keputusan segera....Apakah pekerja dan UNION akan membuat? 

Dulu difikirkan bahawa pelan akan dikemukakan untuk mendapatkan pendapat /komen Union,pekerja dan semua yang lain - tapi nampaknya pelan terus sahaja diluluskan oleh kabinet dan akan segera di-implementasi - jadi, UNION khususnya juga tak boleh lagi 'relaks' - kena bertindak segera demi kepentingan pekerja ahli UNION... masa depan mereka dan keluarga mereka... 

Semua yang dinyatakan adalah hanya pendapat peribadi saya... keputusan apa nak buat adalah di tangan pekerja MAS...dan UNION yang mewakili mereka... Ini situasi luar biasa - ramai yang terperangkap tidak tahu apa yang terbaik dilakukan - jangan segan tanya kawan, mereka dari Union lain, dsb... 





MAS staffers concerned with restructuring plan
Cynthia NgAstro Awani | Updated: August 30, 2014 

MAS staffers concerned with restructuring plan
Khazanah Nasional Managing Director Tan Sri Azman Mokhtar revealed its RM6 billion recovery plan for MAS on Friday. - Astro AWANI/Shahir Omar 






KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines’ restructuring plan, which includes axing 6,000 jobs - around a third of the workforce  - has caused worries among staffers, particularly cabin crew.

Details of the its right-sizing workforce initiative have not been laid out, but what is unveiled by Khazanah Nasional on Friday is that there will be options for re-skilling, redeployment and a voluntary separation scheme (VSS) as part of its RM6 billion recovery plan for MAS.

Under the plan, the company will also offer employment to some 3,500 MAS workers in other companies.

“As much as I want the airline to survive and accept that somebody has to go, we have to be fair to the staff,” a flight steward with MAS for 20 years told Astro AWANI.

“The rumour is that we might be offered a voluntary separation scheme (VSS) of one and half month's salary for each year of service. That is not sufficient for the cabin crew if the VSS is calculated based on our basic salary.

"For the crew, two thirds of our take home salary comes from allowances. If the VSS is calculated based on basic salary, I don’t think we can survive even for a year.”

MAS employees are very concerned but are mostly opting to wait out until more details of the company’s restructuring plans are revealed, before weighing in on their options, he added.

“The fact is, someone has to go. But we need to be given enough time for adjustments and compensated with a fair and sufficient amount.”

When asked if seeking employment at a different airline is an option, the 40-year-old flight steward said his age could be an impediment.

“I have been with MAS for a very long time. But if you talk about experience, a cabin crew that has worked between 15 and 25 years have almost the same experience. They (airlines) might as well take the younger ones.

Another flight steward with MAS for 15 years is opposed to the VSS scheme.

“If possible, I do not want to the company to offer the VSS scheme. In the event if the employees refuse to take it, we might be forced into retrenchment. Plus, one and half month's pay multiplied by years of service under the VSS - if that is what is being offered - is not enough.

“Honestly, we are all under pressure that we might lose our jobs,” he said.

Meanwhile, National Union of Flight Attendants (Nufam) president Ismail Nasaruddin said the union is waiting for further details on the restructuring process.

“We are observing the details that Khazanah has given us for now.

6,000 is the targeted figure, but not necessarily all 6,000 people will leave. Not all employees will take up the VSS offer. So, our concern is what happens if the figure is not met, adding that positions of employees to be laid off and divisions that will be involved are still a question mark.

Under a 12-point restructuring plan announced by Khazanah's Managing Director, Tan Sri Azman Mokhtar on Friday,  the current MAS entity would come under 'Oldco' or old company while the new restructured entity would come under 'Newco' (new company) effective July 1, 2015.

“What is crucial is that when you have a Newco, there will be fresh contracts. What is stipulated under the new contract and the terms and conditions will be very important. That is also our main concern,” said Ismail.

He added that apart from the options that have been unveiled, the company might implement salary cut and long breaks for employees as a cost saving measure.


Saturday, August 30, 2014

MTUC calls for tripartite meet concerning Tebrau and Kulai strikes


Let us also make sure that the migrant workers are also represented in this tripartite meeting ... yes, the affected migrant worker reps from both the Tebrau and Kulai factory ...  (Agreements must just not be made by just reps without consultation with all the affected workers)

It is also best that JCY International is also present at this meeting - not just JCY's subsidiary JCY HDD Technology Sdn Bhd (JCY)...

