Apa yang berlaku kepada MAS - Bukankah kerajaan yang mengambil alih MAS? Jadi, mengapa mengunakan terminoloji 'penswastaan' - seolah-lahu mahu lari daripada tanggungjawab kerajaan kepada pekerja dan Union yang mereka jadi ahli. Gunakan terminoloji 'diambil alih syarikat milikan penuh kerajaan', iaitu apa yang berlaku kini nampaknya.
Bukah perlu Union diberikan peranan lebih - duduk bersama dan mengeluarkan cadangan untuk kebaikan MAS akan datang. Pekerja bukan komoditi - tetapi harus dijadikan 'rakan kongsi' dalam perancangan dan strateji menguatkan perniagaan MAS. Masa depan pekerja MAS berkait rapat dengan kejayaan MAS - jika MAS untung, pekerja pun untung.
Lihat juga:-
Penswastaan MAS bukan langkah terbaik - NUFAM
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin
Malaysia (NUFAM) menyifatkan cadangan penswastaan Malaysia Airlines
(MAS) bukan satu langkah terbaik dalam menyelesaikan kemelut kewangan
yang dihadapi syarikat penerbangan nasional itu.
Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, cadangan tersebut hanya akan
memberi kesan lebih buruk kepada kakitangan MAS ekoran langkah
pengurusan baharu yang berkemungkinan besar akan mengurangkan kos ke
atas pekerja.
Katanya, situasi demikian secara tidak langsung akan menggugat
keyakinan dan motivasi pekerja terhadap syarikat yang turut mene-rima
kesan psikologi ekoran tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan
kehilangan MH370 dalam tempoh selang empat bulan.
Namun ujarnya, sebagai syarikat penerbangan nasio-nal, MAS masih
memerlukan sokongan kerajaan supaya dapat terus bergerak ke hadapan dan
bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain.
"Bagaimanapun, saya tetap melihat cadangan penswastaan ini dari sudut
positif dan negatif. Yang bagusnya jika dengan langkah ini, pengurusan
baharu dapat mengekalkan kos pekerja sedia ada dan tidak beri kesan
kepada mereka. Ini juga termasuk penilaian ke atas tender-tender sedia
ada dan akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Rumah
Terbuka Kesatuan dan Persatuan Sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di
sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman
Mohamad; Naib Yang Dipertua Persa-tuan Eksekutif TNB, Mohd. Amran Abdul
Rahman; Setiausaha Agung Persatuan Eksekutif TNB, Ir. Harriezan Ahmad
dan Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB, Mohd. Roszeli Majid.
Pada majlis itu, kesatuan TNB turut menyerahkan wang kutipan
berjumlah RM2,580 kepada NUFAM untuk diserahkan kepada waris krew MH370
dan MH17.
Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 milik MAS,
terdapat beberapa cadangan daripada pihak-pihak tertentu dalam usaha
untuk memulihkan semula imej syarikat penerbangan itu. Satu daripadanya
ialah cadangan penswastaan MAS yang kembali disuarakan ekoran tragedi
pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.
Menurut Ismail, kerajaan tidak perlu tunduk kepada sebarang cadangan
atau desakan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu berkenaan isu MAS
sebaliknya perlu mencari punca dan sebab kerugian yang ditanggung oleh
syarikat penerbangan itu.
"Tanpa bantuan dari kerajaan juga akan menjadi satu masalah. MAS
adalah satu syarikat penerbangan nasional yang mempunyai identiti
tersendiri dan kita tidak boleh jatuhkan MAS sesuka hati," katanya.
No comments:
Post a Comment