Monday, August 25, 2014

1500 PEKERJA NEPAL DI JOHOR BARU MOGOK ?


1500 PEKERJA NEPAL DI JOHOR BARU MOGOK !

PEKERJA MEMBANTAH MAJIKAN AKIBAT MENGABAIKAN RAKAN SEKERJA YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN SEHINGGA MENINGGAL DUNIA

Lebih kurang 1500 pekerja Nepal di kilang pengeluaran barang mekanikal di Johor Baru (Jalan Firma 3, Kawasan Industri Tebrau) telah mogok selama 36 jam untuk membantah kematian seorang rakan sekerja pada petang Khamis yang lalu. Pekerja melancarkan mogok tersebut akibat tidak puashati dan marah dengan kelalaian majikan yang tidak mengendahkan masalah kesihatan rakan sekerja mereka yang meninggal akibat sakit dada. Majikan terdesak untuk berunding dengan wakil-wakil pekerja apabila pemberhentian kerja 36 jam tersebut telah menyebabkan kerugian hampir RM500,000 kepada majikan.

Pengalaman pekerja Nepal tersebut, sekali lagi menunjukkan bahawa mogok kerja adalah alat dan taktik perjuangan yang amat penting untuk mendesak majikan yang hanya mementingkan keuntungan supaya menjaga kebajikan dan menunaikan hak dan tuntutan pekerja. Mogok juga membuktikan bahawa pekerjalah tulang belakang kepada penjanaan keuntungan kepada majikan. Apabila pekerja mogok, keuntungan majikan terjejas dan sebab itu mereka terdesak untuk menyelesaikan masalah pekerja. Perjuangan pekerja migran untuk mendapatkan hak dan untuk menjaga kebajikan mereka patut disokong oleh semua warga pekerja di Malaysia termasuk kesatua-kesatuan sekerja. KECEDARAAN UNTUK SEORANG PEKERJA, ADALAH KECEDERAAN UNTUK WARGA PEKERJA.
 

No comments:

Post a Comment