MTUC CALLS FOR TRIPARTITE MEETING ON KULAI JAYA STRIKE

29 August 2014 Print page
Press Released

Malaysia Trades Union Congress (MTUC) calls for an immediate tripartite meeting between employers of JCY HDD Technology Sdn Bhd (JCY), Human Resource Ministry and  MTUC on the recent strike by their foreign workers in protest of the companies, negligence in handling of health issues of their workers.
Our MTUC Johor Division officers on the ground have been following the case closely with some of JCY’s migrant workers. Workers shared that their protest escalated when one of the staff of JCY provoked by throwing stones at their private part when the workers refuse to ‘play the game of throwing stones’ at each other in their workplace at Kulaijaya. These workers, about 20 of them who participated in the strike in Tebrau were forcefully moved to Kulaijaya. At Kulaijaya these workers were forced to play a game of “volley ball with stone” as a punishment for taking part in the strike at Tebrau over the death of their co worker who complained of having difficulty in breathing.
According to the workers they resort to industrial action as they were dissatisfied in the manner the management handled their grievances. Their main concerns were on the issues concerning their health, work condition, poor hostel facilities, calculation of overtime, not adhering to off day’s entitlement, various deductions in their salaries and low compensation for accident and injuries. The workers were also displeased with the attitude of the management in that workers are beaten for any mistakes made. They said that the management have constantly not treating them with dignity and respect. Their concerns at workplace worsened over the years that their only option was industrial action.
MTUC is very concern in the way the management of JCY handle the issues of worker’s grievances at workplace. Management’s intimidation and hostile attitudes towards worker is totally unacceptable. These fundamental issues have been put off so long that workers have lost total confidence with the management of JCY. Our national policy and practices on protection of Migrant workers too have failed to address significantly the rights of migrant workers.
Human Recourse Ministry have repeatedly denied our call for Migrant workers to be given SOSCO benefit just as Malaysia workers instead migrant workers are covered by Workmen Compensation Scheme with computation of compensation differs extensively. There is justification no why dual set of computation of compensation is need for Malaysian and Migrant workers.
At the same time MTUC is concern on the over dependency of Migrant workers in JCY. It has been noted that about 95% of foreign workers employed by JCY are production workers. JCY’s depends on more than 10,000 migrant workers mainly from Nepal, Bangladesh, India, Myanmar and Vietnam. These only raises concerns that wage distribution and condition of employment offered have been inadequately address that prompt many Malaysian in Johor to work in Singapore instead.
MTUC also urge that police investigation should look into the provocation and alleged assault made by the management over the incident in Kulaijaya. Police investigation must be fair and unbiased towards all parties involved.
Meanwhile MTUC Johor Division will offer our services to all migrant workers especially workers who are affected in the incident in Kulaijaya and Tebrau. Migrant workers can call our hotline number at 016-2118024 should they need any assistance or inquiries.

Thank You.

Sincerely,
N. Gopal Kishnam,
Secretary General


See also related posts:- 

JCY International Bhd claim not aware of foreign workers being allegedly abused at its factory?

 'threw stone at private parts' of worker - If true, take action against any employer/staff/person that torture workers? 

Foreign workers punished - forced to play "volleyball with stones" and refusal results in beatings?


Monday, August 25, 2014

1500 PEKERJA NEPAL DI JOHOR BARU MOGOK ?


1500 PEKERJA NEPAL DI JOHOR BARU MOGOK !

PEKERJA MEMBANTAH MAJIKAN AKIBAT MENGABAIKAN RAKAN SEKERJA YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN SEHINGGA MENINGGAL DUNIA

Lebih kurang 1500 pekerja Nepal di kilang pengeluaran barang mekanikal di Johor Baru (Jalan Firma 3, Kawasan Industri Tebrau) telah mogok selama 36 jam untuk membantah kematian seorang rakan sekerja pada petang Khamis yang lalu. Pekerja melancarkan mogok tersebut akibat tidak puashati dan marah dengan kelalaian majikan yang tidak mengendahkan masalah kesihatan rakan sekerja mereka yang meninggal akibat sakit dada. Majikan terdesak untuk berunding dengan wakil-wakil pekerja apabila pemberhentian kerja 36 jam tersebut telah menyebabkan kerugian hampir RM500,000 kepada majikan.

Pengalaman pekerja Nepal tersebut, sekali lagi menunjukkan bahawa mogok kerja adalah alat dan taktik perjuangan yang amat penting untuk mendesak majikan yang hanya mementingkan keuntungan supaya menjaga kebajikan dan menunaikan hak dan tuntutan pekerja. Mogok juga membuktikan bahawa pekerjalah tulang belakang kepada penjanaan keuntungan kepada majikan. Apabila pekerja mogok, keuntungan majikan terjejas dan sebab itu mereka terdesak untuk menyelesaikan masalah pekerja. Perjuangan pekerja migran untuk mendapatkan hak dan untuk menjaga kebajikan mereka patut disokong oleh semua warga pekerja di Malaysia termasuk kesatua-kesatuan sekerja. KECEDARAAN UNTUK SEORANG PEKERJA, ADALAH KECEDERAAN UNTUK WARGA PEKERJA.
 

Sijil Cuti Sakit - lapuran BERNAMA memberi gambaran negatif terhadap pekerja?

Rencana ini  memberi gambaran buruk kepada pekerja di Malaysia - kononnya pekerja semua penipu - tak sakit pun ambil cuti sakit. Lihat cara rencana ini ditulis oleh Bernama - ...nama baik pekerja terjejas? Ini pendapat peribadi...sila baca sendiri dan sampai kepada persepsi sendiri...
Jika pekerja pergi ke klinik dan doktor memberikan sijil cuti sakit - orang yang harus dipertanggungjawab sekiranya sijil cuti sakit diberikan secara salah adalah doktor. [Majikan sekiranya mengesyaki sijil sakit palsu - panggil sahaja klinik atau doktor untuk pengesahan.]
Masalah pekerja tidak dihebohkan - ramai yang sakit juga tidak diberi sijil cuti sakit kerana doktor panel syarikat majikan takut kontrak jadi doktor panel akan ditamatkan sekiranya mereka jujur dan berikan sijil cuti sakit...banyak majikan, kalau boleh tidak gemar sangat jika doktor beri 'sijil cuti sakit'. Ada satu kes yang saya ingat, seorang 'fracture' tangan tetapi bila pergi doktor panel, tak dapat 'sijil cuti sakit' dan rawatan sepatutnya - pekerja disuruh kembali kerja. Tetapi pekerja ini yang mengalami kesakitan, seterus pergi ke hospital kerajaan di mana disahkan dia ada fracture - sijil cuti sakit diberikan bukan sahaja untuk hari itu tetapi untuk tempuh yang diperlukan.

Ada majikan pula yang mendiskriminasi pekerja yang ambil sijil cuti sakit - maka pekerja yang sakit juga pergi kerja kerana tidak mahu masa depan pekerjaannya terjejas atau menerima  penilaian prestasi buruk??

Kalau rasa sakit, hak pekerja adalah untuk pergi jumpa doktor mendapat pemeriksaan dan rawatan perlu. Ada masanya pekerja boleh kembali kerja dan tak memerlukan apa-apa 'sijil cuti sakit', tetapi bila pekerja kembali adakah beliau dapat gaji penuh hari tersebut atau cuti sakit separuh hari (masa dia pergi jumpa doktor) - biasanya tidak.... Kenapa? Mereka yang rasa sakit berhak diberi 'cuti berbayar' untuk pergi jumpa doktor...
Saya berharap MTUC membalas apa yang dikeluarkan dalam rencana ini - memperbaiki imej kaum pekerja...
 
Ramai juga pekerja, walaupun merasa sakit, akan pergi kerja kerana dedikasi... 
Berapa ramai doktor dan klinik yang telah diambil tindakan mengeluarkan 'sijil cuti sakit' dengan salah, atau gagal mengeluarkan 'sijil cuti sakit' bila pekerja benar-benar berhak mendapat sijil tersebut?
Berapa banyak 'cuti tahunan berbayar' atau 'cuti tahunan tak berbayar' yang pekerja terpaksa mengambil apabila sebenarnya dia harus diberi 'cuti sakit berbayar'?
"Semakan dengan klinik perubatan untuk memastikan pekerja benar-benar sakit juga salah satu kaedah biasa digunakan jabatan sumber manusia untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit itu," - Adakah semakan juga dibuat terhadap doktor panel yang secara salah menafikan pekerja berhak sijil cuti sakit?
Saya percaya SEBAB UTAMA pekerja kemukakan sijil cuti sakit adalah kerana benar-benar sakit, di mana ini juga disahkan doktor. Saya meragui hasil kajian JobStreet.com
Jika apa yang dikatakan kajian JobStreet.com itu benar, doktor di Malaysia kurang cekap sehingga dapat senang ditipu orang...ini sukar dipercayai. 
 
Tiga sebab utama pekerja kemuka cuti sakit
KUALA LUMPUR -  Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati tiga sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.
  
JobStreet.com dalam satu kenyataan hari ini berkata alasan berkenaan menunjukkan pekerja tidak mempunyai motivasi di tempat kerja dan tidak jujur, hanya untuk mengelak daripada datang bekerja.
   
"Dua puluh enam peratus daripada pekerja dalam kajian mengaku mereka berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit dalam enam bulan lepas.  

Ada yang telah mengemukakan lima sijil sakit dalam enam bulan lepas," kata kenyataan itu.
  
Kenyataan itu berkata sejumlah 1,058 majikan dan 749 pekerja daripada pelbagai industri di Malaysia terlibat dalam kajian JobStreet.com, dalam Jun tahun ini.
  
Seorang daripada empat responden dalam kajian itu berkata mereka akan membeli sijil sakit palsu, jika diberi peluang, katanya.
  
"Tambahan pula mereka (pekerja) menunjukkan mereka bersedia untuk membayar sehingga RM25 untuk satu sijil cuti sakit palsu," katanya.
  
Kenyataan itu berkata lebih daripada 57 peratus majikan dalam kajian di Malaysia itu mendakwa mempunyai pekerja yang mereka rasakan berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit.
  
Apabila majikan ditanya tindakan yang diambil jika pekerja mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu, majikan berkata mereka menggunakan surat amaran, amaran lisan dan penilaian prestasi buruk sebagai sebahagian tindakan diambil untuk mengekang masalah ini dalam syarikat mereka.

"Semakan dengan klinik perubatan untuk memastikan pekerja benar-benar sakit juga salah satu kaedah biasa digunakan jabatan sumber manusia untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit itu," kata kenyataan itu.
  
Minggu lepas, media melaporkan polis telah melumpuhkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit palsu dengan penangkapan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Shah Alam. - Bernama - Sinar Harian, 20/8/2014,
Tiga sebab utama pekerja kemuka cuti sakit

Thursday, August 14, 2014

Union[NUFAM] menyatakan - Penswastaan MAS bukan langkah terbaik

Apa yang berlaku kepada MAS - Bukankah kerajaan yang mengambil alih MAS? Jadi, mengapa mengunakan terminoloji 'penswastaan' - seolah-lahu mahu lari daripada tanggungjawab kerajaan kepada pekerja dan Union yang mereka jadi ahli. Gunakan terminoloji 'diambil alih syarikat milikan penuh kerajaan', iaitu apa yang berlaku kini nampaknya.

Bukah perlu Union diberikan peranan lebih - duduk bersama dan mengeluarkan cadangan untuk kebaikan MAS akan datang. Pekerja bukan komoditi - tetapi harus dijadikan 'rakan kongsi' dalam perancangan dan strateji menguatkan perniagaan MAS. Masa depan pekerja MAS berkait rapat dengan kejayaan MAS - jika MAS untung, pekerja pun untung. 

Lihat juga:-

MAS diambil alih kerajaan Malaysia - sekarang pastikan hak pekerja dihormati dan pekerja dijadikan 'rakan kongsi' usaha mengembangkan MAS

 

Penswastaan MAS bukan langkah terbaik - NUFAM


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menyifatkan cadangan penswastaan Malaysia Airlines (MAS) bukan satu langkah terbaik dalam menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi syarikat penerbangan nasional itu. 

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, cadangan tersebut hanya akan memberi kesan lebih buruk kepada kakitangan MAS ekoran langkah pengurusan baharu yang berkemungkinan besar akan mengurangkan kos ke atas pekerja.

Katanya, situasi demikian secara tidak langsung akan menggugat keyakinan dan motivasi pekerja terhadap syarikat yang turut mene-rima kesan psikologi ekoran tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan kehilangan MH370 dalam tempoh selang empat bulan. 

Namun ujarnya, sebagai syarikat penerbangan nasio-nal, MAS masih memerlukan sokongan kerajaan supaya dapat terus bergerak ke hadapan dan bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain. 

"Bagaimanapun, saya tetap melihat cadangan penswastaan ini dari sudut positif dan negatif. Yang bagusnya jika dengan langkah ini, pengurusan baharu dapat mengekalkan kos pekerja sedia ada dan tidak beri kesan kepada mereka. Ini juga termasuk penilaian ke atas tender-tender sedia ada dan akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Rumah Terbuka Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohamad; Naib Yang Dipertua Persa-tuan Eksekutif TNB, Mohd. Amran Abdul Rahman; Setiausaha Agung Persatuan Eksekutif TNB, Ir. Harriezan Ahmad dan Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB, Mohd. Roszeli Majid. 

Pada majlis itu, kesatuan TNB turut menyerahkan wang kutipan berjumlah RM2,580 kepada NUFAM untuk diserahkan kepada waris krew MH370 dan MH17. 

Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 milik MAS, terdapat beberapa cadangan daripada pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk memulihkan semula imej syarikat penerbangan itu. Satu daripadanya ialah cadangan penswastaan MAS yang kembali disuarakan ekoran tragedi pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini. 

Menurut Ismail, kerajaan tidak perlu tunduk kepada sebarang cadangan atau desakan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu berkenaan isu MAS sebaliknya perlu mencari punca dan sebab kerugian yang ditanggung oleh syarikat penerbangan itu

"Tanpa bantuan dari kerajaan juga akan menjadi satu masalah. MAS adalah satu syarikat penerbangan nasional yang mempunyai identiti tersendiri dan kita tidak boleh jatuhkan MAS sesuka hati," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pemulihan MAS boleh dilakukan dengan perubahan secara dalaman dengan menilai semula punca masalah yang menyebabkan kerugian syarikat itu. - Utusan Online, 6/8/2014, Penswastaan MAS bukan langkah terbaik - NUFAM

Saturday, August 9, 2014

MAS diambil alih kerajaan Malaysia - sekarang pastikan hak pekerja dihormati dan pekerja dijadikan 'rakan kongsi' usaha mengembangkan MAS

Sekarang, perkara yang harus SEGERA dilakukan adalah -

1 - Tarik balik tindakan Mahkamah Tinggi yang mencabar keputusan Menteri memberi pengiktirafan[recognition] kepada NUFAM sebagai Union yang mewakili 'flight attendant' di MAS. Ini selepas 'secret ballot'(undi sulit) yang jelas sekali menunjukkan pekerja MAS yang layak diwakili NUFAM menyatakan bahawa mereka mahu NUFAM - 

2 - Segera mengembalikan kerja Presiden NUFAM, Setiausaha Agung NUFAM, ahli exco dan ahli biasa NUFAM yang telah dibuang kerja secara salah oleh MAS sebelum ini.

3 -  Dalam usaha menyelamatkan MAS - pastikan yang pekerja MAS juga terlibat dalam proses tersebut - yakni 2 Kesatuan Sekerja berkenaan MASEU (yang kini mewakili pekerja selain daripada 'flight attendant' dan juruterbang), NUFAM yang mewakili 'flight attendant'm dan badan yang mewakili pilot di MAS terlibat dalam semua aspek dari strategi kepada implementasi. Pekerja di MAS sememangnya mahu MAS diselamatkan dan terus berjaya - kerana kejayaan MAS ada kesan terus kepada pekerjaan mereka serta kebajikan pekerja sekeluarga. Malangnya, banyak majikan hanya kini menganggap pekerja sebagai komoditi untuk diekploitasi untuk mengaut keuntungan - ini harus berubahm dan kesatuan sekerja dan pekerja harus dijadikan sebagai 'rakan kongsi' untuk menjayakan sesuatu perniagaan.

Cabin crew union says MAS takeover will safeguard jobs  

BY MUZLIZA MUSTAFA
Published: 9 August 2014


National Union of Flight Attendants president Ismail Nasaruddin said the takeover by Khazanah Nasional would give flight attendants job security after months of uncertainty. – The Malaysian Insider file pic, August 9, 2014. 
 
National Union of Flight Attendants president Ismail Nasaruddin said the takeover by Khazanah Nasional would give flight attendants job security after months of uncertainty. – The Malaysian Insider file pic, August 9, 2014.The flight attendants union has given the thumbs-up to the plan for the takeover of Malaysia Airlines by Khazanah Nasional, saying it would be in the best interests of MAS employees including its 3,500 cabin crew.

"Our worries were the welfare of the workers and with the government takeover, the issue of cutting down the workforce is no longer there. I do not think the government would want to do that while the world is watching," said National Union of Flight Attendants (Nufam) president Ismail Nasaruddin.

He said the takeover by the government’s investment arm would give the flight attendants job security after months of uncertainty.

“If it had been taken over by new owners, there would be a lot of people losing their jobs. We feel MAS will have the best chance of survival with this takeover. The workers will be much more at ease. “The in-house administration and policies will also be monitored closely," said Ismail.

He said the restructuring would also have to involve the top management.

"We have seen years pass by and MAS still suffering losses but with the takeover, we are positive that with better monitoring and implementation, the national flag carrier can regain its glory," Ismail said.

MAS was hit with RM1.2 billion in losses in 2013 and the twin air disasters of MH370 and MH17 this year.
The incidents have had a significant impact on the airline’s performance this year.

Ismail said the union would be monitoring Khazanah’s move to turn MAS into a profitable entity.

"This is only the first stage of execution. We want to see how they are going to do this, and the second and third phases of restructuring, and whether it will be beneficial to the employees too, especially the flight attendants – whether their needs and welfare will be taken care of. That is paramount," he said.

He added that the takeover plan had received mixed responses from those on the ground.

“We cannot please everyone but we can make them understand what the process will entail.

“If this move will cause more harm to the workers and jeopardise their livelihood, then we will fight. After all, this is what the union does, fight for the best interest of its members," he said.

Ismail also said MAS had to be allowed to succeed as it was a national asset.

Sunday, August 3, 2014

100 pemandu bas, berserta bas mereka, melakukan protes tentang isu tol - nampaknya kebanyakkan media tidak melapurkan

Bila lebih kurang 100 pemandu bas, berserta bas mereka, melakukan protes tentang isu tol - nampaknya kebanyakkan media tidak melapurkan

Bila pekerja protes, isu atau intipati protes kerap tidak dilapurkan oleh media - tetapi perkara lain. Protes pemandu lori tetapi tajuk media adalah mengenai 'trafik jam' - kenapa tajuk tidak terus menyatakan pemandu bas protes toll...? 

Tindakan protes ini hebat... kerana bukan senang mendapat begitu ramai yang juga membawa bas mereka sekali....

 

Some 100 bus drivers staged a 'creative' protest (a peaceful assembly) to express dissatisfaction about toll charges...in Malaysia

Some 100 bus drivers had a protest on the issue of  toll - it seems to be a legitimate exercise of freedom of expression - but alas, many media failed to give coverage to this protest...Star was the exception - but Star could have had a better title for the report.  
A group of factory bus drivers stopped metres away from the entrance of the Sultan Iskandar Customs and Immigration Check­point (CIQ) building here to protest against the toll charges being implemented there...
 
“Not all the bus drivers were involved as there were some who chose to remain inside their vehicles while the group spoke to the authorities. There was no arrest as the group was not violent and only wanted to voice out dissatisfaction over the toll charges,” said Supt Mohd Nadzir. 
The group, comprising some 100 drivers, started to disperse at about 7.30am after they were assured that their views would be considered by the authorities, he added. 
In Malaysia, this protest took guts - and hopefully the Malaysian government do not take action against the said bus drivers. It was not a strike - just a protest. It seems to have started at about 4.30am and ended at about 7.30am - It was peaceful. 


 

Published: Saturday August 2, 2014 MYT 12:00:00 AM
Updated: Saturday August 2, 2014 MYT 9:20:49 AM

Bus drivers cause traffic chaos at CIQ

Traffic standstill: The parked factory buses at the CIQ.
Traffic standstill: The parked factory buses at the CIQ.
JOHOR BARU: A group of factory bus drivers stopped metres away from the entrance of the Sultan Iskandar Customs and Immigration Check­point (CIQ) building here to protest against the toll charges being implemented there, causing traffic to come to a standstill.
The drivers parked their vehicles across the three-lane highway, blocking access to all other heavy vehicles. 
The pre-dawn blockade forced scores of commuters, including schoolchildren and factory workers, to trudge across the Causeway into Singapore on foot. 
However, by around 8am, the four-hour blockade was lifted and the situation was back to normal.
Johor Baru South Deputy OCPD Supt Mohd Nadzir Gulam Kadir said the first few buses, whose drivers were protesting against the toll collection, stopped about 30m from the CIQ entrance at around 4.15am. 
“Not all the bus drivers were involved as there were some who chose to remain inside their vehicles while the group spoke to the authorities. There was no arrest as the group was not violent and only wanted to voice out dissatisfaction over the toll charges,” said Supt Mohd Nadzir. 
The group, comprising some 100 drivers, started to disperse at about 7.30am after they were assured that their views would be considered by the authorities, he added. 
A Works Ministry statement denied that there was a strike, adding that only two drivers were involved in the commotion after they refused to pay toll. 
“The Government views this seriously and action will be taken against irresponsible drivers,” it said, adding that officials from the Malaysian Highway Authority, Eastern Dispersal Link (EDL) and PLUS Bhd would be stationed there to monitor and reduce traffic jams. 
The EDL is an 8.6km-long expressway in Johor Baru that connects the North-South Expressway Southern Route in Pandan to the CIQ complex in the city centre. It is regarded as a toll-free expressway to the CIQ complex, allowing users to bypass Jalan Tebrau.
However, a controversy has erupted following the decision to impose toll collection inside the Johor CIQ as some who do not use the EDL but want to travel to Singapore will also have to pay the toll.
Although an average of 220,000 motorists use the EDL daily, only about 40,000 to 50,000 users travel to Singapore and have to pay toll. 
Toll collection at CIQ, which began at midnight, proceeded smoothly. 
A spokesman from the highway concessionaire said some 1,000 Touch n Go cards with RM10 in preloaded value would be distributed to motorists passing through the CIQ starting yesterday.
“We plan to hand out 200 cards daily during peak hours in the next five days,” she said.- The Star Online, 2/8/2014, Bus drivers cause traffic chaos at CIQ

Saturday, August 2, 2014

NUJ akan piket untuk menuntut kadar kenaikan gaji pekerja yang lebih munasabah

NATIONAL UNION OF JOURNALIST (NUJ) PICKET COMING SOON - tarikh, masa dan tempat masih belum diketahui...

UNION piket lagi - di mana isu kini adalah berkenaan CA - khususnya untuk memberikan tekanan kepada majikan menaikkan kadar peningkatan gaji - apa yang ditawarkan majikan hanya 4%, di mana ini NUJ mendapati tidak wajar dan adil - NUJ mahu lebih - tapi malangnya peratusan yang diminta NUJ tidak jelas...

Adakah terdapat apa-apa lagi isu yang akan diperjuangkan semasa piket ini?

THE FACTS

UTUSAN FINANCIAL REPORT 2010-2013
DIRECTOR SALARY,ALLOWANCE & BENEFITS – 16.85%
EMPLOYEES – ONLY 9% SALARY ADJUSTMENT FOR 3 YEARS

NEW COLLECTIVE AGREEMENT - UTUSAN OFFER ONLY 4% FOR 2014-2017 CA!

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) merancang untuk mengadakan piket kebangsaan selepas Hari Raya Aidilfitri sebagai bantahan terhadap tawaran majikan pengurusan Kumpulan Utusan yang menawarkan pelarasan gaji hanya 4% untuk Perjanjian Kolektif 2014-2017. Sumber kesatuan NUJ menyatakan tawaran 4% adalah terlalu rendah dan tidak mencerminkan peningkatan kos sara hidup dan pelaksanaan GST pada tahun 2015. Syarikat mengikut Laporan Kewangan Tahunan 2010-2013 telah membayar Lembaga Pengarahnya Gaji, Allowance dan Benefits berjumlah 16.85% sedangkan pekerja-pekerja yang terdiri dari wartawan hanya dibayar 9% pelarasan gaji untuk tempoh 3 tahun tersebut.

Syarikat Utusan yang juga syarikat pemilikan UMNO difahamkan sedang mengalami masalah kewangan yang kritikal dan menjejaskan operasinya kesan dari peningkatan penggunaan social media dan media alternative.
NATIONAL UNION OF JOURNALIST (NUJ) PICKET COMING SOON

THE FACTS
UTUSAN FINANCIAL REPORT 2010-2013
DIRECTOR SALARY,ALLOWANCE & BENEFITS – 16.85%
EMPLOYEES – ONLY 9% SALARY ADJUSTMENT FOR 3 YEARS

NEW COLLECTIVE AGREEMENT - UTUSAN OFFER ONLY 4% 
FOR 2014-2017 CA!
 
 
Apa yang kita boleh belajar daripada NUJ? 
 
1 - Mereka ada laman web NUJ - di mana malangnya di Malaysia banyak UNION masih lagi tidak mempunyai Blog atau Laman Web untuk UNION maka mereka terpinggir daripada orang ramai dan juga ahli mereka sendiri. Jelas kini pihak media massa bukan selalu akan membuat liputan isu pekerja - maka perlulah Union mengunakan apa yang ada untuk tujuan menghebohkan isu, menimbulkan kesedaran, dsb... National atau Regional atau State Unions, khususnya perlu ada Laman Web atau Blog (di mana Blog percuma) - supaya juga pekerja kilang/tempat kerja lain yang berminat menubuhkan Union dapat menghubungi mereka...boleh tahu juga apa kebaikan ada Union (kerana semua ini akan dapat dibaca dalam Blog atau Laman Web Union.

2 - Saya juga terkagum dengan kenyataan media yang jelas tercatat dalam Laman Web Union - adalah amalan baik mempunyai kenyataan media - jangan cakap sahaja kepada pihak media. Pihak media biasanya pilih dan lapurkan apa yang mereka mahu di mana kadang-kadang apa yang UNION berkata tak jelas - tetapi jika ada kenyataan media, dapat ini diedarkan dan semua dapat tahu apakah kenyataan sepeneuhnya... Tambahan NUJ ada catatan semua kenyataan media yang telah dikeluarkan - Syabas. Contoh satu kenyataan media NUJ adalah saperti dibawah ini.... 


 
February 13, 2014

TO ALL NEWS EDITORS

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE

THE  National  Union  of  Journalists  Malaysia  (NUJ) urges  the  government  to  repeal  the 1984 Printing, Presses and Publishing Act (PPPA) and other relevant laws and regulations that curb the freedom of the press in our country in liaise with its democratic process.

The NUJ wishes to state that during the thirteenth General Elections which took  place on May 5, 2013,  the  new  government  was supposed  to  seriously  look  at  the  various draconian  laws that constrict press freedom and threaten journalists, to make the desired changes possible and  to advocate impartial neutral news coverage in order to meet the public's right to know.

YAB  Najib-led  BN  government  during  the  past  has  made  restructuring  and  reforms,  including amendments to the PPPA. 

However, the media industry wants to see the government abolish the PPPA and other relevant laws so that professional journalism can be adhered to, to perform their duties responsibly and safe from any government interference.

According to  Reporters San Frontieres  (Reporters Without Borders)  press freedom index  2013, Malaysia's press freedom is ranked  145th  out of 179 countries  compared to 123  in  2011/2012. 

This  sharp fall  should  sound an  alarm.  Malaysia  has fallen  to  its  lowest-ever  position because access to information is becoming more and more limited.

The media industry and the public as a whole are seeing this figures  regrettably as a worrying inclination  stunting  the  growth  and  development  of  media  industry  in  our  country  as  it  is undoubtedly also a stumbling block to a democratic process that is stalling or going into reverse. It is  undermining  human rights issues and press freedom that  eventually  would create an adverse trend in a developing country such as Malaysia.

NUJ strongly opposes media manipulation by political parties or government monopoly, especially when the press freedom  ranking  we have seen  is closely related to the government of a country that is not epitomizing democratic openness. 

As we all know, the BN government controls the English New Straits Times Group, the Utusan group  is  UMNO  controlled,  and  MCA  which  has  the  "Star"  to  call  its own,  the  print  media has become the mouthpiece of the ruling party instead of playing its  role as the mouthpiece of the people.

This has resulted in the newspapers losing their credibility.

The NUJ calls for the government to re-examine the issues curbing press freedom in Malaysia. Malaysia's press freedom development has been stagnant for the past 56 years and has seen a decline with the system of one-party ruling in Malaysia.

On behalf of the Executive Council,

CHIN SUNG CHEW

President NUJM

Sumber: - Laman Web NUJ